Thursday, May 31, 2018

Cuti Kuarantin

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Hari ini adalah hari kedua aku cuti kuarantin. Adriana dijangkiti chicken pox. Dugaan bulan Ramadhan. Isnin malamnya aku perasan badan dia sudah ada bintik-bintik merah. Cuak juga sebab dia baru sahaja demam. Saing dengan Ammar demam ahad tu. Alih-alih hari isnin sebelah malam tu dia kata badan dia ada biji-biji.

Aku tengok belakang badan Adriana dah penuh bintik-bintik merah. Dia sudah mula merengek kata gatal dan tergaru-garu. Mujurlah esok tu cuti wesak day. Aku cakap esoklah kita ke klinik. Malam tu mulalah aku tak lena tidur. Cepatlah siang kekdahnya.

Terasa lambat benar malam tu waktu berjalan. Risau menemani aku sepanjang malam itu. Biasalah, aku dan risau berpisah tiada. Cepat nak nervous. Sudahnya sendiri stres.

Aku keluar sebelah pagi menuju ke klinik depan taman perumahan. Dah biasa ke sana. Dekat pun satu hal jugak. Doktor sahkan Adriana chicken pox. Doktor keluarkan sijil cuti sakit dan surat pengesahan untuk aku cuti kuarantin jaga anak.

Balik dari klinik, terus cari air kelapa. Mujurlah jumpa.

Ini ubat makan. Nasib baik kali ini dia senang makan ubat.

Ubat sapu. Satu badan aku sapukan krim-krim ini. Dua hari memegang jawatan sebagai jururawat. Apaknya dok hantar whatapp. Memesan macam-macam.

Jangan bagi makan kicap. Nanti bertanda. Jangan kopek.

Begitulah lebih kurang pesanan penaja. Hahaha. Begitulah. Tahun lepas, sehari sebelum Ramadhan Ammar dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut. Ramadhan kali ini kakaknya pula chicken pox. Cerita Ammar ada di SINI. Kebetulan pula tarikh entri pun samalah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Wednesday, May 30, 2018

Kisah Ramadhan: 12 Dan 13 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Nak kongsikan menu Ramadhan lagi. Buat kenangan pada masa akan datang bila kerinduan pada Ramadhan itu menghantui diri. Lepas baik daripada diserang selsema aku masih belum sepenuhnya elok. Ada pula sakit yang bersambung. Allahu. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Alhamdulillah. Masih boleh lagi bangun walaupun sebenarnya badan lesu.

Masalah bulanan. Beginilah. Bila nak tiba masa mestilah badan serba tak kena. Umur makin meningkat. Hormon pun huru-hara agaknya. Jadi menu berbuka puasa aku dan anak-anak dua tiga hari agak ringkas.

Kalau boleh nak masak paling ringkas. Tapi kesian kat anak-anak. Jadi aku gigihkan juga memasak yang ringkas-ringkas dan boleh diterima dek tekak. Masing-masing hilang selera makan. Makan KFC boleh masing-masing tak habis. Tapau bawak balik.

Sambal sardin, kentang goreng dan ikan bilis goreng kicap untuk 12 Ramadhan.

Untuk semalam, aku cuma masak kuetiow goreng aje. Kemudian sebelah malam, jiran bagi sup ikan dan sayur taugeh goreng. Alhamdulillah. Itu sahaja entri ringkas petang ini. Tak tahulah kalau lepas ini aku jarang nak masak maka tiadalah lagi menu-menu Ramadhan yang dapat aku kongsikan di sini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Baby Caramel By Tyqa Myra

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Entri ketiga untuk hari ini. Baiklah, sini aku nak kongsikan baby caramel yang aku order minggu lepas. Aku order jauh kali ini. Datangnya dari Batu Pahat. Suamilah tukang bawak balik dan tukang bayar. Aku hanya tukang order. Hahaha. Suami Tyqa ni rakan sekerja dengan suami. Kami pernah berjumpa masa family holiday.

Bila dia dok promote kat laman muka buku, aku mulalah tergoda. Menarik. Comel. Itu yang aku tertarik nak order. Sebenarnya banyak lagi yang Tyqa ni jual tapi memandangkan jauh itu aku bercinta nak order.

Cuma kali ini aku order jugak. Biasalah bulan puasa semua ko nak mencubanya. Jadi dapatlah aku merasa baby caramel by Tyqa Myra minggu lepas. Aku order dua. Laki den bawak balik satu. Dia tak perati betul-betul dalam peti ais.

Ini maklumat penjual. Warga Batu Pahat bolehlah roger-roger tuan badan.

Dari sisi tepi. Gebu sungguh.

Pandangan atas.

Ini rupa setelah dipotong. Sedap tau. Keknya lembut saja. Aku memang minat kek ni. Dulu pernah cuba buat. Tapi sekarang dah kertua ni makin malas nak kecah dapur. Alasan ko tak mengagak. Aku nak bagi sokongan kat peniaga aje dengan membeli. 

Boleh cubalah. Aku bawa balik kat rumah mak. Mak suka. Dia kata keknya lembut. Mula-mula mak ingat kek span. Bila sekali makan berkali-kali nak makan lagi. Sesiapa yang nak cuba boleh terjah laman muka bukunya di SINI.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 10 Ramadhan

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini. Mujurlah kerajinan masih ada untuk bercerita di sini. Sesekali aku menulis juga di laman muka buku. Itu kalau kisah pendek aje yang aku titipkan di sana. Aku masih suka menulis di blog. Tulis di sini boleh tulis panjang-panjang. Biasanya mukadimah aku aje sudah panjng berjela.

Berbalik kepada tajuk entri, 10 Ramadhan itu aku sudah berperang dengan selsema dan ubat selsema yang mengantuk itu. Memang tersangatlah mengantuknya. Berbalam-balam aku jadinya. Tengok muka laki pun dah nampak dua tiga muka. Hahaha.

Balik membeli-belah tu, lepas berkemas aku mengensot masuk bilik bacaan. Aku membongkang kat situ. Laki dok kejut pun memang aku tak boleh bukak mata. Betapa hazabnya makan ubat selsema. Kemudian dalam jam tiga aku bangun juga nak solat zohor dan nak terus masak. Aku cadang nak masak awal sebab nak suruh tuan kastam tu hantar mee kari kat rumah mak.

Inilah kejadiannya kuah untuk mee kari. Mee kari mengantuk nama diberi.

Sempat buat sagu gula melaka.

Ini yang aku dah isikan untuk dihantarkan kat rumah mak.

Ini pula hidangan untuk kita orang. Lepas solat aku boleh bantai tidur lagi tau. Tak tahulah aku dah rasa cam penagih dok lalok masa tu.

Inilah mee kari aku. Aku memang sejenis perangai makan mesti kuah sikit aje. Sama juga makan nasi. Aku tak suka kuah yang beladong. Memang aku tak berapa nak selera. Perangai ko macam-macam sungguh. Dasar. Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Beralih Ke UNIFI

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Kembali bekerja setelah semalam bercuti. Aku masih tak kerja. Cuti kuarantin sebab anak sulung aku dijangkiti chicken pox. Makanya dapatlah aku cuti kerantina selama lima hari. Dak Adik bersekolah. Makanya berposak mak nak menerangkan dan memujuk dia untuk ke sekolah dan beritahu sebab kakaknya tak sekolah.

"Kakak tak sekolah. Ammar pun tak nak sekolah."

Dah pulak.

Okeylah, mukadimah panjang sangat. Rasanya dah dekat nak sebulan aku beralih ke UNIFI. Dulu guna streamyx. Tapi sakit hati bila internet kat rumah makin lama makin slow. Aduh ya ampun. Itulah suatu ketika dulu aku cukup malas nak update blog. Nak tunggu upload gambar dah satu hal. Berjam nak menunggu. Sudahnya aku fedup. Kita tutup log out dan tutup komputer ajelah. Malas nak menunggu.

