Thursday, March 24, 2011

~Adriana Checkup Bulanan, Ammar 1 Months~

Salam Khamis!!
Pejam celik sekejap jea ammar sudah menjangkau ke 1 bulan.  Rutin harian aku semakin sibuk menguruskan 2 orang anak kecil ini.  Masa 24 jam seperti tidak mencukupi. 

Seperti biasalah aku selalu lambat untuk postkan entry yang berlaku pada hari kejadian.  Terlampau banyak komitmen.  Macamlah aku seorang yang ada anak kan?Orang lain boleh jea update blog hari-hari.  Kata blogger tegar.  Apa-apa pun aku tetap mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog aku nie walaupun banyak sangat halangannya.

Aku masih berpantang 32 hari.  Tinggal 12 hari lagi genap 44 hari untuk aku habiskan sesi berpantang ini.  Seksanya nak tunggu sampai 44 hari.  Berbalik kepada tajuk di atas, isnin lepas 21/3/11 bawak dua orang budak kecik ini Adriana dan Ammar ke klinik. 

Adriana checkup bulanan untuk 3 tahun dan kena minum ubat cacing.  Ammar pula checkup untuk sebulan dan kena injection sekali.  Memang lamalah kami di klinik kebetulan hari isnin.  Memang ramai sangat orang. 

Untuk Adriana hari tue makan ubat cacing, timbang berat cuma 12.5kg dan seperti biasa nasihat-nasihat daripada nurse.  Untuk Ammar pula timbang berat 4kg, ukur panjag 52cm, ukur lilitan kepala 36cm dan kena inject Hepatitis B Dos 2.  Untuk Mama pula timbang berat 53kg (turun yea) :-), tekanan darah 100/60, cek air kencing OK dan HB 12.4.

Lepas tue kena jumpa doktor pula untuk cek aku dan Ammar.  Semuanya ok.  Settle semua di klinik dalam pukul 1.00 tengahari.

Inilah dua orang permata hati aku.  Adriana yang sangat manja dan inginkan perhatian.  Ammar yang sangat cool dan menangis bila nak susu dan waktu mandi jea.  Sangat takut pada air.  Kadang-kadang buat aku ingin lari dari rumah. hehehe.  Apa-apa pun mama sayang kamu berdua.

Nota Mama>>Seronok punyai dua orang anak sekarang walaupun kekadang diri ini amat penat.  Nasib si adik tersangatlah baik.  Si kakak yang lebih banyak ragam daripada adiknya.  Aku perlu banyak bersabar melayan karenah si kakak.



Thursday, March 17, 2011

~25 Hari Berpantang~

Salam semua..hari nie dah hari ke 25 aku berpantang...lamanya aku rasa nak abis pantang.  terasa lambat sangat kali nie..masa adriana aku rasa cepat jea...hehehe...ammar alhamdulillah sihat.  aku pun sudah semakin sihat dan badan pun dah semakin kuat.  setakat nak buat kerja sikit-sikit dan kerja ringan-ringan bolehlah aku buat sendiri.


Aku akan abis pantang awal bulan 4 nie..ada lagi 19 hari lagi...lepas nie merdeka!!!merdeka!!!lepas pantang nie banyak kerja-kerja yang menanti...mana aku akan berpindah ke rumah baru.  lepas tue bulan 5 kenduri kawin adik aku..  so, petang nie barang-barang akan diangkat ke rumah aku..tapi nak kemas tunggu aku abis pantang yea..kalau en. asben rajin biarlah dia kemas dulu..tolong yea bang...

Note>>Setiap hari aku akan menghitung hari...:-)

Note 2>>Tak sabar nak dok umah sendiri..mcm manalah keadaan aku menguruskan 2 orang anak nanti...

Tuesday, March 8, 2011

~Pengalaman Melahirkan Ammar~

salam...sewaktu aku mengarang kisah ini ammar tengah tido, adriana pulak tak ada ikut MIL aku balik kg.  so aku ada kelapangan untuk mengarang pengalaman melahirkan ammar.  sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua ibu.

berbalik kepada kisah aku, seperti yang semua tahu aku kuar wad hari jumaat setelah 5 hari aku ditahan di wad.  kisahnya ada di sini!!malam tue aku seperti biasa masih boleh kuar berjalan-jalan.  ikut asben pi tengok rumah lagi..al-maklumlah 5 hari dekat hospital...doktor kata datang kalau sakit or turun tanda.  kalau belum bersalin aku kena admitted 13 Mac 2011 untuk diinduce.

