Tuesday, June 26, 2018

Salam Aidilfitri Buat Semua

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Anak-anak sudah kembali ke sekolah. Macam biasa sibuknya bila mereka kembali ke sekolah. Pagi petang siang malam sibuknya usah dikata. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ini yang secara langsung atau tidak langsung menyinggah di blog aku yang tidak seberapa ini.

Minggu lepas lagi sudah mula kerja. aku mula hari rabu tapi entri ucapan ini tertangguh nak tulis. Itu yang aku tulis entri lain dulu. Jadi sementara dalam bulan Syawal ini aku tulis juga entri ini.

Ini status di Facebook.

Ini kad ucapan raya yang aku buat saat-saat akhir sebab yang tukang buat dah cuti. Jadi aku yang tidak pakar ini pun hentam sajalah membuatnya.

Sekian entri ringkas untuk malam ini. Cerita raya akan menyusul nanti. Banyak sangat gambarnya sampai berpinar-pinar nak memilih. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, June 21, 2018

Kembali Bertugas

Assalamualaikum.

Salam 7 Syawal 1439.

Seminggu meninggalkan blog ini sepi. Tuannya sibuk beraya. Blog pun berayalah sekali. Seminggu dah kita menyambut lebaran yang dinanti.

Sebelum raya, sibuk membuat segala macam persiapan. Disusuli dengan sibuk beraya dan sibuk menyambut kedatangan tetamu.

Aku dah kembali bertugas semalam. Sepatutnya selasa dah kerja tapi aku alahan pada muka. Gatal merenyam. Dah makan macam-macam. Lupa diri kejapan yang diri alah. 

Hari ini tak sesendu semalam. Bergeraklah kerja-kerja atas meja. Mana tidaknya bila laki dan anak-anak cuti ko sorang kerja. Mahu tak keruan dibuatnya.

Semalam terpaksa membuat pesanan atas talian. Kedai makan kat ofis masih belum dibuka. Makanlah burger aje. Hari ini tak payah fikir makan sebab aku dah mula puasa.

Itu sahaja catatan ringkas untuk petang ini buat aku hilangkan rindu untuk menulis. Nanti aku kongsikan entri Syawal pula ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, June 14, 2018

Kisah Ramadhan: 28 Ramadhan

Assalamualaikum.

Semalam, kita orang semua kat rumah. Sibuk dengan macam-macam kerja. Ye, kerja aku berlambak. Mana nak mengemas rumah, mana nak membasuh baju. Menjelang tengah hari, aku baru bersihkan ruang tamu dan bilik utama. Ada tiga lagi bili, dapur dan toilet yang belum dibersihkan. Nasiblah ada hari raya kan, kalau tidak tak ada pun bersungguh berkemas begini.

Awal pagi aku dah mula beroperasi. Vakum rumah. Lap habuk. Lap segala macamlah. Macam-macam gaya aku buat. Sudahnya penat sendiri.

Sebelah pagi, suami potong rumput keliling rumah.

Adriana sibuk nak buat cornflakes madu. Mujurlah dia rajin.

Lepas berbuka kita orang buat cornflakes coklat pula.

Oleh sebab aku mengemas, suamilah yang masuk dapur. Inilah hasil dia di dapur. Aku suruh masak nasi goreng aje.

Katanya, nasi goreng kasih sayang.

Itu sahajalah kisah semalam yang memenatkan. Penat tapi gembira. Semakin syawal menjelma, semakin sayu. Ini menandakan Ramadhan akan meninggalkan kita. Tak tahulah kenapa tiap kali tulis begini mesti sebak. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 27 Ramadhan

Assalamualaikum.

Memandangkan 27 Ramadhan jiran sudah nak balik kampung. Aku yang kampung boleh pergi balik pergi balik, membawa diri untuk berbuka di rumah mak. Aku beritahu mak nak berbuka di rumahnya. Kemudian mak suruh aku beli Pizza hut.

Ayah yang suruh. Jadi sebelum balik aku order pizza hut atas talian aje. Malas nak ke pizza hut. Sedang elok aku sampai rumah, pizza pun sampai. Aku kemas-kemas kuih raya mak dan segala macam yang diangkut ke rumah mak. Jemput anak-anak di taska dan kita orang terus balik rumah mak. 


