Showing posts with label Defyra Homemade Cookies. Show all posts
Showing posts with label Defyra Homemade Cookies. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

Biskut Raya De'Fyra Cookies Boleh Ditempah

Salam...

Selamat petang semua. 

Seperti biasa, ini juga adalah entri schedule. Malam tadi aku pulun menulis beberapa entri untuk hari ini. Hari ini hari akhir bulan Mei. Esok kita sudah masuk bulan baru. Sebelum entri-entri ini mereput dalam draf, aku up kan juga.

Ini adalah entri ringkas aku petang ini. Buat warga Melaka yang masih tercari-cari biskut raya yang akan menjelma tidak lama lagi, bolehlah mencuba biskut raya keluaran De'Fyra Homemade Cookies. Ada tujuh jenis biskut raya yang boleh dicuba. InsyaAllah, dijamin kesedapannya.

Antara biskut-biskut keluaran De'Fyra Homemade Cookies adalah :

1) Biskut Red Velvet
2) Biskut Choco Chips
3) Biskut Sarang Semut
4) Mocca Crunchy
5) Tart Nenas
6) Cornflakes Madu
7) Almond London
















Boleh tengok instagram Defyra Cookies dan page FB De'Fyra Homemade Cookies. Tarikh akhir untuk membuat tempahan adalah pada 6 Jun 2016. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Thursday, November 26, 2015

Saya Jual Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru berkesempatan nak menaip entri ini. Baiklah saya kongsikan aktiviti saya yang terbaru selain daripada aktiviti berblogging dan menulis. Bermula awal bulan Oktober tempoh hari aku sudah mula menjual kukis.

Ini bermula bila mana aku mahu menghantar choc chip kukis aku ke sebuah butik vendor di Melaka. Nanti akan aku ceritakan lebih lanjut mengenai butik vendor tersebut. Jadi mari aku mulakan dengan cookies yang menjadi pilihan hati. Chocolate Chip Cookies. Kukis ini menjadi feveret di kalangan kawan-kawan sekolah. Ini memang resepi mak aku. Dulu pernah jugaklah mak jual biskut masa raya. Lepas tu mak stop bila keadaan mak pun dah tak larat dan sekarang aku terpanggil untuk menyambung aktiviti menjual kukis mak.

Inilah rupa kukis aku.

 Ini aku pack dalam bekas kecil yang berisi 22 keping kukis. Harganya hanya RM8 sebekas.

Inilah kukis yang sudah siap dan mahu dihantar ke butik vendor. Pada sesiapa yang mahu mencuba boleh hubungi aku. SMS atau whatsapp di 017-6741270 atau emel aku di alfidah83@gmail.com.

Harga bekas kecil : RM8 / 22 pcs
Harga sebotol : RM24.00 / 50-55 pcs

Sesiapa yang berminat untuk merasa cookies aku bolehlah hubungi aku pada nombor yang tertera. Boleh dijadikan sebagai kudapan dan juga goodies untuk apa jua majlis. Sekian dan wassalam.

Salam pena,