Thursday, October 24, 2013

~Resepi Nasi Ayam Cara Aku~

Assalamualaikum...

Selamat hari khamis.  Selamat pagi untuk semua.  Pagi ini marilah kita ke dapur eh silap marilah ke office sebab aku bekerja.  Hari ini aku nak share resepi nasi ayam cara aku yang diajari oleh mak aku.  Sudah lama rasanya aku tak share resepi di blog picisan ini.  Nasi ayam yang simple.  Aku campak-campak je bahan-bahannya.  Menu ni sebenarnya aku hidangkan masa raya hari itu.  Tak ingat syawal ke berapa tapi yang aku ingat sehari sebelum suamiku berangkat ke Sabah.  Itu memang aku ingat.

Inilah hidangan yang menunggu tetamu datang.  Masa tu aku masak untuk kawan suami yang mahu datang beraya ke rumah.  Jom tengok resepinya pula.

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahannya :
Beras (ikut sukatan sendiri) - yang ini aku guna beras Basmathi so aku rendamkan sejam dua sebelum memasaknya.
Bawang putih
Halia
Planta
Kiub ayam
Sedikit garam

Cara-caranya :
1)  Sukat air dalam periuk nasi dan masukkan kiub ayam sebanyak dua ketul.  Terpulang juga pada nasi.
2) Toskan beras yang sudah direndam.
3) Bawang putih dengan halia dihiris.
4) Panaskan minyak dan letakkan sedikit planta.
5) Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih dan halia sehingga agak kekuningan.
6) Kemudian barulah gorengkan beras dalam beberapa minit dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sudah diisi air dan kiub ayam tadi.  Letakkan sedikit garam.

Timun dan tomato untuk sampingan.

Resepi Ayam Bakar

Bahan-bahan :
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Madu
Sos Tiram

Cara-caranya :
 1)  Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas.

Resepi Sos Cili

Bahan-bahan :
Cili merah
Air stok ayam
Sos cili
Sos tomato

Cara-cara :
1) Kisarkan cili merah bersama air stok ayam.
2) Kemudian masak di atas dapur dengan api yang kecil.
3) Masukkan sos cili dan sos tomato.
4) Perasakan.

Resepi Sos Black Pepper

Bahan-bahan :
1) Air rempah dari ayam yang dibakar.
2) Kemudian masakkan air rempah itu.  Masukkan sos black pepper, sos cendawan, lada hitam yang ditumbuk dan sedikit tepung jagung.
3) Perasakan.

Resepi Sup

Bahan-bahan :
1) Stok Ayam
2) Bebola
3) Lobak
4) Daun Sup

Cara-cara:
1)  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.
2)  Tumbuk bawang putih dan halia.
3)  Perasakan dan letak sedikit lada sulah.
4)  Masukkan daun sup.

Pencuci mulut untuk hari itu.  Buah tangan dibawa teman lama semasa datang ke rumah aku.  Terima kasih semuanya.  Sekian dulu entri pagi ini.  Mohon maaf jika ada kekurangan dalam resepi pemberian aku ini.






                                                                                                    

No comments: