Tuesday, October 29, 2013

~Hujan Lebat Pagi Ini~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari selasa.  Pagi ini sejuk.  Hujan turun membasahi bumi sejak lima pagi tadi.  Aku tahu sebab sudah terjaga seawal itu.  Kalau waktu cuti memang syoknya tidur.  Mahu sahaja ditarik selimut.  Sudahnya jam 6 baru bangun.  Berapa kali jam yang berbunyi di telefon bimbit dimatikan.

Kalau dah hujan memang kenalah aku hantar Adriana.  Mulanya renyai sahaja.  Nampak nana pun macam lemau sahaja.  Semalam sudah tidak ke sekolah sebab demam.  Hari ini dah sihat kenalah pergi sekolah ye, nak.  Selesai hantar adriana sampai depan pintu kelasnya aku pun beredar.  Tengok cikgu kelasnya ada.  Terus berdesup ke pejabat.  Dalam perjalanan hujan bukan main lebat.

Sumber gambar daripada telefon bimbitku.  Sempat snap masa berhenti di lampu isyarat depan pejabat.  Bagi pemandu amatur macam aku benda paling mencabar adalah memandu dalam hujan lebat.  Kecik besar je mata aku fokus pada kereta depan.  Nak laju-laju memang tidaklah.  Kalau sesiapa nampak kereta aku yang lambat seperti kura-kura silalah potong.  Nanti sakit hati pula kalau ikut belakang aku.:D  Oklah, mahu sambung kerja.  Nak siapkan semua kerja sebelum aku holiday panjang.






                                                                                                          

1 comment:

Abil Fikri Ahmad said...

Salamm..Tumpang lalu yea.