Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

~TAG From HAJAR~

Selamat pagi semua!!Pagi nie, aku nak menjawab tag daripada seorang kawan blogger aku sebelum aku terlupa.  Tag yang aku dapat nie daripada HAJARThanks to Hajar.

11 perkara tentang diri ini

1. Nama penuh Alfidah binti Adim...ada kawan-kawan panggil aku dengan panggilan AL, ada yang panggil aku Fida.  Tapi asben aku panggil aku AL.

2.  Anak sulung daripada 2 orang adik beradik.

3. Saya sudah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang cahayamata.  Sepasang sudah.  Anak pertama namanya Nur Adriana Qistina Mohd Affendy.  Anak yang kedua namanya Muhammad Ammar Qayyum Mohd Affendy.

4. Suka tengok benda-benda yang cantik.

5. Takut nak drive.  Sekarang jadi mem besar. :-) Rela naik bas daripada disuruh drive.

6. Suka bershopping atau window shopping.

7. Seorang yang sensitif.

8. Suka jugak berangan.

9. Suka memasak. 

10. Seorang yang suka bergambar.  Kamera di bawa ke hulu ke hilir.

11. Mempunyai impian untuk membeli kereta sendiri dan membawanya.  InsyaAllah.

11 things that she wants to know about me

1. Nama sebenar korang?
Alfidah binti Adim

2. Kegemaran korang sepanjang hayat?
Macam-macam tapi yang paling menjadi kegemaran adalah HOLIDAY!!

3. Pekerjaan sekarang @ belajar kos apa?
Pembantu Tadbir di jabatan kerajaan

4. Kenangan paling manis dan akan dikenang sampai bila-bila.
Hari perkahwinan.:-)

5. Perkara paling lucu pernah dihadapi?
Sewaktu makan di pizza hut bersama kawan.  Hanya aku dan dia jea yang tahu.  Ketawa sampai berair mata.  Kahhhhhhh
 
6. Makanan kegemaran korang ?
Spageti
 
7. Apa yang paling korang takut ?
Saya takut memandu
 
8. Apakah hadiah paling special pernah korang dapat?
Handbeg daripada asben
 
9. Kalau marah korang buat apa?
Suka mendiamkan diri.

10. Apa status korang ?
Isteri, mama, kakitangan kerajaan

11. Rancangan TV kegemaran?
Banyaklah...

Ok, siap menjawab tag.  Sekarang saya pula mahu mengtag kawan-kawan yang lain.

Selamat menjawab Tag!!!Hajar, saya dah buat tag daripada awak. :-)

Friday, October 14, 2011

~Saya & Blog~

Untuk menghilangkan rasa boring dan menghilangkan rasa mengantuk yang memberat di mata, tiba-tiba nak buat tag ini.  Tag yang aku jumpa di blog LYA.  Lagi pun dah lama tak buat tag.  Dulu selalu nampak blogger mengetag sesama sendiri.  Sekarang dah lama tak terima tag atau tugasan.


Apa nama maya anda?
Fidah

Umur anda berapa?
Tahun depan last untuk 2 series..


Bila tarikh lahir anda?
2 Jun 1983

Anda masih belajar atau berkerja? di mana?
Dah bekerja... Sebuah jabatan kerajaan.


Anda single?
Tidak.  Sudah berkahwin.

Kenapa anda ada blog?
Sebab aku ingin mencatatkan segala kisah saya dan keluarga saya.  Ingin mencatatkan segala memori, suka dan duka saya bersama suami, anak-anak di samping bersama teman-teman.  Supaya anak-anak aku boleh melihat kisah-kisah mereka di sini.

Anda kisah tak kalau ada orang benci anda?
Tak suka tak apa.  Kita bukan boleh paksa orang untuk menyukai kita.  Bukan semua orang boleh terima penulisan kita.  Jadi, untuk dikenali atau menjadi 'public figure' di alam maya ini kita harus bersedia menerima pandangan orang lain.  Apa-apa pun aku lebih suka jika orang memberi pandangan kepadaku kerana aku hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Sikap yang paling anda benci dalam dunia ni?
Mungkir Janji, Curang, Penipu, Talam Dua Muka.

Nyatakan salah satu blog yang anda paling suka baca...
Saya suka baca semua blog yang selalu berkongsi mengenai kisah hidup mereka.  Suka baca blog yang ada banyak gambar-gambar sebab saya sendiri suka bergambar. :-)

Upload satu gambar anda (optional)



So, pada sesiapa yang nak buat tag ini dipersilakan.  Aku nak tag 2 orang kawan aku iaitu :


Sunday, May 30, 2010

Tag:Segmen Selongkar

Tag nie datangnya dari LYA mama ASYA.  lambat sikit buat tag nie.

