Sunday, January 31, 2010

~~U're Invited~~

Yuhuuu!!!!!


Anda Dijemput Ke...


~~BiRthdaY PArty!!!~~


::NUR ADRIANA QISTINA MOHD AFFENDY::


dan


~~Kenduri Kesyukuran~~


~~To All My BlogList~~

*Jemputlah datang ke rumah...boleh berkenalan...

Saturday, January 30, 2010

Tag: Gambar Lama-lama

Akhirnya aku dapat scan gambar lama-lama aku..tag nie aku dapat daripada ALYA. Sorry yea Pn Alya..lambat nak buat tag nie..dari sehari sehari nak scan gambar nie..akhirnya baru dapat..itupun husband yang tolong scankan...hehehe..UPLOAD GAMBAR LAMA-LAMA KORANGyang lama ok..bukan takat lama 2 3 hari tapi yang lama 2 3 tahun alya..gambar saya bukan setakat 2 3 tahun tapi lepas kot 10 tahun..hehehe..boleh ke?da alang-alang scan..aku scan semua yang lama..jenuh mencari gambar lama dari waktu sekolah...jom kita saksikan

tahun 2007-masa nie aku form 2. semua pompuan sebab aku sekolah di convent. aku yang baris kedua..betul2 belakang cikgu aku..tahun 1999-masa nie form 4..ada jamuan Kelab Ekonomi dekat Hotel EQ

tahun 2000-nie masa aku form 5..aku yang ke2 dari kanan..time kita orang geng2 semua rendang2 jea..



nie masa da last day sekolah..aku yang kedua dari kanan.
R-L : Norni, Aku, Aida, Dian, Zana, Lin dan Naniey

tahun 2001-nie masa aku belajar dekat PUO..tp masa nie ada dekat Selama, Perak. jalan-jalan rumah kawan aku..aku yang num 2 dari kanan.
tahun 2001-nie masa sem 1..masa nie aku masih dok di asrama.
aku yang num 2 dari kiri.

tahun 2002-nie masa aku sem 2..aku dah dok luar..nie dekat rumah sewa
nie masa aku sem 3..nie dekat kampus nie..

tahun 2003-nie masa aku buat praktikal dekat Majlis Bandaraya Melaka.
dengan kawan-kawan praktikal yang lain..aku yang tengah2..





tahun 2003-masa nie da nak last praktikal. aku yang num 2 dari kiri.
yang baju biru tue laki aku yea..tapi masa nie baru berkenal-kenalan..
tahun 2004-sem 6.masa nie da last untuk berada di PUO..
nie semua my classmate masa dekat Poli
dengan kawan-kawan belajarku..

tahun 2005-masa nie da abis belajar..aku da keje kot..
tahun 2006-masa nie aku sdg kursus di PD..time nie aku bekerja di Putrajaya.
L-R:Aku,Yana,Is dan Kak Zu

Itulah aku dari dulu hingga sekarang..ada banyak beza ke?
rasanya sama jea kot..:-)
Note: Rindu zaman sekolah..rindunya pada kawan-kawan..
nie dengan my bestfriend, Aida. da 2 tahun tak jumpa dia..sekarang dia di Perak..da berkahwin dan sudah ada 2 orang anak...mengajar di sana..orang utara..kedah na..

Thursday, January 28, 2010

Benda Da Nak Jadik!!!

Lunch time tadi, aku dengan officemate aku pi hospital melawat salah seorang officemate kami yang masuk hospital sebab kena potong jari kakinya...ngilu dan ngeri rasa bila aku dengar..benda nie berlaku dengan begitu pantas sekali..kesian padanya..aku dengar berita dia masuk hospital masa ari selasa tempoh hari..aku EL sebab tak sihat..kawan aku bagitahu yang dia masuk hospital nak kena potong jari kaki..aku terkejutlah..macam tak percaya pulak..minggu lepas jumpa sihat macam tak sakit..aku ingatkan satu jeajarinya yang kena potong..rupanya sekali 3 jari..ibu jari,yang kedua dan ketiga...rasa baru minggu lepas tengok dia ok jea...

tadi kami pegi melawat dia di hospital..sememangnya dia memang berpenyakit kencing manis..tapi katanya tidaklah seteruk mana..lagipun dia kata memang kakinya tidak luka pun..masa cek kencing manis pun taklah tinggi..doktor pun pelik kenapa dalam masa sehari jari-jarinya boleh jadi begitu hitam sekali..

masa datang tadi isterinya bercerita kepada kami memang berlaku dengan cepat..pada mulanya suaminya kata yang kakinya sakit..pegi klinik doktor kata tak ada apa..balik rumah tengok tapak kakinya sudah hitam..dalam masa sejam melarat ke 3 jari..kesian bila tengok keadaannya macam tue..

inipun jari keempatnya sudah hitam..isterinya kata petang nie doktor kata kena potong jugak..tadi isterinya tunjuk gambar masa jarinya sudah dipotong..ngilu rasanya..macam nak pitam pun ada tengok gambar..belum tengok secara live..aku memang lemah semangat sikit..sedih sangat tengok keadaannya..tapi dia masih mampu tersenyum..masih boleh bergelak ketawa masa kami datang..dia cuma kata benda da nak jadi.."berat mata memandang berat lagi bahu memikul"..kita tak tahu macam mana perasaannya..tiba2 benda2 macam nie jadi...kita pun tak tahu..semua telah ditentukan oleh Illahi perjalanan hidup kita..

semoga dia tabah menghadapi ujian ini..

Wednesday, January 27, 2010

~~Ada Yang Sudi Menolong Aku~~

Aku cuba curi sedikit masa untuk mengisi kesemua Goodies yang telahpun aku beli..Tapi aku tidak keseorangan melakukan kerja-kerja ini..Ada orang yang sudi membantu aku..tapi bila semua da dibungkus ke dalam plastik barulah dia boleh tolong yea..kalau tak dia lagi melambatkan aku nak buat kerja...Inilah orang yang tolong aku masukkan kesemua Godies yang telah di pack ke dalam beg plastik...
Jeng..Jeng..Jeng...

Adriana menolong mamanya memasukkan Goodies ke dalam beg plastik..hehehe..
lepas adriana da masukkan dia kuarkan balik...terjerit2 aku suruh adriana masukkan balik..sudahnya kita amik gambar jap yea...aku suruh adriana posing dulu..

tengok sini adriana..susah sikit nak amik gambar adriana masa da besar
tak boleh duduk diam

adriana nak punggah balik tue sebenarnya

tengok tue..

senyum...mulut tak tahan
suka buat mulut macam tue..

tengok sini..basikal park kat sebelah yea...

Note: Nanti besar adriana boleh tolong mama yea...


Tuesday, January 26, 2010

Prepareration Besday Bash-Part 2

Mengenai persediaan besday adriana dan kenduri 31 jan 2010 nie..aku da pun berjaya dengan bangganya mengisi semua Goodies ke dalam bungkusannya..bungkusan telah ditempah daripada Mai PartyThemePack.Com..

Ini sebelum kerja-kerja pembungkusan dilakukan...inilah barangan yang akan diberikan kepada tetamu nanti..bungkusannya sama cuma untuk kanak-kanak ada mainan, untuk dewasa ada makanan jea..

Inilah barang-barang yang telah dibungkus ke dalam plastik..
simple jea..yang ini untuk orang dewasa
yang ini untuk kanak-kanak

Inilah sample Goodies..
Bahagian depan dan belakang.


Note: Apa lagi yang aku belum buat yerk??


Monday, January 25, 2010

~MAP ke Rumahku~

Oleh sebab ada yang bertanyakan tentang Map untu ke rumahku..Jadi aku sertakan map rumah aku supaya senang kepada sesiapa yang ingin datang ke rumah aku pada 31 Januari 2010 (Ahad)
dari jam 2-6pm..
Dijemput hadir kepada semua rakan bloggers aku...


Aku harap dengan map ini dapat memudahkan anda semua...
Diharap kawan-kawan dapat hadir ke rumah aku..


~~SweetLovelySHoppe Cutest Baby Photo Contest-Participant~~

~~CONTESTANT SWEETLOVELYSHOPPE~~

Salam dan Hai Untuk Semua Pengunjung Tegar Kami...
Di sini kami senaraikan peserta terlebih dahulu..Sila semak pada mana-mana peserta yang gambar anak mereka tiada di sini..takut tertinggal. Maklumkan kepada kami secepat mungkin sebelum 12 tgh malam nie melalui email atau tinggalkan di ruang comments entry ini..

Maklumat Lanjut Sila KLIK DI SINI

Sunday, January 24, 2010

~Adriana Pi Checkup~

20 Januari 2010 ari tue adriana genap 2 tahun..Sebelah petang aku bawak adriana gi checkup dekat Poliklinik area rumah aku. Memang ada appointment. Tapi da tak cucuklah..Just timbang jea..Aku punya risau kalau kena makan ubat cacing..mak oi..punya seksa kalau nak makankan adriana ubat..macam tuelah mak aku kata masa aku kecik2..hehehe..mengikut aku ler tue..penakut makan ubat. setiap kali kalau kena makan ubat memang kena papa dia yang pegang.kalau aku yang pegang memang adriana tak makanler nampaknya..rontaan dia amatlah kuat..aku memang tak boleh nak pegang..huhu

nie masa tunggu turn..
adriana memang suka senyum macam nie

Menunggu dengan penuh kesabaran..Selesai semua dalam pukul 3.30 petang. Berat Adriana baru jea mencecah 10.5kg. Naik sikit jea..Bulan 10 ari tue timbang 10kg. aku pun pelik naik sikit jea..bila dukung rasa macam berisi sampai aku tak terdaya kalau adriana nak berdukung saje..memang macam tue ke??makan memang dia makan..menyusu pun kuat..tapi berat tak naik banyak..tapi nurse kata as long garisan dia ada dalam line putih oklah...
Apa2 pun janji adriana sihat..

Jom Terjah!!!

Seperti yang sedia maklum, aku ada mengadakan
CUTEST BABY PHOTO CONTEST.
Tarikh tutup 20 Januari 2010 ari tue sempena birthday Adriana. Sekarang adalah sesi menerjah ke blog-blog...Aku da pun terjah separuh daripada contestant..Naik pening kepala aku..hehehe
Insyallah, aku akan buat entry untuk Contestant dulu..Jadi, tunggu...Aku perlukan sedikit masa untuk menyenaraikan Contestant..Seramai 135 orang yang telah menyertai contest yang dianjurkan oleh kami..Aku berharap semua puas hati dengan apa yang kami buat..Saja suka-suka...



Friday, January 22, 2010

~~Rumah Cendawan Lagi~~

Aku penah ceritakan pasal rumah cendawan aku telah berpindah ke tapak yang baru di entry yang lepas2..ari nie aku cuba berkongsi lagi dgn kawan2 semua mengenai rumah cendawan sebelum dan selepas pembinaannya.. Kali nie tapak baru nie jauh sikitlah dari rumah aku..kalau dulu rumah cendawan nie hanya di belakang rumah aku..senanglah nak jenguk2..tapi kali nie kena ulang-alik ke tempat baru pulak...

::Sebelum::


Inilah antara gambar2 yang asben aku snap semasa rumah cendawan nie dalam proses pembinaannya. kami menyewa tapak baru nie. kawasannya pun strategik..taklah banjir..sebab kami memang lari dr belakang rumah aku tue sb rumah aku nie bila hujan lebat akan naik air..
::Selepas::
Ini rumah untuk suntik benih
Inilah rumah cendawannya
Ini dalam rumah cendawan

Ini pulak rak untuk letak bongkah-bongkah cendawan
Note:Tak sabar nak tgk proses pengeluaran cendawan pulak

RENUNGAN : Menghina orang lain seperti caci diri sendiri‏

~~Menghina Orang Lain Seperti Caci Diri Sendiri~~


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [BHarian 2010/01/05]

Wednesday, January 20, 2010

~Anak Mama Da 2Thn~

zwani.com myspace graphic comments

~~ 20 Januari 2010~~
Hari ini..genap anak aku berusia 2 tahun..kejap jea masa berlalu..rasa macam baru jea bersalinkan dia..sibuk2 keje tengok anak aku da besar...
masuk 2 tahun Adriana da pun pandai bercakap..mula2 risau jgk sebab tgk dia tak bercakap lagi..Alhamdulillah..sekarang da pandai cakap..tapi kadang dia cakap hujung2 jea..Antara perkataan2 yang Adriana da pandai sebut adalah :
  • Mama
  • Papa
  • Nenek
  • Atok
  • Mamang (adik aku)

Antara ayat2 yang Adriana da pandai cakap :
  • Ma,par..(Mama lapar..mula2 aku tak paham jgk..tp bile dia sebut dia amik pinggan makan dia)
  • Ma,susu
Aku bersyukur sebab Adriana membesar dengan perkembangan yang sihat..Ari nie Adriana ada checkup kat Klinik..Terpaksalah aku half day..:-)

Tuesday, January 19, 2010

~Cinta Balqis~

Sebelum memulakan kerja-kerja yang ada pagi nie..harus aku update dulu blog aku nie..
Just nak share dengan kawan2 pasal Drama Bersiri "CiNTA BalQis" yang semalam sudah pun last episod.

Aku memang hari-hari mengikuti jalan cerita nie..tiap2 petang aku akan balik awal..semata-mata nak tahu apa penghujungnya cerita ini...pada mulanya tak ikut sgt..sejak aku dok sorang2 masa Adriana dok umah mak mertua aku masa mak ngan ayah aku pi Haji, aku menghabiskan masa aku dengan menonton cerita nie.

Tapi semalam ending dia cam tak menarik jea bagi aku..tak tahulah pada kawan2 yang mengikuti cite nie..aku ingat Balqis balik pada Ezany..Tapi Balqis kahwin dgn Hassan pulak...:-(
Semalam dekat ofis memang macam2 sinopsis yang aku dgn kawan2 dekat ofis nie buat...

Pagi tadi sampai ofis semua cite pasal "Cinta Balqis"..hehehe..biasalah..ari tue heboh bercerita pasal "Nur Kasih"..Hari nie pasal "CinTa Balqis" pulak..

Lepas nie, cite apa pulak yang menarik yang boleh mengisi masa lapang aku..aku kalau da tgk dari mula inilah jadinya..mesti nak tgk sampai akhir..

Note: Jalan cerita best tapi ending tak best...

Monday, January 18, 2010

Prepareration Besday Bash-Part 1

Minggu nie aku memang bz sangat..untuk buat prepareration untuk besday adriana..semangatnya aku...saje suka2 nak buat...sebab kebetuan nak buat kenduri kesyukuran buatlah sekali besday adriana...sebab masa besday adriana setahun tak buat pun..sekadar makan keluarga jea..
antara persiapan yang aku da siap setakat ini :
  • Invitation Card

*Kad nie kawan aku yang tolong rekakan...aku nak buat tak ada masa nak buat..so,aku mintaklah kawan aku a.k.a my classmates buatkan..Da siap edar da kad nie..

~ Depan~


~Dalam~

  • Goodies

*Mengenai goodies beg aku da beli da barang2nya..tapi belum lagi berkesempatan untuk membungkusnya. lagipun bungkusannya belum sampai. Aku order dekat PartyThemePack.Com. So,kalau bungkusan da sampai aku bolehlah melakukan keje2 pembungkusan.

  • Cake And Cupcakes

*Mengenai kek dan cupcakes aku da order seperti biasa dekat Kak E-car dari Bangi. Aku memang suka kek dia. tapi jauhlah..da tanya dia kata boleh delivery..so, aku pun ok jea..janji aku puas hati..

oklah dulu untuk entry ini..nanti aku akan citekan bab menu pulak dan deco untuk cake..Tungguuuu!!!!

Wednesday, January 13, 2010

Rumah Cendawan

Cendawan...
Inilah rumah cendawan di belakang rumahku..hasil usaha dan kerja keras daripada suamiku bila hujung minggu..Projek nie mula diusahakan pada awal tahun 2008...mula terhenti pada pertengahan tahun lepas bile kawasan di rumah ku kerap naik air..BANJIR bila hujan terlalu lebat...tapi rumah nie akan tidak lagi beroperasi sebab suamiku da cari tapak yang lebih sesuai..sebab rumah aku nie selalu banjir...jadi memang rumah nie akan naik air dulu...
Rumah cendawan kami di tapak baru telah pun siap..semalam aku da pi tengok da...harap semuanya berjalan dengan lancar...dulu aku selalu bawak cendawan pi office bila ada orang order nak cendawan...
Nanti aku akan tunjukkan gambar rumah cendawan kami di tapak baru tue...Sebelum nie memang ada blog untuk perusahaan cendawan kami..tapi da lama tak update pun..sebab da lama projek nie terhenti sebab mencari tapak baru..
Aku berharap agar projek nie berjalan dengan lancar...AMIN...
setelah hampir setahun terhenti...
Inilah blog CENDAWAN kami...


Monday, January 11, 2010

Terlalu Sibuk

Da lama rasanya aku tak update blog aku nie..sebab aku terlampau sibuk mengupdate blog Online Shop Aku...Sebab banyak stok-stok baru yang akan masuk. Jadi aku perlu mengupdate apa-apa yang patut..
Jadi..
Sudi-sudilah singgah ke SweetLovelyShoppe..

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010




SELAMAT TAHUN BARU 2010
Kepada semua bloggers yang dikenali dan rakan-rakan lain, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010..
Semoga Kehidupan Kalian Akan Bertambah Lebih Baik Dari Masa Lalu..