Inilah menu yang aku order. Lepas isyak aku pun balik rumah sebab suami pun nak balik malam itu. Aku pun nak tengok dua episod akhir drama Nur.

Kemudian suami sampai kita orang keluar. Masa ni dalam jam 1.00 pagi. Kelaparan memasing sebab tak makan nasi masa berbuka. Kita orang ke kedai depan taman aje. Pekena tomyam lagi. Begitulah kisahnya. Usai makan, kita orang balik. Aku dah mula cuti. Yeahhh.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 26 Ramadhan

Assalamualaikum.

Isninnya, mood memasak sudah merundum. Aku masih kerja isnin itu. Mujurlah anak-anak dah cuti sekolah. Tidaklah terkejar-kejar sangat. Sampai rumah, jiran sebelah rumah telefon. Baguslah. Dia mengajak keluar berbuka.

Aku apa lagi. Pantang diajak terus aje setuju. Pakat-pakat beralih fokus nak kemas rumah. Kerja rumah banyak yang menanti. Itu yang kita orang nekad berbuka di luar. Maklumlah isteri jarak jauh ni memang kadang tenaganya hilang banyak.

Berbuka di kedai tomyam di Alai.

Aku order lauk ini.


Kemudian kami ke bazar di Telok Mas untuk mencari barang. Jiran aku yang nak belikan baju kurung untuk anak dia. Aku yang kononnya tak nak beli apa-apa, terbeli tudung untuk Adriana dan karpet. Bahaya betul. Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 25 Ramadhan

Assalamualaikum.

Untuk 25 Ramadhan, aku makan lauk-pauk semalam. Sebelum aku keluar untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah, aku masakkan untuk orang-orang yang di rumah. Suami dan anak-anak aku berbuka di rumah. Memula aku ajak juga suami tapi dia menolak.

Dia bagi can aku berbuka dengan kawan-kawan pula. Katanya. Terima kasihlah banyak-banyak. Bukan senang kan nak dapat momen begini. Jadi sebab lauk sabtu tu ada lebih, aku panaskan saja. Tak adalah aku memasak hari itu.

Ini menunya untuk mereka yang tak ikut.

Sambal kerang.

Ayam masak kicap.

Ikan bilis goreng.


Kemudian aku tunggu kawan aku hantar barang IKEA yang aku pesan. Dia personal shopper. Jadi kebetulan dia ke IKEA aku kirimlah. Pokok yang aku nak tak ada pula. Frust menonggeng. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 24 Ramadhan (Iftar Dengan Kengkawan Sekolah)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Akhirnya kami berjaya juga berbuka puasa bersama. Julung kalinya diadakan majlis seperti ini setelah berbelas tahun meninggalkan zaman persekolahan. Selalunya kalau merancang selalu tidak menjadi. Kali ini kami nekad dan bersatu hati.

Grup untuk majlis ini diwujudkan bagi memudahkan segala perancangan. Jadi sesiapa yang nak join akan dimasukkan dalam grup bila mendapat persetujuan daripada tuan punya badan. Jadi situlah kita orang bincang bila dan pilih tempat kat mana. Memandangkan tak mahu membebankan, kita orang sepakat pilih yang murah. Itu pun RM39 seorang.

Akhirnya kami semua pilih untuk berbuka puasa di Gold Coast Resort. Ini tempat memang paling dekat dengan rumah aku. Jalan kaki pun sampai tapi tidaklah aku nak berjalan kaki bagai bulan-bulan puasa ni. Aku siap suruh kawan jemput. Mengada ko kan. Maklumlah aku kalau tempat tak pernah pegi memang aku sedikit cuak. Bukan cuak sikit-sikit banyak juga. Karang macam-macam perangai tak semenggah aku keluar masa nak cari parking. Jadi biarlah aku tumpang kawan.

Lepas berbuka barulah ada tenaga masing-masing nak bergambar. Setengah jam pertama semua fokus makan. Hahaha.

Ini dari sisi depan pula dari gambar di atas.

