Thursday, June 22, 2017

Giliran Keluarga Sebelah Suami

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat petang. Lagi lima belas minit mahu pulang. Esok sudah mula bercuti. Malam ini suami pulang. Doakan perjalanan suami saya agar selamat sampai. Ini entri keempat untuk hari ini. Sementara nak tunggu masa balik. Aku tulis satu entri dulu.

Minda sudah tidak boleh nak fokus pada kerja sebenarnya. Buat kerja sikit-sikit saja. Mana yang urgent. Mari teruskan dengan entri petang ini. Nanti cuti raya memang tak sempat nak bercerita. Dah nak cerita hal raya pulak.

Sabtu lepas, kami suami isteri jemput keluarga sebelah suami untuk berbuka di rumah. Itu pun dua keluarga tak dapat serta kerana sudah ada perancangan lain.

Menunya nasi daging.

Perapkan daging untuk buat daging bakar.

Daging bakar tang sudah dimasak.

Kuah asam untuk dimakan dengan nasi daging.

Deretan menu.

Ini antara tetamu kami.

Kalau ramai memang kena makan bersila. Meja makan aku tak muat.

Belikan mak mentua kek sempena ulangtahun kelahirannya.

Potong kek. Cucu-cucu tukang nyanyi. 

Begitulah kisahnya. Ramadhan akan berlalu. Sedih sebenarnya. Sampai sini dulu. Mahu berbuka. Tadi taip sikit sambung taip kat rumah. Selamat berbuka!

Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim

Plan Berbuka Puasa Yang Menjadi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat tengahari. Muncul dengan entri ketiga. Hari ini mood bermalas-malasan. Ini memang sungguh. Nak cakap apa cakaplah. Jasad saja di pejabat. Jiwa bergentayangan. Hati dan badan sudah tidak bersekongkol. Terkenang-kenang kerja kat rumah yang belum seratus peratus siap dikemas.

Kudrat ini makin ke penghujung sangat menduga. Keletihan melampau-lampau pulak. Jadi kerja banyak tertangguh. 

Baiklah, sebelum tu mari aku nak ceritaka lagi kisah berbuka puasa. Kali ini berbuka dengan kakak sepupu dan anak-anaknya. Perancangan di saat akhir. Selalunya yang rancang saat-saat akhir akan jadi.

Aku makan nasi dan lauk paprik.

Kebetulan anak buah aku balik dan duduk lama kat Melaka. Itu yang ajak berbuka sekali. Tahun ni dia raya rumah mentua dia. 

Kami seramai tujuh orang hari itu. Kebetulan suami aku ada program berbuka jabatan, suami kakak aku pun sama. Makanya sang-sang isteri pandai-pandailah bawa diri dengan anak-anak.

Kandungannya sudah nak cukup bulan. Doakan anak buah saya selamat melahirkan ye kengkawan.

Hat dua lelaki ni habis dia orang kerjakan kamera handphone aku. Yang besar Syahmi. Yang kecik Ammar.

Begitulah lagi kisah Ramadhan aku. Bila tak ada tempat nak dituju, berbukalah bertiga di rumah. Kalau tidak bersantailah di mana-mana. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Iftar di Mee Besen

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Muncul dengan entri kedua. Nak habis Ramadhan nanti cerita Ramadhan tak habis-habis. Jadi marilah aku bercerita sebelum kita menyambut kedatangan Syawal. Nanti bila dah tak tulis memang tambah malas. Sudahnya entri dan gambar-gambar dalam draf jadi jeruk pekasam.

Ini pula kejadian yang berlaku pada 17 Ramadhan. Setelah sekian lama merancang untuk ke Mee Besen sudahnya bulan Ramadhan juga rancangan ini dapat ditunaikan.

Berjanji dengan sepupu aku. Kami dah booked sehari awal sebab masa sedang kami merancang untuk berbuka di kedai Mee Besen, kisah kedai ini sedang menular di media sosial. Aku cuma abaikan. Zaman viral. Memang menakutkan.

Tak taulah apa nama menunya. Kita prang temgok kat page di FB aje.

Budak berdua ni memang lasak. 

Zoom sikit gambar nasi gorengnya. Sedap jugak. Kat tekak akulah. Aku cukup risau kalau orang tanya sedap atau tidak. Kalau aku cakap sedap, sekali orang tu pergi tak sedap. Tekak masing-masing kan.

Inilah antaranya yang ada.

Set talam.

Ini pula meenya. Kami pilih mee soya.

Selesai sudah makan. Beginilah mejanya sesudah makan. Alhamdulillah. Selesai dan berjaya jugak rancangan kami untuk makan di sini. Sekali gus dapat berbuka bersama.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Menu Berbuka 14 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Salam 27 Ramadhan 1438. Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Sedihnya. Pasti akan merindui Ramadhan. Semoga diberi peluang untuk bertemu dengannya lagi.

