Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Baru sudah lunch. Korang lunch apa?Aku makan nasi. Sekarang perut ni cepat lapar. Lambat makan menggigil-gigil. Ermmm, macam-macamlah kan. Alhamdulillah, diri semakin pulih seperti sediakala walaupun tidak sepenuhnya. Ada masa datang juga pening-pening lalat. Kepala pusing macam turun naik heli bak kata seorang teman. Hehehe...
Memang sangat-sangat menguji ketika sakit itu datang sewaktu suami berjauhan. Sakit itu penghapus dosa. Mengajar aku erti keredhaan. Alhamdulillah. Moga diri ini baik-baik sahaja dan kembali seperti biasa. Masih lagi makan ubat tambah darah. Maklumlah kurang darah. Makan tetap makan. Kurang selera makan dipaksa juga. Kena kuat sebab ada lagi beberapa hari lagi mahu menempuh. Sabarlah wahai hati.
Inilah gambar ketika aku diambil darah. Tujuan utama mahu cek darah untuk denggi tapi lain pula ceritanya. Dugaan...
Seminggu tanpa selera makan. Inilah sebagai alas perut. Makan benda yang yang boleh ditelan. Roti pun sekadar sekeping sahaja.
Nasi yang tanpa lauk. Sempat lagi ambil gambar ye. Kebetulan mahu hantar whatsapp pada suami. Itu yang sakan bergambar.
Dapatlah mc. Pertama kali berurusan di poliklinik kerajaan yang bukan melibatkan hal mengandung. Selalu ke klinik swasta sahaja. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, kembali seperti biasa kerana ketika diri berkeadaan seperti bukan orang ada yang datang memberikan kekuatan pada diri ini. Terima kasih yang tidak terhingga. Saya amat menghargai sangat-sangat pengorbanan itu.
2 comments:
Moga cepat sembuh..demam rindu kot
Moga cepat sembuh..demam rindu kot
Post a Comment