Kek birthday.

Merasalah potong kek dengan kawan-kawan yang lahir dari bulan April hingga Jun.

Swafoto beramai-ramai.

Ini semua yang hadir.

Ini kawan aku yang keje kat Sarawak. Kalau berbalas whatsapp dengan dia tak sah kalau aku tak senyum depan skrin telefon.

Bergambar luar dewan makan pula. Masa ni da nak balik.

Lagi bergambarnya. Konon nak bergambar bertiga. Yang tiga orang duduk tu bekas penari dikir puteri. Aku memang tak boleh lupa persembahan tu masa sekolah.

Gambar terakhir sebelum kita orang balik. Yang duduk tu memang pakat tak bergerak. Jenis bontot berat agaknya. Hahaha. Bergambarlah beramai-ramai di sini. Sesungguhnya aku gembira malam itu. Balik dengan pipi kejung-kejung sebab tak henti-henti gelak. Sayangilah sahabat-sahabat kita. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 22 & 23 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Sementara nak datang mood masuk dapur aku tulis sikit blog buat kenangan masa akan datang. Baiklah, entri pendek-pendek aje sebab nak kejar masa. Ini adalah kejadian masa 22 dan 23 Ramadhan.  Aku pun dah tak berapa nak ingat. Dua tiga hari ni sibuk dengan buat macam-macam. Jadi memang tak sempat nak tulis blog pun.

Aku masak masa 22 Ramadhan. Dah puas makan kat luar kita masak pula. Nasi goreng aje.

Kononnya nak buat kerabu maggi tapi tak cukup bahan. Hentam sajalah.


Nasi goreng petai ilham daripada drama Nur. Hahaha.

Ini roti john yang aku beli untuk dibawa balik ke rumah mentua. 23 Ramadhan tu kita orang empat beranak berbuka kat rumah mak mentua. Oleh sebab aku kerja, kita orang menapau di bazar ramadhan aje.

Balik dari rumah mentua sempat singgah mamak pekena segelas teh tarik dan sepinggan maggi goreng.

Kad raya yang aku terima jumaat tu. Terima kasih sahabat jauh.

Itu sahaja entri ringkas aku untuk tengah hari. Nak tulis beberapa entri sebelum aku berhenti sekejap untuk cuti raya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Friday, June 8, 2018

Memaafkan Itu Lebih Indah

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Salam Jumaat. Salam 23 Ramadhan. Lebih kurang tujuh hari lagi kita akan bertemu dengan Syawal. Sudahkah khatam Quran ke belum. Aku masih lagi dalam proses. Mudah-mudahan dapatlah aku khatamkan Quran sebelum Ramadhan berakhir.

Ramadhan kali ini itulah yang aku target. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan urusan aku. Sebut soal memaafkan itu lebih indah. Mudah-mudahan kita boleh menjadi seperti itu.

Sahabat.

Memaafkan seseorang atas perbuatannya yang melukakan hati kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada masa kita geram. Kalau mengikut akal yang kurang waras, mahu sahaja dibalas kembali perbuatannya itu.

Semoga kita dijauhkan perangai sebegitu. Ada manusia, dia tidak sedar pun akan kesilapannya pada kita. Begitu juga kita. Adakalanya Allah uji kita dengan didatangkan orang-orang sebegitu. Ada hikmah sebenarnya. Allah nak kita belajar sesuatu.

Diharap kita tidak diselubungi dengan kebencian dan dendam dalam diri. Cubalah maafkan orang yang pernah sakitkan hati kita. Maafkan orang yang pernah lukakan hati kita.

Maafkanlah.

Sama-samalah kita mencuba. Andai ada antara sahabat yang sedang berperang dengan perasaan sebegini, aku doakan kalian dapat keluar daripada masalah ini. Begitu juga dengan aku. Semoga ada pelangi yang akan hadir dan memberi kita sebuah senyuman.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, June 7, 2018

Masing-masing Punya Minat

Assalamualaikum.

Selamat petang semua. 