sabtu (19/02/11)...
pagi tue aku terasa sengal-sengal kat bahagian ari2..bila nak jalan lagilah sakit.  tapi aku buat tak endah walaupun dalam hati aku resah dan gelisah.  aku tak cakap asben pun yang aku terasa sakit.  malam tue aku masih kuar makan dengan asben, mak dan mak long aku.  bawak mak long aku pi tengok rumah.  malam tue memang aku tak boleh nak tidur.  memang lambat sangat mata nak lelap.

ahad (20/2/11)
pagi tue aku bangun subuh masih tak ada tanda lagi.  aku sambung baring dan tidur.  dalam pukul 10am aku bangun nak mandi.  asben pulak dah siap2 nak ke rumah bukit katil dan ke rumah cendawan.  aku pun masuk toilet.  tengok2 dah ada tanda...darah+lendir...nervous aku...mengigil aku dibuatnya...sudah sampai masakah??aku panggil asben aku...aku tunjukkan tanda tue..dia pun agak cuak tanya aku nak pi hospital ke?tak nak tunggu sakit?aku kata kena pi sekarang..yelah aku risaulah takut manalah tahu baby aku songsang ke apa ke...macam-macam dipikirkan..

siap-siap semua barang aku ke hospital..seperti biasalah adriana...kalau tengok muka dia mahu aku bergenang jea..kuatkan hati...sampai di GH macam biasalah...kena daftar...ermmm, masuk lagi aku kat tempat nie..nekad kuar dengan baby jea...sampai jea kena amik tekanan darah, cek air kencing, cek CTG dan yang paling aku tak suka kena seluk..doktor kata bukaan aku da 3cm..so, kena masuk wad dulu...petang tue dah sakit sikit-sikit tapi tak kerap.  start pukul 12 tgh malam aku dah rasa sakit yang amat sangat..macam nak putus pinggang...kesakitan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...asben aku kejap2 sms aku tanya aku macam mana..apa yang mampu aku balas tengah sakit...kadang sampai aku malas nak reply sms asben aku dek kerana menahan sakit.  sesekali aku terlelaplah jugak..bila sakit itu datang aku pun terjaga.  sampailah ke pagi aku sebegitu...

Isnin (21/2/11)
Pagi tue aku bangun ada lagi turun tanda darah+lendir...kali nie banyak daripada semalam...bila aku bagitahu doktor nak tahu doktor jawab apa...dah pecah air ketuban ke?aku kata 'belum'...doktor kata tunggulah...masalahnya aku dah sakit yang amat sangat.  bila nurse datang cek contraction aku baby aku nie tak mahu pulak mengeras.  aku takut tiba-tiba bukaan aku da besar..macam adriana dulu tiba-tiba dah bukak 8cm..dalam pukul 10.30 doktor pakar datang tengok pesakit-pesakit..sampai kat katil aku doktor pakar nie kata nak cek bukaan since last cek masa aku masuk hospital semalam...sekali doktor kata 'dah besar jalan awak nie...dah 5cm...awak tahan sakit ke?'oh doktor tue boleh tanya aku padahal aku dah bagitahu pada nurse dan doktor kat depan...aku dah terjawab lagi..doktor tue kata saya 'kena hantar awak ke labour room skrg'...nurse masukkan ubat untuk buang air besar...lepas settle semua aku terkial-kial tel asben sebab dia keje ari tue..so, aku tak sempat nak jumpa asben aku sebelum aku masuk ke dalam labour room...

di dalam labour room doktor kata nak pecah air ketuban untuk percepatkan proses bersalin..aku memang dah tak ingat apa-apa...aku tahu nak cepat bersalin jea...nasib ada nurse-nurse yang baik hati..banyak membantu aku ketika di dalam kamar bersalin.  lepas jea air ketuban dipecahkan sakitnya makin kerap.  sampai bukaan 8cm aku panggil nurse.  aku bagitahu yang aku rasa nak meneran.  nurse suruh aku mengiring teran pelan-pelan..rasa macam nak tercabut besi katil tue aku paut.  kalaulah asben aku ada mesti aku berpaut kat dia..tapi asben aku tak mahu masuk..katanya dia tak boleh nak tengok...agak penakut laki aku nie...ampun yea bang...puaslah jugak aku pujuk...masa saat2 nak meneran aku tunggu gak manalah tahu dia nak masuk...ohhh tidak..

sampailah saat gesaan meneran yang amat kuat datang doktor dan nurse kata teran aku pun meneran sekuat hati....rasanya dalam 2x aku meneran untuk mengeluarkan Ammar...seperti dalam mimpi aku berjaya meneran.  yelah adriana kan dulu vacuum sebab aku tak larat nak meneran..pendek kata tak reti nak meneran..tepat pukul 2.20 petang ammar telah selamat menjengah dunia...terdengar tangisan dia...sayu hati aku...berat 3.2kg...aku pun tel asben kata aku dah selamat bersalin...suruh azankan baby..

perasaan aku?rasa macam tak percaya yang aku bersalin secara normal tanpa alat bantuan...aku cuba berfikir secara positif kalau orang yang lebih kecik daripada aku boleh meneran kenapa tidak aku????apa-apa pun telah selamat dan selesai semuanya...lepas nie nak fokus besarkan budak 2 orang nie..

alhamdulillah....kini aku sudah punya sepasang cahaya mata...kalau ada rezeki lagi aku terima jea...target 3 orang jea...:-)

adriana dan ammar

Note>>Berjam-jam amik masa untuk mengarang pengalaman ini...ammar asyik2 bangun nak menyusu...

Note 2>>Kalau ammar kuar 20/2/11 sama tarikh dengan kakaknya...tapi ammar kuar 21/2/11...


~7 Mac 2011 Sepatutnya Due Aku~

Muhammad Ammar Qayyum

7 Mac 2011...Sepatutnya semalam adalah due aku bersalin...
tapi sape sangka dan siapa tahu kuasa tuhan..
Muhammad Ammar Qayyum menjengah dunia awal 2 minggu.
Apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana semuanya sudah selamat.
daripada aku terfikir-fikir macam manalah aku bersalin...
dapat bersalin normal ke atau operate?

sekali lagi, aku bersyukur kerana semuanya telah selamat..
tarikh yang mendebarkan telah pun aku lalui..
saat-saat itu telah aku tempuh..
memang pengalaman yang sangat berbeza...

Note>>Bilalah nak mengarang pengalaman bersalin aku nie???

Sunday, March 6, 2011

~5 Hari Aku Di Wad~

Cerita kesinambungan daripada entry ini...pasal kandungan aku yang songsang. seperti temujanji 14/02/11 aku kena refer klinik O&G mengenai kandungan aku.  seperti yang tidak aku sangka aku disuruh masuk wad atas sebab-sebab baby aku breech dan tali pusatnya di bawah.  doktor takut aku sakit or pecah air ketuban di rumah.  takut tali pusat turun dulu yang boleh membahayakan baby aku.

so macam menyerah diri jealah masuk wad.  aku pergi klinik O&G pagi tue dan petangnya aku kena masuk wad.  redhalah nak buat macam mana kan...

bila dah masuk hospital semua serba tak kena..aku risau kalau baby aku tak pusing nampak gaya macam kena operate jea.  semua orang aku tanya, sms pada kawan-kawan yang pernah operate nie.  aku nie jenis penakut.  kalau dah duduk hospital orang sihat pun boleh jadi sakit.  kejap2 doktor datang cek, nurse datang amik tekanan darah, cek jantung bb.

lepas tue aku asyik kena scan nak tengok kedudukan baby macam mana.  aku masuk hospital ari isnin.  hari selasa scan kedudukan baby masih tidak berubah.  setiap malam, setiap saat aku berdoa agar baby aku pusinglah ke bawah..memang aku tersangatlah risau.

hari rabu tak silap sebelah petang doktor pakar datang dia cek kata kepala baby da pusing ke bawah.  start dari tue dok bercakap dengan baby jangan pusing-pusing lagi.  doktor kata kena pantau 48 jam.  maknanya 2 hari lagi kena duduk hospital.  kalau baby tak pusing aku boleh keluar wad.  yeah aku boleh balik jumpa adriana.  duduk kat hospital aku asyik dok bergenang air mata terpikirkan adriana kat rumah.  aku masuk hospital dia pun demam. kesian dia...

hari jumaat tue, seperti biasa doktor pakar datang cek aku lagi.  kes aku nie doktor panggil 'unstable lie'.  doktor kata baby aku sudah berada di kedudukannya.  gembiranya hati aku...so, doktor kata tengahari tue aku da boleh balik rumah.  happy yang amat sangat...memang dalam pikiran isnin tue aku boleh pi kerja nak siapkan kerja-kerja aku.

Note>>5 hari aku duduk hospital....memang aku disuruh rehat2

Note 2>>Lepas nie kisah aku masuk hospital balik....