Thursday, August 30, 2012

~Salam Aidilfitri Buat Semuaaa~

STICKY MODE
Entry melekat hingga 30 Ogos 2012
Untuk entry baru sila scroll ke bawah.:D
 
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir Batin buat semua yang mengenali diriku ini sama ada di alam maya mahupun di alam realiti.  Buat yang sudi singgah dan membaca di blog aku ini, mohon ampun dan maaf sekiranya ada ketelanjuran kata yang membuatkan sakit hati atau terasa hati.  Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma.  Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan memandulah dengan berhemah.

Take care semua.  Semoga korang enjoy di hari raya nanti.







                                                                                                

~2 Syawal Kami Ke JB~

Plan last minit sebab kali nie kami kenalah ke JB beraya sebabnya nenek aku duduk dengan makcik aku (adik ayah aku).  Banyak sebabnya kan.  Selalu raya pertama kami pergi rumah pakcik kat Melaka jea untuk tengok nenek.  Kali nie jauhlah sikit sebab nenek aku dah duduk dengan makcik aku.

Mula-mula nak pegi lepas seminggu raya tapi asben kata nak pegi 2 raya.  Oklah tue.   Tengah cuti lagikan.  Kalau pi hujung minggu takut jammed pulak.  Masa pegi hari tue pun kereta banyak tapi jalan taklah jammed.

Mari tengok gambar aku yang tak seberapa.  Bila teringat baru amik sebab perjalanan ke JB tue rasa aku macam jauh sangat.  Masa pegi ammar ok lagi bila balik tue dia meragam aje kejenya.  Dah tak selesa agaknya.

Ammar yang berangan.  Mari kita ke JB.  Ammar drive!!!

Dua lelaki penting dalam hidupku.  Affendy dan ammar!!!

Mulakan perjalanan kami.

Sesampainya kami di rumah makcik.  Ini rumah sepupu aku.  Makcik aku dah duduk dengan anak dia.  So datang sini sebab nenek aku ada kat sini.

Sedang menjamu selera.  Makcik aku masak laksa.  Sedappp.. Nasib aku dah boleh makan laksa.

Mak aku, adik ipar dan anaknya.

Ini semua sepupu sepapat aku.  Dia orang datang sekali.  So tahun nie kita orang berkumpul dan berjumpa beramai-ramai di Johor.  Lepas asar kita orang pun bertolak nak balik Melaka.  Tapi aku boleh lupa nak amik gambar dengan nenek aku.  Kenapalah tak ingat langsung.  Sebelum balik kita orang singgah Danga Bay dulu.  Biasalah asben aku mesti nak singgah mana-mana dulu kalau berjalan.

1st time buat ammar menjejakkan kaki di bumi Johor.  Last kami sampai di Johor masa datang wedding sepupu aku.  Ammar pun belum ada.

Family adik aku.

Family kecil aku.

Aku dan adik ipar aku.

Nana bergambar bersama atok dan neneknya.

Masing-masing berjalan menuju ke parking.  Nak balik dahhh.

Bye Danga Bay.

Dah nak keluar tol.  Bye Johor.  Panjang umur kami sampai lagi di sini.  Lepas dah hajat ayah aku nak berjumpa nenek.  Kalau nenek duduk Melaka senang sikit nak jengok.  Sekarang nenek dah di Johor memang susahlah. 







                                                                                                                      

Tuesday, August 28, 2012

~Cerita 1 Syawal Lagi~

Assalamualaikum...Kembali bersambung untuk menceritakan kisah 1 Syawal aku lagi.  Mencari mood yang hilang untuk berblogging sebab badan tak berapa sihat.  Sakit kepala, mual dan jugak sakit perut akibat salah makan.  Tang mual jangan disangkakan mengandung pulak.  So bila badan tak sihat mata nie nak terkatup jea.  Balik rumah siapkan apa patut lepas tue terus beradu.  Cerita memang banyak nak diceritakan.  Gambar memang menimbun jugak sampai pening nak pilih.

Kesinambungan cerita 1 Syawal dari SINI lepas dah settle hal di rumah, bersalaman, bermaafan, menziarah dan melayan tetamu kami terus keluar ke rumah mak long di Malim Jaya.  Kalau tak keluar rumah nanti memang tak dapat bila orang dah ramai datang.  Pagi-pagi raya memang mak nak jumpa mak long.  Satu-satunya kakak yang mak ada.  Aku ikut sekali sebab sebelah petang dah nak balik rumah mil pulak.  Jomlah tengok gambar-gambar aku dan keluarga di rumah mak long.  Bila sudah kumpul ramai-ramai maka gambar memang banyak.  Sampai nak pilih pun jadi pening.

Ini kita orang baru jea sampai.  Kesian Nayli kat bawah tue.  :D

Bergolek-golek pulak adik aku tue.  Penat masak ketupat kot.

Aksi-aksi gedik manja daripada mereka.

Sedang menjamu selera.  Aku nak gak enterframe.

Dah lama tak bergambar berdua.  Seiras tak kami??Tengok betapa solehnya laki aku teman bini makan.  Mana bini dia tak gemok.  Bini makan laki tukang tengok.  Kahhh

Kami bergambar lagi.  Aku dan anak buah aku memang tak boleh kalau tak bergambar.

Gadis bunga dan mak bunga.  Boleh tak?

Kan dah kata.  Bergambar lagi.

My mom dan mak long.

Adriana dan obek wati. 

Bergambar sebelum balik.  Tapi tak cukup korumlah dalam gambar nie.  Ada yang kat depanlah yang adik ipar aku tidurkan anak dia.  Itu apa hal pulak laki aku tue.  

Dari rumah mak long aku terus balik rumah mil.  Asben nak ziarah pusara arwah ayahnya pula.  Otw balik rumah mil ammar sampai tertidur sebab kepenatan agaknya.  Mana taknya pagi-pagi dah dikejutkan bangun.

Ini aksi mamai daripada ammar.

Last picture for 1 Syawal, aku bergambar dengan mom in law dan adik ipar aku.  Tengoklah ammar tue.  Cute pulak aksi dia.  Maknya poyo puji anak sendiri. :D

Oklah sekianlah rentetan perjalanan cerita aku dan family untuk 1 Syawal.  Raya aku biasa-biasa saje tapi meriah dan masih dalam bersederhana. 







                                                                                                                         

Thursday, August 23, 2012

~Pagi 1 Syawal~

Pagi syawal tue pukul 6 aku dah bangun sebab nak iron baju bagai.  Lepas tue nak terus ke rumah mak sebab asben nak solat raya di Masjid Al-Azim.  So memang kejar masa.  Takut tak sempat.  Mana nak kejut dan siapkan anak-anak lagi.  Masing-masing liat nak bangun.

Kejutkan adriana ok pulak pagi tue.  Ammar jea terkebil-kebil nak bangun.  Bangun dik...Hari nie hari raya.  Asben bangunkan dia bukak baju dia baring balik.  Lawak tengokkan dia.  Siap-siap semua terus pi rumah mak.  Pukul 7.30 kita orang keluar rumah.  Sampai jea asben terus ikut adik naik motor untuk solat raya.  Tugas pertama aku di rumah mak adalah mengisi kuih raya mak dalam balang.  Tunggu orang balik sembahyang then mahu menziarah pusara arwah atok dan nenek.

Sebelum itu seperti biasa kenalah bergambar untuk kenangan kami.  Bukan senang nak bergambar satu family.  Studio di ruang tamu rumah mak aku.  Hehehe..

Ini masa adik aku tengah setting kamera canggih aku.  Budak-budak nie jadi mangsa.

Inilah keluarga Hj Adim dan Hjh Saedah.  Keluarga kecil.  Dua orang anak, dua orang menantu dan tiga orang cucu.  Thanks to mr tripod.  Nasib ada tripod dapatlah kami bergambar beramai-ramai.

Ayah dan mak aku.

Keluarga kecil aku pulak.  Tema kami biru.  Tema kali nie asben yang pilih sebab dia nak warna nie senang nak pakai masa kursus.  Apa-apa jealah janji ada baju sedondon.  Aku kena oter baju aku sebab besar gedabak aku rasa.  Inilah masalah aku kalau beli baju dah siap.  Mengelebeh sana sini.  Baju yang besar sebab aku yang kecik kot.

Family kecil adik aku.  1st time raya bersama anak.

Oh cair aku bile tengok mamat nie.  :D

Settle di rumah lepas bersalam-salaman, kami pergi menziarahi pusara arwah atok dan nenek.

Then balik rumah sebab kawan-kawan mak aku masa kerja datang rumah.  Dia orang memang tiap tahun datang rumah masa hari raya dari aku sekolah sampailah aku dan kawin dan beranak-pinak.  Rajin betul uncle-uncle nie.  1 Malaysialah katakan.  :D

Lepas tetamu mak balik kita orang keluar untuk ke rumah mak long di Malim.  Biasalah mak ada sorang kakak jea.  Kami pun menuju ke sana.  Cerita akan bersambung di rumah kakak sepupu aku pulak.  To be continued...








                                                                                                                      

Wednesday, August 22, 2012

~Drive Thrulah Kite~

Arah tuju lunch hour tadi ke sini. Ingatnya malas nak keluar tapi sebab ada orang yang dah kehausan cari air aku bawaklah jugak dia ke 7eleven beli air. Kang ada yang kekeringan rak minum...kahhhh...lepas tue baru tuju ke sini sebab menunaikan hajat ibu mengandung. Kang ada pulak air liuh anak dia meleleh macam ammar. Kesian anak aku tue. Air liuh x kering dok meleleh jea. Apa yang tak dapat makan aku pun tak tahu.

Pikir nak makan apa. Dalam pikiran nak makan bubur. Kena kawal makan. Diet ok.

Ramai orang yang drive thru lunch hour tadi.

Sempat pulak minah sebelah aku snap gambar ketika aku order. Kang ada pulak mamat nie perasan. Jangan perasan yea dik...ahkak nak masuk blog. Blogger tegar katakan. Kang ada pulak orang berkata-kata sikit-sikit blog,sikit-sikit blog. Orang yang kata bukan orang-orang kat sawah tue yea. Oklah sedang menikmati bubur mcd setelah jemu makan rendang... 1st time pemandu amatur berdrive thru yea...

~Cerita Di Malam Raya~

Sehari sebelum raya aku dan anak-anak balik rumah mak dulu.  Memang kebiasaannya petang raya kami di rumah mak aku.  Asben aku keje lagi.  Jadi baliklah ke kampung kami 3 beranak.  Jauh bebenorlah kampung tue.  Hihihi.

Hari tue masa kemas-kemas beg nak masukkan dalam kereta asben aku kata nak balik kampung ke?:D  Sabajelah.  Perli ke apa tue.  Walaupun rumah aku dengan rumah mak yang x sampai setengah jam dah sampai nakler jugak bawak bekalan baju.

Ketupat yang sudah siap dimasak.

Hidangan untuk berbuka petang itu.

Sambal ayam feveret aku.  Memang aku suruh mak aku masakkan.  Nggeeeee...

Selepas selesai berbuka.  Adriana sibuk nak main bunga api.

Mendengar pengumuman raya.

Selepas dah settle kat rumah mak aku, aku dan asben balik ke kampung asben di Pulai.  Memang tiap tahun malam raya balik kampung dulu.  Cuma bezanya kali nie beraya tanpa nenek.   Ini semua sepupu sepapat asben.

Ammar mencari arah tujuannya.

Mereka sedang berkumpul di halaman rumah bermain bunga api.  Kalau balik kampung memang meriah sebab kat kampung asben aku memang ramai.  Jadi memang riuh rendahlah suasana di kampung.  Lepas dah settle di kampung kita orang balik rumah terus.  Itu pun balik dah lewat.  Sampai rumah pun pukul 1 pagi.  Terus tidur sebab esok pagi-pagi dah nak kena bangun awal.