Siapa yang ikut drama Nur? Entahlah. Drama ini ada kelainannya. Bukanlah cerita cinta pun. Selalunya kita disajikan dengan drama-drama cinta yang klise. Drama Nur ini ada mesej yang ingin disampaikan. Kita ambillah daripada sudut yang positif. Aku memang ikut drama bersiri ini sebab salah satunya adalah heronya.

Hahaha.

Pelakon kegemaran. Antara pelakon lelaki yang aku suka bila dia berlakon selain Fattah Amin dan Remy Ishak. Fattah Amin walaupun orang kata kayu aku suka jugak. Sekarang dia berlakon dah tak kayu okey. Memandangkan sekarang Capik Kyle yang nampak aktif sangat berlakonnya makanya aku ikutlah dan orang nampak aku macam obses. Macam taksub. Iye ke taksub? Kena tak maksudnya. Bukan apa, ada orang pernah kata.

Oh tidak.

Aku tak obses ya. Biasalah artis. Public figure. Mestilah ada peminat. Aku memang dari sekolah memang berperangai begini. Tanpa peminat siapalah artis. Gitu. Dulu masa sekolah aku minat Siti Nurhaliza. Sampai sekarang pun aku minat. Apa sahaja majalah yang ada muka Siti Nurhaliza aku beli. Majalah manggalah, URTV lah. Apa lagi majalah zaman aku. Aku ingat dua tu aje. Aku siap gunting gambar Siti tu. Kemudian buat buku skrap. Aku binding elok cantik-cantik. Konsert Siti pun aku pernah pergi. Masa tu tunang aku merangkap laki aku sekarang yang bawak.

Sekarang tidaklah nak menggunting bagai gambar artis kegemaran. Gila hape kau nak gunting gambar Capik ke, Fattah ke, baik aku tatap muka laki aku. Ini sekadar minat dengan lakonan depa. Walaupun tempoh hari Capik ada kontroversi, tidaklah aku ambil pusing. Tak tengok pun. Mungkin itu kisah silam dia dan sekarang dia dah berubah. Siapalah kita nak menghakimi seseorang. Aib kita ni masih terjaga kenapa perlu membuka aib orang.

Kemudian masa zaman Akademi Fantasia. Satu-satunya peserta yang aku gigih topup credit semata-mata nak undi adalah Mawi. Memang aku pulun undi dia walhal mula-mula aku tak tengok sangat pun AF tu. Tak ingat zaman tu aku belajar ke apa.

Hasil carian imej untuk drama syafiq kyle dan amyra rosli
Aku suka tengok dia orang digandingkan dalam drama Nur. Masih boleh menjiwai watak dia orang. Ada juga drama Syafiq berlakon yang aku tak tengok pun sebab tak boleh nak masuk. Bukanlah semua aku tengok.

Begitulah. Lain orang lain caranya. Ada minat ini. Ada minat itu. Jadi tak perlulah nak kondem minat orang. Cuba raikan kegembiraan orang dengan cara mereka. Cuba hargai minat orang walaupun kita tak minat. Selagi perbuatan mereka tidaklah menyalahi batas-batas agama. Kalau aku terover, sudilah menegur aku dengan cara yang berhemah. InsyaAllah aku terima.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 21 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Semalam, jiran ajak berbuka sekali. Ada geng nak berbuka sekali masakan aku nak menolak. Memanglah dah hujung-hujung ni fokus nak memasak tu dah hilang. Fokus nak banyak lari. Dua minggu Ramadhan aje yang aku gigih memasak. Selebihnya sudah melayan penat dan macam-macam. Terasa macam banyak sangat benda nak buat.

Jadi semalam atas permintaan anak-anak, kami berbuka puasa di McDonalds aje. Sebenarnya dah nak ke restoran berdekatan dengan rumah tapi sebab buffet kami pun berubah arah. Jeritan padu anak-anak yang nak makan McD, maka mak-mak ikutkan aje.

Masa ni tengah beratur. Mujurlah tak ramai orang.

Bergambar dulu sebelum berbuka.

Ini untuk aku dan anak-anak.

Menunaikan permintaan Dak Adik yang nak makan nasi McD. Dari tempoh hari dia minta nak makan.

