Tuesday, October 29, 2013

~Kiriman Kad Untuk Si Dia~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Korang dah lunch?Aku tak keluar lunch.  Tak lalu tekak lor.  Ini dok pening kepala ni.  Lepas makan ubat iron tablet tu kepala pusing.  Adoilah macam-macamlah.  Nanti kirimlah pada sesiapa yang keluar nanti.  Tak makan pun tak boleh jugak.  Karang mengigil satu badan.  Oklah, lupakan cerita aku yang dok pening ni.

Mari sambung cerita lain berdasarkan tajuk di atas.  Kisah berkaitan asben aku.  Kan hari tu birthday suami aku.  So inilah ceritanya.  Memang tak decide nak bagi hadiah.  Aku wish je malam tu.  Beria tunggu jam 12 semata-mata nak wish.  Nasiblah suara tak sedap.  Kalau tak boleh nyanyikan lagu. "Happy Birthday To You."  Kalau nyanyi pula umpama katak panggil hujan.  Baiklah lupakan hajat itu.  So aku belikan kad je buat si dia.  Pos laju tapi memandangkan minggu lepas asben ada di Kem Tentera lambatlah sampai pada dia.  Asben dah dapat barulah aku tulis entri ini.  Nak buat kejutanlah kononnya.

Inilah kadnya.  Nampak pula kad bee ni.  Terus beli.  Teringat drama 'CINTA KAU DAN AKU'.  Ada madu, ada lebahnya.  Siapa tengok mesti faham.  Dialog antara Farish dan Farisya.  Ada kaitan ke?Penangan drama.  Aku nak jugak sweet-sweet seperti gula.  Ada pula asben kata 'Ingat kad tu buat sendiri.'  Perlikah apa tu bang?Tunggu tahun depanlah ye.

Isi dalamnya tak payahlah tunjuk.  Ayat jiwang benor.  Kang meleleh air mata baca.  Hehehe...Gambar tu aku dapat idea daripada blog Alyyani.  Terperasan dia tampal gambar pada kadnya.  Thanks yea Alya.  Tak pernah jumpa dia tapi pernahlah berbalas mesej pasal kisah operation dulu.

Itu sahajalah ceritanya.  Pesanan buat si dia 'Sila simpan kad itu sebaik mungkin.' :D