Aku sedang sibuk pada ketika ini!!!
Thursday, May 26, 2011
Wednesday, May 25, 2011
~Anak-anak Saya~
Salam semua...
Inilah gayanya dua orang anak saya ketika tidur. Sekarang katil kena tidur kongsi yea. Macam inilah rupa mereka berdua ketia tidur. Seronok bila tengok wajah mereka ketika tidur.
Tanpa sebarang masalah di wajah mereka. tanpa kerutan di muka. tak perlu fikir macam-macam. seronoknya alam kanak-kanak. sangat tenang anak-anak ketika tidur. mereka dengan dunia mereka berbanding dengan kita yang banyak benda yang perlu kita fikirkan. betul tak??
Kadang kalau aku marah adriana bila tengok dia tidur rasa kesian menyelubungi diri. budak-budak apalah yang dia tahu. anak-anak tetap penyejuk hati kita bukan?
Entry ini hanya sekadar suka-suka. fikiran buntu apa yang perlu dicoretkan di sini. gambar mereka ini juga boleh dijadikan sebagai kenangan buat mereka kelak.
Monday, May 23, 2011
~Sayang Seorang Kakak~
Salam kepada semua...
Sayang seorang kakak...siapalah lagi kalau bukan adriana. sekarang kalau orang panggil dia 'nana' dia akan jawab panggil kakak...kadang dia jawab panggil kak long...aku pun dah tengok adriana semakin ok dengan adiknya berbanding masa mula-mula dulu memang teruklah dia kejekan adiknya.
Sekarang adriana semakin hari semakin baik dengan adiknya. dah jarang tengok dia kacaulah. cuma sesekali jealah. dia lebih alert tentang adiknya. alhamdulillah..kalau masa dalam pantang memang tak boleh lepa sikitlah kalau ditinggalkan adriana bersama-sama adiknya. dialog adriana sekarang adik adik (adik-beradik) tak mo gaduh...
Kalau nak jalan mesti tanya adik tak bawak??kadang bolehlah disuruh-suruh kalau bab menolong nie. tapi kadang bukan menolong sangat pun. ada satu hari aku lepas mandikan ammar aku lupa nak pakaikan ammar stokin..adriana tanya ma,nape tak pakaikan adik stokin?aku pun kata nana tolong pakaikan adik stokin. sementara dia nak pakaikan sempatlah aku snap gambar dan record gelagat adriana dan adiknya.
Aku selalu pesan dengan adriana adik-beradik tak mau gaduh yea. itulah yang adriana selalu ikut dialog aku. Orang tua-tua kata kalau nak rapatkan hubungan adik-beradik satukan tali pusat dia orang kan. aku ikut jealah. nasib aku masih simpan lagi tali pusat adriana. mama, harap adriana akan sayang adik begitu juga dengan adik akan sayang kakak yea.
Sunday, May 22, 2011
~Majlis Cukur Jambul Ammar, Housewarming dan Perkahwinan Adik Saya~
Saya ingin menjemput anda semua yang kelapangan atau yang berdekatan dengan lokasi untuk menghadiri majlis cukur jambul Ammar pada 29hb Mei ini di No.8 Jalan BKD 14, Taman Bukit Katil Damai 2, Melaka pada pukul 10 pagi.
Majlis ini akan disusuli dengan majlis perkahwinan adik dengan pilihan hatinya, Nor Faezah Alias. Jemput datang ya.
Jika ada kelapangan, bolehlah datang singgah. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis kami.
Nota Mama>>Pada kwn-kwn blogger yang kelapangan jemputlah datang, boleh kita berkenal-kenalan...
Koleksi Entri
Ammar Stories,
House Stories,
My Family Stories,
Wedding Stories
Saturday, May 21, 2011
~Ammar Genap 3 Bulan~
Assalamualaikum semua...
Hari ini 21hb, putera aku Muhammad Ammar Qayyum genap 3 bulan. Pejam celik sekejap jea ammar sudah menjangkau usia 3 bulan. Ammar masih bf tetapi aku sudah campur dengan fm atas sebab-sebab tertentu. Aku tidak berjaya untuk fully bf ammar. Tetapi alhamdulillah aku masih dapat berikan ammar susu ibu berbanding dengan kakaknya. Secara jujurnya memang sedih. Aku tidak berapa arif dalam dunia penyusuan. Itu jea yang boleh aku ungkapkan. Aku tidak punya stok ebm yang banyak seperti orang lain. Bila tengok stok-stok orang lain yang melimpah ruah terasa diri ini tersangatlah kerdil.
Berbanding dengan anak pertama, bila tahu orang fully bf kan anak mereka aku cepat terasa sebab aku tidak dapat melakukannya sebab aku pernah menanam azam untuk memberi ammar susu ibu sepenuhnya. tetapi tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab tertentu. ammar hanya dapat fully dalam sebulan jea.
apa-apa pun aku harap anak aku akan membesar dengan sihat. siapa yang tak nak buat yang terbaik untuk anak-anak kan??
Inilah wajah ammar ketika ini...
Ada tak di kalangan anda yang senasib dengan aku??yang pernah menanam azam untuk beri susu ibu sepenuhnya tetapi tidak berjaya?
Nota Mama>>Isnin nie (23/05/11) ammar ada checkup utk 3bln...kali nie aku kenalah pegang ammar masa inject sebab papanya tak ada pi kursus..selalu asben yang pegang. aku nie memang jenis penakut..
Friday, May 20, 2011
~Petang-petang Layan Nie~
Salam semua..
Selama yang aku cuti bersalin nie tv lah peneman sewaktu berpantang. macam-macam cerita yang aku tengok. kalau astro yang berulang tue janganler cakap. dah berapa kali aku tengok ulang kali.
So, sekarang masih dalam bercuti kan??maklumlah aku amik cuti 90 hari. ada masalah nak menonton tv.
Sekarang nie petang-petang dah duduk depan tv sebab nak layan cite nie...
NORA ELENA...
Mula-mula tengok episod pertama dah rasa cerita nie macam best jea...
Bila dah tengok episod pertama mesti dah tahu jalan cerita seterusnya kan...
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena?
Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
Siapa yang layan drama Nora Elena nie???
Jom sama-sama kita saksikan ending nyer nanti yerrrr!!!
Nota Mama>>Tak sabar nak tengok movie 'Nur Kasih'....
Selama yang aku cuti bersalin nie tv lah peneman sewaktu berpantang. macam-macam cerita yang aku tengok. kalau astro yang berulang tue janganler cakap. dah berapa kali aku tengok ulang kali.
So, sekarang masih dalam bercuti kan??maklumlah aku amik cuti 90 hari. ada masalah nak menonton tv.
Sekarang nie petang-petang dah duduk depan tv sebab nak layan cite nie...
NORA ELENA...
Mula-mula tengok episod pertama dah rasa cerita nie macam best jea...
Bila dah tengok episod pertama mesti dah tahu jalan cerita seterusnya kan...
Antara barisan pelakon drama Nora Elena ialah Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Ery Putra dan ramai lagi.
Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3 -->>>>>
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena?
Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
Siapa yang layan drama Nora Elena nie???
Jom sama-sama kita saksikan ending nyer nanti yerrrr!!!
Nota Mama>>Tak sabar nak tengok movie 'Nur Kasih'....
~Saya Masih Belum Berjaya~
Assalamualaikum...
Saya masih belum berjaya???berjaya untuk apakah itu??pasti orang tertanya-tanya kan?
Saya masih belum berjaya untuk mengajar adriana untuk tidak memakai pampers sepenuhnya.
Adriana masih belum free diapers lagi...
Oh macam mana nak buat nie??
Aku sudah mula mengajar adriana untuk tidak menggunakan pampers lagi.
Bolehler jimat sikit..huhuhu
Lagi pun adriana dah 3tahun 4bulan hari ini.
Mula-mula memang ok jea.
Adriana kalau nak kencing memang dah boleh cakap.
Bab kalau nak buang air kecik dia tak ada masalah.
Bab nak buang air besar nie dia ada masalah sikit.
Adriana akan bagitahu mamanya nak buang air besar.
Aku pun kelam-kabutler bawak dia pi toilet.
Jenuh gak dia mencangkung sekali dia cakap mama tak jadilah. tak nak keluar pulak.
Lama-lama adriana sendiri mintak aku nak pakai pampers.
Dalam 10 minit dia pun kata dia dah buang air besar.
Abislah dia sembunyi bawah mejalah, belakang pintulah untuk melepaskan hajatnya itu.
Macam mana yea??
Ada tak kawan-kawan yang pernah mengalami situasi seperti aku???
Adriana posing bersama pampers ammar...
Harap-harap tahun nie jugak adriana dapat free diapers.
Ingat aku cuti 3 bulan nie berjayalah misi aku nie..
Tetapi tidak berjaya...;-(
Thursday, May 19, 2011
~Wordless Today~
Koleksi Entri
Adriana Stories,
Ammar Stories,
Wordless Stories
Wednesday, May 18, 2011
~Outing Day~
Salam..
Bertemu kembali. Ini sambungan cerita 'Teringin' tadi iaitu kisah aku teringin makan cendol. Semalam aku dan bestfren aku masa sekolah, Liesa keluar dengan membawa anak masing-masing tapi yang baby tinggal di rumah yea. Kami masing-masing baru jea lepas bersalin selang sebulan jea. aku bersalin bulan februari, liesa bersalin bulan mac. dua-dua baby boy.
Berbalik kepada entry hari ini, semalam aku dan liesa keluar untuk mencari sesuatu untuk adriana dan anaknya rania untuk digunakan pada wedding adik aku nanti. kami cari yang murah-murah jea. jenuh jugaklah mencari.
Mula-mula kami pi Keluargaku tak ada satu pun yang berkenan di hati. Lepas tue pi Hari-hari ada yang suka tapi tak ada size budak-budak nie. Akhirnya kami ke Tecso beli dekat bintang fesyen jea.
Sebelum nak mencapai misi kami untuk membeli dok melayang budak berdua nie. pantang nampak permainan semua nak dinaiknya. berebut janganler cakap. terjerit-jeritlah dua orang mama mia nie. hehehe..
Jom layan gambar dia orang...
Masuk troli..tak larat nak berdukung
adriana sudah kebosanan
bila dah dapat naik benda ala nie masing-masing bukan main seronok lagi
sekali dah bagi naik, nak naik yang lain pulak.
layankan jealah mama-mama oi...
Inilah sebenarnya benda yang kami cari-cari...
Gaun untuk dipakai pada majlis perkahwinan adik aku nanti..
Budak berdua ini ditugaskan untuk menjadi 'Flower Girl'...
Macam manalah nak handle budak2 nie nanti...hehehe
Sekian..
Sampai kita bertemu lagi di lain entry yea.
~Teringin~
Sedapnya tengok gambar nie..
Tiba-tiba tekak nie teringin pulak nak makan cendol...
Semalam kuar jalan aku dah dapat makan cendol dah pun.
Dah tak menahan da...cendol aiskrim lagi.
Nyum..nyum...
Ada sesiapa yang teringin nak makan cendol macam aku tak??
Tuesday, May 17, 2011
~Kenduri Kesyukuran dan Kenduri Masuk Rumah Baru~
Salam semua...
Ini adalah cerita yang lapok sebab aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog aku ini. Ini hanya kenduri kecik-kecik jea. Hanya buat untuk family jea. Kenduri kesyukuran sepatutnya memang nak buat lama dah sebab asben dapat keje baru tempoh hari. tapi sebab aku mengandung dan biasalah alahan aku yang teruk tue maka tertundalah hajat kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran.
Alhamdulillah akhirnya kami berkesempatan jugak untuk mengadakan sedikit kenduri kensyukuran dan kenduri masuk rumah baru. 2 in 1...senang kan??
Walaupun sudah sebulan kenduri itu diadakan (16/04/11) tapi aku tetap ingin mencoretkan cerita ini di sini. penat amik gambar kan??lagipun ini sebagai satu kenangan buat aku. bila-bila nanti boleh diimbas kembali bukan.
Jom kita tengok picture. tapi tak laratlah nak upload semua. banyak sangat anak buah aku amik gambar dalam kamera aku nie. Ini jea yang termampu...
aktiviti memasak di dapur..sempat berposing lagi yea...
inilah antara juadah yang disediakan
orang-orang kuat
antara tetamu perempuan
ammar dan obek watinya...
Sekian...Ini saje ceritanya..Jumpa di lain entry yea...
Monday, May 16, 2011
~Apa Cerita Adriana?~
Salam semua..
Apa cerita adriana eh?apa cerita adriana sejak adanya ammar?asyik cite pasal ammar jea kan. kali nie biar aku cite kisah adriana pulak yea. saat aku menaip entry nie adriana sedang tido. kepenatan asyik dok main jea.
kisah adriana sejak adanya ammar. bagaimana reaksi si kakak terhadap adiknya?
kadang-kadang dia sangat ok pada adiknya. datang moodnya tak elok abis adiknya dibulinya. ditarik rambutlah, stokinler dan macam-macamlah. apa yang aku buat pada adiknya kena buat pada dia jugak. tetiba pulak adriana suka merangkak macam baby. dia suruh aku panggil baby pada dia. macam-macam karenah si kakak. jadi, aku memang berjaga-jaga 24 jam/7. janganlah lepa sikit ada jea nanti dibuat pada si adik. bila kita tak nampak dia cakap pulak apa yang dia buat pada adiknya.
memang sangat-sangat mencabar melayan karenah si adriana. hanya kesabaran yang amat diperlukan. mungkin dia inginkan perhatian. kadang-kadang adriana tanya aku 'mama tak sayang nana?' mungkinkah dia fikir yang mamanya tak sayang padanya lagi. perasaan budak-budak. jadi kita harus tidak membuatkan dia terasa dengan kehadiran adiknya. kadang-kadang memang kesian tapi selagi dia masih di depan mata aku kira oklah. dia pun pandai bawak diri. setakat menyepahkan barang memanglah. da namanya pun budak. takkan kita nak merungut pulak. apa yang aku harapkan agar aku dapat bersabar untuk membesarkan adriana dan ammar dan aku tak naklah melepaskan geram pada mereka berdua. anak-anak adalah segalanya. anak-anak penyejuk hati. kalau penat tengok muka dia orang hilang segala kepenatan.
mama sayang adriana. kasih sayang aku terhadap adriana tak pernah berkurangan walaupun dengan kehadiran ammar. dengan telatah dan celoteh adriana sekarang buatkan aku bertambah sayang. ada jea benda yang dia nak cakap. tapi lately nie suka sangat dia cakap 'HANTU KAK LIMAH'. sangat tidak bagus. kalau cakap malam-malam aku pun seram...hehehe..
tapi sekarang adriana semakin sayang dengan adiknya. udah tidak dibuli lagi si adik tue. mungkin sekarang adiknya dah bagi respond bila si kakak mengagah. pernahlah aku suruh adriana agah adiknya. adriana kata 'agah, agah..'macam-macam si kakak nie...
sekian untuk kali ini. nanti kita sambung dengan kisah lain.
Nota Mama>>Petua orang tua-tua kata kalau nak adik beradik erat simpan tali pusat dorang kan...
~Kami Sudah Pindah~
Salam semua...
Alhamdulillah, bersyukur ke atas rezeki yang telah diberi olehNya kami sekeluarga dapat membeli rumah sendiri. akhirnya dapat jua kami duduk di rumah kami sendiri.
Hampir sebulan aku dan suami serta anak-anak telah duduk di rumah ini. tercapai jugak impian aku dan suami untuk membeli rumah sendiri. memang seronoklah bila kita dapat duduk di rumah kita sendiri.
tapi sedihnya untuk meninggalkan rumah mak. walaupun tak jauh mana pun. tapi yelah rumah mak banyak kenangan. dari kecik sampai da beranak pun berkepit dengan mak.
masa mula-mula pindah asyik emo jea. malu nak cite. hihihi. belum kena pindah keluar melaka. padahal bukan tak pernah berjauhan dengan mak masa belajar.
biasalah nak serasi dengan tempat baru mungkin amik masa. asben aku dok perli-perli aku. asben kata belum kuar melaka dok emo..uhuk uhuk
Inilah rumah kami. di sinilah tempat kami berteduh anak beranak. gambar nie diambil masa belum dapat kunci lagi. masih banyak lagi peralatan rumah yang belum dibeli. maklumlah baru pindah kan..lagipun nanti kenduri kawin adik aku akan diadakan di sini.
Nota Mama>>Seronok tinggal di rumah sendiri...
~Selamat Hari Guru~
Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Happy Teachers Day kepada semua guru di seluruh Malaysia, guru-guru yang pernah mengajar aku. Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan semasa aku belajar di Politeknik. Tanpa mereka siapalah aku.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan aku (Aida, Norni, Maya) yang kini bergelar pendidik. Selamat Hari Guru Korang!!!
Nota Mama>>Diharap aku tidak terlambat mengucapkan Selamat Hari Ibu..Maklumler rumah aku belum ada internet jadi tak dapat nak buat ucapan...uhuk uhuk
Sunday, May 15, 2011
~Kembali Bersiaran~
Assalamualaikum semua
Kembali bersiaran..sudah agak lama saya tidak menulis di sini. ada ke orang yang tertanya2 ke manakah aku??macam glamer pulak orang nak tanya aku...terasa rindu untuk mencatatkan kisah kehidupan saya semenjak saya bergelar mama kepada dua orang anak. kesibukan aku nie macam anak 10 orang pulak.
Aku sibuk pelbagai benda menguruskan anak-anak, suami dan rumah. Almaklumlah baru pindah rumah. so kat umah aku tue belum ada line telefon, maka streamyx pun idakler ada..uhuk uhuk..sedih kan...bila balik rumah mak aku barulah aku dapat berhubung dengan dunia luar. macam kuar dari gua pulak.
bulan 5 nie bulan yang amat sibuk sebab tak lama lagi akan berlangsunglah perkahwinan adik aku. sibuk dengan pelbagai hal yang harus diuruskan. adik aku akan bernikah 27hb nie, resepsi rumah perempuan 28hb dan majlis di rumah aku 29hb mei ini...
majlis akan diadakan di rumah aku. majlis cukur jambul ammar juga akan diadakan di sebelah pagi. harap semua berjalan dengan lancar. AMIN...
Mama sayang kalian berdua..
Nota Mama>>Banyak yang ingin dituliskan tapi saya tidak punya idea untuk menulis...
Subscribe to:
Posts (Atom)