Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Seperti biasa entri sebelum pulang. Baru dapat menarik nafas kelegaan apabila sesuatu yang aku buat sudah selesai. Kerja yang aku ambil masa yang agak panjang sebab banyak kekangan yang terjadi ketika aku sedang melaksanakan tugas itu. Tak suka!!Stress betul rasanya. Tapi tak apa mudah-mudahan tak ada lagi kesilapan itu.
Oklah, nak cerita kisah ahad aku bersama anak-anak. Hujung minggu yang sengaja aku isikan dengan aktiviti. Ahad aku ke rumah kenduri kahwin. Majlis resepsi sepupu. Walaupun hujan agak lebat namun kami semua setia menunggu di sana. Jom tengok gambar.
Ini kad jemputannya.
Ketika ini hujan sudah turun mencurah-curah membasahi bumi. Memang lebat. Semalam rasa tidak semengah. Nasiblah tidak berbaju kebaya. Kalau tak lagi teruk rupanya. Mana nak kawal anak-anak. Dengan nak pegang payunglah, budak-budak ni dapat belonlah. Ish memang tak masuk dek akal. Hehehe..
Sukanya mereka ini.
Inilah suasananya. Semua duduk bawah khemah aje.
Lepas dari kenduri balik rumah. Salin baju yang sudah basah, mandikan anak-anak bersiap ke Aeon Bandaraya. Walaupun hujan aku gigih jugak sebab ada urusan. Jemput dulu si datin-datin ni kat rumah. Anak-anak buah aku.
Ini mesti dia orang tengah tunggu aku kat atm. Macam-macam memek muka.
Mana aci aku tak ada ni!!!
Kan betul. Dia orang tunggu aku. Nampak tak aku yang sedang beratur tu. Tengah bercakap kat phone. Masa ni seingat aku tengah tel laki den.
Lepas tu tengok Pameran Pengantin.
Cantiknya dia make up.
Teruja tengok. Cantik-cantik baju perantinnya.
Dah puas pusing perut pun dah lapar. Terus ke food court. Sebelum tu ke KFC dulu. Adriana requset nak makan ayam. Belikanlah untuk tiga orang budak kecik tu.
Inilah mereka. Tengok mereka kesayanganku. Ada kejadian yang tidak diingini berlaku masa ni. Dengan Nayli tergolek jatuh dari bangkunya. Yang mak-maknya sibuk cakap. Tergelak-gelak anak pun ke mana. Memang tak boleh lupalah.
Kami!!
Sekali lagi kami!
Budak demam request makan KFC. Memang licin dia makan. Adriana memang jenis susah nak makan. Tapi bila dia dapat habiskan makanannya memang aku suka hati. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut nana mama suka hati. Hati giu sekali pantunnya.
Kembali semula ke sini nak tengok pemenang.
Sebelum pulang bergambar kenangan. Memang aku dan mereka ada masa outing. Memang seronok bila dapat menghabiskan masa bersama mereka. Anak buah aku yang sebelah aku. Tengok kanak-kanak ribena depan ni. Macam-macam pose.
Sekian...
No comments:
Post a Comment