Assalamualaikum.
Selamat petang sabtu.
Banyak cerita yang tertangguh untuk dituliskan di sini. Rutian harian membataskan memandangkan aku ada banyak kerja menulis yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini. Walau macam mana pun blog ini akan cuba ditulis sekerap mungkin. Tanda pagaar sis cuba.
Cerita aku balik Melaka tempoh hari untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Keterujaannya melampau-lampau memandangkan ini kali pertama aku merasa untuk balik ke kampung. Dalam kepala sudah terfikir macam-macam benda nak dibuatnya setibanya di kampung.
Sesampainya aku di Melaka bermacam-macam sudah diaturkan termasuklah moreh bersama Geng Lari. Memandangkan nak berbuka puasa macam tak dapat kami sekadar bermoreh bersama. Janji modus operandinya tercapai.
Ini masakan aku sebelum meninggalkan bumi Johor Bahru. Sebelum bertolak pulang petang itu aku sempat masak nasi goreng untuk menu berbuka kami empat beranak.
Dan juga paru sambal permintaan suami.
Kami bertolak meninggalkan bumi JB dalam jam 11.30 malam.
Kami masuk tol Ayer Keroh jam 1.30 pagi. Alhamdulillah. Perjalanan lancar malam itu. Kenderaan pun tidak banyak.
Indahnya bila sampai rumah sendiri. Home sweet home. Rindu yang amat.
Siangnya ke Romantika.
Tempat ini memang tiap kali nak raya aku pergi dengan kawan JKM aku. Tahun ni ingatnya tak dapat pergi tapi masih lagi dapat bersama.
Itu dia. Myra Mokhtar melayan permintaaan aku mencari pokok pelesu. Terima kasih awak!
Inilah kawan JKM aku. Terubat rindu. Setakat ini aku balik Melaka aje mesti jumpa walaupun kejap.
Projek buat kuih bermula. Dimulakan dengan cornflakes madu petang itu sekembalinya dari Romantika.
Masa ini nak balik rumah mak untuk berbuka.
Beli ayam golek bawa balik rumah mak.
Kemudian malam itu aku keluar moreh dengan Geng Lari. Sorang Ex JKM juga dan sorang masih lagi dengan JKM.
Tema tudung merah malam itu tidak dapat aku tunaikan kali ini sebab tudung merah tak bawa balik.
Dapatlah menyembang dalam sejam dua. Kemudian Kak Zana hantar aku balik.
Esoknya sambung buat kuih lagi. Memang sabtu itu aku sudah beritahu suami yang aku tak nak keluar rumah. Ada banyak kuih aku nak siapkan. Biskut kedua cornflakes coklat.
Hari itu kami berbuka di kedai depan rumah sahaja sebab memang tak ada masa nak memasak. Fokusku hanya pada biskut. Malam itu suami ke Batu Pahat dengan Ammar. Jadi aku tinggal di rumah dengan Adriana.
Biskut ketiga adalah sarang semut.
Kemudian adik singgah rumah sebab aku suruh ambil kuih raya mak yang sudah siap. Anak sulungnya Nayli nak tidur rumah. Jadi adalah dua orang pembantu aku malam itu.
Sudah boleh diharap.
Sebahagian biskut yang sudah siap.
Inilah hasilnya aku bertungkus-lumus dua hari itu.
Sesi membakar berlangsung selama dua hari lebih juga.
Ada pula yang mengorder cornflakes madu.
Ini untuk diberi pada Le Familia. Kami ada sesi berbuka puasa beramai-ramai Ahadnya. Sepupu-sepapat serta anak-anak buah.
Suami mengemas rumah sampai pecah barang hiasan aku.
Aku buat cheese tart untuk dibawa ke majlis berbuka.
Masak lasagna.
Inilah hasilnya.
Cheesetart sudah siap.
Ahad malam balik dari berbuka puasa beramai-ramai aku sambung buat kerja di rumah. Gosok langsir dan pasang langsir. Kerja-kerja itu berjalan dari malam sampai ke siangnya hari Isnin.
Permandangan luar rumah mak.
Dapatlah aku kemas rumah mak sekali.
Bahagian ruang tamu mak.
Biskut raya mak aku sudah siap susun.
Sehari sebelum raya aku sempat lagi sambung buat satu lagi kukis. Sambil masak lauk raya sambil buat kukis.
Inilah hasilnya. Semuanya aku dapat buat empat jenis biskut raya tahun ini. Alhamdulillah. Itu sahaja yang termampu untuk tiga buah rumah. Rumah aku, rumah mak dan rumah mak mentua. Alhamdulillah. Dapat merasa momen ini bersama keluarga tersayang. Aku dapat bermalam sehari di rumah mak.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai Bengkel Asas Penulisan Blog boleh klik di SINI.