OK JOM KITA SELONGKAR

Inilah keadaan handbag aku yang sudah dalam keadaan yang sangat kesian.
aku beli dekat kawan.  kawan aku jual AVON

Inilah keadaan dalam handbag aku.
oh memang sangat berterabur.
bak kata asben aku semua nak letak dalam handbag.  lagi besar handbag lagi banyak barang aku letak

inilah purse dan tempat duit syiling aku yang warna pink

Dan akhir sekali, inilah barang-barang yang wajib ada di dalam handbag aku yea...

Kamera dan kabel

Macam-macam
Lipstik, minyak wangi, compact powder dll

Akhir sekali, hp aku..Pinky Pinky


Note:Lya, saya da buat yea tag yang lya bagi nie..sorrylah agak kelewatan sedikit..:-)

Tuesday, March 30, 2010

Tag dari Jue & Alyyani

Tag nie aku terima daripada dua orang rakan bloggers aku iaitu Jue ibu iman dan Alyyani mama nia&adel
Sebelum nie aku pernah buat tag nie daripada Lya mama asya

1. adakah anda rasa HOT?
tak HOT lah..aku dok betul2 bawah air cond nie..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang

nie wallpaper pc kat opis

3. cerita pasal gambar ni
suka gambar nie sebab kami ber3...masa nie gambar nie diambil di dewan UTM Jalan Semarak...my cousin's wedding

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
last week masa dapat gaji

5. lagu terakhir anda dengar?
tgh dengar lagu NOKTAH CINTA..minat sangat lagu nie

6. apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
sedang makan keropok ikan..sebab skrg lunch time..

7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
along, fida, al, mama

8. tag lagi 8 orang?
sape lagi yang aku nak tag nie..
1. Izan
2. Firzara
3. Ieda
4. hanisah
5. Linda
6. Mai
7. Suhida
8. Ibu Ayu

9. siapakah orang no. 1 kepada anda?
kenal masa dia masuk contest SweetLovelyShoppe

10. katakan sesuatu kepada orang no. 5?
updateler blog tue kak oi..sudah bersawang

11. no. 3 ada hubungan kepada siapa?
rakan blogger

12. bagaimana pula dengan no 4?
rakan sepejabat

13. pesanan kepada orang no. 6?
tahniah sudah pregnant dan jaga diri elok2.

14. kata- kata cinta kepada orang no. 6?
take care...

15. adakah no.7 & no. 8 mempunyai persamaan?
seorang ibu

16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
~JUE~
- masih muda
- mempunyai seorang anak lelaki
- ada butik online jugak.
- seorang yang peramah...1st kenal masa beli barang dgn dia..
- rajin mengupdate blognya...hehehe

~ALLYANI~
-masih muda
-sudah mempunyai dua orang anak..kedua2nya puteri
-seorang yang sangat ceria..pdhal tak jumpa lg..
-parentsnya berada di Perak..rindunya dengan Perak...
-nama anaknya bermula dgn R.A...

17. persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
dagingnya boleh dimakan

18. perasaan anda wat tag ni?
buntu jap..sb da pnh bt..tak tahu nak jwb nie...

19. adakah anda tahu si Razman itu sengal?
siapa razman?

20. GAY or LES?
aku seorang yang NORMAL yea...
tq yea sb tag..lambat sikit buat sebab aku nie pemalas nak update blog..hehehe..nantikan tag-tag yang akan aku langsaikan..

Note: Alya..banyaklah pulak awak tag saya...itu tandanya awak ingat saya..hehehe...

Thursday, February 25, 2010

Tag : TAG FROM RYN

1. insert this badge or the pic above to inform u have been awarded


2. Make sure u take the pic n said it is from RYN.

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
hobby : suka berjalan-berjalan
hobby : suka membaca novel
hobby : suka melancong
hobby : suka memasak..tapi kalau malas tak masak
hobby : suka berblogging
about myself : aku mudah sensitif dan mudah kecik hati
about myself : aku seorang yang pendiam..tapi bukan sombong
about myself : tak suka lipat kain
about myself : aku suka dgr lagu sebab boleh release tension
about myself : sedang giat mengusahakan perniagaan aku sekarang

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you)
and tell their names in your blog

Kak Nisah
Mia
Kak Yatt
Ibu Ayu
Ieda

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!
OK...SEKARANG JUGAK AKAN DIMAKLUMKAN




~amik award yang nie jugak yea...~

Saturday, February 13, 2010

Tag : Gay or Less

TAG FROM :- LYA

Andakah anda rasa anda HOT?
Hot ke???

Upload gambar kegemaran anda..



Cerita pasal Gambar
Suka sgt kedua2 pic nie..Pic pertama masa adriana dengan papanya..masa nie makan dekat Marry Brown..pic kedua pulak mama dgn adriana...masa nie kami pi bercuti di Tiara Beach Resort..

Bila kali terakhir anda makan pizza?
Da lama tak makan..last makan 2 bulan lepas kot....hehehehhe

Lagu terakhir anda dengar..
tadi otw blk umah..lagu pakai buang-stacy

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
tak buat apa pun.baru balik dari jalan

Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
Kat sekolah dulu kawan-kawan panggil AL, kat ofis ada panggil FIDA..kat umah family panggil ALONG..

Tag lagi 8 orang
Kak Nisah, Jue, Kak Zana, Suhida, Kak Linda, Ryn, Kak Zura, Aleyn
(TOLONG BUAT YERR..)

Siapakah orang no.1 kepada anda?
my opismate..kawan pertama yg aku kenal ms aku pindah ke melaka...

Kata sesuatu mengenai orang no. 5
kak linda...dulu opismate..skrg da dpt keje di tempat lain..

No. 3 ada hubungan ngan siapa
tak ada hubungan dengan sesiapa..berhubungan dengan suaminya ler...

Bagaimana pula dengan no. 4
kenal suhida di dunia blogger..mempunyai 2 orang anak...dua2 hero..

Pesanan kepada orang no. 6
ryn..punya tag tak bt lagi..nnti org bt..

Kata-kata cinta tok no. 2
CINTA..hehehe

Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
ADA.... seorang perempuan & seorang ibu y penyayang

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
1. Ibu kepada Asya

2. Isteri kepada Fain

3. Sangat menyayangi familynya

4. Berada di TERENGGANU..

5. Seorg yang mudah berkawan

Persamaan antara kambing ngan lembu?
Dagingnya boleh dimakan..

Perasaan anda buat tag ini
Biasa-biasa jea..

Adakah anda tahu si razman itu sengal?
Sape tue?Tak kenal pun...

GAY or LESS??
NO KOMEN !!!



Saturday, January 30, 2010

Tag: Gambar Lama-lama

Akhirnya aku dapat scan gambar lama-lama aku..tag nie aku dapat daripada ALYA. Sorry yea Pn Alya..lambat nak buat tag nie..dari sehari sehari nak scan gambar nie..akhirnya baru dapat..itupun husband yang tolong scankan...hehehe..UPLOAD GAMBAR LAMA-LAMA KORANGyang lama ok..bukan takat lama 2 3 hari tapi yang lama 2 3 tahun alya..gambar saya bukan setakat 2 3 tahun tapi lepas kot 10 tahun..hehehe..boleh ke?da alang-alang scan..aku scan semua yang lama..jenuh mencari gambar lama dari waktu sekolah...jom kita saksikan

tahun 2007-masa nie aku form 2. semua pompuan sebab aku sekolah di convent. aku yang baris kedua..betul2 belakang cikgu aku..tahun 1999-masa nie form 4..ada jamuan Kelab Ekonomi dekat Hotel EQ

tahun 2000-nie masa aku form 5..aku yang ke2 dari kanan..time kita orang geng2 semua rendang2 jea..



nie masa da last day sekolah..aku yang kedua dari kanan.
R-L : Norni, Aku, Aida, Dian, Zana, Lin dan Naniey

tahun 2001-nie masa aku belajar dekat PUO..tp masa nie ada dekat Selama, Perak. jalan-jalan rumah kawan aku..aku yang num 2 dari kanan.
tahun 2001-nie masa sem 1..masa nie aku masih dok di asrama.
aku yang num 2 dari kiri.

tahun 2002-nie masa aku sem 2..aku dah dok luar..nie dekat rumah sewa
nie masa aku sem 3..nie dekat kampus nie..

tahun 2003-nie masa aku buat praktikal dekat Majlis Bandaraya Melaka.
dengan kawan-kawan praktikal yang lain..aku yang tengah2..





tahun 2003-masa nie da nak last praktikal. aku yang num 2 dari kiri.
yang baju biru tue laki aku yea..tapi masa nie baru berkenal-kenalan..
tahun 2004-sem 6.masa nie da last untuk berada di PUO..
nie semua my classmate masa dekat Poli
dengan kawan-kawan belajarku..

tahun 2005-masa nie da abis belajar..aku da keje kot..
tahun 2006-masa nie aku sdg kursus di PD..time nie aku bekerja di Putrajaya.
L-R:Aku,Yana,Is dan Kak Zu

Itulah aku dari dulu hingga sekarang..ada banyak beza ke?
rasanya sama jea kot..:-)
Note: Rindu zaman sekolah..rindunya pada kawan-kawan..
nie dengan my bestfriend, Aida. da 2 tahun tak jumpa dia..sekarang dia di Perak..da berkahwin dan sudah ada 2 orang anak...mengajar di sana..orang utara..kedah na..

Sunday, November 29, 2009

TAG:Interesting Facts

Hah!!Kena buat tag..da lama rasanya tak dapat tag..Tag kali nie aku dapat dari Jue..Jom kita tengok tag mengenai apa..:-)

a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

(1) Namanya Juliyana Abdul Raman
(2) Isteri kepada Shahrulizam Subari dan Ibu kepada Muhammad Iman Zafran
(3) Suka warna pink..betul tak jue?
(4) Kenal masa beli baju2 dengan dia dan selalu belaja mengenai blog dengan dia
(5) Pernah bersua sekali dengan Jue di Tesco Melaka

b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies
(1) aku seorang yang pendiam bila berjumpa pertama kali
(2) aku seorang yang banyak cakap bila da kenal lama..tak larat nak dgr cite2 aku nie
(3) aku seorang yang suka melancong, berjalan2
(4) aku seorang yang suka bergambar...kamera aku akan pikul jea dalam beg
(5) aku seorang yang sangat suka bershopping..dulu masa zaman anak dara suka shopping untuk diri sendiri..tapi sekarang asyik beli untuk adriana jea...
(6) aku seorang yang takut untuk drive...(mcm mana nak dtgkan keberanian aku yea?)
(7) aku seorang yang suka memasak..(iye ke?time ada mood sukalah)
(8) aku seorang yang tak suka lipat kain...(kita samalah jue)
(9) aku seorang yang suka tido kalau ada masa lapang...(pantang adriana tido aku pun tido)
(10) aku seorang yang sangat suka berblogging..untuk mencari kenalan..
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them
(1)Sufi-Anak buah aku nie..Baru belajar menceburi dunia blogger..jadi haruslah buat yea..
(2)Adibah-Anak buah aku jugak nie..haruslah buat sebab dia pun baru jea ada blog
(3)Kak Linda-My Officemate..Rasa memang selalu jea nak tag akak..nampak blog akak pun da bersawang..jadi wajib buat yea..nie tak ada gmbr..jd tak payah bagi macam2 alasan kata kabel kamera hilang..huhuhu
(3) Mai-Ibu Leeya..kenal di dunia blogger..org perak rasanya
(4)Hani-kenal di dunia blogger..punyai sepasang cahaya mata...Harraz dan Khayra
(5)Lya-kenal di dunia blogger..mama afrina..

itu jealah yang boleh aku tag..aku pun tak tahu nak tag sape...

Sunday, September 13, 2009

Tag Makan-makan Raya daripada Suhida

~TAG MAKAN-MAKAN RAYA ~


1.Suka memasak?Ikut mood. Kalau rajin,masak. Kalau tak rajin, tak masak. Masak pun kena ada mood


2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah..(2 jenis)Daging Masak Merah
Udang Masak Lemak Tempoyak
3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)Daging Masak Hitam
Ayam Masak Sambal
(sangat sedap..huhuh..)


4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?Kuih Tart
Kuih Almond London

5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..Semua nie gambar masa berbuka..Masakan simple jea...



Sambal Sotong

Sayur Goreng


Kentang Goreng

Kuih-muih
6.Sila beri tag ini pada 6 orang kenalan di BlogList anda:
Sape nak buat-buatlah yea...

Friday, September 4, 2009

Tag & Award From Suhida


1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari
-tidur

2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda
-aida
-firzara

3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka
- biru
- gold
- merah

4. Berikan 4 nama orang yang paling anda sayang
- my mom
- my dad
- my husband
- my daughter

5. Berikan 5 jenis sifat manusia yang paling anda benci
- suka mengarah2 orang lain padahal itu keje dia
- suka cakap lepas
- suka menyindir
- mementingkan diri sendiri
- bermuka-muka

6. Berikan 6 benda yang mesti anda bawa sebelum keluar rumah
-handbag
-kunci rumah
-botol air
-handphone
-ic
-lesen

7. Berikan 7 destinasi percutian yang ingin anda kunjungi
-sabah
-sarawak
-jepun
-bali
-singapore
-paris
-china

8. Berikan 8 kenangan yang paling anda tak dapat lupai
- masa dapat result SPM
- masa hari konvokesyen
- masa 1st day keje kat Putrajaya
- masa bertunang
- masa nikah (time nie umah aku banjir tau..tahun 2006 yang banjir besar tue)
- masa dapat tahu yang diriku mengandung
- masa pertama kali melahirkan

9. Berikan 9 impian yang anda impikan
-nak beli rumah sendiri
-nak beli keta auto (takut nak drive manual)
-nak berhenti keje dan bisnes sendiri
-nak kukuhkan ekonomi keluarga
-nak anak-anak aku berjaya
-nak sambung belajar
-nak keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat
-nak menunaikan fardu haji
-nak melancong ke luar negara bersama keluarga


10. Berikan award dan tag ini kepada 10 orang kenalan blog anda
- kak linda
- yana
- lyanasyazam
- shahfieza
- mai
- qasehhanizd
- yanadzul
- jiey
itu jea kot..tak tahulah lagi

Tuesday, June 16, 2009

:::TAG ABOUT MYSELF:::

1) berapakah umur anda?
26 tahun 14 ari.

2)anda berasal?
Melaka Bandaraya Bersejarah

3)berapa adik-beradik?anda yang ker?nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?
2 oarang jea. Aku anak sulung. 1 orang pompuan, sorang laki...

4)akhir bersekolah anda dimana?
SMK Infant Jesus Convent Melaka

5)bila terakhir anda memotong rambut?
Thn lepas bulan 5 kalau tak silap

6)shampoo apa yang anda guna sekarang?
SUNSILK

7)anda gemar menjahit?kalau tidak,nyatakan sebab?
Tak gemarlah..Ntah aku pun tak tahu sebab apa...

8)bila berada di rumah adakah anda suka menghiasi diri?
Tak berapalah..Menghias ringkas-ringkas jea...

9)apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?
Aku pun tak tahu..x suka pun kena jugak buat sebab aku anak pompuan sorang jea...Suka tak suka kena jugak buat...

9)soalan yang terakhir,bagi 5 perkara kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila2?
1-Kenangan bersama-sama dengan mak ayah aku...My sweet memory...
2-Kenangan bersama kawan-kawan semasa di bangku sekolah..Rindu dekat dia orang...Uwah..lama da tak jumpa dengan mereka!!!
3-Kenangan semasa aku menglangsungkan perkahwinan ku...Walaupun masa tue banjir melanda aku akan tetap jadikan kenangan manis bagiku
4-Kenangan semasa aku melahirkan anak aku NUR ADRIANA QISTINA...
5-Kenangan semasa aku bekerja di Putrajaya...

10)siapakah anda nak TAG?
Aku nak tag sape ek...Aku nak tag kepada :-
~Kak Linda
~Jue
~Allyani
~Suhida
(nak berkenalan dengan lebih dekat lagi)

Saturday, June 6, 2009

TAG ABOUT MY PURSE

Tugasan nie da lama diberikan oleh Jue a.k.a Mama Iman...Baru sekarang dapat aku buat..sebab ari tue aku baru beli purse nie..Tak sempatlah nak amik gambar...

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse
~~outer~~



~~inner~~


B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

Brandnya Giamax...Harganya murah jea Rm30..Aku beli kat Jusco


C. Take out whatever its inside your purse


Inilah yang semua ada di dalam purse aku...Tak banyak pun barang dalam purse aku


Kad Pengenalan, Kad Nikah dan Lesen aku...


Kad2 ATM ku...Maybank, Giro and bank Rakyat

Kad2 Club...Kad Tupperware, Tesco, Jusco, Patient Card aku...

Ini semua name card..kawan-kawan akunyer....

Ini semua gambar2 aku dari kecik hinggalah dewasa...Cuma ada satu gambar tersesat..iaitu gambar asben aku...

Baucar KFC dari petronas...

