Monday, December 31, 2012

~Kenangan 2012~

Assalamualaikum...^___^

Sebelum tahun 2012 yang tinggal lagi beberapa jam untuk melabuhkan tirainya, aku nak review semula apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 ini dalam hidup aku mahupun keluarga.

Baik kenangan suka mahupun yang berduka pasti akan ada pada semua orang.  Begitu juga dengan aku.  Ada yang gembira, ada yang duka, ada yang biasa-biasa jea.  Heeee..Yang pasti ini semua akan dipanggil memori.  Dan yang lebih penting detik 12 tengahmalam nanti aku akan berumur 30an.  Tidak lagi 20an.  Selamat tinggal zaman 20an yang awesome dan yang paling sweet. :D

Oklah, jom tengok antara perkara-perkara yang terjadi pada aku sepanjang tahun ini.

Kek yang pertama aku baking sendiri.  Ini kek besday untuk adriana.  Aku berjaya buat sendiri kek untuk anak aku.  Walaupun rupanya tidak menarik tapi aku berpuas hati.

Ini pula kek untuk ammar.  Aku melangkah setapak dengan mencuba edible image pada kek.

Lahirnya Nayli Firzanah and officially aku bergelar mak long!  Tapi aku dipanggil obek.

Kami berjalan ke KL.  Dapat bawak anak-anak naik komuter.

Ini yang paling tak best sebab ammar warded.  Ammar batuk teruk sampai kena sedut gas.

Dapat cabutan bertuah iaitu MP3 daripada BSN iaitu sijil simpanan premium.

Hang out dengan anak-anak buah dan jugak SIL.  Best time nie.

Menang contest dari Dutch Lady.

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang seorang diri.  Masa nie aku nak ke Penang untuk menghadiri kursus.  Memang tak boleh lupalah saat-saat ini.

Dapat berbuka puasa beramai-ramai.

Beraya ke JB untuk melawat nenek aku.

Buat besday celebration untuk asben.

Dapat berjumpa dengan kawan-kawan Poli aku.

 
Kami bercuti ke Pulau Pangkor.

Akhirnya dapat menjejakkan kaki di I-City.

Menang Micro Hi-Fi dari 7 Eleven.

Untuk rumah pula, aku dan asben dapat memasang awning di porch, tepi dan belakang rumah.  Alhamdulillah lepas satu hajat kami pada rumah.

Ini yang paling aku gembira sebab pertengahan tahun ari tue asben telah membeli 2nd car iaitu kereta untuk aku.  Walaupun kereta second aku tak kisah.  Janji aku ada kereta dan aku boleh ke mana-mana dengan sendirinya.  Good bye to town bus!!!Eksen yea dah ada kereta.  Heeee.  Bus tetap di dalam hati jugak.  Tak ada kereta aku naik bas jugak.  Cuma bila sudah berkereta, memudahkan aku untuk bergerak.

Dalam pada kita bergembira, pasti terselit dukanya.  Tahun nie 2 orang insan pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami.  Al-fatihah buat mereka.

Arwah pakcik.

Arwah nenek sebelah asben.

Itu sajalah yang dapat aku review sepanjang tahun ini.  Diharap tahun 2013 bakal bersinar dengan diserikan perkara-perkara yang indah.  Semoga Allah pemudahkan urusan aku dan asben untuk tahun 2013 dan dilimpahkan dengan rezeki.  In sha allah.  







                                                                                                                 

~Durian Crepe Makan Pulak~

Sebelum menutup entry untuk hari ini.  Ini semua entry yang sudah ada dalam draft.  Hari nie gigih untuk postkan jugak entry draf.  Banyak jugak yang aku draf entry tapi tak dipublish.  So hari nie pegi kerja sebelah jiwa, inilah jadinya.  Update blog!!!

Nak cerita pasal durian.  Durian!!Aku tak makan buah durian.  Tak tahu kenapa aku tak suka dengan baunya.  Boleh bawak pening kepala kalau aku bau durian nie.  Tapi aku bukanlah tak makan langsung yang ada dengan kaitan dengan durian.  Makan jugak tapi bukan fresh-freshlah.  Biarlah durian tue dah jadi pengat durian ke, aiskrim durian ke.  Macam tuelah.  Pelik tak?Ada tak orang yang serupa aku nie.

Ini longgokan buah durian di dapur rumah aku.  Cerita bulan lepas sebenarnya.  Jiran aku bagi durian nie.  Memang sah-sah aku tak ke dapur ok.  Asben aku makan sorang.  Yang lain aku bagi kat kawan-kawan.  Lagi lama durian nie dalam rumah lagi aku pening.  Bukak pintu depan dah boleh berbau.  Tapi aku sangat jatuh cinta dengan suatu benda yang berkaitan dengan durian.

Tadaaa..Durian crepe.  Aku boleh makan.  Heeee.  Sedap sangat.  Tapi aku order jea.  Nak buat sendiri tidakler aku mampu sebab kang migrain pulak bau durian.  Aku bedal sorang-sorang sebab asben aku tak makan pulak.  Terbalik pulak.

Seeee..Durian crepe yang aku order dari opismate aku.  Wife dia yang buat.  Kalau dia buat memang aku salute abis.  Apa-apa pun memang terbaiklah.  Pada orang Melaka, kalau nak rasa durian crepe bolehlah order dengan dia.  Aku sertakan nombor hp untuk dihubungi 017-2536434 (Wan).  Aku promote jea yea.  Sekian terima kasih.







                                                                                                                 

~Beli Kain Pasang~

Assalamualaikum...^___^

Kembali lagi untuk menulis sebelum menjelang tahun 2013.  Keterujaan untuk ke tahun baru dan yang paling terujanya bila umur akan meningkat ke satu siri yang lain.  Terujalah sangat kan.  Hahaha.  Ini cakap orang tak boleh terima kenyataan jea bunyinya.

Bulan lepas aku terbeli kain pasang dari opismate aku.  Setelah sekian lama tidak membeli.  Masa raya aritue pun beli baju siap jea.  Seingat aku memang dah lama tak beli kain pasang.  Sadis kan.  Bulan-bulan duit memang tak dapat nak membeli yang bukan-bukan.  Kena berjimatlah kiranya tapi oleh sebab bulan disember dapat bonus maka aku amik jugak kain pasang nie.  Amik sekali dua ok.  Biasalah kalau dah lama tak membeli.

Ini gambar enterframe jea.  T-shirt yang beli kat jusco aritue.  Beli sama dengan asben.  Heeee..

Ini kain pasang yang aku ada.  Bila nak tempah agaknya.  Kena tempah satu-satu nie.  Sekali gus tempah ada makan pasir nanti.

Yang ini sebenarnya jiran sebelah rumah aku bagi.  Dia beli masa dia pi bandung.  Masih belum ditempah.

Inilah kain pasang yang aku beli.  Cantik tak?Sepasang harganya RM70.  Means kalau dua RM140.  Aku mintak bayar dua kali.  Bayar sekali gus lari bajet.  Itulah kisahnya dalam membeli barang.  Aku kena berjimat.  Kena anto jahit satu-satu.  Nanti bila sudah siap akan aku gayakan.  Heee.  Tahun baru dengan baju baru ke kerja.  Semangat sikit untuk bekerja.  Sekian...







                                                                                                                   

~Barang-Barang Sekolah Adriana~

Assalamualaikum...

Sekolah pun dah nak bermula.  Macam biasalah persediaan untuk adriana ke tadika 5 tahun.  Persiapan ala kadar jea untuk kelengkapannya.  Minggu lepas barulah aku dan asben berkesempatan untuk membeli barang-barang sekolah adriana.

Barang sekolah pun tak banyak beli.  Top up mana yang perlu saja.  Uniform adriana masih belum dapat.  Hari tue tanya cikgunya kata buka sekolah nanti baru dapat.  So ini jealah persediaan untuknya.

Ini botol air yang adriana pilih sendiri.  Lately nie dia suka benor dengan gambar princess.

Ini antara barang-barang sekolah adriana.  Alat tulis, stokin dan juga seluar track.

Kasut untuk adriana.  Beli yang putih jea senang.

Ini beg sekolah adriana.  Bukan aku atau asben beli.  Adik ipar aku yang belikan.  Ikutkan aku nak pakai jea beg lama adriana.  Elok jea lagi aku tengok.  Tapi sebab adik ipar nak belikan dan adriana request nak gambar princess aku ok jea.  Rezeki jangan ditolak.  So, itulah antara persiapan untuk adriana memulakan sesi persekolahannya rabu ini pada usia 5 tahun.  Aku berharap adriana akan seronok dengan tadika barunya ini.  Harap semuanya baik-baik sahaja. :D







                                                                                                                   

~Cerita Hari Sabtu~

Kembali lagi untuk mengarang di sini.  Heee.  Teringat waktu sekolah suka tulis karangan.  Nak cerita untuk hari sabtu lepas.  Aku kerja sabtu lepas.  Rajin tak?Oh tak adalah maknanya nak rajin.  Kalau tak kenangkan sistem tue memang aku tak datang.  Baiklah aku berguling-guling di rumah.

Aku datang opis yang awesome tue dalam kol 10.30 pagi sebab aku tunggu kawan aku bukak pintu opis.  Datanglah aku ke kerja untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.  Berpinar-pinar mata.  Nasib sistem laju.  Kalau tak mau aku hempuk komputer tue.  Eh tapi bukan salah komputer.  Heee...

Sistem HRMIS nielah yang aku buat.  Tension yea.

Update cuti dalam sistem.  Nak tunjuk meja yang bersepah.

Dalam masa tengah kerja, aku sms SIL aku.  Aku ajak pi tesco sebelah petang.  Aku perlu berjalan-jalan.  Hari sabtu pun aku rasa stress.  So mari kita berjalan-jalan.  Tak shopping pun tak apa.  Kita window shopping jea.

Ini masa kat tesco.  Masa nie ammar terlelap kat dalam troli.  Steady jea tidur masa duduk.  Terlentok-lentok dia.  Ammar memang senang jea kalau nak tidur.  Itu pun tidur pun boleh jea.  Ikut sapalah erk?Maknya atau apaknya.:D

Ini dua anak dara dok troli lain.  Tengoklah si nayli tue.  Muka dia dah macam dalam kartun tue.  Apa nama kartun tue?Aku dah lupa namanya.

Bibik nak bergambar dengan budak mengantuk nie.

Apa kes pulak anak dara dua orang nie.  Masa nie dah keluar bayar barang kat kaunter.  Aku pi beli barang.

Dia sudah kembali segar setelah tertidur tadinya.

Tengok nie.  Dia orang dah boringlah nie menunggu aku lama bebenor.

Ini aku!!SIL aku yang snap.  Masing-masing dah boringlah tue.  Aku kat guardian tunggu nak membayar.

Lepas dah settle singgah beli roti kat bakery dalam tesco jugak.  Siap hantarkan sosej pada asben kat opisnya.  Saja gatal nak buang minyak kete.  Lepas tue balik rumah..Tunggu asben balik kerja.  Itulah saja kisah untuk hari sabtu yang aku habiskan masa bersama anak-anak tersayang.





                                                                                                                      

~Isnin Lagi~

Assalamualaikum...

Isnin lagi..  Hahhhh.  Boring jea kalau hari isnin kan.  Isnin terakhir untuk tahun 2012 dan hari ini adalah hari terakhir untuk tahun ini.  Tahun 2012 yang akan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan samada kenangan manis atau pahit.  Sudah tentu-tentu korang pun punya kenangan sepanjang tahun ini.  Apa-apa pun biarlah kita abadikan segala kenangan kita itu.

Hari ini aku kerja yea.  Semangat betul tapi mungkin aku akan half day kerana ada urusan peribadi.  Itu jealah entry aku untuk pagi isnin ini.  Harap semuanya baik-baik sahaja.  Nanti aku update aktiviti hari sabtu lepas.







                                                                                                                    

Sunday, December 30, 2012

~Menu Simple Untuk Hari Ini~

Assalamualaikum...^____^

Selamat malam.  Ammar sudah pun beradu awal nie sebab satu hari dia tak tidur.  Makanya bolehlah aku mengarang di sini untuk cerita malam ini dan karang untuk cerita esok sekali.  Si kakak ada baring-baring.  Adriana memang susah sikit nak tidur.  Kejap lagi lenalah tue sebab dia pun tak tidur siang tadi.

Hari ini aku masak simple jea.  Asben keje pagi, kemudian drag shifnya sebab ganti orang.  Aku masak untuk makan tengahari.  Ingatnya nak hantar nasi pada asben tapi tiba-tiba asben balik makan.  Nasib aku dah masak awal.  Hari nie bersemangat sikit nak masak awal dan menu untuk hari ini adalah seperti di bawah.  Jeng jeng jeng..

Sotong goreng kunyit.

Udang masak lemak cili padi bersama cendawan.  Tekak teringin nak makan.

Sayur campur untuk anak-anak.

Ini gambar di instagram.  Inilah menu yang simple aku masak tadi.  Alhamdulillah kenyang makan untuk hari ini.  Kerja aku asyik makan jea dari tadi.  Habislah dietku.  Heeee...