Tuesday, June 29, 2010

Beraninya Adriana...



Keberanian adriana semasa di genting..aku yang takut nak lepaskan adriana naik benda alah nie..aku takut dia nangis..tapi dia idak menangis langsung.dapat rakam sekejap jea sebab nak tunjuk kat mak aku betapa beraninya cucunya naik benda alah nie.

Mak aku siap kata 'oh, kalau mak ada tak dapatler adriana naik'..hehehe..sayang cuculah katakan.  aku ingat adriana akan nangis lah kat atas tue.  memang pada mulanya aku kata tak payah naik tapi adriana yang kata nak naik.  adriana siap kata 'nana kuat'.  papa dia pun bagilah dia naik.

motifnya kena percaya akan kebolehan dan kena yakin pada anak kita yea..

Note: Tengok video adriana dulu sebelum aku upload gambar kita orang.

Monday, June 28, 2010

Kami ke Perak...

Jumaat lepas, kami ke Perak atas urusan apa ek??hehehe..Pi perak sebab nak kenalkan mak uda aku dengan kawan aku.  Anak mak uda aku masuk Uitm Seri Iskandar.  So, mak uda aku nie risauler.  Almaklumlah anak pompuan.  risauler gamaknya.  tak pernah kuar dari Melaka.  Kami nie just pi jalan-jalan jealah.  Bolehlah aku jumpa kawan aku masa blaja di PUO, firzara. Last aku jumpa dia masa tahun 2008.  masa tue adriana baru jea 6 bulan.

sekarang da tahun 2010 baru sampai lagi.  dia pun sedang pregnant setelah 2 tahun lebih menunggu kehadiran cahaya mata.  kita orang bertolak dari melaka hari jumaat petang.  itu pun da dekat pukul 4 petang baru bertolak.  sampai di perak dalam pukul 11.00 malam..memang memenatkan sebab esoknya kita orang akan ke genting pulak.

Memulakan perjalanan


mama+adriana

Nie pulak gambar masa hari sabtu..kami da nak balik dan nak bergerak ke genting.  sesi perkenalan antara kawan aku dan mak uda aku telah pun berlangsung.  masa nie mak uda aku da pi Uitm...

Nielah firzara..my best friend masa di poli

bergambar bersama firzara dan asbennya

asben aku plak bergambar dengan kami..:-)
bukan senang nak suruh en affendy bidin nie bergambar


Note: Next entry pasal ke genting pulak..aku 1st time menjejakkan kaki ke sana


~Jamuan Perpisahan Haffiz~

Jamuan lagi!!!Kat ofis aku nie tak abis2 lagi orang dapat tukar.  Kali nie tukar ke KL.  Selalu yang lain tukar dalam Melaka.  Kali nie jauhler sikit dan member ofis nie dekatlah bersama isteri dan anaknya.  Kalau tak dok berjauhan.  Tak pelah..dapat tukar dapat duduk dengan family.  Jadi untuk menghargai jasa beliau kami di ofis mengadakan sedikit jamuan makan.  adatlah kan kalau orang nak bertukar, bersara mesti diraikan.

So, jom kita layan pictures yang telah diambil oleh member ofis aku...

LAYAN...

Inilah antara juadah yang ada

agar2...aku yang bawak tapi bukan aku yang buat

sambal nie sedap..cc yang masak

 
antara staff2 yang ada...

 

 
 Inilah orang yang diraikan..
En Haffiz...

 

 


Ini budak 2 orang memang suka bergambar

Masa untuk menjamu selera..
Kak nisah yang merasmikan dulu makanan yang ada

Seperti biasa mesti gambar beramai2..

Aku pun mestilah nak bergambar..
Ini budak tudung hijau nie ada lagi..:-)
Jangan marah yea ana

Seperti biasa gambar aku dan kak nisah mesti ada..


SEKIAN...


Thursday, June 24, 2010

~Dilema~





YES



OR
  
NO


Ada dua perkara yang menyebabkan aku berada dalam keadaan dilema.  Bila aku mendapat kesahihannya akan aku kongsi bersama.
Apa-apa pun aku berharap dilema yang aku hadapi sekarang akan menjadi berita gembira buat aku dan asben.


Note: Tak suka bila berada dalam keadaan dilema..huhuhu

~Kebahagiaan Dalam Perpisahan~


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan

Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam

Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


Wednesday, June 23, 2010

~Survey Rumah~

Sabtu lepas, aku dan asben saje pi survey-survey rumah.  Kami pi survey di taman perumahan yang baru naik rumah tapi kebanyakkannya sudah siap rumahnya.  Cadangnya mahu membeli tapi masih berfikir2 untuk membeli atau tak.  Kami try tengok rumah contoh di area bukit katil.

Memang menariklah.  1st time nak beli rumah mesti excited kan?tapi ada tak yang berperasaan seperti aku dalam dilema nak beli atau tak?aku dan asben masih berfikir2 lagi.  Sebab memikirkan kedudukan kewangan suatu ketika dahulu.  tapi since asben baru dapat keje ok kot kalau nak beli rumah buat masa sekarang walaupun dalam hati masih terdetik ok atau tak nak beli.

Rasanya aku pernah menceritakan dilema aku mengenai rumah pada suatu ketika dulu.  tapi sekrang lebih ke arah ingin membelilah.  So, jom kita tengok rumah contoh yang aku tengok tempoh hari.

Rumah Contoh Taman Bukit Katil Damai 2

Rumah Kedai di hadapan taman

Rumah yang masih dalam pembinaan.

Rumah yang belum siap dekat bahagian belakang

Rumah Contoh Type Teres tapi corner lot

Bahagian dalam rumah
Ini hallnya

Bili tidur utama

Ruang makan

Dapur
Rumah Contoh Jenis Semi D

Kawasan tepi rumah

Living Hall

Ruang Makan

Dapur

Bilik Tidur Utama

Cantik tak??Teruja sangat aku melihatnya.Aku berkenan pada rumah semi d.  Apa-apa pun kami kena fikir sebetul2nya tentang nak beli rumah nie tapi kalau tak beli rumah makin lama makin mahal.  Harga rumah nie pun sangat berpatutan.

Oh..apakah ada rezeki aku dan asben untuk memiliki rumah ini?Insyallah...kalau ada rezeki tak akan ke mana.  Tunggu yelah..Kalau aku jadi beli akan aku ceritakan nanti tapi kalau diam tue tak jadiler..:-)

Note: Yang mana satu rumah akan menjadi rumah idamanku??

~SUKMA~

         Sukan Malaysia (SUKMA) telah pun berlangsung di Melaka dari 9-19 Jun 2010.  Aku pun tidak ketinggalan untuk menyaksikan SUKMA di Stadium Hang Jebat, Melaka.  Aku adalah pi tengok beberapa kali dekat Stadium nie..Syok jugak..

Nie malam Rabu aku pi tengok Acara Olahraga..

Stadium Hang Jebat
Inilah keadaan stadium yang begitu ramai dengan penonton.
Acara yang sedang berlangung adalah acara olahraga






Gambar kat bawah masa pi tengok ari Jumaat.
Masa nie orang tengah buat raptai.


Gambar di bawah pulak masa pegi hari penutup SUKMA.
Tapi yang menyedihkan kita orang tak dapat masuk sebab keadaan yang terlampau sesak dan tidak ada parking.

Akhirnya kami keluar jealah.  Tak dapat nak tengok acara penutup.
kemanakah destinasi kami???

Apalagi kami singgah makan jealah...
Makan di D'Laman.  Kedai makan di perkarangan rumah.
Sedap gaks makanan di sini.
Jom layan gambar..


Nie kawasan laman rumah kedai yang aku makan

Nasi Goreng Cina...
Da separuh makan baru nak amik gambar

Papa adriana yang sedang menikmati makanannya..

Note : Pas makan terus balik umah MIL...