Inilah duit yang tinggal da hujung bulan....
D. Tagged other 7 persons.
Kak Linda
Yana
Alyyani
Fazilah KKLW
Kak Su
(alah aku tak ramai kwn blog nie...sapa2 nak buat, buatlah yea)
E. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.
Suka tengok purse jue tue...
p/s : Jue, akak da dapat buat semua tugasan yang Jue bagi...Hehe...Sorilah lambat sikit...



Friday, June 5, 2009

ALAMAK JUE!!!!TAG OH TAG

Tugasan nie diberikan oleh Jue a.k.a Pinky Gal...Mak oi...punyalah panjang..Tugasan lama pun tak buat lagi..Hehehe.Sori yea..Kalo yang tulis2 mcm nie mungkin aku berkesempatan untuk melaksanakannya...
1. Bekas kekasih saya adalah..Yang mana satu yea..???Ada ke?

2. Saya sedang mendengar...orang membaca berita(tgh tgk tv nie)


3. Mungkin saya patut..tidurlah...ngantuk da nie

4. Saya suka...Shopping, Holiday, Jalan-jalan


5. Sahabat-sahabat saya...Semua duduk luar Melaka..Susah nak jumpa

6. Saya tak paham...kenapa ada orang yang suka marah-marah...


7. Saya kehilangan..
semua folder dalam pen drive...sedih tau ada byk gambar


8. Ramai yang berkata..
aku BERISI sikit dari dulu...

9. Cinta itu adalah...kasih sayang

10. Di suatu tempat, seseorang sedang...tido...kepenatan sangat tue


12. Saya akan cuba...belajar untuk drive sendiri..Masalahnya aku takut!!!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..Forever, Sampai Bila-bila...


14. Telefon bimbit saya..SAMSUNG (Model tak tahulah)

15. Bile saya terjaga...aku akan tengok adriana dulu...

16. Saya paling meluat...
pada pompuan2 yang tergedik-gedik...

17. Pesta/parti adalah
tempat untuk bersosial..


18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...aku tahu kucing jea yang comel..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
lepas abis sekolah...semestinya lepas SPM

20. Hari ini..aku asyik LAPAR jea...

21. Malam ini saya akan..tido dengan nyenyaknya...

22. Esok pula saya akan..Pergi keje la.....


23. Saya betul2 inginkan..Keluarga yang bahagia...


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..ada jerawat pulak bawah dagu aku...

25. Pusat membeli belah atau arked permainan...tempat yang bestlah..


26. Makanan barat atau jepun..Mestilah BARAT..aku tak reti makan makanan jepun


27. Bilik yang terang atau gelap..
Gelaplah..Kalau tak nnti Adriana tak mau tido..

28. Makanan segera adalah...kesukaanku...


29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
tak ingatlah..tp rasanya suruh Adriana pi tido...

30. Siapa yang anda ingin tag..Kak Linda (da lama tak update blog jgk)

Kasihmyaana

Alyyani

(Lagi x tahulah..aku tak ramai kawan blog nie..Sape2 nak buat dipersilakan)


***Dapat jugak aku siapkan Tugasan yang diberikan oleh Jue...Ok tak?Lama da buat baru dapat postkan ari nie...

Monday, April 27, 2009

:::TUGASAN 1 DARI JUE:::

Alamak!!!Aku dapat Tugasan daripada Jue pulak..Aku tak pernah pun dapat TAG daripada sesiapa..Nie 1st time nak wat nie..Kalau salah jangan marah yea Jue...

1) bila terakhir anda cuci toilet?
~~ baru sabtu lepas..hujung minggu jea yang aku sempat cuci...Huhuhu
2)pencuci apa yg anda guna?
~~ Ajax Fabuloso (Tapi kadang-kadang aku suka tukar-tukar pencuci)
3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
~~ sesekali jea sb mak aku yang selalu mop
4) apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
~~ mengemas dapur, memasak (kalau anak aku ada org jaga aku blhlah masak)
5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
~~ paling simple da tentu sambal telur ke, sambal ikan bilis ke..tak pun SARDIN...
6)minuman selalu anda buat waktu pagi?
~~ MILO.
7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
~~ aku tidurkan anak aku dulu...(NUR ADRIANA QISTINA) baru aku boleh tidur
8) Tugasan ini aku nak bagi kepada :
~~ NORASLINDA KARIM.(YippieGurl) Silalah buat yea Pn. Linda...
***p/s : Jue,betul ke apa yang akak buat..Maklumlah 1st time..Apa-apa pun thanks yea