Wednesday, October 31, 2012

~Aku Yang MC~

Baru menanam azam nak update blog sekerap mungkin, hari nie blog ini sunyi tanpa sebarang entry sebab tuan empunya blog mc. Haruslah blog berehat jugak. Kikiki.

Ini ubat-ubatan yang dibekalkan untuk aku dari klinik. Selain dapat mc sehari daripada doktor. Ubat cirit-birit telah kutelan. Akhirnya aku menjejakkan kaki ke kilinik setelah menahan sakit. Cagu aritu pun baik sendiri tanpa ke klinik. Tapi yang ini kenalah ke klinik jugak. Walaupun mc kena jugak settlekan beberapa perkara. Dapat jugak berehat di rumah.

Tuesday, October 30, 2012

~Bila Sudah Ada Astro Beyond PVR~

Baru beberapa minggu jea pun guna pvr nie. Buat masa ini sangat berpuas hati bila ada pvr nie. Pada mulanya asben aku tak nak pun pasang. At last dia yang nak pasang. Nie gambar van depan rumah aku. Masa nie aku baru balik amik anak2 aku. Tengok2 da siap pasang. Wah bestnya. Orang lain dah lama ada aku baru nak menggunakannya.

Nak pasang nie just bayar rm50. Oklah tue bukan aku pun yang membayarnya. Kikiki. Dah ada pvr nie senang sikit untuk aku. Boleh rekod jea cerita yang tak sempat aku nak tengok. Lagi satu tak adalah aku nak berebut tv dengan asben aku. Dia tue suka tengok cite yang aku tak minat nak tengok. Sekarang tak yah nak tarik muncung panjang2. Hihihi. Sekarang nak tengok bile2 masa pun boleh. So tidaklah aku risau kalau aku terlepas drama Adam dan Hawa. Nak jugak sebutkan. :-) Oklah entry ini bukan untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi. Jangan pikir yang negatif yea. Pada sesiapa yang terpikir nak pasang pvr bolehlah. Pada aku buat masa nie amat puas hati bila ada pvr nie.

~900 Posts~

Assalamualaikum dan selamat pagi selasa.  Mulakan hari ini dengan bismillah dan senyuman yang paling manis.  Jika aura kita positif ke opis maka satu pejabat akan mendapat aura itu.  Semalam seharian suntuk di ofis tidak kunjung tiba mood baik aku.  Pagi tue ok jea tapi bila tak sedap perut memang agak hilang mood memandangkan member bergelak ketawa pun tiada.

Hari ini insyaAllah mungkin ok sikit dan diharap hari ini lebih baik daripada semalam.  Oklah tajuk entry aku 900 posts kan??Selalu nak lari tajuk aku nie kalau buat entry.  Tajuk tue menerangkan yang aku sudah tulis 900 posts sepanjang 3 tahun aku menjadi blogger.  Bloggerlah sangat ko tue kan.  Baru 900 posts dah kecoh.  Kikiki.  Orang lain dah beribu posts tak kecoh pun.  Inilah pencapaian yang aku buat.  Orang lain mesti lagi banyak menulis daripada aku.  Entry aku pun banyak berkisarkan diri aku dan juga keluarga.  Entry merapu pun ada jugak dan ada sekali-sekala terselit entry yang berdasarkan info.  So target aku nak capai 1000 posts by end of this year.  So lagi 100 posts aku kena tulis.  Mampukah aku untuk mencapai target aku itu??Mood, rajin dan idea perlu ada untuk itu.  Harap-harap tercapailah target aku.  InsyaAllah...







                                                                                               

Monday, October 29, 2012

~Tiada Cerita Menarik Aidiladha~

Raya haji tahun nie memang non ado gambar. Raya pun kat rumah saje. Hari Jumaat raya haji aku sekeluarga di rumah. Mak ayah dan adik aku datang rumah. Aku masak nasi tomato sebab lauk pauk mak aku memang dah masak. Sebelah malam keluar pi jusco. Itu kisah hari jumaat. Kisah hari sabtu aku di rumah bersama ammar. Asben keje, adriana pi umah mil. Malam asben jemput aku pi umah mil sebab aku yang memang dasar pemalas malas nak pu sendiri. Memang malas nak drive. Penat lipat baju yang menimbun.

Ini jealah gambar yang ada sepanjang 3 hari. Makan kfc. Semalam kuar jenjalan dari tghari sampai ke petang. Asben cuti so bolehlah menghabiskn masa dan jugak duit. Berjalan ke mydin, family store dan tesco. Balik hujan lebat dan semua kepenatan. Itu jealah kisah untuk 3 hari aku dan keluarga.

~Wishlist Asben Yang Terlaksana~

Dah lama asben nak beli. Wishlist memang banyak tapi kenalah tunaikan satu persatu. Nak beli sekali memang takler. Kena dahulukan keperluan daripada kehendak. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri. Kikiki...

Tadaaaa. Inilah wishlist asben yang sudah tercapai satu dalam list. Asben beli sendiri sempena besdaynya tempohari. Bini tak bagi hadiah dia belilah untuk diri sendiri. Kikiki. Kedekut punya bini. Bini tumpang jea. Hihihi. Inilah barangnya. Set home theater wishlist asben. So sekarang tengok tv kat rumah ala2 panggung wayang gitu. Lagilah payah nak ajak asben aku tengok wayang. Sound pun best jea nak2 bila layan drama adam dan hawa. Nak jugak!!!Kikiki..InsyaAllah kalau ada rezeki lain akan terlaksanalah wishlist-wishlist yang ada. Kena rancang setiap pembelian yang ingin dibuat.

~Mood Isninku~


Gambar di atas dilukis oleh aku sendiri.  Asyik2 nak google.  So hasilkan gambar sendiri.  Oleh sebab tak ada bakat melukis maka terhasillah lukisan sebegitu.  Kikiki.  Jangan kutuk yea.  Aku memang tak reti nak melukis.  Ini pun saje-saje.

Sekarang nie, hari isnin adalah hari yang ditunggu-tunggu.  Malas nak cerita sebab apa aku suka sangat dengan hari isnin.  Orang yang rapat dengan aku mesti tahu sebab apa.  So hari isnin aku akan aku lalui dengan penuh senyuman seperti yang tergambar dalam lukisan aku itu.  So happy monday and happy work to all of u guys!!!






                                                                                           

Thursday, October 25, 2012

~Salam AidilAdha Buat Semua~

Salam Aidiladha buat bos-bos, teman sepejabat, rakan-rakan yang nyata dan juga rakan di alam maya dan juga buat rakan-rakan yang sudi singgah membaca di blog ini.  Tidak lupa juga buat keluarga untuk kedua-dua belah pihak.  Salam Aidiladha buat semua.  Beringat-ingat ketika memandu pada yang pulang jauh ke kampung halaman.  Ingatlah orang yang tersayang!!!Makan juga perlu berpada-pada yea.






                                                                                                                       

~Menang Micro Hi-fi Player Dari 7 Eleven~

Dapat tahu semalam itu pun dari asben.  Asben aku sms aku suruh tengok email.  Rupanya dia dapat email mengatakan yang dia menang dari 7 Eleven.  Asben aku forwardkan email yang dia dapat tue.  Inilah email yang asben aku dapat yang telah diforward pada aku. 

From: sarachin@fn.com.my
Date: Fri, 19 Oct 2012 18:25:46 +0800
Subject: FW: Amazing Wins Conetst with 7-Eleven
To: affendy.bidin@live.com
Dear En Affendy

You have won a Philips Micro Hi-fi player  in the recent contest that F&N Beverages Marketing held together with 7-Eleven.

Please contact me at 012-3166378 on Monday to find out how to claim your prize.

All prizes not claimed within 30 days of this notice will be forfeited.

Thank you.

Sincerely
Sara Chin

Baru beberapa hari lepas kita orang cakapkan hal nie.  Alhamdulillah rezeki untuk kami walau 3rd prize pun.  Kira hadiah nie milik aku jugak sebab aku yang kirakan logo kat borang contest tue.  Naik juling mata dok mengira logo 100 plus dan logo F&N.  Tapi letak nama asben sebab dia yang dok membeli air 100 plus.  Memang dia minum 100 plus.  Dalam kereta memang standby jea air 100 plus sebab opis asben aku kan jauh.  Itulah air yang dia minum untuk menghilangkan mengantuk.  Kikiki.  Tapi dek kerana malas nak mengira akulah yang tukang kira logo tue.  So ini dikira hadiah bersamalah yea.  Apa-apa pun alhamdulillah.  Semangat datang berkobar-kobar lagi untuk join contest.  Kalah belakang kira, yang penting kita join!!!Mana tahu ada rezeki.







                                                                                                

Wednesday, October 24, 2012

~Dari Perak Ke Snow Walk I-City~

Bersambung kembali bercerita mengenai trip kami anak-beranak.  Selesai aktiviti kami di entry INI, kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke Melaka.  Akan tetapi kami berhajat untuk singgah di Shah Alam dulu sebab asben nak bawak makan burger.  Macam kat Melaka tak dak jual burger.  Saje berubah angin nak saje nak jalan-jalan cari makan kat tempat orang.  Ubah selera dan ubah citarasa jangan berubah hati sudahlah yea.  Kikiki...Selain nak jalan-jalan cari makan memang berhajat nak ke I-City.

Apa kata kita layan gambar saje sebab kalau intro panjang sangat aku memang akan banyak melalut dan ke laut sebelum aku berceritakan yang sepatutnya.  Jom layan gambar..

Kami sudah keluar tol.  Bye Perak!!Panjang umur akan aku tiba lagi.

Seperti biasa singgah makan dulu.  Kami singgah di Perhentian tapah sebab nak beli jambu mak ayah aku kirim.  Ammar makan kentang.

Aku makan mee kari.

Adriana memang tak makan pedas2.  Ammar layan jugak apa yang aku makan tapi bagi makan mee jea.

Setibanya kami di tempat sebenar yang ingin kami tuju iaitu Yazid Burger.

Menunggu burger dengan penuh sabar.  Masing-masing masih mampu nak sengih dan senyum.  Ammar..ammar..

Tadaaaa...Inilah burger yang kami order.

Air nie sangat sedap!!!Satu strawberry+banana dan lagi satu chocolate ice blended.

Settle makan burger gergasi itu kami terus ke sini.  Mengah betul makan burger tue.  Tak habis pun bungkus nak bawak balik Melaka.  Sampai sini konon pasrahlah sebab hujan.  Memang tak dapatlah nak turun.  

Cantiknya!!!

Gigih jugak cari parking.  Bila turun hujan pun dah berhenti.  Rupanya ramai jea umat dalam nie.  Dari luar macam tak ada orang.

Wah...Berlampu-lampu.  Teruja sungguh.

Haruslah yang bergambar aku dan anak-anak saje.  Asben mana layan sangat nak bergambar nie..

Permandangan di sekitar I-City.

Dua beradik bergambar.  Gambar gelap sebab tak tahu setting atau kamera nie ngada2 erk nak merajuk dengan aku.  Oh nanti aku cerita hal kamera aku yea.

Lepas kita orang pusing-pusing kat luar kita orang masuk ke Snow Walk nie.  Best giler!!!

Masa nie aku boleh bertahan lagi.  Aku mana boleh sejuk-sejuk nie.

Ammar betul relax.  Ko tengok mak ko tue dah tak tahan sejuk ammar oi.  Sanggup mencangkung.  Memang sejuk giler!!Eksen lagi asben suruh sewa boot tak nak.  Konon masuk guna sandle pun boleh.  Hah hamik kau.  Derhaka lagi cakap laki.

Tengoklah ammar tue.  Aku tengok cool jea. 

Bergambar sorang-sorang.  Ala-ala konon kat obersea.  Kikiki..

Alih-alih si papa pun suruh amik gambar dia.  Dia yang bukak mulut nak bergambar jugak..

Masa nie pun ramai jugak orang masuk dalam Snow Walk nie.

Hari yang berkualiti bersama anak-anak.

Papa dengan adriana.  Adriana dah mula buat hal.  Dok nangis nak keluar sebab sejuk.  Itu yang nak berdukung.

Dua beradik nie lagi.  Ammar masih cool.

Bagi asben pulak yang bergambar bersama anak-anaknya.  Asyik mama jea.  

Papa dengan nana.  Tengok nana tue nangis.

Last sekali gambar kami sebelum keluar.  Aku dengan anak-anak lagi.

Mama dan Ammar.

Adriana dan adik.

Gambar nie ammar sedang pujuk si kakak yang menangis tak dapat naik menan kanak-kanak.

Alih-alih ok dah..Suruh nana bergambar kat sini.

Nana dan adik setelah si adik memujuknya.

Nak pujuk nana kita orang pun naiklah Giant Wheel.  Walhalnya aku adalah orang yang gayat tapi kugagahkan jugak demi anak.

Tiket untuk naik giant wheel nie.

Yeahhhh sudah berada di sini dan dia atas.  Bising mulut aku suruh adriana duduk sebab aku dah takut.  Rupanya laki aku pun gayat.  Kahhhh...Anak-anak mak apak ko nie gayat yea.

Papa cover line peluk ammar sebab dia pun sama gayat.  jangan tengok bawah yea.  Kita ada paling atas sekali.  Itulah dialog dia.  Dasar gayat!!!!

Selamat sudah berada di atas tanah.  Kikiki.  Bergambar sebelum balik.

Cantiknya lampu-lampu nie. 

Oklah last picture from us, nielah giant wheel yang kita orang naik.  Settle cerita trip kami sepanjang 2 hari tue.  Baru trip 2 hari dah pening nak mengarang.  Belum lagi holiday yang berhari-hari.  Apa-apa pun sangat seronok kerana dapat menghabiskan masa bersama orang tersayang.  Quality time with husband and kids!!!