Assalamualaikum...
Lagi satu entri sebelum pulang. Kat sini sudah mula mendung. Janganlah hujan. Biarlah aku sampai dulu rumah barulah turun hujan. Menguap jangan cakap. Dah masuk yang keberapa kali aku pun tak tahu. Walhal ada aje kerja berjalan pergi photostat. Ada yang tertidur sambil berjalan.
Okeyla, nak cerita mengenai anak buah aku, Nayli. Cerita Nayli penutup entri untuk bulan Oktober ini. Nayli adalah anak buah aku. Satu-satunya anak buah setakat ini. Anak buah sepupu yang rapat sudah besar. Aku memang suka menggomel si nayli. Geram!!Tapi kadang dia marah. Garang bukan main. Obek cubit kang.
Ini pagi tadi. Kat tangan dia ada vitamin nenek bagi. Aku tengah snap gambar buku dia pun sibuk. Jadi obek pun snaplah gambar dia. Iye, nayli panggil aku obek. Obek tu kira macam pangkat mak longlah.
Masa ni nayli dah siap-siap mahu ke taska. Inilah budak yang aku suka kacau sampai dia nangis. Lagi satu dia memang suka makan!Lebih kurang ammar. Tidak boleh dipisahkan dengan makanan. Hehehe....Itulah kisah Nayli pagi tadi. Balik kang kita jumpa ye nayli...:D
Sekian...
No comments:
Post a Comment