Saturday, February 26, 2011

~Memperkenalkan Muhammad Ammar Qayyum~

Salam...Rasanya sudah lama aku tidak mencatatkan cerita-cerita harian aku di sini...oleh sebab banyak perkara yang terjadi tanpa diduga.  banyak sangat post yang sempat draft jea tanpa dipublished.

Apa-apa pun semuanya telah selamat.  Seperti yang ramai sedia maklum, aku telah selamat melahirkan Muhammad Ammar Qayyum pada 21/2/2011 bersamaan hari Isnin jam 2.20 petang.

Inilah rupa baby Ammar..pengalaman melahirkan ammar akan diceritakan pada next entry yea..Ini pun aku curi-curi untuk update blog. Masa nie ammar tengah tido...Adriana pulak tak ada...Balik umah MIL aku..So, aku adalah kelapangan sikit.


Nama : Muhammad Ammar Qayyum bin Mohd Affendy
D.O.B : 21/2/2011
Cara Lahir : Normal
Berat : 3.2 kg
Panjang : 48 cm
Lilitan Kepala : 34 cm

Cukup tak apa yang aku update??Nanti sambung lagi yea...

Note>>Taip pun tak tentu arah takut ammar bangun...jumpa next entry yea...

Wednesday, February 9, 2011

~Checkup 36 Weeks Dan Ke Klinik O&G~

Semalam (08/02/2011) aku ada checkup untuk 36 weeks di Poliklinik Peringgit..  Semalam checkup seperti biasa cuma kedudukan baby aku jea yang tak ok..baby aku songsang plak..last checkup baby aku da berada di kedudukan yang betul.  semalam bila nurse check kata baby aku songsang.

Jadinya nurse suruh aku jumpa dengan doktor untuk rujuk kes aku nie.  seperti biasa doktor suruh aku baring.  mula-mula doktor rasa-rasa cam dia kata kepala kat bawah..pas tue doktor kata kita scan...bila scan kat bawah memang tak nampak apa..sekali kepala baby di atas yea..maknanya baby aku songsang.  doktor sampai cakap 'Oh my god'..aku pun jadi risau ler..lama-lama doktor tunjuk kat aku masa dia scan..

so, doktor kata dia akan bagi surat untuk aku refer ke Hospital Besar.  tadi pagi aku ke Klinik Pakar O&G lah..Pegi tadi pun just nurse bagi tarikh appointment jea.  Aku kena datang balik ke O&G isnin nie iaitu 14/02/2011.  So aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. 

Next checkup aku pun pada hari sama isnin nie..jadi aku kena pi O&G dulu...apa-apa pun kita nantikan apa yang akan diperkatakan oleh doktor.  doakan aku yea kawan-kawan...

Note>>kalau boleh biarlah aku dapat bersalin secara normal...tapi kalau ini ketentuannya sapelah kita untuk menolaknya. janji semuanya selamat...Amin


Tuesday, February 8, 2011

~Adriana Dan Sabrina~

Nie sepatutnya diceritakan 2 minggu lepas..masa nie aku dan opismate aku Zila nak pi kenduri doa selamat a.k.a housewarming rumah member opis aku gak...seperti biasa adriana dan sabrina anak zila mestilah ada..budak dua orang nie macam bff seperti maknya jugak...sebelum nie aku pernah citekan hal budak dua orang nie kat entry nie....masa tue budak dua orang nie kecik lagi...sekarang da 3 tahun da...

Jom layan gambar budak 2 orang nie...
Nur Adriana Qistina dan Nur Sabrina




Inilah gelagat mereka berdua...masa nie otw nak balik umah da...masa nie zila tengah bayar bil celcomnya...jadi aku tinggal bertiga dengan budak2 nie..apa lagi..mari kita bergambar...masing-masing bila sebut amik gambar nielah gayanya...

Note>>Sama tak muka adriana dengan sabrina??ada orang kata muka dorang dekat nak sama...

~Da Pasang Daa~

Akhirnya, meter api dan meter air sudah dipasang...cepat jugak TNB dan PAM melaksanakan tugas-tugasnya..kerja-kerja pemasangan sepatunya antara 7 hari bekerja..tapi dalam masa 2 hari jea da pasang...

Ini meter letrik umah aku
Ini gambar dari mr.google..
meter air sendiri tak sempat nak snap..:-)

Kita orang dah pun pasang lampu-lampu yang telah dibeli...sangat teruja..yelah nak duduk rumah sendiri.  macam mimpi pun ada..yelah sebenarnya bukan dalam perancangan kita orang pun nak beli rumah tahun nie..mungkin da namanya rezeki...apa-apa pun aku tetap bersyukur di atas kurniaan-Nya...

Monday, February 7, 2011

~Kenapa Ngantuk Sangat Hari Nie??~

Kenapalah hari nie mengantuk yang amat sangat???padahal aku sibuk dengan kerja-kerja aku..tapi aku punya mengantuk janganler cakap..menguap dah banyak kali...

rasa macam nak letak lidi jea nak tahan mata aku nie...dah cuti lama sangat agaknya tuelah pasal hari nie aku rupa ini agaknya..dengan ketidakselesaan perut ku asyik dari tadi dok mengeras-ngeras...

Note>>Update blog supaya hilang rasa mengantuk...

Note 2>>Cuti 4 hari aku sibuk mengemas rumah...aku kemas ke??aku arah2kan jea...

Note 3>>Sambung keje...

Wednesday, February 2, 2011

~Akhirnya Aku Pilih Set Bersalin Ini~

Salam..masih ingat lagi tak pada entry nie? Inilah kesinambungan daripada entry tersebut dan secara tak langsungnya aku telah membuat pilihan mengenai produk set bersalin yang akan aku gunakan sewaktu dalam pantang.  Akhirnya aku telah memilih Set Bersalin ini...Aku rasa confirm dan keputusan aku adalah sangat2 muktamad..:-)

Malas nak pikir panjang-panjang.  Apa salahnya kali nie aku cuba set ini pulak...Ini bantuan daripada seorang sahabat blogger aku iaitu JUE.  dia adalah pengguna tegar Set Bersalin Tropical Herb Amway nie...


Set nie aku akan beli secara online jea...aku beli daripada JUE jugak..Aku berharap kali nie aku akan berpuas hati bila menggunakan produk ini dan menampakkan hasil yang memberansangkan pada aku...hehehe

Mengenai produk ini, aku adalah search dekat internet...Ini serba- sedikit mengenai produk Set Bersalin Tropical Herbs Amway.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat & mudah.

* Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.

* Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Ciri-ciri dan Faedah

* Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

* Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

* Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
 

* Pengilang herba bertauliah.
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)


Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Untuk dimakan:

Teh Herba ( 10 uncang )
Lepas Bersalin 1 ( 60 kapsul sayuran )
Lepas Bersalin 2 ( 80 kapsul sayuran )
Untuk Kegunaan Luaran:
Herba Pembersih Wanita ( 20 uncang )
Herba Mandian ( 20 uncang )
Minyak Urut Herba ( 20 paket )
Minyak Bayi ( 60 ml )
Campuran Peramping Perut ( 20 paket )
Campuran Penghangat Badan - Param ( 15 paket )
Campuran Penenang - Pilis ( 15 paket )

Bengkung diberi PERCUMA

Note>>Sesiapa yang berminat dengan produk ini bolehlah hubungi JUE yea...


Tuesday, February 1, 2011

~Kandunganku Sudah 35 Minggu~

Kejap jea aku da masuk 35 minggu...pelbagai perasaan dirasakan ketika ini.  teruja nak sambut orang baru pun ada...takut pun ada, berdebar-debar pun ada..ingat lagi tak pasal entry ini?entry kali nie kiranya sambungan daripada kisah entry ini...

Last week 24 Januari 2011, aku ada checkup untuk 34 minggu...memang ler aku pegi ke klinik dalam keadaan risau yang amat sangat.  yelah sebab last checkup kan doktor kata baby aku melintang masih belum berpusing dan duduk pada tempatnya..betul ke apa yang aku terangkan??so, doktor kata kalau next checkup keadaan baby masih seperti itu aku kena refer ke Hospital Besar Melaka.  owh sangat merisaukan...

Tapi alhamdulillah...bila nurse tekan-tekan perut aku, aku puntanyalah baby da pusing ke?nurse kata da..nurse pun tekan kat bawah dia kata rasa tak?ini kepalanya...Oh..aku sangat lega ketika itu...

So, aku sangat-sangat lega baby dah berada di tempat yang betul....Alhamdulillah...:-)


Aku harap semoga baby 'A' akan berada di kedudukan ini sehinggalah bersalin nanti yea...Amin....

Note>>Jangan merisaukan mama ya baby...