Showing posts with label Malaysia Stories. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Stories. Show all posts

Sunday, May 13, 2018

Cerita Pilihan Raya




Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai sudah pilihan raya. Perasaan susah hati, berdebar sudah pun berakhir. Apa jua keputusan haruslah diterima dengan berlapang dada. Kita sudah di bawah tampuk kerajaan yang baharu. Siapa pun yang memerintah seharusnya kita perlu hormat pada kerajaan kita. Itu sahaja. Tak perlulah kecam sana sini.

Okeylah, aku tak nak ulas apa-apa fasal politik. Aku nak kongsi dan simpan buat kenangan tentang pilihan raya kali ini. Ini adalah kali ketiga aku keluar mengundi. Aku masih lagi mengundi di tempat yang sama walaupun sudah berpindah ke rumah sendiri. Tempat mengundi aku di sekolah berdekatan dengan rumah mak. Masih sayang lagi dengan kampung aku.

Tempat mengundi aku dan suami berlainan. Suami pun mengundi di kampungnya. Aku, mak dan adik sama tempat mengundi. Ayah pula di tempat lain. Adik ipar aku pun mengundi di kampungnya. Dalam jam 9 pagi kami keluar ke rumah mak sebab aku dah janji nak pergi dengan mak. Adik sudah bawa ayah ke tempat mengundi.

Inilah tempat aku mengundi. SK Peringgit.

Aku sudah bersedia masa ini. Bersemangat.

Aku mengundi di Saluran 4. Beratur juga tapi taklah aku menunggu lama.

Selesai sudah. Waktu ini aku sedang menunggu emak.

Jari mak dan jariku.

Kemudian mak long pun keluar mengundi. Dengan berkerusi roda bagai. Semangatkan.

Aku dan mak long yang aku panggil obek.

Ini pula jari-jemari laki bini. Haha.

Nakal sungguh gambar ini. Cucunda blur-blur masa kita orang dok tunjuk kat dia. Mestilah si Amanda Dareena dok pelik. Awatlah semua dok tunjuk kat aku?

Nanti menyusul entri kesinambungannya daripada entri ini. Selesai mengundi kita orang ada family gathering. Memandangkan anak-anak buah balik mengundi, kita orang berkumpul sambil masak-masak dan makan-makan. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, March 9, 2015

~Mengenang MH370~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru berkesempatan mencoretkan sesuatu di sini. Hujung minggu sibuk meluangkan masa bersama insan-insan tersayang. Jadi terpaksalah ketepikan sebentar dunia blog ini. Ini pun update guna telefon bimbit aje.

Hari ini 8 Mac 2015 genap setahun tragedi MH370. Berdoalah untuk mereka.



Berlalu awan langit nan suram
Membawaku cahaya baru
Hari semalam ku lepaskan
Esok hari bawa harapan
Teruskan

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari-hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Hentikan semua air mata
Tuhan sentiasa bersama
Segalanya akan berlalu
Pulang aku pasti padaMu
Yang Satu

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari-hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari-hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Wowowo percayalah
Wowowo selamanya

Ku takkan biar kau sendiri

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semasa menonton berita tadi, air mata bergenang bila wartawan temubual keluarga mangsa.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda

posted from Bloggeroid

Sunday, October 12, 2014

~Setengah Bulan Gaji~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam ahad. Seronok tiga hari di rumah dan esok aku masih lagi bercuti. Guna cuti rehat yang berbaki nyawa-nyawa ikan. Nak tak nak kena juga luakkan cuti rehat yang ada sebab ada urusan keluarga.

Seperti yang sedia maklum, jumaat lepas adalah hari pembentangan bajet 2015. Seronoklah sebab boleh fokus tengok kononnya. Maklumlah cuti. Selalunya tidak berkesempatan sebab hari bekerja. Pada awalnya berguling depan televisyen usai membedal pisang goreng cheese. Empat beranak makan hingga licin.

Pada awalnya, mataku galak lagi tapi entah bila boleh terlena. Sedar-sedar sesi pembentangan pun sudah habis. Berapa lama aku lena tu? Nikmat sungguh bila dapat melelapkan mata sebentar. Bukan senang nak dapat masa-masa macam itu. Sebaik aku jaga, tanya suami apa cerita. Jawabnya setengah bulan gaji je. Okeylah tu, daripada tak ada kan. Alhamdulillah. Bersyukurlah dan jangan sesekali merungut. Takut lupa diri. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     


Tuesday, September 16, 2014

~Selamat Menyambut Hari Malaysia~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua para pembaca blog ini. Tak kisahlah pembaca tegar atau tidak. Aku harap sesiapa yang baca di sini dalam keadaan baik-baik sahaja. Hari ini seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia. Alhamdulillah, masih lagi bersama. Hari ini kita diberi cuti umum. Semoga sempena cuti ini dapatlah kita manfaatkan bersama.

Akhir kata dariku, Selamat Hari Malaysia 2014. Semoga negara kita akan sentiasa aman agar kita dapat menjalani kehidupan harian dengan tenang. Mudah-mudahan. Kuncinya perlu bersatu hati. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Sunday, August 31, 2014

~Salam Merdeka 57~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua. Salam merdeka yang ke lima puluh tujuh tahun. Baru berkesempatan mahu menitipkan entri merdeka malam ini. Sejak jumaat diri teramatlah sibuk. Tak berkesempatan nak menulis. Tugasan pun terbengkalai dek kerana sibuk dengan kerja sampingan yang lain. Nanti akan diceritakan kemudian. Pagi tadi sempat membawa anak-anak untuk melihat perbarisan sempena Hari Kebangsaan. Semangat itu penting!:D

Malam ini mahu bersengkang mata menyiapakan tugasan yang diberikan oleh cikgu. Jadi mata silalah bertahan hingga ke penghujung tugasan disiapkan. Apa-apa pun aku ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia. Malaysia tanah airku yang tercinta. Di sini lahirnya sebuah cinta...Sekian dan wassalam

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Friday, August 22, 2014

~Hari Berkabung Malaysia~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Hari ini rehat panjang dapatlah melelapkan mata dalam sejam dan melayan emosi sendiri. Perasaan sedih menghimpit diri sejak semalam mengenangkan hari ini. Hari ini dalam sejarah. Malaysia diisytiharkan sebagai Hari Berkabung. Ini berikutan bagi menghormati kepulangan 20 jenazah warga Malaysia yang terlibat dalam insiden nahas MH17.

Rakyat Malaysia juga diminta bertafakur hanya seminit sebaik sahaja keranda yang terakhir dimasukkan ke dalam van jenazah. Bersatu dalam doa wahai rakyat Malaysia. Inilah masanya untuk kita bersatu dan menunjukkan sikap simpati terhadap keluarga mangsa MH17.

Selepas sebulan lebih waris penumpang dan anak kapal MH17 menanti kepulangan orang tercinta dengan penuh sabar dan debar, hari ini merupakan titik pengakhiran penantian itu walaupun yang pulang hanyalah jasad. Sebak aku lihat sebaik keranda pertama diturunkan daripada pesawat untuk dibawa ke van jenazah. Perjalanan terakhir untuk disemadikan. Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Buat seluruh keluarga mangsa, semoga mereka tabah. Takziah Malaysia. Selamat bersemadi MH17.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Friday, July 18, 2014

~Al-Fatihah Dan Takziah MH17~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Salam jumaat dan salam 20 Ramadhan.  Tidak lama lagi Syawal akan tiba.  Pagi ini sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan nahas pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine.  Aku sudah tahu malam tadi.  Itu pun dapat whatsapp daripada asben.  Mata yang baru sahaja mahu terlena terus membulat.  Terperanjat! Allah hu Akbar!

Sekali lagi Malaysia diuji oleh Allah SWT.  Sayu! Tak dapat digambarkan.  Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa nahas yang beragama Islam.  Semoga keluarga mangsa akan redha dan tabah menghadapi dugaan di 10 akhir Ramadhan ini.  Peringatan untuk kita semua agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Bila baca berita-berita yang ada bertambah sedih bila mengenangkan ada penumpang yang mahu pulang beraya.  Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.  Sekian dan wassalam...

#PrayForGaza

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Monday, March 10, 2014

~Doakan Untuk MH370~

Assalamualaikum...

Salam pagi isnin buat semua.  Tidak tahu kenapa pagi ini terasa pilu.  Macam biasa sejak semalam pagi-pagi sudah mencari berita tentangnya.  Memang banyak spekulasi tentang pesawat MH370.  Baca boleh.  Percaya jangan selagi tiada pengesahan daripada pihak bertanggungjawab.

Entah macam mana perasaan yang terlibat.  Perasaan si ibu ayah menangis pilu menanti si anak, si isteri menanti berita si suami.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Tak dapat dibayangkan macam manalah keadaan dalam kapal itu. 

Apa-apa pun semoga ada khabar baik yang dapat kita dengar.  Walaupun tidak ada ahli keluarga dalam pesawat itu hati turut dicengkam sayu dan pilu.  Sama-samalah kita berdoa semoga dipermudahkan misi mencari MH370.  Sekian..

Wassalam..

Aku Penulisnya,




                                                                                                                                            

Tuesday, May 7, 2013

~Selesai Mengundi~

Assalamualaikum....

Hai semua. Selamat hari selasa. Baru dapat update blog ni. Semalam tak update sebab mood banyak ke laut. Mood kecewa. Sebab?Kecewa yang bersebab, takkan kecewa tak ada sebab atau tak ada motif. Biarlah rahsia tapi sememangnya aku memang kecewa. Ermmmm..

Okay, hari ahad 5 Mei 2013 yang lalu adalah hari di mana kita sebagai rakyat Malaysia keluar mengundi. Aku juga begitu. Ke tempat mengundi dihantar adik aku. Then pi lah mengundi sendiri. Anak-anak aku dengan mak aku kat rumah. Mak dan adik aku dah undi awal lagi. Laki den pulak mengundi kat tempat lain. Aku di SK Peringgit manakala laki den kat SK Bkt Rambai.

Nasiblah masa aku tu tak payah nak beratur panjang. Sampai je terus masuk ke bilik tempat mengundi. Aku kena saluran 5. Tak kiralah apa jua yang aku tanda, sememangnya itu yang aku sokong dari dulu. lain orang lain pendapatnya. Tapi pada aku kalau dah tak sokong sesuatu pihak tu tak payahlah nak menghentam orang lain kot. Macamlah diri tu sempurna. Melayu kata melayu. Sedih.

Cukuplah luahan di atas. Aku tak nak cerita bab politik kat blog aku ni sebab aku bukan tahu sangat hal politik ni. Pada aku janji negara Malaysia ni aman dan damai. Aku boleh keluar untuk bekerja, boleh berjalan-jalan dan bebas menjalankan aktiviti harian kita.

Ini jari aku yang telah diwarnakan. Laki aku kata ni calit ke celup?

Ini jari laki aku. Mana aci kan letak jari aku sorang. Laki den kerja masa hari mengundi tu. Sempat hantar gambar kat whatsapp. Heee...

Sebelah malam seperti biasa melekat depan tv menanti keputusan PRU 13. Bukan main lama nak tunggu keputusan. Apa-apa pun semuanya telah selesai.  Panjang umur, kita tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi.  Sekian entri untuk tengahari ini.







                                                                                                     

Friday, May 3, 2013

~Selamat Mengundi Buat Semua~

Assalamualaikum....

Entri di petang hari kerana punya masa terluang masa waktu rehat tadi. Dapatlah aku update sesuatu di sini. Ahad ni kita semua akan pergi mengundi. Menjalankan kewajipan dan tanggungjawab kita. Sudahkah anda bersedia?Bagi yang duduk jauh, mungkin ada yang sudah pulang ke kampung atau tempat masing-masing untuk mengundi.

Aku dekat je tempat mengundi aku. So ahad pagi aku balik rumah mak aku untuk mengundi. Ini adalah kali kedua aku mengundi.



Akhir kata untuk semua yang sudah cukup umur dan sudah mendaftar sebagai pengundi, SELAMAT MENGUNDI.  Buat mereka yang pulang ke kampung semoga perjalanan ada selamat pergi dan balik.  Pilihan di tangan kita, mengundilah dengan pilihan yang betul. Aku?Masih setia pada yang satu.

Sekali lagi, Selamat Mengundi buat semua.