Tuesday, September 30, 2014

~Dugaan Lagi Untuk Hari Ini~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Baru datang mood nak menulis. Pagi ini dugaan datang lagi bila kereta aku meragam. Meragam di kala asben tiada. Sadis tak? Kalut sekejap pagi tadi. Nasiblah urusan menghantar nana ke sekolah diuruskan oleh pakcik sebelah rumah mak.

Aku pergi ke kerja juga. Lambat sampai pejabat. Dalam susah hati mencuba nasib menghubungi Kak Nisah dan Mira. Tanya salah seorang boleh jemput aku ke tidak. Balik kerja aku boleh naik bas. Malas sudah nak fikir. Aku sudah berkira nak cuti je. Bernasib baik mira mokhtar datang menjemputku di rumah. Tidak lama kemudian Kak Nisah pula telefon suruh tunggu. Sangat-sangat terharu. Dari awal kesusahanku mereka berdua yang sentiasa ada bersama dan tidak putus-putus memberi kata-kata semangat. Semoga persahabatan itu berkekalan selamanya.

Displaying C360_2014-09-27-16-20-20-346.jpg
Seraut wajah yang menyimpan seribu satu perasaan. Kadang tersenyum sekadar menutup segala kesedihan. Luaran mungkin nampak gembira, dalam hati tiada siapa yang tahu. Hanya Allah tempatku mengadu. Sekuat mana kita cuba menepis kedukaan itu adakalanya kita pasti tergelincir. Pasti diri ini menjadi insan yang paling lemah.Semoga diri ini diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan akan datang. Amin.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Monday, September 29, 2014

~Lawatan Ke Pesta Buku Melaka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam isnin buat semua. Hari ini aku sampai lewat ke pejabat sebab menguruskan anak-anak. Asben tiada. Jadi pagi tadi agak havoc. Pergi ke sekolah nana nak bayar yuran, tunggu cikgu tak masuk lagi.

Sabtu lepas, aku ke Pesta Buku Melaka yang diadakan di Melaka Mall. Dah tahu sejak minggu lepas jadi memang dah bertiahu asben. Kita orang pergi pun dah lewat dalam pukul 9 malam.

Displaying IMG_20140927_212356.jpg
Sampai je nampak Johan Ashaari atas pentas. Tengok kejap dia orang berbicara pasal apa entah kemudian aku tengok-tengok buku. Cari-cari buku yang nak tak ada pula. Lagipun tak banyak pun buku-buku. Tak berapa menarik.

Novel ni je yang menarik hati. Aku beli sebuah je. Jadilah buah tangan daripada pesta buku.

Ini buku word search untuk nana. Dia suka cari kata. Aku ada download kat ipad dia yang selalu dok buat. Ini ada buku dia minta belikan. Semalam buat tak dapat cari suruh aku yang buat. Hahaha...Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                        


Sunday, September 28, 2014

~Menerjah Ke Kedai Buku~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Selamat beristirehat bersama keluarga. Seperti yang kita tahu, khamis lepas orang gomen sudah gaji. Termasuklah aku. Seperti biasa bila tiba hari gaji mestilah hari yang ditunggu-tunggu. Sebabnya dalam fikiran ada sesuatu yang mahu kita beli. Hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja.

Aku melangkah kaki ke MPH Bookstore di Jusco lama. Ada novel yang mahu dibeli setelah beberapa bulan menghentikan aktiviti membeli novel. Itupun dalam bajet hanya sebuah aje.

Teruja betul kalau aku masuk ke kedai buku. Macam-macam novel yang ada. Aku seperti biasa mencari novel yang mahu saja dan aku kenal dengan penulisnya.

Koleksi kali ini aku cari karya kak Aina Emir. Ini novel pertama yang aku beli karya kak Aina. Sedang ambil mood untuk membaca. Itu sahaja entri petang ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                                    

~Menu Sabtu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Bersiaran langsung dari rumah mak mertua. Hari ini kita orang balik. Semalam malam nak balik tapi mak keluar pula. Hari ini dapur aku tutup. Semalam je sempat main masak-masak sebelum keluar. Masak istimewa sikit bila hujung minggu. Semalam juga aku sempat rendam cili dan kisar cili kering untuk disimpan.

Jadi semalam stok dalam peti ais ada beberapa ekor ikan. Asben beli lebih untuk stok seperti biasa. Asben nak makan ikan siakap. Aku seperti biasa akan google cari resepi. Biasalah tu sebelum masak memang itu kerjaan aku. Mana yang best aku cuba.

Siakap masam manis. Asben kata sedap.

Sayur kobis bunga resepi campak-campak daripada aku.

Orange jus yang asben buat. Ada stok buah oren jadi asben buatkan jus. Sedap. Ini kerjaan laki den siap guna gelas cantik. Alhamdulillah rezeki untuk semalam. Hari ini kita orang makan kat rumah mak saja. Itu sahaja kisah semalam. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,





                                                                                                                      


~Makan Malam Di Kg. Tun Razak~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Selamat berhujung minggu. Masa untuk kita berehat dan menghabiskan masa bersama orang-orang yang tersayang. Jumaat lepas, makan malam kami empat beranak di luar. Maklumlah lepas gaji bawaklah anak-anak makan di luar. Mula cadangnya nak ke KFC tapi aku dan asben berubah fikiran. Baik bawa anak-anak makan sate.

Itu penjual sate. Sedap. Kedai makan ni tak jauh pun dari rumah kita orang.

 Dua orang lelaki kesayangan saya.

Cik kak ni memang suka bergambar. Merajuk pun suka. Nombor satu kalau bab merajuk.

Aku pesan sate 20 cucuk. 10 cucuk daging dan 10 cucuk ayam. Anak-anak aku suka makan sate ayam. Aku dan asben yang bedal daging. Selain sate kita orang masing-masing makan roti canai. Aku dan anak-anak makan roti telur manakala asben makan roti kosong dua keping. Itulah kisah kami. Sekian dulu untuk entri hari ini. Wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                      

Saturday, September 27, 2014

~Komen-komen Dari Sahabat Blogger~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Menikmati pagi sabtu dengan tenang. Pagi ini usai subuh terus menghadap komputer. Sementara mood menulis tu ada. Kalau dah datang mood suam-suam kuku, apa pun tak menjadi. Nak on komputer pun terasa kurang rajin.

Entri ni aku nak cerita komen-komen yang aku dapat daripada blogger-blogger. Kisah ayah aku yang ditulis di blog ini. Komen korang amat membantu aku untuk mencari semangat. Terima kasih atas ucapan korang.

Jangan serik singgah di blog aku ye. Kadang aku blogwalking blog korang tapi tak sempat tinggalkan jejak. Baca sahaja cerita korang. Apa-apa pun terima kasih buat semua yang sudi komen di blog picisan aku ini. Pada yang sedang sedih juga, sama-samalah kita harunginya. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Selamat berhujung minggu! Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Friday, September 26, 2014

~Jom Ke Pesta Buku Melaka 2014~

Teks : Fyda Adim
Foto : Blog Hanisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Hari ni rehat panjang hanya bersantai-santai di pejabat. Turun makan di kafe bawah makan yee mee nyot-nyot. Nama menu untuk hari ini. Lupa pula nak ambil gambarnya. Nama menu tak menahan kan.

Mahu dikhabarkanpada orang-orang Melaka, jom beramai-ramai ke Pesta Buku yang diadakan di Melaka Mall bermula hari ini sehingga ahad. Aku sudah beritahu pada asben tentang ini. Kalau tiada aral mahu juga ke sana.

Sediakan ongkosnya saja. Kalau dapat berjumpa dengan penulis lagi baik. Tadi ternampak kat fb novelis Maria Kajiwa. Katanya ada di sana. Wah, teruja sangat. tapi aku mesti datang sebelah malam sebab usai pulang kerja ada macam-macam perkara yang perlu diselesaikan dulu. Paling penting menjengah ayah di hospital. Nanti akan aku ceritakan jika aku sampai di pesta buku itu. Tak memborong pun dapat beli sebuah buku jadilah. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         

~Beli Barang Dapur Di Giant~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Salam jumaat yang penuh barakah. Jumaat yang indah dan punya ketenangan. Hari ini masih lagi dilanda kesunyian namun dihiburkan dengan lagu yang aku buka dari komputer. Hampir setiap hari mendengar lagu yang sama.

Nak cerita kisah ahad lepas. Aku sekeluarga ke Giant Bachang untuk membeli barang dapur. Mak dan Nayli ikut. Itulah pertama kali Nayli keluar ikut aku jenjalan tanpa umi dan abinya. Berialah budak kecik tu nak ikut kita orang. Sebab ada kakak nana. Feveret kakak tu. Ke hulu ke hilir dengan kakak nana. Teringat macam aku dengan kakak sepupu. Macam itu juga gayanya dan kami rapat sehingga sekarang walaupun jarak umur kami adalah tujuh belas tahun.

 Peace nana dan peace gaya nayli.

Segar bugar ikan-ikan di sini. Bulan ni ubah angin beli barang dapur kat Giant. Selalunya ke Family Store Melaka Mall.

Selesai beli barang dapur, kita orang pergi makan.

Ini set makanan kami untuk hari tu. Murah. Ada satu set paling tinggi pun RM5. Kedai dia kat dalam Giant. Tak ingat pula apa nama tempatnya.

Belikan kanak-kanak ribena sorang satu aiskrim. Nayli beria makan.

Kemudian bawa budak-budak ni main kereta kat tingkat bawah. Siapa yang membeli-belah kat Giant baru boleh naik. Pembelian RM50 untuk seorang kanak-kanak.

Penat menjaga dia orang memandu. Nayli tak berapa reti nak tekan untuk gerak. Macam ammar mula-mula tak tahu. Dah gerak tak tahu nak berhenti sampai terlajak nak masuk kedai orang. Sakit pinggang aku membongkok dok tolak tarik dia orang. Tak jaga risau dia orang terlajak. Nana je dah boleh bawak sendiri. Ajak balik masing-masing liat. Sekian sahaja. Bersambung entri lain. Wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Thursday, September 25, 2014

~Hemodialisis Pertama Ayah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Entri ketiga hari ini menyusul dan entri kedua kisah ayah yang aku paparkan untuk hari ini. Semalam adalah kali pertama ayah melakukan rawatan hemodialisis. Sebelum ini aku tidak pernah tahu tentang hemodialisis ini. Cuma tahu untuk pesakit buah pinggang. Selebihnya aku tidak tahu sehinggalah ayah disahkan masalah buah pinggang. Sebenarnya masalah penyakit ayah sudah diketahui setahun yang lepas. Doktor sudah sarankan ayah untuk buat tapak tetapi ayah tidak mahu. Kebetulan masa tu, suami pula tiada kerana berkursus jauh. Ayah kata biar tunggu suamiku pulang.

Selepas daripada itu, bila ditanya ayah masih lagi tidak mahu lakukan sehinggalah sekarang. Akhirnya terpaksa juga buat sebaik sahaja doktor sarankan jumaat lepas. Jika ayah tidak buat ada risiko lain. Jadinya, jumaat lepas ayah buat juga. Memang sedih lepas tengok keadaan ayah. Lepas daripada tu nampak ayah lemah. Lesu. Tak selera makan. Kalau yang melihat ni rasa hilang semangat apatah lagi orang yang sakit. Kemudian ayah banyak termenung, tak banyak cakap pun.

Semalam petang ayah ditolak ke tempat hemodialisis. Jam 1.30 mula buat dalam pukul 6 baru habis. Aku sempat jengah ayah di tempat hemodialisis. Kebetulan kawan adik yang jaga dapatlah tengok kejap. Ramai juga yang sedang lakukan rawatan ni. Kesian tengok dia orang. Ada yang muda lagi. Aku pun sekejap je. Tak sampai hati.

Ini ayah aku. Gambar dapat daripada adik ipar aku. Dia yang hantar sebab aku kerja. Adik aku yang jaga ayah aku di hospital. Adik aku sekarang sedang cuti setengah gaji sementara nak tunggu ayah di hospital. Nasiblah ada sorang adik lelaki. Dia jelah yang diharapkan. Semalam nampak kuat sedikit daripada sebelumnya. Tanpa ada air mata. Semoga orang sekelilingnya juga kuat. Rindu nak tengok ayah kembali cergas seperti sediakala. Itu sahaja entri yang dapat aku kongsikan di sini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        


~Hari Kesembilan Di Hospital~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Tengahari tadi makan nasi ayam. Alhamdulillah. Hari ini tekak nak makan masakan kedai walhal aku masak kat rumah. Mengada kan? Aku cuma bawa bekal nasi goreng je untuk makan pagi tadi.

Entri ini kisah ayah aku yang masih lagi berada di hospital. Masuk hari ini bermakna ayah sudah berada di hospital selama sembilan hari. Kelmarin ayah aku demam tetapi semalam sudah beransur pulih. Alhamdulillah. Inilah saat yang paling susah hati bila orang tua kita tidak sihat. Bila nampak ayah ceria susah hati sirna. Tatkala ayah nampak lesu perasaan susah hati kembali menerpa.

Kertas yang dilekatkan di hujung kepala katil.

Masa ni mak masakkan ayah sup ayam. Beberapa hari ayah hilang selera makan.

Ini waktu melawat sebelah petang. Tengok anak buah aku tu. Habis semua dipegang, ditinjaunya. Masa ni kanak-kanak boleh melawat tetapi dalam beberapa hari ni kanak-kanak tidak dibenarkan masuk. Jadi yang melawat ayah hanya aku, adik dan mak. Nasib baiklah juga rumah mak terletak di belakang hospital. Jalan kaki pun boleh tetapi sekarang ni memang tak rajin nak berjalan. Mesti nak berkereta juga.

Sudah pegang tong sampah umi suruh nayli basuh tangan.

Kebetulan budak bertiga ni boleh melawat atok ahad lepas kalau tak silap. Inilah kerjanya bila bertiga. Ada sahaja yang dibualkan mereka. Masa ni tak silap ammar tunjuk nayli kereta aku parkir kat bawah tu. Semua orang diberitahunya. Gelagat anak-anak tetap mencuit hati. Nanti aku ceritakan kisah ayah lagi. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,








~Dilanda Kesunyian~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Hari ini dan esok pejabat agak sunyi. Pejabat aku adakan kursus di Cameron Highland. Jadinya ramai yang mengikuti kursus tersebut. itu yang agak sunyi bahagian pengurusan. Yang ada pun hanya beberapa orang sahaja. Pada awalnya aku hendak turut serta. Sebab katanya nak adakan Hari Keluarga tetapi dibatalkan. Hanya melibatkan kakitangan sahaja. Memang tidaklah aku turut serta. Siapa yang nak uruskan anak-anak. Kebetulan ayah aku masih lagi di hospital. Takkan aku nak berjalan jauh. Buat susah hati aku nanti.

Oleh kerana si Mira Mokhtar pergi, makanya kenalah menjawab telefon. Bergilir-gilir jawab dengan orang yang ada ni. Rupanya bukan senang nak menjawab telefon ni. Kena client yang suka-suka nak marah kita, memang tak boleh blah. Huhuhu...

Jadinya melangutlah aku di tempat. Keadaan tempat aku yang agak tidak ada sistem 5S. Bila kemas berselrak balik. Ini bila nak datang mood mengemas aku pun tak tahu. Itu sahajalah cerita aku yang agak kebosanan hari ini dan juga esok. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Wednesday, September 24, 2014

~Rahmat Dan Redha-Nya~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi. Selamat hari rabu. Semoga semua berada dalam keadaan baik saja. Aku masih lagi dalam emosi kemurungan, susah hati. Pelbagai rasa yang menyelubungi diri. Kesedihan itu datang tanpa henti. Lepas satu, satu. Jika diri tidak kuat pasti akan jatuh terduduk.

Setiap manusia punya pelbagai kisah dan cerita yang berbeza. Diduga dengan dugaan yang berbeza. Kesedihan kita tidak mungkin dapat diselami oleh orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ada yang diduga mengenai pasangan hidup, ada yang diduga dengan hal anak-anak, kisah konflik keluarga dan bermacam-macam.

Jadi, walaupun ujian kita tidak serupa, kata-kata peringatan dan nasihatnya tetap sama. Rahmat dan Redha-Nya. Amin. Semoga kita semua kuat dan tabah dalam mengharungi perjalan hidup yang penuh cabaran berliku. Insha Allah...Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,








Tuesday, September 23, 2014

~Urusan Di Wad Kecemasan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam selasa pembuka bicara untuk pagi ini. Semoga semuanya di dalam baik-baik saja. Minggu lepas semasa cuti umum sempena Hari Malaysia, petangnya aku bawa ayah ke Jabatan Kecemasan Hospital Besar Melaka. Beberapa hari ayah mengadu pening kepala dan muntah-muntah. Kebetulan ayah baru sahaja melakukan rawatan masuk kanta. Lepas dari itu, ayah sering tak sihat.

Sebaik sampai di Kecemasan, jururawat bertugas memeriksa tekanan darah. Bacaan untuk tekanan darah ayah tinggi. Jadi banyakjuga tempat rawatan yang perlu dilalui. Cek darah, cek jantung, amik darah, masuk air. Macam-macam hingga aku yang bawak pun sampai pening. Waktu dah cek darah ayah kena drip air so duduklah atas wheel chair. Aku sampai di Was Kecemasan jam 6.petang dan warded tengahmalam hampir jam 12 ditolak ke blok C.

Nampak tak ayah aku yang berkopiah. Ini masa baru sampai.

Aku yang menunggu mula rasa kebosanan. Risau pun iye jugak. Dengan orang sekeliling yang datang dengan urusan masing-masing menambahkan kerungsingan aku. Ada yang terdengar anak dia belum sedar. Doktor jahit telinga dia. Yang pengumuman minta waris masuk ke zon merah. Huhuhu...

Ini keadaan ayah aku di wad. Doakan agar ayah aku diberi kekuatan dan punya semangat. nanti aku ceritakan kisah selanjutnya. Ayah aku masih lagi berada di hospital. Itu sahaja kisah ayah dan bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Monday, September 22, 2014

~Kesedihan Nana Kembali Ke Sekolah~


Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semuanya. Selamat pagi isnin permulaan hari untuk minggu ini. Pembuka bicara untuk hari ini. Minggu akhir bulan September. Hari ini sekolah kembali dibuka setelah seminggu bercuti. Cuti kali ini anak-anak tidak ke mana-mana.

Nak cerita, anak daraku kembali ke sekolah seperti biasa. Namun ada kesedihan yang menyelubungi dirinya. Aku dapat baca dari riak wajahnya dan malam tadi terlerai apa yang aku rasakan. Naluri mak. Malam tadi sewaktu dia mengemas beg sekolahnya, aku jengah dia di bilik. Aku duduk di hujung katil lalu berkata "Nana, lepas ni atok dah tak boleh amik nana balik sekolah." Dia membisu tapi tetap meneruskan kerjanya mengemas buku sekolahnya. Mataku masih lagi ke arahnya. Tidak lama kemudiannya dia sapu pipinya. Rupanya dia menangis! Aku terkedu dan dia masih lagi tidak memandangku. Tidak lama kemudian baru dia menoleh. "Nana nak atok amik." Aku jawab "Atok kan sakit." Dia masih lagi tidak puas hati. " Kalau atok dah keluar pun atok tak boleh amik nana?" "Tak boleh, Na." Kemudian dia diam aku pun diam.

Sebenarnya hati aku dah sebak. Dugaan kami datang bertimpa-timpa. Kesedihan yang tidak boleh diluahkan namun sejauh mana kita mampu menghalang. Redha. Aku tak mahu menangis depan anak-anak walaupun sesekali tewas dek perasaan sendiri.

Nanti aku ceritakan kisah ayah. Maka hari ini balik sekolah dan hantar ke tuisyen akan diambil alih oleh orang lain. Terpaksa walaupun aku tahu dia tak gembira. Tapi apa yang boleh mama lakukan. Itu sahaja kisah hari ini. Nanti bersambung dengan entri lain. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,