Saturday, May 18, 2024

KEMBARA HO CHI MINH

Assalamualaikum.

Tahun ni aku berpeluang untuk mengikuti trip Kelab Sosial Kakitangan Jabatan Tenaga Kerja Johor Bahru. Aku dah pindah ke Melaka tapi aku ikut kuota kawan aku bujang boleh bawa sorang kawan. Akulah tu. Rezekilah sebab aku memang teringin nak ke Vietnam. Kembara Ho Chi Minh selama 5 hari 4 malam. 

Ini pertama kali aku travel tanpa suami dan anak-anak. Selalunya aku selalu tewas kalau tak ada mereka. Entahlah, kali ini aku kuat untuk ikut trip ini. Jarang-jaranglah aku nak setuju travel solo ni. Kawan sekolah aku ada saja mengajak tapi aku yang tak nak. Bila jalan mengenangkan lakilah, anaklah, rumahlah.

Mungkin faktor usia sebegini aku nak mencari ruang dalam diri sendiri. Sampai bila kan. Sesekali aku kena mencari diri sendiri dan melihat bumi Tuhan. Sewaktu kawan aku, Yana nak beli tiket kapal terbang aku pesan beli saja jangan nak tanya-tanya aku sebelum aku berubah fikiran. Hahaha. 

Mengugut aje keje kau.

Aku memang tak ambil tahu bab tiket ke, bab hotel ke apa sajalah. Aku cuma ditanya nak menu makanan apa masa dalam kapal terbang. Selebihnya tak amik tahu. Tahu tarikh nak gerak aje 30 April 2024. Naiknya di Lapangan Terbang Senai. Semua dari Johor.Yang aku dengan sorang lagi dari Melaka sebab kami berdua dah pindah Melaka.

Kami bertolak dari Melaka dalam pukul 2.00 pagi sebab flight pukul 7.30 pagi macam tu. Suami aku hantar kami ke Senai.

Tiba di Senai dalam pukul 5.00 pagi.


Aku bawa hand luggage saja.

Inilah kawan aku Yana.


Tiba masanya untuk check in.

Dua-dua orang Melaka.

Ini grup yang pertama. Ada dua grup sebenarnya.Kami grup 30 April dan satu lagi grup 1 Mei.

Masukkan juga gambar ini sebab aku dengan Yana sipi-sipi dalam gambar.

Inilah kami.

Kami duduk bertiga. Yana dapat tepi tingkap.

Senang nak merekod.

Berswafoto tak sudah-sudah.

Lihatlah permandangan ciptaan Allah.

Gambaran perjalanan kami.

Makanan aku di awan biru.

Dan alhamdulillah penerbangan selama dua jam selamat mendarat di Ho Chi Minh.

Barulah dua orang ni mampu tersenyum apabila sudah mendarat. Kemain menggenggam tangan masa kapal terbang nak landing. Aku ni memang berzikir saja. Waktu-waktu ni memang nampak aku terpaling beriman gitu. Cuak ko. Aku kejap-kejap dok menghitung jam bila nak sampai. Asal langgar awan aku cuak, asal terasa macam kapal turun sikit aje aku cuak.

Bolehlah pilot buat pengumuman bila kejadian-kejadian tu tak adalah penumpang macam aku ni gelabah sendiri. 

Turun kapal terbang, gelabah juga kat imigresen sebab risau kut apa-apa kan. Dahlah masa kat Imigresen Malaysia aku kena buang deodorant spray aku. Pegawai tak benarkan bawa masuk kapal. Susah hati deodorant tak ada.

Dah selesai cop pasport semua, cari tandas dulu. Sekali tak ada paip rupanya. Ah, sudah. Terdesak dah. Selesai semua, cari travel ejen dan terus dibawa ke bas.

Ho Chi Minh, aku datang!

Okey, sambung lagi nanti. 


Saturday, February 24, 2024

UMRAH 2023

Assalamualaikum.

2024 sudah berada di bulan kedua. Aku barulah terhegeh-hegeh nak menulis di blog ini. Sudah bersawang. Lama dah aku tak menulis. Baik menulis di blog atau menulis manuskrip. Semuanya ke laut dalam. Itu ajelah modalnya kan.

Blogwalking pun dah lama tak buat. Rindu kawan-kawan blog. Rindu zaman blog. Hari ini sempena malam Nisfu Syaaban aku ke sini untuk meluahkan rasa rindu pada bumi Madinah dan juga Mekah. Tersangat rindu.

Oktober 2023, kami sekeluarga dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya. Perasaan yang sukar diungkapkan. Sangat. 

Untuk permulaan, aku kongsikan sekeping gambar kami di bumi Madinah. Bumi ketenangan. Rindu suasana tidur, solat, masjid dan makan. Melupakan hal dunia seketika demi ketenangan yang sukar dicari di mana-mana.

MasyaAllah, bila melihat foto ini terasa sebak.

Nanti aku sambung lagi ya. Jumpa lagi!