Itu yang dulu aku lebih suka melayan novel. Melayan drama dan sekarang pun masih melayan drama. Cuma sekarang sejak beralih ke UNIFI, bolehlah aku layan online kat komputer. Memang selalu gitulah aku.


Makanya, beralih ke UNIFI dan Hypptv. Tiadalah lagi Astro di rumah. Cuma ada njoi saja. Jadilah kan. Bersyukur dengan apa yang diberi. Mujurlah suami mendengar keluh-kesah isterinya.

"Saya nak update blog tak dapat. Internet lambat sangat. Nak upload gambar pun jenuh tunggu."

Terus dia beritahu nak tukar UNIFI. Terima kasih husband. Gitu. Haha. Jadi itulah hiburan aku di rumah. Blog, drama, novel, menulis dan sewaktu dengannya. Aku happy begini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Tuesday, May 29, 2018

Kisah Ramadhan: 9 Ramadhan

Assalamualaikum.

Entri ketiga untuk hari ini. Dalam masa sibuk uruskan anak-anak aku sempatlah menulis blog. Ketagihnya sudah sampai. Maklumlah kalau dah mula menulis memang perasaan nak menulis akan ada aje. Nak mula menulis cerpen aje belum sampai seru. Memang tahun ini aku agak lambat untuk memulakan semuanya.

Berbalik kepada kisah 9 Ramadhan. Aku sekeluarga berbuka di rumah mak. Memang sudah dimaklumkan pada mak yang kami akan berbuka di rumahnya. Tengah hari mak sudah hantar mesej menerusi aplikasi whatsapp.

Mak kata dia masak nasi ayam dan agar-agar. Aku pun sebab hari tu kerja memang tak fikir nak masak apa pun. Aku cadang nak suruh suami beli sesuatu di bazaar ramadhan aje.

Menu kami hari tu. Kita orang beli kuih keria dan roti john. Sebab keluarga aku tak berapa besar jadi makanan tidaklah melimpah ruah.

Usai berbuka, kami ke Masjid Al-Azim untuk berterawih.

Balik terawih ajak suami lepak mamak. Rindu nak ngeteh bagai. Hahaha. Masa tengah lepak, jiran telefon nak maklumkan kat aku dia nak balik kampung. 

"Ko kat mana?"

"Mamak."

"Tak habis-habis ko dengan mamak."

Biasalah, aku dan mamak berpisah tiada. Mujurlah tak berlakikan mamak. Sipi-sipi mamak aje. Haha. Ya ampun bang. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 8 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Entri kedua untuk hari ini. Hari ini agak lambat keluar entri kedua. Kalut dengan anak-anak yang tak sihat. Kisah 8 Ramadhan yang aku ingat. Aku ke bazaar petang itu. Kebetulan petang itu kereta diparkir dekatlah juga dengan tapak bazaar. Nak cari kuih aje sebab suami balik hari itu dan bercadang mahu bawa kita orang berbuka di luar.

Jadi aku belilah beberapa jenis makanan yang boleh kami empat beranak makan sebagai alas perut. Lepas membeli aku dan anak-anak menuju ke kereta. Malangnya, ada kereta menghalang di belakang kereta aku. Dua puluh lima minit juga menunggu dalam kereta.

Aku dah memikirkan jangan sampai nak berbuka tuan kereta ni tak sampai-sampai. Dalam masa nak cepat ada sahaja halangannya. Jadi aku dan anak-anak menanti dengan penuh sabar. Dalam sabar tu aku bebel jugak.


"Manalah orang punya kereta ni."

Sampailah ada seorang lelaki tua menegur Adriana yang kebetulan tingkapnya dibuka.

"Nak keluar kereta ke?"

Aku sempat memandang guna cermin pandang belakang.

"Nasiblah orang tua." Aku lontar kata.

"Mama jangan marah-marah. Bulan puasa. Berdosa." Dak Adik menegur.

Baiklah. Mama tak marah. Macam ustaz pulak aku rasa anak aku tu. Haha.

Kami berbuka dengan beralaskan perut ini sahaja.

Itulah Masjid Al-Azim.

Kemudian ke Masjid Al-Azim untuk berterawih. Suami balik dapatlah terawih jauh sikit. Masjid ni berdekatan dengan rumah mak.

Selesai terawih.

Terus ke Pak Putra pekena roti nan. Memang kegemaran ini. Aku pesan cheese nan. Sedap sekali dimakan dengan ayam tandoori dan tawa prawn. Sedap. Cubalah ke sana bagi yang belum pernah rasa. Nama kedainya Pak Putra.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Hanya Mampu Merancang

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bercuti sempena hari wesak.

Sebenarnya, semalam aku cuti. Kononnya nak menyambung cuti dengan wesak. Dapatlah cuti empat hari. Ada rancangan sebenarnya semalam aku cuti. Kononnya nak buat kuih raya sebab anak-anak sekolah. Jadi lepas hantar anak-anak sekolah, bolehlah aku buat kerja aku.

Barang kuih dah beli sebenarnya jumaat lepas. Nak buat conflakes madu dan cornflakes coklat aje. Nak dijadikan cerita, jumaat tu jugak aku diserang selsema. Membawa ke malam masa aku solat terawih memang berperang dengan selsema.

Sampaikan Adriana cakap, "Mama paling bising masa terawih tadi."

Manakan tidak, aku dok sot set sot set mengawal air hidung. Kebetulan masa tu berbuka puasa kat rumah mak adik ada bagi ubat selsema. Balik tu aku pun telan sebiji ubat. Rupanya melarat penangan ubat tu. Aku melayan mata yang mengantuk. Dalam pada melayan mata mengantuk aku sempat ke Family Store beli barang dapur.

Ini stok sebulan kononnya tapi nanti mesti ada menjejakkan kaki lagi ke family store sebab nak raya kan mesti nak beli macam-macam. Sampai rumah sambung layan mata lagi sampailah petang. Kemudian gigih bangunkan diri untuk masak mee kari. Nanti aku cerita entri lain. Kisah selsema aku melarat sampai ke hari ahad. Ingatkan aku aje yang tak sihat.

Ahad tu Ammar pula demam. Rasa badannya panas. Aku sempat bagi ubat demam. Selebihnya aku tidur dengan dia. Kemudian rasa si kakak pun demam. Aku ni dengan mata tak boleh bukaknya. Petang tu nak masak berbuka pun aku tak larat. Ammar pula buat permintaan nak makan KFC.

Aku pun makan ini aje sebab tak lalu.

Lepas maghrib barulah kami keluar menuju ke AEON Ayer Keroh menunaikan permintaan anakanda berdua pada 11 Ramadhan. Sebenarnya dia orang pun tak selera. Makan sikit aje pun. Selebihnya kita orang bawak balik. Dan semalam rancangan aku nak buat kuih raya tak tercapai. Anak-anak demam tak sekolah. Aku pun masih melayan kantuk sebab on drugs lagi. Mata asyik nak pejam aje. Sudahnya kita orang tiga beranak melepek aje semalam.

Begitulah rancangan aku yang tidak menjadi. Hari ini entah apa yang aku boleh buat. Adriana macam nak kena chicken pox sebab badan dia ada bintik-bintik merah dan semalaman dia menggaru. Inilah dugaan di bulan puasa.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, May 26, 2018

Kisah Ramadhan: 7 Ramadhan

Assalamualaikum.

Salam pembuka bicara untuk tengah malam ini. Baru berkesempatan nak duduk depan komputer. Entri schedule untuk minggu ini sudah habis semua diterbitkan. Makan bergentayanganlah entri aku. Makanya, blog aku sudah kembali aktif. Harap rajin sampai bila-bila. Sebenarnya nak tengok drama Nur tetapi aku tulis sedikit entri supaya kisah Ramadhan aku dan keluarga tidak tertinggal dititipkan di sini.

Kerana apa?

Ramadhan adalah bulan yang sangat dirindui. Kalau rindu nanti boleh jengah-jengah blog nak campak belakang semua entri yang mengisahkan Ramadhan. Hari ini sudah 9 Ramadhan. Berbaki 21 hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri.

Untuk 7 Ramadhan pula, aku kembali masuk dapur. Masak yang serba ringkas untuk aku tiga beranak. Oleh sebab tak nak makan nasi, aku masaklah pasta. Stok yang ada di rumah adalah fettucini. Maka terjadilah fettucini creamy cheese. Kemudian aku goreng kentang dan cucur ikan bilis.


Inilah menu yang sempat aku masak ketika hari bekerja dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah.Walaupun ada masa aku akan bertukar menjadi hijau. Hahaha. menu ini juga yang akan dibawa sampai ke sahur. Tak kuasalah aku nak masuk dapur dua tiga kali nak masak bagai. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim


Friday, May 25, 2018

Menonton Avengers Infinity War

Assalamualaikum.

Salam jumaat. Jumaat hari penuh barakah. Jumaat kedua kita berada dalam bulan Ramadhan. Semoga semuanya di bawah lindungan-Nya dan diberkati sentiasa dunia dan akhirat. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt.

Sebelum berpuasa hari itu, kami empat beranak sempat meluangkan masa bersama dengan menonton wayang. Suami ajak tengok cerita Avengers. Walau aku bukanlah tegar sangat tengok cerita omputih ni. Kalau drama melayu tu aku memang semangat.

Tapi aku okey aje. Nak-nak suami yang belanja. Aku tengok jugak. Jadi hari sabtu tu kita orang pergilah jugak tengok wayang.  Tiketnya dalam jam 5.10 petang. Kalau tak silap. Dah lupa.

Hah. Dalam jam 5.10 petang. Kejapan aku dah lupa.

Samapi awal mohon bergambar dululah anak-anak.

Mak dengan apak pun nak bergambar sekali. Tengok aku tangan penuh barang. Orang sebelah relax aje siap berposing baik punya.

Swafoto dengan Adriana.

Macam biasa gambar empat beranak kenalah ada.

Masa ni dah masuk dalam panggung. Menunggukan cerita mula.

Aku tak tahu nak buat review fasal cerita Avengers ini. Tak pernah ikut atau aku pernah tengok tapi tak tahu perihal superhero dalam cerita Avengers tu. Tapi aku tengoklah sampai habis walaupun setengah jam pertama aku terlelap. Hahaha. Nasib duduk sebelah Ammar jadi tok laki tak tau yang bini dia bantai tidur.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, May 24, 2018

Kisah Ramadhan: 6 Ramadhan

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semangat untuk bercerita perihal menu berbuka. Seronok aku tengok mak-mak yang berkongsi menu juadah berbuka. Datang rajin boleh mencubanya sekali. Kadang kita mak-mak ini sudah kebuntuan nak masak apa bila hari-hari sudah masuk ke dapur.

Bila tengok ada yang berkongsi rasa seronoklah. Orang kata tak baik. Tapi ambillah pendekatan yang baik-baik dan sudut pandangan yang positif. Kalau kita fikir positif, maka positiflah jadinya. Begitulah sebaliknya. Janganlah kita bersangka buruk. Manusiakan memang itu perangainya. Suka sangat bersangka buruk terhadap sesuatu perkara.

Untuk 6 Ramadhan yang lepas, aku cuti daripada memasak. Entah kenapa hari itu serba tak kena badan. Letih semacam. Nak mendaki tangga kat pejabat tu pun aku terasa cam nak mengensot aje. Teruk benarkan.

Sebenarnya, sebelah pagi sebelum ke kerja aku dah siap tanak nasi. Kononnya balik nanti nak goreng aje nasi itu sebagai juadah berbuka. Memang itu plan asal. Mungkin isnin lepas yang aku sibuk masak mee basah dan bubur caca. Hari tu pun memang keletihan sebab terkejar-kejar. Balik memang awal. Jam 4.00 petang aku dah balik. Sampai rumah kalau tak singgah kedai lebih kurang 4.20 petang macam itulah. Dah masuk dapur tengah sibuk-sibuk berhenti kejap. Keluar jemput Dak Adik kat sekolah agama. Kemudian singgah param sebab Dak Kakak nak cari tepung pelita. Balik sambung masak.

Huh.

Letih yang amat. Malam terbongkang jadinya. Lepas isyak aku terlelap kejap. Kemudian tengok drama Nur dan barulah aku solat semula. Itu pun tengok drama pun lebih banyak terlelap. Jadi kisah nak goreng nasi terpaksa dilupakan. Balik aku singgah kedai tomyam dan pesan lauk.

Rezeki juga hari itu bila mana jiran tetangga selang dua lorong daripada rumah hantar mesej menerusi aplikasi whatsapp. Rupanya dia suruh singgah rumahnya ambil lauk asam pedas ayam.


Ini semua lauk yang bukan aku masak. Lauk kedai dan ehsan jiran. Alhamdulillah. Anak-anak pun macam biasa. Berselera makannya. Daging masak merah, kailan ikan masin, asam pedas ayam, kuih-muih dan nescafe ais. Dia pun malas air pun beli kat kedai. Ish ish ish. Itu sahaja entri ringkas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Perhubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Entri pertama untuk pagi khamis nan indah. Sedikit perkongsian tentang hubungan jarak jauh dengan pasangan untuk dijadikan sebagai rujukan dan sokongan moral buat diri sendiri. Manalah tahu boleh membantu serba sedikit.

Jomlah kita baca beberapa tips yang dikongsikan. Aku pun sudah lupa sumber yang aku perolehi. Entri ini sudah agak lama tersimpan di dalam folder draft. Barulah hari ini ada semangat nak jadikan ia sebagai entri.






Semoga entri ini bermanfaat untuk perhubungan jarak jauh. Bukan senang untuk menghadapi situasi ini namun demi sebuah tanggungjawab hidup perlu diteruskan. Semoga pasangan-pasangan jarak jauh sentiasa kuat dan tabah melalui kehidupan sebegini. Hargailah pengorbanan pasangan masing-masing. Apa yang paling penting sebuah kesetiaan dalam perhubungan. Tanpa kesetiaan perhubungan akan rosak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, May 23, 2018

Resipi Nasi Tomato

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.

Sudah fikirkan mahu masak menu apa untuk juadah berbuka puasa nanti. Bulan puasa ini, mak-mak paling sibuk. Memikirkan menu-menu untuk berbuka. Rajin tengok resipi-resipi. Tak cukup buku resipi kat rumah. Khidmat pakcik google pun digunakan. Yelah, lain orang lain caranya. Air tangan masing-masing mana nak sama.

Samalah macam aku. Masa bulan puasa paling sibuk. Tiba-tiba terasa banyak sangat benda nak kena buat. Tapi kenapa masih ada ruang untuk kita berterawih dan mengaji. Ajaib kan. Penat tu memang penat. Tambah lagi mak-mak yang bekerja kemudian balik sambung buat kerja kat rumah.

Tapi percayalah. Aura bulan Ramadhan lain sangat. Tak tahulah kalau perasaan ini aku seorang saja yang rasa. Baiklah, tak mahu bebel panjang-panjang. Mukadimah aku kalau tak panjang berjela memang tak sah.

Aku nak kongsikan resipi nasi tomato. Resipi aku ringkas-ringkas aje. Main campak-campak aje pastu siap. Begitulah.

RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan :

Bahan A

2 cawan beras (aku guna beras basmathi)
1/2 cawan susu cair
Setin tomato puri
2 sudu makan minyak sapi
Sedikit minyak masak
2 1/2 cawan air (ikut sukatan beras dan bergantung pada beras)
Kacang peas
Kiub ayam
Garam

Bahan B - Bahan Menumis

3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak :

1) Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis.  Kemudian masukkan 3 sudu tomato puri dan biarkan seketika.  Kemudian letak sedikit garam.
2) Beras yang sudah dibasuh masak seperti biasa di dalam periuk nasi.  Sukat air dengan betul.
3) Kemudian bahan tumis itu dimasukkan ke dalam periuk nasi.  Gaulkan sebati.  Masukkan susu cair (ikut berapa banyak beras) dan kiub ayam.  Biarkan sehingga nasi masak.
4) Bila sudah masak barulah ditaburkan kacang peas. 

Itu sahaja resepi ringkas aku dalam memasak nasi tomato.  Lain orang lain caranya.  Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Cabaran Buat Mama

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari. Entri kedua untuk hari ini. Baiklah kat sini aku nak kongsikan cabaran seorang mama menghadapi anak-anak yang baru belajar berpuasa. Cabarannya lagi bila aku kena handle benda ni sorang-sorang. Yelah, suami jauh. Kenalah hadap sorang-sorang. Sebelum puasa lagi hati sudah resah. Macam-macam fikir. Bukan fikir apa pun. Fikir mampu ke aku nak uruskan anak-anak. Jadi macam kerisauan yang tinggi membelenggu diri.

Paling risau dekat Dak Adik. Tahun ini memang nak ajar dia berpuasa. Bukanlah nak paksa tapi aku nak dia cuba. Lagi pulak dia tu jenis pemakan. Ikut aku juga tu. Kemudian dia dah darjah satu. Waktu dia bukan macam dia tadika dulu.

Mampu ke dia nak berpuasa?

Itu soalan yang berlegar-legar dalam kepala. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Risau dan aku memang berpisah tiada. Sana risau, sini risau. Sudahnya sendiri yang stres. Haha. Lagi satu perkara yang aku risau.

Senang ke dia nak bangun sahur?

Kalau aku cerita kat kawan aku, mesti dia kata, "Kita kena konfiden dengan anak."

Yelah, kadang mak ni terlalu memikirkan walhal anak-anak okey aje. Tak ada pun masalah. Masalah kecil tu biasalah. Budak-budakkan.

Masuk hari keenam berpuasa, Dak Adik alhamdulillah masih berpuasa. Aku pun tak sangka walaupun dia ada juga merengek lapar. Ada. Siapa kata tak ada. Ahad lepas masa puasa hari keempat, sedang aku leka masak di dapur dia bawa lari roti. Acah-acah nak makan.

Apa-apa pun urusan aku dipermudahkanlah juga. Anak-anak aku senang bila dikejutkan sahur. Setakat ini masih bersahur. Dak Adik pun masih gigih bangun. Sahur kita orang dalam jam lima sebab aku dan anak-anak terus bersiap untuk ke sekolah. Memang dia orang tak tidur lepas sahur.

Mampu lagi nak senyum masa sahur bila mama amik gambar dia. Mak dia semua nak ditangkap gambar. Ini nanti kenangan. Boleh tunjuk Ammar bila dia besar nanti.

Ini pula entah sahur hari keberapa. Aku main tangkap aje tapi tak ingat. Alhamdulillah. Apa yang difikirkan tidaklah terjadi pun. Kita ni selalu bersangka buruk. Kadang macam tak yakin dengan diri sendiri begitulah jadinya. Semoga urusan aku sentiasa dipermudahkan. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Melepak Dengan Hanani Zamani

Assalamualaikum.

Entri ini santai saja. Kejadian beberapa minggu sebelum Ramadhan tiba. Kebetulan kawan aku balik bercuti. Dia kerja di Sarawak tapi dia buat Sarawak Melaka macam Melaka nak ke KL aje. Kerap jugak dia balik. Setiap kali dia nak balik memang ayat itu yang aku lontarkan pada dia.

Kebetulan jumaat itu aku terkontang-kanting sendiri. Suami cuti. Aku kerja. Bila dia sudah jemput anak-anak dia terus balik rumah maknya. Kononnya nak pergi awal jadi baliklah awal. Kalau tunggu aku balik kerja lambatlah.

Jadi aku sensorang. Tiba-tiba macam kebluran hari itu. Terfikir nak keluar makan. Lapar dah masa tu. Aku mula terkenangkan nak mengajak kawan yang free. Maka aku tanya kat grup siapa yang free malam tu. Mujurlah si Nani ni free. Yang lain tak free. Ada yang luar kawasan dan ada yang sibuk sebab nak pilihanraya masa tu. Sibuk pacak bendera agaknya. Haha.

Aku cadang nak ke AEON Ayer Keroh aje. Memalam memang tidaklah aku nak memandu jauh-jauh. Mujurlah si Nani boleh datang. Kita orang lepak kat Old Town. Aku sampai dulu masa tu. Si Nani kata dia mungkin lambat beberapa minit. Sebab kita orang janji nak jumpa dalam 8.30 malam. Jadi aku masuklah beli barang dulu. Kalau aku jalan sensorang mesti ada perkara yang tak semenggah yang aku buat. Masa nak bayar, cashier tu minta member card. Aku pun semangat keluarkan dari beg duit dan hulur. Rupanya aku pergi hulur Popular member card. Alahai. Aku tahan gelak aje masa tu. Seriuslah kononnya. Dah bayar terus ke Old Town. Si Nani pun sampai.

Aku makan ini sebab dah kelaparan. Siap pesan roti bakar lagi. Tamak kan.

Perut dah kenyang barulah mampu nak bergambar. Kalau tidak memasing fokus kat makanan.


Perut dah kenyang barulah mampu untuk senyum. Macam-macam perangai. Haha. Itulah serba-sedikit perihal aku keluar melepak dengan kawan sekolah. Bukan senang tau nak dapat masa begini. Boleh keluar melepak dengan kawan. Sesekali bolehlah. Hari berbuka puasa dengan kawan sekolah dah ada. Aku siang-siang dah maklumkan kat suami. Haha. Semangat kan. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, May 22, 2018

Kisah Ramadhan: 5 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat petang. Satu jam lebih lagi mahu berbuka puasa. Sementara menunggu waktu berbuka bolehlah baca-baca dulu apa yang patut. Semalam aku berbuka puasa dengan anak-anak sahaja. Suami telah kembali bertugas. Walaupun tiga beranak, aku masih lagi mahu memasak memandangkan aku balik awal sebulan ini. Jam 4.00 petang sudah boleh balik bagi yang masuk kerja jam 7.30 pagi.

Oleh sebab kita orang bertiga, aku masak ringkas-ringkas aje. Mee basah dan bubur caca. Kemudian memenuhi permintaan Adriana yang mahukan kuih pelita. Sampai rumah jam 4.30 petang aku rebus dulu bubur caca. Kemudian solat dan keluar balik jemput Ammar di sekolah agama. Sampai awal di sekolah, aku dan Adriana ke pasar ramadhan sebelah sekolah agama.

Beli dua jenis kuih sahaja. Kuih keria dan kuih tepung pelita. Beli banyak-banyak siapa pula yang nak makan. Kami bertiga aje. Usai membeli kami kembali ke kereta. Tak lama kemudian, Ammar pun keluar dari sekolah. Terus aku memecut balik.

Bubur caca. Bila puasa macam-macam yang teringinnya.

Kuah mee basah.

Menu kami semalam.

Mee tu aku goreng dengan kicap. 

Sepinggan mee basah untuk aku.

Begitulah kisah iftar aku dan anak-anak. nanti aku sambung dengan lain entri ya. Semoga kerajinan menulis ini tetap ada. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim