Assalamualaikum....
Benaknya duduk sahaja di rumah. Nak keluar bertiga memang taklah. Malas menyelubungi diri. Baiklah beristirehat di rumah. Masak, makan, tengok tv, tidur, golek-golek. Apa lagi aku buat. Semua buat dah kut. Tapi hari ini tidak ada misi mengemas hanya misi bersantai-santai di rumah sahaja. Ohhh bukan selalu dapat detik-detik sebegini.
Petang semalam lepas balik dari kerja terus jemput anak-anak dan terus balik ke rumah. Tidak mahu berlengah takut datang kemalasannya nanti. Terus berkemas apa yang patut. Singgah kejap beli bahan untuk dimasak dua hari ni di rumah.
Balik terus sahaja masak lauk sardin dan sayur goreng sikit.
Makanlah anak-anak.
Dan hari ini pula lauk semalam dipanaskan sahaja sebab masak banyak pula semalam. Berangan masak macam ramai orang dalam rumah ni. Cuma pagi tadi goreng cucur cap Adabi tu.
Dan goreng nasi sebab ada bunga kantan. Sayang pula tak diguna sebab cc aku bagi semalam. Selesai makan tengahari jiran sebelah rumah panggil. Rupanya bagi lauk. Rezeki betul. Ada sambal, sup sayur dan ayam goreng. Bolehlah makan sampai malam malah mungkin sampai esok. Huahuahua...Rezeki jangan ditolak. Ketika menaip entri ini, aku sedang mengunyah cucur yang dimasak pagi tadi. Alhamdulillah, kekenyangan untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment