Assalamualaikum...
Bersambung lagi menulis untuk cerita yang lain tapi masih hari yang sama iaitu hari jumaat lepas. Sebelum jumaat menjengah kembali baik aku ceritakan kejadian jumaat lepas. Kalau tidak memang terperam dan akhirnya terkubur sahaja cerita ini.
Kan dah kata lately nie aku memang dihidangkan dengan makanan sahaja. Nak-nak kalau asben kata nak makan luar terus lompat bintang 10 kali. Tak payah nak lompat banyak kali sebab nak sampai 10 pun belum tentu. Huahuahua..Okey, serius tak lawak.
Berbalik kepada tajuk di atas, sebelum aku melalut ke lain. Nak dijadikan cerita minggu lepas asben ajak makan steamboat bersama rakan seperjuangannya. Kawan dia yang ajak ke sini sebab pada aku laki aku tak reti steamboat-steamboat nie. Boat kastam dia tahuler kot. Heeeee...
Jumaat malam lepas maghrib kita orang keluar rumah setelah berhempas pulas menyediakan kerja iaitu hobi baru laki aku. Aku suka gak tapi tak rajinler nak membelai bagai. Takat bagi makan ke bolehlah. Nak cuci no way!!Yang penting rumah kami sudah ada ruang mencari ketenangan.
Kami sampai di depan Restoran Api-api. Berhadapan dengan Aeon Bandaraya.
Inilah meja kita orang. Masih menunggu yang lain-lain datang.
Inilah persekitarannya. Masa nie belum ada pengunjung lagi.
Ammar dah hentam aiskrim. Budak nie kalau jumpa makanan memang tak tentu arah hidupnya.
Dimulakan dengan bismillah. Sesi makan sedang berlangsung, aku tue apsal dok belek tab tue. Tengah whatsapp dengan Kak Nisah rasanya. Huhuhu..
Aku sedang menikmati makanan dengan adriana.
Ammar dah paans bontot masa nie. Dah tak boleh dok diam. Ada jea nak berjalan-jalan.
Untuk mengawal situasi aku bagi tengok upin ipin. Yang masih makan ada, yang dah menyandar pun ada.
Betapa tamaknya aku. Ini makanan depan aku. Nasi siap tambah dua kali tapi suruh asben yang amik. Tak adalah orang tahu aku kuat makan.
Memang kenyang betul. Sampai sendat-sendat perutlah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Heeee..Tapi jean okey lagi. Takut tercabut butang jea.
We love Api api. Bergambar beramai-ramai di meja makan. Jangan kata berapi, berasap pun ada. Makan depan dapur tue memang panas, berpeluh-peluh.
Masing-masing dah ready nak balik tapi mestilah bergambar.
Bergambar di luar restoran. Tempat nie boleh tahan jugaklah makanannya. Thumb up. Macam krew JJCM jea kita orang nie. Model pegang we love api api masih sama. Pada sesiapa yang belum pernah ke sini atau yang datang ke Melaka bolehlah singgah makan di sini. Harga untuk seorang adalah RM25. Kanak-kanak atas 7tahun kot baru kena bayar. Itu tak pasti sebba anak-anak aku tak kena bayar. Itu sahaja cerita untuk tengahari ini. Bersambung lagi jika aku punya kelapangan.
5 comments:
terliurnyer la...sedapnyer steamboat tu....
haah , mmg cm geng JJCM .. abis sume snap2 depan kedai
Kalau tempat kakak steamboat dan BBQ tak ada nasi. Kalau ada nasi macam ni mesti cepat kenyang...
cam best je fyda...akk mkn r hubby lak selera lain
area mana eh?
jln2 cari steamboat sini...
=)
Post a Comment