Tuesday, June 20, 2023

Setengah tahun 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama betul tak menulis kat blog ini. Rindu rasanya. Ceritanya banyak. Mungkin sebab aku dah menulis kat Instagram jadi kata-kata pun sudah kehabisan. Hahaha.

Nak mula dengan cerita apa ya?
Kisah gembira ke atau kisah sedih?

Aku mulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran anak-anak aku; Adriana dan Ammar. Majlis dalam bulan Mac sebelum kedatangan Ramadan. Kebetulan mak mentua tinggal dengan kita orang di JB. Adalah dalam tiga minggu dengan kita orang.

Nenek dan sepupu dia orang.


Majlis bermula.


Grup mengaji kanak-kanak Taman Molek.




Aina anak buah suami. Kemain bersemangat dia nak menengok Kakak Nana dan Abang Ammar.


Ammar dengan bacaannya.




Sesi menyampaikan hadiah cenderahati bagi anak-anak yang khatam.






Ini sahaja beberapa keping gambar yang boleh dijadikan kenangan. Selebihnya sudah diletakkan di medium Instagram. Kenangan di tempat orang antara paling manis. Aku pun pertama kali mengadakan majlis sebegini. Seronok rupanya. Persiapannya macam nak adakan majlis kahwin anak. Siap dengan bunga telur, bunga manggar.

Semoga menjadi kenangan buat anak-anak juga. Aku dulu tak pernah merasa majlis sebegini. Jadi buatkanlah untuk anak-anak pula. Okeylah, berhenti dulu nanti sambung dengan cerita lain. Momentum menulis harap berterusanlah. 


Saturday, February 18, 2023

Pilihan Penginapan Yang Menarik di Melaka!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua?

Berakhirlah sesi persekolahan 2022 pada 17 Februari 2023. Cuti sekolah akhir tahun di awal tahun. Ibu ayah ada merancang untuk bercuti ke? Maklumlah anak-anak cuti panjang kan. Pasti ada yang sudah merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Salah satu kebaikan bercuti bersama keluarga adalah dapat meluangkan masa bersama dan mengeratkan lagi hubungan. Orang kata 'bonding time'.

Pada ibu ayah atau sesiapa sahaja yang belum mempunyai perancangan untuk pergi bercuti, apa kata ke Melaka sebagai destinasi pilihan anda.

Melaka bukan sahaja mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati tetapi ada juga tempat penginapan yang menarik yang boleh menjadi pilihan seisi keluarga.

Antara tempat penginapan yang boleh disyorkan adalah Mahkota Hotel Apartment, Silverscape Residences, Atlantis Residences dan The Shore Residences.

Mari aku kongsikan serba sedikit tentang keempat-empat tempat penginapan yang boleh menjadi pilihan sekiranya bercuti ke Melaka.


Mahkota Hotel Apartment :
- Terletak berdekatan dengan Mahkota Parade, Mahkota Medical Centre dan Dataran Pahlawan
- 12 minit memandu ke Bandar Hilir
- 7 minit memandu ke Masjid Selat Melaka
- Parking percuma berbumbung dan terbuka
- Kemudahan seperti pool dan gym disediakan


Silverscape Residences :
- Terletak di Melaka Raya
- Terdapat panggung wayang tertinggi di Melaka iaitu MBO Element Mall (Level 11)
- Infinity pool, gym, spa, dan banyak lagi kemudahan di level 13
- Hanya 1 kenderaan yang diberikan kad untuk parking percuma, selebihnya boleh masuk menggunakan tiket parking atau parking di luar bangunan
- 10 minit memandu ke Bandar Hilir, Perkampungan Portugis dan kawasan pelancongan yang lain



Atlantis Residences :
- Terletak di Kota Laksamana
- 10 minit memandu ke Bandar Hilir
- 7 minit memandu ke Jonker Street
- 10 minit memandu ke Pantai Klebang
- Pool terbesar di Melaka
- Kemudahan seperti gym, playground dan banyak lagi
- Parking had untuk 2 buah kenderaan sahaja
- Privasi dan kawalan oleh pengawal keselamatan yang baik di pintu masuk utama
- Pilihan tempat makan menarik di kawasan berdekatannya


The Shore Hotel & Residences :
- Bersebelahan dengan Kampung Morten
- Di kelilingi oleh Sungai Melaka
- 5 minit memandu ke Bandar Hilir
- Parking berbayar dan parking percuma yang banyak
- Indoor pool, Mini theme park pool, gym dan banyak lagi
- Satu bangunan dengan The Shore Shopping Gallery, The Shore Oceanarium, The Shore Sky Tower, Breakout (Escape Room & Spy Game), Wonder Park (Indoor Family Attraction) dan banyak lagi
- Tempat makan yang banyak pilihan : Pampas Sky Dining, Chef Wan Restaurant, Seoul Garden, Starbuck dan banyak lagi

Ini serba sedikit kemudahan untuk semua penginapan tersebut.
Menarik bukan?

Jadi aku nak kongsikan harga bagi semua penginapan di atas. 
Bolehlah pilih mengikut bajet ibu ayah.

Berikut adalah harga-harga untuk semua penginapan tersebut :-

> Atlantis Residences
   - 1 Bedroom : RM190 (Weekdays) / RM220 (Weekend)
   - 2 Bedroom : RM280 (Weekdays) / RM330 (Weekend)
   - 3 Bedroom : RM350 (Weekdays) / RM390 (Weekend)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.

> Silverscape Residences
   - Studio : RM170 (Weekdays) / RM210 (Weekend)
   - 2 Bedroom : RM210 (Weekdays) / RM270 (Weekend)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.

> Mahkota Hotel Apartment
   - 1 Bedroom : RM160 (Weekdays) / RM180 (Weekend)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.

> The Shore Hotel & Residences
   - Studio : RM160 (Weekdays) / RM190 (Weekend)
   - 3 Bedroom : RM300 (Weekdays) / RM350 (Weekend)

*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.

Oh ya, berita baik buat pembaca blog ini.
Sesiapa yang menggunakan promo code : FYDAADIM akan mendapat harga istimewa ini.
Jadi jangan lepaskan peluang korang.

Sekiranya mahu membuat tempahan bolehlah layari laman sosial dan boleh hubungi terus pada nombor yang tertera.

Facebook Page : https://.www.facebook.com/joezanor.homes/
Instagram : http://instagram.com/joezanor.homes
Whatsapp : 011-2802 9694 (Cik Ezza)

Ingat tau!

PROMO CODE : FYDAADIM


Monday, January 16, 2023

2023 Semoga Baik-Baik Saja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku kembali mencoret di sini setelah setahun lebih menyepi dari dunia blog. Terasa kekok pula mahu menulis di sini. Aku ada di ruang yang lain. Sesungguhnya, 2022 sangat memberi kesan yang tidak baik pada aku. 2021 bukan pengakhiran kesedihannya.

Rumania kesedihan bersambung pada 2022 juga. Menjejaskan emosi juga dan aku tidak sihat. Kesan 'sesuatu' yang berlaku dalam mesyuarat memberi impak yang mendalam pada aku. Kemudian terasa dikhianati dań bermacam rasa.

Biarlah ia berlalu pergi. Tidak mahu mengenangnya lagi. Semoga akan ada pembalasannya nanti. Banyak yang mahu dicoretkan, banyak yang mahu diceritakan namun semuanya hanya mampu bermain di fikiran. Aku mahu lembaran baharu sahaja.

Walaupun 2022 menyedihkan, Allah bagi pelangi juga pada aku. Sesuatu yang tidak disangka-sangkakan. Semoga dipermudahkan urusanku untuk mengusahakannya. Akan aku kongsikan juga satu hari nanti. InsyaAllah.

Hidup ini lebih membahagiakan apabila kita berada dengan orang yang betul. Hargai orang yang sayang dan sentiasa ada dengan kita. Jauhkan persekitaran toksik yang boleh menjejaskan emosi kita.

Nanti sambung lagi.