Entri ini mengisahkan menu berbuka. Menu yang disediakan oleh aku sendiri. Entri sudah tunggang-langgang. Mana yang sudah ada dalam draf aku terus tulis aje. Aku tak nak biarkan begitu aje. Biarlah gambar-gambar ini digunakan. Penat aje aku amik. Siap panjat-panjat bangku. 

Bila Tuan Fendy ada, barulah aku ni merajinkan diri. Menerima hidayah untuk masak. Kalau dia tak ada bukan tak nak masak. Tapi masa itu terlampau mencemburui aku.

Menu ringkas saja.

Sayur wajib ada.

Pekasam daging. Sedap gile!

Kurma ayam.

Telur masin pembuka selera.

Air ni Tuan Fendy yang buat. Entah ke apa namanya. Ada serai, daun pudina, laici, lemon dan beberapa bahan lain. Suka benar dia buat air tu.

Itu sahaja kisaj Ramadhan aku bersama keluarga. Semoga diberi peluang untuk menikmati Ramadhan lagi bersama insan-insan tercinta.

Sekian dan wassalam

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, June 21, 2017

Kunjungan Tetamu Berbuka Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sekali lagi muncul. Entri kedua untuk hari ini. Kemalasan melanda untuk menulis bulan puasa ini. Tapi aku paksakan jugak diri ini. Memandangkan semua sudah ada di draf, rasa sayang pula jika tidak dititipkan di sini.

Akan datang, entri-entri ini boleh dijadikan kenangan. Mana tahu boleh mengubat kerinduan dengan membaca entri-entri lama. Apa yang berlaku dulu belum tentu akak dapat diulang kembali. Bila ada gambar-gambar dalam blog bolehlah diimbas-imbas.

15 Ramadhan yang lalu, aku jemput mak, ayah, adik dan keluarga dia untuk berbuka di rumah. Hujung minggu saja yang boleh meluangkan masa bersama. Hari kerja masing-masing terikat dengan tugasan.

Menu hasil air tangan aku.

Asam pedas ikan pari.

Masak lemak daging salai.

Keluarga kecil aku. Aku dua beradik. Jadi taklah ramai. Nasib anak adik aku lebih satu daripada aku.

Makan di ruang tamu. Lebih selesa. Keriuhan budak-budak saja sudah cukup. Tunggu yang sorang tu besar sikit memang bertambah riuh.

Begitulah kisah Ramadhan aku. Aku harap agar diberi peluang untuk merasai Ramadhan lagi bersama mereka. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Berbuka Puasa Di KFC

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Ramadhan akan kian hampir ke penghujungnya. Sebak. Sayu. Rindu pasti akan menghantui nanti. Hari ini kita sudah 26 Ramadhan. Semoga kita dapat melakukan ibadah hingga ke hujungnya dan berpeluang bertemu Syawal.

Masih lagi mahu bercerita kisah iftar. Sehari selepas berbuka di rumah mak, esoknya aku dan anak-anak berbuka di luar. Berbuka dengan adik ipar dan anak-anaknya. Kami ke Tesco aje sebab aku bercadang lepas berbuka nak terus beli baju raya anak-anak.

Maklumlah hari tu duit bantuan khas kewangan (BKK) masuk. Jadi aku mahulah belikan anak-anak baju. Tak tunggu asben. Lambat kalau tunggu dia. Tak bergerak jadinya.

Beratur panjang masa ni. Sabar ajelah.

Kami berenam.

Adik ipar dan anak-anaknya, Nayli dan Naura.

Ini semua pun dah tahu siapa. Hihi...

Usai berbuka kami membeli-belah.

Selesai urusan menghabiskan duit. Dapatlah si Adriana dan si Ammar 3 helai baju dan sepasang kasut. Jadilah. Aku beli mana yang perlu aje.

Begitulah serba sedikit persiapan raya. Sekadar ala kadar. Pagi raya kami pakai emerald green. Baju bridesmaid masa anak buah aku kahwin. Jimat di situ. Lagi pun aku mesti pakai empat jam pertama sahaja. Sebabnya baju aku tu kebaya. Memang taklah aku nak bergentayangan ke sana ke sini dengan kebaya. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, June 20, 2017

Berbuka Puasa Di Rumah Emak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat petang semua. Salam 25 Ramadan. Sekejap saja kita sudah 25 hari berpuasa. Sejauh mana amalan ibadah kita. Semoga amalan kita diterima hendaknya. Ramadan ini akan dirindui. Semoga kita berpeluang untuk menghiasi ramadan lagi.

Masih lagi mengisahkan cerita ramadan. Selagi ramadan belum melabuhkan tirainya. Ada saja menu berbuka puasa, berbuka puasa di mana, dengan siapa dan sewaktu dengannya. 

Aku berbuka rumah mak masa 12 Ramadan. Hari kerja. Jadi aku terus lepak rumah mak sampai waktu berbuka. Lepas dah berbuka barulah aku dan anak-anak balik ke rumah.

Pau dan popia yang sedap.

Menu berbukanya.

Popia otak-otak.

Pau yang sangat lembut.

Ayam percik beli dekat bazar ramadan.

Ammar dan Nayli. Masa baik memang boleh berposing sekali. Kalau masa gaduh jangan harap nak macam ni.

Sagu gula melaka beli kat bazar jugak. Sedap sangat.

Begitulah perjalanan ramadan aku dan anak-anak ketika suami berjauhan. Alhamdulillah. Masih boleh menikmati ramadan ini bersama insan-insan tersayang. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, June 19, 2017

Cerpen Tersiar Dalam Utusan Malaysia

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua dan salam 24 Ramadhan 1438. Sekejap sahaja masa berlalu. Kita sudah 24 hari menjalani ibadah puasa. Ramadhan kian hampir ke penghujung. Terasa sayu pula hati ini. Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga ibadah kita diterima olehNya.

Sabtu lepas, sewaktu aku sedang bersiap mahu menghantar Adriana ke sekolah, peti mesej dari FB berbunyi. Aku lihat dan baca kirimannya. Rupanya ada khabar gembira untuk aku di pagi sabtu yang indah.

Cerpen aku bertajuk Rindu di Hati Abah tersiar dalam Utusan Malaysia. Alhamdulillah. Cerpen yang aku nak sangat tersiar akhirnya telah tercapai. Hati girang tidak terkira. Sebaik mengucap terima kasih pada insan yang menyampaikan khabar itu, aku terus khabarkan pada geng sewasap yang banyak membantu dan memberi dorongan serta semangat untuk aku terus menulis.

Inilah keratan akhbar yang diambil. Bagi penulis baharu dan penulis picisan seperti aku, bila nampak nama sendiri memang perasaan itu sukar diungkap. InsyaAllah, akan datang mana tahu ada peluang lagi.

Itu sahaja entri untuk hari ini. Sekadar berkongsi kegembiraan. Semoga aku akan sentiasa ada momentum untuk terus menulis. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, June 14, 2017

Berbuka Puasa Di Secret Recipe

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua. Hai bloggers.

Selamat malam semua. Baru berkesempatan untuk menulis. Bulan puasa ini semangat nak menulis agak suam-suam kuku. Nak kejarkan benda lain. Jadi kenalah ketepikan hal menulis ini dulu. Semalam pun tulis entri sebab itu entri berbayar. Jadi kenalah siapkan jugak. Blogger picisan macam aku, kalau dapat projek gitu memang sedikit teruja. Walaupun dibayar dengan nilai yang sedikit tapi lepaslah nak beli dua buah novel atau nak beli tudung pun lepas.

Bersyukur. Rezeki itu didatangkan dalam pelbagai bentuk. Entri kali ini pasal berbuka dengan kawan. Selagi belum habis Ramadhan, akan ada kisah berbuka di mana-mana saja. Sebagai kenangan akan datang yang mungkin kenangan itu tidak dapat diulang lagi.

Kejadian ni dalam minggu lepas. Dah lupa Ramadhan yang ke berapa. Aku dapat whatsapp daripada Adda ajak berbuka bersama sebab hubbynya ada hal dan terus berbuka dengan kawan. Jadi bila sang isteri berhadapan dengan situasi begitu, sibuklah sang isteri mencari teman berbuka. Yelah, berbuka sorang diri memang agak sendu. Jadi kami janji mahu berjumpa di Secret Recipe. Sebab Adda kata nak tempat yang sejuk. Maklumlah dia ada anak kecik. Kenalah makan di tempat yang selesa.

Itu kawan aku, Adda dan anak nombor duanya.

Sekali lagi.

Beramai-ramai. Sewaktu ini sedang menunggu makanan tiba.

Nana dan anak Adda yang sulung.

Menu untuk anak-anak.

Berselera budak ni makan.


Epal kasturi kalau tak silap air yang aku order ni. Sedap dan menyegarkan tekak.

Aku pesan tomyam. makan sampai sendat perut. Allahuakbar. Bukan apa, makanannya banyak sekali. Ini memang kegemaran aku bila ke Secret Recipe. Sesekali melangkah ke sini bolehlah melayan tekak. Kalau selalu memang melayang duit. Baiklah, itu sahaja entri malam ini. Menyusul dengan entri lain pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim