Sumber : http://myblogsantai.blogspot.com
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara untuk pagi ini. Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya dan semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Itulah hendaknya. Hari ini sampai awal sedikit di pejabat. Tidaklah terkejar-kejar mahu cari parking, mahu naik tangga supaya punch card tidak merah. Masih boleh relax lagi.
Awal pun dalam 5-10 minit begitu. Bukanlah terlalu awal memandangkan aku perlu selesaikan hal suami dan anak-anak terlebih dahulu. Jadi pagi ini sempat aku blogwalking dan terjumpa artikel ini. Aku kongsikan untuk makluman supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah. Wallahuallam...
3 Golongan Yang Di Laknat Allah
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu
seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha
menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut
dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha
agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara
sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami
daripada Umar r.a)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu:
Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya. Di
dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kedua ibu bapanya
termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah. Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.
Dalam
hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa
membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia
membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka
sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )
Kedua
: Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian
setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.
Salah satu
sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk
menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Ianya mungkin berlaku apabila ada seorang
wanita mengadu kepada seorang lelaki lain mengenai masalah rumahtangganya. Sebagai seorang mukmin, lelaki tersebut perlu menasihatkan wanita
tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil
urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta
cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya.
Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah
SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.
Ketiga
: Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan
saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Nabi
SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka
menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Semoga kita tidak termasuk dalam mana-mana 3 golongan yang di Laknat Allah. Aminn...
Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
Salam pena,