Dua hari duduk di rumah ni, habis semua cerita aku tengok. Drama aku tengok ulang-ulang, tengok cerita korea dan malam tadi akibat tidak boleh melelapkan mata aku sempat tengok filem BENCINTA lakonan Nora Danish dan Farid Kamil. Ini semua gara-gara si Mira Mokhtar sudah tengok dulu. Mana aci. Mira mokhtar lagi. Hehehe...
Malam tadi selepas anak-anak diulit mimpi aku tengoklah filem ini. Aduhai, boleh naik darah tengok filem ini. Gara-gara geram dengan Farid Kamil yang suka pukul isterinya. Memang real lakonan mereka.
Inilah poster BENCINTA.
Dikurniakan seorang puteri.
Lima tahun kemudian suaminya mula berubah. Menjadi seorang panas baran. Balik lewat ke rumah.
Gara-gara ada perempuan simpanan. Tak suka!Tak suka!Dasar lelaki!!Emosi aku.
Fathia mula belajar seni pertahankan diri untuk membalas dendam pada suaminya. Selesai belajar seni pertahankan diri dia berjumpa dengan suaminya. Di situ dia melawan berhabis-habisan dengan suaminya sehingga suaminya parah. Suaminya melepaskan dia. Part ni sedih. Kenapalah lelaki ini sebegini?
Akhirnya Fathia berkahwin dengan lelaki ini yang dia kawan sejak dia di rumah anak yatim. Begitulah lebih kurang jalan ceritanya. Bestlah. Siapa yang belum menonton bolehlah menontonnya.
Sekian...
Sumber gambar : Google
No comments:
Post a Comment