Assalamualaikum.
Selamat petang.
Sekejap sahaja sudah 23 hari kita berpuasa. Semakin ke penghujung Ramadan semakin sedih hati ini. Sedih mahu berpisah dengan Ramadan. Ahad lepas kawan pejabat bagi makanan untuk semua kawan-kawan di pejabat. Seronoknya bila ada yang menghulurkannya. Murah rezeki dia orang. Sudah macam goodies. Cantik pula begnya.
Inilah beg plastik yang diterima petang ahad sebelum pulang.
Macam-macam ada di dalamnya. Ada ketupat segera, lemang, kek coklat dan rendang ayam.
Lemang dan ketupat.
Rendang ayam.
Roti john beli di bawah flat.
Karipap kentang.
Inilah juadah kami tiga beranak sebab hari itu suami ada majlis berbuka di pejabat. Menunya melimpah ruah macam makan berapa orang. Petang itu aku bergelut dengan selsema yang menyerang jadi bila anak-anak tunjuk kuih aku suruh beli saja. Sudah tidak boleh berfikir secara waras.
Aku masak nasi goreng cina permintaan Dak Adriana.
Aku makan dengan sambal belacan aku buat. Nasi goreng ini aku guna perencah nasi goreng cina Adabi. Sedap rupanya. Itu sahaja coretan petang ini. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim