Wednesday, October 23, 2019

Jalan-jalan di Kluang

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Hujung minggu lepas bersamaan hari Sabtu iaitu 19 Oktober 2019, kami empat beranak berjalan-jalan ke Kluang menaiki keretapi dari Stesen KTM Kempas. Plan yang dibuat saat-saat akhir setelah beberapa bulan merancang. Setiap kali merancang mesti minggu itu macam malas nak berjalan jauh-jauh. Kemudian ada minggu yang balik Melaka.

Jadi minggu ini kami tak balik Melaka, buatlah plan. Kalau yang plan saat-saat akhir ini kebarangkalian rancangan itu menjadi adalah sangat tinggi. Selalunya yang merancang berbulan-bulan mesti ada saja aral melintang.

Kami bertolak dari rumah dalam jam 8.00 pagi. Terus ke stesen KTM Kempas. Kita orang siap-siap beli roti dan segala kudapan untuk dimakan dalam perjalanan sebab memang bercadang nak makan di Kluang. Itulah yang tak sarapan beria cuma makan sarapan roti sahaja.

Stesen keretapi Kempas.

Sedang menunggu ketibaan keretapi. Tiketnya jam 10.30 pagi. Dijangka tiba di Kluang lebih kurang 12.30 tengah hari. Sedang elok makan tengah hari di sana sahaja.

Bergambar dululah selagi keretapi belum tiba.

Mana keretapi ni?

Sudah berada dalam keretapi. Mari mulakan perjalanan.

Selamat tiba di Kluang.

Permandangan di stesen keretapi Kluang.

Kami makan di Kluang RailCoffee. Selalu nampak orang cerita fasal tempat ini. Kali ini aku dapat ke sini juga akhirnya.

Makanan yang kami pesan.

Aku sudah tentu pesan laksa johor. Sejak merantau ke Johor inilah yang selalu dicari.

Aku pesan minuman cham. Sepahit kopi semanis cham. Itu tajuk novel yang pernah aku baca awal tahun hari itu.

Betapa ramainya manusia.

Ini adalah senarai menunya.

Selesai makan, kami jalan kaki ke Laman Kreatif Kluang.

Begitulah gaya mak pak bergambar ya.

Aku yang gedik nak bergambar begini. Hahaha.

Mak sama anak kalau bab bergambar memang suka.

Nana. Dia memang pandai posing.

Ammar. Alahai dik. Awat fake sangat senyum tu? Hahaha.

Dari Laman Kreatif kami menaiki grab ke Kluang Mall.

Pusing-pusing sekitar mall. Cari hadiah.

Tak sah kalau tak masuk kedai buku. Satu setengah jam pusing dalam mall kemudian kami menaiki grab ke tempat makan yang aku sudah lupa namanya.

Kedai ini makan atas daun pisang.

Sebelum balik singgah solat. Ini aku sudah jalan terhincut-hincut sebab pakai kasut aku terasa kaki aku sudah tidak boleh bernafas.

Menunggu keretapi.

Dalam perjalanan balik ke JB. Kami tiba di stesen keretapi Kempas dalam jam 8.00 malam. Terus balik rumah sebab sudah makan. Jadi masing-masing sudah kenyang.

Inilah hasil aku masuk ke kedai buku.

Tiket pergi balik. Dari Kempas ke Kluang, tiket dewasa berharga RM13 manakala untuk kanak-kanak pula berharga RM11.

Begitulah perjalanan kami seharian ke Kluang. Sangat menarik dan boleh repeat. Seronok bila dapat jalan-jalan di tempat orang sambil cari makan. Makanannya pun sedap. Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Sekian dan wasslam.

Salam pena,
Fyda Adim





Friday, October 18, 2019

Meraikan Naura dan Muaz

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Aidiladha tempoh hari selain mengadakan kenduri doa selamat, kami sambut juga ulangtahun kelahiran dua orang anak buah aku, Naura dan Muaz. Naura, 4 tahun usianya manakala adiknya Muaz 3 tahun. Majlis diadakan waktu itu sebab waktu itulah yang semua orang yang duduk di perantauan pulang.

Jadi bila ramai-ramai barulah seronok nak berkumpul. Makan-makan. Borak-borak. Gelak-gelak. Memang waktu itu paling menyeronokkan. Cuma hari itu ada sorang anak buah aku tak ada. Dia terkandas di China. Waktu itu ribut di China jadi penerbangan dia sabtu itu ditangguhkan ke hari Isnin.

Sedih.

Kami semua bervideo call dengan dia aje masa tu walaupun dalam hati masing-masing penuh dengan kerisauan. Alhamdulillah, dia selamat sampai ke tanah air.

Persiapan sebelum majlis.

Tema sambutan hari jadi.

Ini keluarga kakak sepupu aku. Dia orang kena ada kalau tidak memang tak meriah.

Dimulakan dengan bacaan doa.

Mak aku dan cucu-cucunya.

Berbaju hitam itu adalah ayah aku.

Nasib adik aku sewa meja jadi adalah tempat tetamu nak duduk makan selain di dalam rumah.

Ini anak kakak sepupu aku yang nombor empat.

Waktu makan. Yeah.

Masa untuk potong kek dan nyanyikan lagu hari jadi buat mereka.

Aku dan sahabat dari JKM.

Aku bersama sahabat sekolah. Semestinya bekas pelajar IJC.

Barang untuk disembunyikan.

Ada acara petang itu. Permainan untuk kanak-kanak dan juga mak kanak-kanak.

Tiup belon dan pecahkan.

Penutupnya. Haruslah bergambar beramai-ramai.

Keluarga aku tidaklah besar mana tetapi setakat ini masih ada bila diperlukan.

Bulan Oktober ini, macam tahun lepas kami dirundung dengan kisah-kisah sedihnya. Nantilah aku ceritakan bila hati ingin bercerita. Semoga ukhwah ini akan berterusan dan berpanjangan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Friday, October 11, 2019

Aidiladha Yang Disambut

Assalamualaikum.

Hai.

Baru nak kongsikan cerita fasal sambutan Aidiladha. Sehari sebelum sambutan Aidiladha aku tersangatlah sibuk sebabnya kami adakan kenduri masa Aidiladha. Waktu itulah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara.

Bab makanan aku dan adik menempah saja. Sekarang ini chef-chef (mak-mak) sudah tidak larat. Sorang chef sudah pergi ke negeri abadi. Waktu dulu, kalau kami adakan kenduri mak dan maklong akan berganding bahu memasak. Kami anak-anak sekadar membantu. Bila sekarang semuanya sibuk. Masing-masing ada komitmen jadi kami tempah saja.

Aku siapkanlah juga beberapa menu. Kalau aku memang bab dessert aku siapkan sebab selepas kenduri adik ada buat majlis hari jadi anak-anaknya.

Aku buat cheesetart.

Rupanya setelah dibakar.

Dadih. Entah kenapa dadih jagung seakan tidak menjadi. Bila sudah kalut semuanya jadi huru-hara.

Bila terajin macam inilh jadinya cheesetart aku.

Inilah rupa dalamnya.

Kemudian aku buat cupcake. Butter cupcake.

Cheesetart coklat.

Cupcakes yang sudah siap dibakar
Perisa cheesetart yang lain.

Cupcakes yang sudah ditopping.

Ini kuih-muih yang ditempah.

Kuih cara.

Mee sup.

Pulut serunding air tangan mak mentua.

Kek hari jadi yang ditempah.

Begitulah hari itu. Kami dimeriahkan dengan makanan. Selepas Zuhur majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dikendalikan seorang imam. Sebelah petang disambung dengan majlis hari jadi. Nanti aku sambung ceritanya part 2 ya.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim