Tuesday, October 8, 2013

~Kisah Jumaat @ Nando's~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Hari ini walaupun kerja jiwa bukan sepenuhnya melakukannya.  Sebaik sahaja selepas sarapan, tiga biji ubat ditelan.  Huh!!Mahu tidak mahu kena makan juga ubat-ubatan itu.  Nak kembali sihat dan segar untuk menempuh sebulan lagi sebagai supermama!Jangan jadi superman sudahlah.

Nak cerita kisah jumaat lepas.  Lunch tu aku, mira moktar dan faezah a.k.a adik ipar aku keluar ke jusco lama.  Cadangnya mahu celebrate birthday girl si mora mokhtar.  Lewat sehari daripada hari lahirnya.  Tempat ni pilihan faezah.  Kalau tanya aku makan kat food court retilah.  Hahaha...Jomlah tengok sedikit gambar untuk kenangan masa akan datang.  Mana tahu suatu hari nanti kami berpisah atas komitmen masing-masing, ini boleh dijadikan sebagai kenangan.

Menu di depan aku waktu itu. 

Suasana di dalamnya.  Waktu ini sangat tenang.  Makan pun best je.

Sementara menanti makanan sampai bergambarlah dulu.

Bergambar memang aktiviti wajib.  Ini mira bersama faezah.

Air untuk kami bertiga.  Air yang lain daripada lain itu adalah kepunyaan saya!Langgar pantang hari tu.  Minum air berais.  Terpaksa dengan rela hati menyedut iced chocolate tu tanpa rasa bersalah.  Nikmatnya. 

Ini soup yang kami order.  Sedaplah soup dia ni.

Ini menu untuk kami bertiga.  Semua pilih yang sama.

Inilah birthday girl yang sedang berusaha memotong ayam yang menggantikan kek.  Hehehe..Makanlah sampai kenyang.  Memang tersangat-sangat kenyang.

Sebelum melangkah keluar daripada Nando's, kami sempat bergambar bertiga.  Pulang dengan cerianya kerana perut sudah pun terisi.  Alhamdulillah...

Sekian...









                                                                                                       

2 comments:

.:fyzz:. said...

bestnya menu2..membuka selera...

Unknown said...

wahhh sy pon suke nandos.Salam perkrnalan :)