Kemudian aku order Ice Blended Mocha. Mocha kau bahagia. Selalu kongsi dengan boyfren. Tapi boyfren tak ada aku konker sorang. Puas minum sampai nak terbelahak.

Berselera budak ni makan. Licin. Nampaknya kenalah kat tekak dia tu. Alhamdulillah. Selesai lagi satu hari menempuh Ramadhan. Semoga penghujung Ramadhan ini kita lalui dengan baik sahaja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Kisah Ramadhan: 20 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Sudah masuk 22 Ramadhan. Allah. Sekejap sahaja masa berlalu. hati semakin sedih bila Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya. Semoga hari-hari yang berbaki ini kita gunakan sebaik mungkin. Dunia dunia juga. Akhirat jangan dilupakan.

Kelmarin, aku sibuk juga dengan urusan dunia. Pagi lepas sahaja hantar Dak Adik ke sekolah, laluan balik ke rumah lalulah depan JPJ.

Tiba-tiba.

"Alamak, lesen aku dah matilah. Macam mana boleh terlupa ni."

Bebel sendiri.

Selalunya aku awal-awal lagi dah renew. Kali ini boleh terlupa. Teruja benar gamaknya kau masuk middle age 30an. Mulalah aku tukar plan untuk hari itu. Masa tu hari akhir aku cuti kuarantin. Sepatutnya plan awal aku naklah buat cornflakes madu. Kirim salam ajelah.

Kalau dah sibuk buat kerja rumah memang malas nak keluar. Sudahnya tukar plan. Tunggu Dak Adik balik sekolah barulah keluar selesaikan urusan. Patutnya nak hantar Dak Adik sekolah agama, tapi bila dia dengar aku nak ke AEON, mulalah merengek tak nak ke sekolah. Oleh sebab nak cepat, aku malas nak memujuk bagai, jadi aku hangkut ajelah.

Mujurlah tak lama menunggu nombor giliran.

Seram kalau Dak Adik kata nak tengok mainan aje. "Ammar nak tengok ajeeeee..." Usai buat lesen baharu, aku ke Mydin. Betulkan skrin henfon. Aku sanggup korbankan kasut raya aku untuk betulkan henfon. Selesai semuanya balik rumah. Sampai aje dah pukul 5.00 petang. Mandi, solat dan bersiap-siap nak keluar untuk berbuka. Berbuka kat kedai tomyam depan taman.

Makanan untuk anak-anak. Nasi goreng cina dan nasi goreng pataya.

Menu sampingan.

Nasi goreng paprik.

Berselera betul dia makan. Maklumlah orang puasa. Itulah kisah aku serba-sedikit bersama anak-anak. 10 terakhir Ramadhan ini diharap dapatlah kita isikan dengan perkara yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, June 5, 2018

Kisah Ramadhan: 19 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Entri keenam. Aduhai. Bertabahlah membaca blog aku hari ini. Semalam aku masak ringkas saja untuk berbuka. Separuh hari di klinik, kemudian urus beberapa perkara membuatkan aku keletihan. Balik rumah dah lesu. Memang aku terbongkang baliknya.

Sudahlah cuaca begitu panas lit lit. Allah. Dugaan dan cabaran sungguh. Sepatutnya aku janji nak jemput Ammar di sekolah. Rupanya dia balik jam 12.30 tengah hari. Mujurlah teachernya dah jemput. Aku uruskan hal mak aku dulu itu yang makan masa. Tengah cuti ni aku bawaklah mana mak aku nak pergi.

Goreng spageti aje. Tauhu sumbat jiran tetangga bagi.

Sebelah malam fefeling sendiri. Datang tak menyabar pasang lampu. Aku cuba sebab suami baru tukar mentolnya.

Nasiblah ingat cerita pendek Pelangi Cinta yang ditayangkan selama sepuluh minit. Semalam episod akhir. Dia ada 5 episod aje.

Heronya Syafiq Kyle lah. Macam sepadan aje dengan Mira Filzah. Dan-dan nak menjodohkan si Capik dengan Mira. Kemudian aku sambung tengok cerita Nur. Syafiq Kyle lagi pelakon dia. Anak aku kata, "Asyik Syafiq Kyle aje." Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim