Wednesday, October 16, 2013

~Asam Pedas Tetel Lunch Tadi~

Assalamualaikum...

Inilah akibatnya kalau dah kemaruk tak berblog setelah beberapa hari.  Melepaskan gian gamaknya.  ada sahaja yang manhu ditulis di sini.  Sudah jadi rutin dan blog merupakan umpama diari.  Haruslah dititipkan dengan cerita walaupun sependek mana pun yang mahu ditaip. 

Ok, lunch tadi mydin mall memanggil-manggil.  Macam panggilan pulau je.  Terus ajak mira mokhtar ke seberang jalan menaiki kereta comel yang sudah berada dalam kondisi yang baik.   Zooom sampai mydin.  Terjah terus ke food court sebab mira mokhtar sudah ketar menggigil kelaparan.  Kalah mak beranak dua ni.  Dahlah hari ni dia buat sesuatu yang memeranjatkan.  September dikatanya november.  Apakah?Nasib mata si tua ni nampak.  Aku agak musykil.  Aku ingat aku penangan makan ubat itu yang fikiran macam tak menentu.  Tapi rupanya dia yang verangan.  Dah kalut sendiri.

So, inilah makanan pilihan kami berdua lunch tadi.  Oleh sebab aku masih mabuk kepayang hari ni si mira mokhtar jadi waiteress.  Dia order dan dia yang angkat makanan.  Sesekali mengada-ngada.  Aku kata tadi "Terima kasih, waiteress." :D  Makanan untuk orang kurang darah.  Makan sampai licin tadi.

Ini si pompuan yang kelaparan tadi.  Makan tak ingat.  Tapi time bergambar nak control jugak ye.  I like!!(Dialog Irham ye)...Selepas makan terus terjah kedai buku.  Cari apa?Adalah..Ceritanya akan diup lain entri ye.  Tapi kalau dah ke kedai buku haruslah cari buku kan?Hehehe...

Tungguuuu...







                                                                                                        

No comments: