Saturday, June 27, 2009

:::LUNCH TIME:::

Jumaat...Waktu rehat kan lama. Jadi kami bertiga bercadang untuk makan di Pizza Hut. Ada kawan aku teringin nak makan pizza. Kita orang pun pegilah makan pizza dekat Giant. Jadi inilah gambar yang sempat aku snap. Tak banyak sangat aku amik sebab masa tue waktu darurat..Dah kelaparan sangat sebab dari pagi tak makan. Jadi inilah gambar-gambarnya..
JOM LAYANNNN...

Aku dengan Kak Linda

Kak Linda dengan Kak Nisah
Inilah pizza aku..Yum..Yum..

Inilah orang yang teringin sangat nak makan pizza..
Tengok betapa semangatnya kakak nie makan..


Note : Lain kali kita cuba makan dekat tempat lain pulak yea..
Macam program Jalan-jalan Cari Makan. Hehehe

:::SELAMAT HARI LAHIR:::

Ini gambar ayah dan mak aku..
Gambar ayah aku sorang-sorang tak adalah





zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments & Graphics
Selamat Hari Lahir Buat Ayahku Yang ke-57 Tahun..
26 JUN 1952

Friday, June 26, 2009

:::AKTIVITI DI KAMPUNG:::

Ahad lepas...Aku ikut asben balik kampung dia. Mak mertua aku nak balik. Jadi kami kenalah anta dia balik. Kebetulan ada buah rambutan tengah berbuah dengan begitu lebat sekali. Jadi kami melakukan aktiviti memetik buah rambutan. Rambutab aku sukalah. Janganlah bagi DURIAN, aku boleh pengsan!!!hehehe
Inilah gambar-gambar yang sempat asben aku amik...

Aktiviti memetik rambutan bermula.
Adik ipar aku yang tolong panjat sebab tak dok galah
Inilah orangnya yang tukang panjat tue..
Inilah nek,atok dan mak mertuaku...
Si kecik tue da tentulah anak aku

Inilah aksi post kami...
Adriana dengan postnya yang sungguh menarik

Mama dengan Adriana memang suka bergambar..



Note : Sesekali balik kampung rasa tenang dengan suasananya


:::BERGAMBAR BERSAMA ALYA:::

Rasanya dah agak lama aku tak update blog aku nie..Ntahlah rasa malas jea nak menaip cite..Tak ada idea pulak...Nak tak nak Sabtu lepas masa balik umah mak mertua aku, kebetulan anak buah aku FARAH NOOR ALYA anak adik ipar aku...Baru jea berusia 5 bulan...Lahir bulan yang sama dengan anak aku, cuma tahun jea berlainan.Beza dia orang nie hanyalah setahun. Jadi aku sempatlah bergambar dengan ALYA!!!

Inilah tiga gambar yang sempat asben aku snap masa kami bertiga bergambar...
Bilalah aku nak tambah ahli keluarga. Beranganlah kejap macam anak dah 2 orang...Hehehe
Aku bersama anak-anak aku..Hehehe

Manalah yang dia orang tengok tue.
Nampak gaya aku sorang jea yang pandang kamera.
Adriana pulak yang tak pandang kamera...


p/s : Tahun depan aku berazam untuk tambah ahli keluarga..:-)

Tuesday, June 16, 2009

:::TAG ABOUT MYSELF:::

1) berapakah umur anda?
26 tahun 14 ari.

2)anda berasal?
Melaka Bandaraya Bersejarah

3)berapa adik-beradik?anda yang ker?nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?
2 oarang jea. Aku anak sulung. 1 orang pompuan, sorang laki...

4)akhir bersekolah anda dimana?
SMK Infant Jesus Convent Melaka

5)bila terakhir anda memotong rambut?
Thn lepas bulan 5 kalau tak silap

6)shampoo apa yang anda guna sekarang?
SUNSILK

7)anda gemar menjahit?kalau tidak,nyatakan sebab?
Tak gemarlah..Ntah aku pun tak tahu sebab apa...

8)bila berada di rumah adakah anda suka menghiasi diri?
Tak berapalah..Menghias ringkas-ringkas jea...

9)apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?
Aku pun tak tahu..x suka pun kena jugak buat sebab aku anak pompuan sorang jea...Suka tak suka kena jugak buat...

9)soalan yang terakhir,bagi 5 perkara kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila2?
1-Kenangan bersama-sama dengan mak ayah aku...My sweet memory...
2-Kenangan bersama kawan-kawan semasa di bangku sekolah..Rindu dekat dia orang...Uwah..lama da tak jumpa dengan mereka!!!
3-Kenangan semasa aku menglangsungkan perkahwinan ku...Walaupun masa tue banjir melanda aku akan tetap jadikan kenangan manis bagiku
4-Kenangan semasa aku melahirkan anak aku NUR ADRIANA QISTINA...
5-Kenangan semasa aku bekerja di Putrajaya...

10)siapakah anda nak TAG?
Aku nak tag sape ek...Aku nak tag kepada :-
~Kak Linda
~Jue
~Allyani
~Suhida
(nak berkenalan dengan lebih dekat lagi)

:::AWARD:::

Award nie aku amik dari Kak Zana...
Saya amik yea award nie sebagai tanda persahabatan kita....
Sesiapa yang sudi, sila amik award special ni sebagai tanda persahabatan kita.......
(jangan lupa sila nyatakan sekali siapa yang beri award nie..heee.hee)


Monday, June 15, 2009

:::PERMANDANGAN SUNGAI MELAKA:::

Ahad Malam...Kami bersantai-santai di Sungai Melaka sambil mengamati keindahan malam di sekitar Sungai Melaka...Ramai jugak orang yang bersantai-santai di situ...Ada jugak yang menyusuri Sungai Melaka sambil menaiki bot...Aku belum penah lagi naik bot..Orang Melaka pun tak penah lagi naik..Bukan apa aku nie penakut sikit...

JOM LAYAN...








Itulah bot yang membawa pelancong-pelancong menyusuri Sungai Melaka


Ini adalah air pancut yang bermuzikal...Aku pun 1st time sampai sini
Adriana cukup main takut masa mula-mula sampai sebab lagu dia terlampau kuat..
Asyik dok urut dada dia...


Itu Eye On Melaka






Inilah permandangan malam di sekitar Sungai Melaka...Semakin "Happening" tempat ini...
Ada jugak tempat-tempat untuk mereleasekan tension kita orang...

Jom Jalan-Jalan Ke MELAKA...

Saturday, June 13, 2009

:::BERSANTAI DI RUMAHKU:::

Sabtu lepas...aku tak pi mana-mana.Duduk di rumah jea...Petang kakak sepupuku dan anak-anaknya serta mak longku datang ke rumah...menghabiskan masa di rumahku..duduk2..berbual2..bukan senang nak dapat masa macam nie untuk ber"GATHERING" bersama-sama dengan dia orang...Selalunya masing-masing sibuk dengan aktiviti bersama keluarga...Masing2 banyak komitmen...Kakak sepupu ku mana ada orang lain selain daripada aku...Dia anak tunggal..Mesti cari aku punya...Dan aku pun akan cari dia punya dalam ketika aku susah mahupun senang...Jadi inilah gambar-gambar sepanjang dia orang nie semua melepak di rumah aku...

Adriana ada jea di mana-mana..Nampak tak?

Yang tersengih nie anak kakak sepupu aku yang no-4

Ini aktiviti menonton TV..Anak aku sibuk dengan keretanya itu


Afiqah dan Adriana...Anak kakak sepupu aku yang no-5

Adriana tak nak pandang kamera..tapi telah dipaksa oleh Afiqah

Afiqah yang suka bergambar

Masing-masing tengah khusyuk menonton tv...
Tak perasan pun aku "snap" gambar dia orang

Best kalau dapat berkumpul seperti ini selalu...
Tapi masing-masing mempunyai komitmen keluarga...

Friday, June 12, 2009

:::JANGAN MAKAN KOBIS BULAT:::


(KHAS BUAT WANITA)


Jangan makan kobis bulat!!!!
Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini.

Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama..

Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab...

Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan. Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang> pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal.

Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini

"Mat engkau makan kubis tak?".

Mat menjawab "Saya tak makan".

Saya bertanya lagi

"Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?

"Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas.

"Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?"

Saya menyambung soalan.

"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya"

Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia , dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini.

Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat> suka kubis dan ada pula yang setiaphari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?

Jawapannya adalah
SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA.
Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin.
Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection".
Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan. Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.
Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.
Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain.
Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya. Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis.
Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu
JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.
Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja?
Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan. Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.
Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas,keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

Tuesday, June 9, 2009

::KENDURI KAWIN DI KLUANG::

Hari Ahad lepas 8 Jun 2009, aku 3 beranak menghadiri Majlis Perkahwinan kawan aku di Kluang Johor...kawan baik aku nie masa aku bekerja di Putrajaya...Majlis nie aku hadiri sebelah pengantin lelaki..Majlis di rumah dia aku tak pi pun..Sebab jauh sangat sangat...Nun jauh di Kedah tue...Jadi sebab rumah sebelah lelaki dekat sini dengan Melaka jadi aku pi lah yang dekat jea...Sebab aku kenangkan masa aku kawin dia lah antara orang kuat aku...antara orang yang amik cuti terawal tido umah aku...Jadi, aku ajaklah asben aku pi kenduri di Kluang nie...Masa nak kuar tol Ayer Keroh punyalah banyak keta yang baru masuk dekat tol...Memang jammed gila...

Tengoklah punya panjang kereta berderet2 masa masuk di tol Ayer Keroh..
Lepas pun tol Ayer Keroh...
Nak pi mana yang mana satu nie? Kuala Lumpur atau Johor Bahru?
Ikut anak panah Johor Bahru lah

Begitu lancar sekali perjalanan di highway nie...
Setibanya kami di Plaza Tol Ayer Hitam...
Mak oi...banyaknya keta...Sesak tue..
Lama gak kita org nak lepas tol nie
Wah..lambatnya.Lama nak tunggu...

Ikut papan tanda Kluang...
Masa sampai pengantin tengah bersandinglah...

dapat jugak amik gambar dengan pengantin...
adriana suka tengok tempat lain bila amik gambar
Inilah kedua-dua pengantin..asben aku xnak amik gambar...
Chak..Ini dalam perjalanan nak pi Ayer Hitam..Adriana tak nak tido pun

Posing lagi wahai anak ku...
Shopping time..Jom pi Ayer Hitam...
Inilah antara kedai-kedai di Ayer Hitam
Tak beli banyak barang pun..Just belikan Adriana bantal peluk Upin & Ipin
Aku beli tempat letak kunci dan surat2 jea..
Da sampai Muar...
Ini jambatan di Muar..Rasanya jambatan baru...

Sampai Muar kita orang nak pi makan Murtabak Singapore..Untuk makan malam..Sebab td makan dekat rumah kenduri kawin jea. Nama kedai tu
RESTORAN MURTABAK JD
Sedap sungguh...Intinya punyalah tebal sekali...Kita orang order yang besar (Super)..Harga RM10.00...Aku ada amik gambar tapi dalam HP jer...Nanti lah kalo senang aku upload gambar murtabak tue...Yum...Yum...


P/S :
Buat Azliyana dan Sopi
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
dan
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT