Saturday, November 29, 2014

~Cerita Pagi Sabtu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Iphone Asben

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Sabtu menjengah membuatkan masa sangat terhad, diisi dengan pelbagai program. Hari ini banyak program kami empat beranak. Oh iye, malam tadi anak angkat aku tidur kat rumah. Sepupu baik adriana. Pagi ini ada aktiviti untuk anak berdua tu.

Usai subuh aku sudah ke dapur menyiapkan sarapan. Pagi ini bersarapan menu ringkas sahaja. Jam 9 nanti nak keluar menuju ke Ozana Resort dan habis sahaja aktiviti anak dara berdua, bersiap pula mahu keluar membeli barang dapur dan baju sekolah adriana. Sangat pack hari ini! Dua bakul baju sedang menunggu untuk dilipat.


 Mee goreng kasih sayang sudah siap dimasak olehku.


Anak dara berdua malam tadi sebelum tidur, maknya paksa amik gambar. Adriana ada teman tidur. Adik lagi besar daripada kakak.


Semangat maknya. Aku sudah siapkan baju renang dia orang pagi ini. Dia orang pun bukan main teruja. Nak sampai ke hari sabtu ni, asyiklah menjawab persoalan ini. Ok, kejap lagi mari kita belajar berenang. Sekian dan bersambung di entri lain.

Wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                         

Tuesday, November 25, 2014

~Mulakan Hari Ini Dengan Senyuman~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Sudah selasa. Cuaca pagi ini sangat sejuk hilang menangkap ke tulang sum sum. Minggu ni tak mampu nak senyum sangat sebab abang jebat tak ada. Kursus di PD. Hehehe. Ngada-ngada bunyinya. Tak apa mengada dengan laki sendiri tak apa, jangan mengada dengan laki orang.

Untuk minggu pertama cuti sekolah masih tiada apa-apa rancangan. Kali ini memang tak berjalan ke mana. Duit mahu diperuntukkan ke dua orang budak yang mahu bersekolah. Kakak masuk sekolah rendah, adik pula ke tadika. Makan beratus juga duit mahu dikeluarkan kelak. Jadi kenalah berkorban kali ini. Bercuti pun mungkin setakat dekat-dekat aje.

Semoga hari-hari kita sentiasa diberikan sinar kegembiraan untuk kita mampu tersenyum. Ada juga insan yang tersenyum sekadar untuk menutup kedukaannya. Namun apa yang pasti senyuman itu satu sedekah. Mudah-mudahan di sebalik senyuman itu kita diberikan kebahagiaan yang berpanjangan. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Monday, November 24, 2014

~Tamat Sesi Persekolahan Enam Tahun~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam isnin. Pagi ini tidak ada adegan berkejar-kejaran di dalam rumah memandangkan cuti sekolah sudah pun bermula. Biasalah selalu suara ni kalau tidak dilontarkan dengan nada tinggi memang tidak sah. Bolehlah sebulan berehat. Tahun depan lain pula ceritanya memandangkan si adik pun akan bersekolah.

Jadi hari jumaat lepas adalah hari akhir Adriana bersekolah tadika. Tamatlah sesi persekolahan enam tahun bagi Adriana. Tahun depan nana sudah ke darjah satu. Maknya sangat teruja. Touching pun iye gak. Bila anak nak masuk sekolah rendah terasa diri makin tua. Hehehe...

Sijil graduasi untuk Adriana di Tadika Keh Seng.

Gambar-gambar kenangan sepanjang Adriana bersekolah di tadika tersebut.

Gambar konvo Adriana untuk tadika. Semoga Adriana menjadi anak yang cemerlang untuk masa akan datang. Setakat ini di tadika, alhamdulillah untuk sesi enam tahun aku gembira dengan keputusannya. Biarlah menjadi rahsia. Biarlah hanya aku dan asben aje yang simpan.

 Jumaat lepas aku ke sekolah nana. Nak jumpa dengan cikgu-cikgunya. Jadi aku suruh nana bergambar dengan kawan-kawannya.

Ini antara kawan sekelas nana. Itu sahaja kisah Adriana yang sudah pun menamatkan sesi persekolahan enam tahun. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Sunday, November 23, 2014

~Peraduan Dream Trip To Macau Oleh Nuffnang~

Teks : Fyda Adim
Foto : MGTO & Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bismillah.

Selamat petang semua. Selamat berhujung minggu. Seperti biasa hujung minggu adalah masa untuk bersantai-santai bersama keluarga tersayang. Jadikan masa-masa begini sebagai masa yang berkualiti. Hujung minggu kali ini kami hanya di rumah. Belum ada rancangan untuk ke mana-mana.

Okeylah, berbalik kepada tajuk entri di atas aku dapat kiriman emel daripada Syarikat Nuffnang berkenaan peraduan ini. Jadi hati sangat teruja untuk menyertai peraduan ini. Apa salahnya mencuba nasib. Jika ada rezeki merasalah menjejakkan kaki ke Macau. Siapa yang tidak mahu jika percutian ditaja 100%. Pasti percutian ini meninggalkan kenangan manis pada sesiapa yang berpeluang ke sana kelak. Hanya menulis entri tentang peraduan ini di blog sahaja. Mudah bukan?

Kiriman emel yang aku terima bertajuk "Macau Your Way to An Experience of A Lifetime"

Mengenangkan aku yang memang gemar melancong, tetapi setakat ini hanya melancong di dalam negara sahaja. Masih belum berpeluang melancong ke luar negara. Maka dengan kesempatan yang diberikan aku tidak mahu melepaskan peluang ini. Sebelum itu mari aku ceritakan serba sedikit tentang Macau ini. Info yang aku peroleh daripada lamab web rasmi MGTO.


  Mengenai Macau
Macau - terletak di tebing barat Pearl River Delta di selatan Wilayah Guangdong , China - berdekatan dengan bandar Tanah Besar Zhuhai dan terletak kira-kira 60 kilometer di sebelah barat Hong Kong. Macau terdiri Semenanjung Macau, Pulau Taipa dan Coloane. Semenanjung Macau adalah hab wilayah dan disambungkan kepada Pulau Taipa oleh tiga jambatan jalan raya. Beberapa hotel resort antarabangsa yang besar dengan infrastruktur sokongan baru - terletak di atas tanah tebus semula antara Taipa dan Coloane dalam daerah yang baru dibangunkan dikenali sebagai Cotai.

Orang Portugis tiba dan menetap di Macau pada pertengahan abad ke-16. Oleh itu, seni bina bandar, seni, agama, tradisi, makanan dan masyarakat mencerminkan penyepaduan budaya Cina, Barat dan Portugis. Macau menjadi Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China pada 20 Disember 1999 dan dan menjalankan autonomi tahap yang tinggi di bawah prinsip 'Satu negara, dua sistem ". SAR yang kecil ini semakin berkembang meningkat dari segi saiz dengan lebih banyak bangunan di atas tanah tebus semula, dan dari segi jumlah dan kepelbagaian tarikan. Pada tahun 2005, Pusat Sejarah Macau telah tercatat didalam Senarai Warisan Dunia UNESCO terhasil oleh keunikan sejarah dan persekitaran kebudayaan. Kini Macau menempatkan dirinya sebagai Pusat Dunia Pelancongan dan Riadah kerana ia membangun sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang berkualiti.

Bahasa Rasmi
Bahasa Cina dan Portugis adalah bahasa rasmi di Macau, Bahasa Kantonis yang paling meluas penggunaanya. Kedua-dua bahasa ini digunakan dalam jabatan kerajaan didalam semua dokumen rasmi & komunikasi. Bahasa Inggeris pula secara amnya digunakan didalam industri pelancongan dan perdagangan.

Populasi Penduduk
Jumlah penduduk dianggarkan di sekitar 631,000 . Lebih 90% daripada penduduk Macau secara amnya merupakan etnik Cina. Selebihnya adalah warga Portugis, Filipina dan negara-negara lain.

Apa yang menarik di Macau? Hasil tinjauan aku di laman web rasmi MGTO, banyak tempat-tempat menarik sebenarnya yang terdapat di Macau, China. Terdapat tempat-tempat bersejarah mengenai Warisan Dunia Macau, galeri, muzium, tempat membeli-belah yang gah dan banyak lagi. Anda boleh lihat sendiri di laman web rasmi MGTO.(KLIK SINI)

Dalam pada banyak-banyak tempat menarik yang terdapat di Macau, ada tiga tempat yang aku menarik hati apabila aku diberi peluang ke sana. Tiga tempat menarik di Macau yang dimaksudkan adalah :-

1) Shoppes at Venetian
Shoppes at Venetian adalah salah satu pusat membeli-belah yang terdapat di Macau. Pada yang minat membeli-belah, pasti tidak akan melepaskan peluang. Lebih-lebih lagi apabila sudah berada di tempat orang. Antara sembilan pusat membeli-belah yang terdapat di laman web rasmi MGTO, pusat membeli-belah ini yang begitu menarik kerana persekitarannya yang begitu indah dan nampak tenang.

‘Shoppes at Venetian’ – pusat membeli-belah dalaman yang mewah menempatkan lebih daripada 330 buah kedai yang menampilkan butik dan jenama mewah terkenal dunia – menawarkan barangan fesyen, barang kemas, hadiah, aksesori sukan dan restoran. Selain dari membeli-belah dan tertarik dengan suasana romantis dan kemegahan terhadapnya, pengunjung boleh menikmati telatah penghibur jalanan ‘Streetmosphere’ dan ‘jugglers’, ‘living statues’ dan pemuzik kerana mereka berlegar-legar di landskap Venitian berliku.

Alamat: The Venetian® Macao-Resort-Hotel - Estrada da Baía de N. Senhora da Esperança, s/n, Taipa, Macau SAR

Yang menariknya, pusat membeli-belah ini seakan menjejakkan kaki di negara Eropah. The Venetian Macau ini dibina berkonsepkan senibina Eropah. Kemudian ditambah lagi dengan konsep ala-ala Venice. Selesai membeli-belah, bolehlah menaiki gondola menyusuri terusan sambil mendengar alunan suara daripada pengayuh gondola. Pasti suasana itu sangat romantis!

2) Warisan Dunia Macau

Ia terdiri daripada lebih 20 monumen lama dan dataran bandar terjalin di tengah-tengah bandar, daerah bersejarah secara kolektif dikenali sebagai "Pusat Sejarah Macau" dan tercatat didalam Senarai Warisan Dunia pada tahun 2005. Ia berdiri hari ini sebagai bukti kepada persepaduan dan kewujudan lembaran kehidupan bersama budaya timur dan barat   yang unik dalam sejarah. Terokai Pusat Sejarah Macau dengan santai - anda akan menemui pelbagai warisan indah dan memperkenalkan cerita-cerita indah mereka!

Ada banyak tempat Warisan Dunia Macau. Salah satu tempat Warisan Dunia Macau yang menarik minat aku adalah Dataran Lilau. 

Air bawah tanah Lilau pernah menjadi sumber utama air semulajadi di Macau. Ungkapan popular Portugis: "Seseorang yang meminum air Lilau tidak akan melupakan Macau" diluahkan kepada penduduk tempatan lampiran nostalgia Lilau Square. Kawasan ini merupakan suatu penempatan awal kaum Portugis di Macau.
Alamat: Lilau Square

Laluan bas berdekatan: 18, 28B

3) The House of Dancing Water

Berbagai-bagai pertunjukan mempesonakan kini boleh dinikmati di Macau! Dipersembahkan secara tetap, ia adalah yang terbaik untuk dirancang dengan bijak dengan memeriksa pada jadual pertunjukan supaya anda boleh menikmati keseronokan di sepanjang hari dan malam - di tempat-tempat yang menawarkan hiburan  serantau dan bertaraf antarabangsa.

Salah tempat pertunjukan yang menarik adalah The House of Dancing Water. Setelah penat berjalan-jalan melihat Macau bolehlah ke sini pula menyaksikan pertunjukkan menakjubkan berasaskan air. Pasti seronok!


Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, 'The House of Dancing Water' adalah produksi bernilai USD250 juta yang cemerlang mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Pertujukan popular ini - berakar umbikan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' - memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia.

Alamat: Dancing Water Theater at City of Dreams Estrada do Istmo, Cotai, Macau
Masa pertunjukan: anggaran 85 minit. Bermula pada pukul 5 petang dan 8 malam, sila layari laman web untuk butiran.
Tel: +853 88686688
E-mel: contactcentre@cod-macau.com
Laman Web: http://www.thehouseofdancingwater.com 

Itulah antaranya tiga tempat yang menarik di antara kebanyakkan tempat. Jika korang mahu lebih maklumat lanjut bolehlah ke laman web rasmi MGTO. Di situ, banyak info menarik tentang Macau.

Jika aku diberi peluang untuk memenangi peraduan ini, pasti aku adalah insan yang paling gembira. Siapa yang tidak gembira kan? Melancong...percuma! 

Kenapa perlu pilih aku untuk memenangi peraduan ini?

M = Macau adalah destinasi pelancongan yang menarik dan juga destinasi impian.
A = Aku belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Macau.
C = Cuba merebut peluang ini dan semoga diberi peluang.
A = Aku akan menceritakan setiap detik-detik sepanjang percutian tersebut.
U = Untuk menambahkan entri di blog tentang travelogue.

Itu sahaja entri mengenai peraduan "Dream Trip To Macau". Semoga ada ruang dan peluang untuk dipilih.  Terima kasih kepada penaja, Syarikat Nuffnang dan juga MGTO yang memberi peluang untuk blogger-blogger menyertai peraduan ini bagi merealisasikan impian masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk kepada Macau Government Tourist Office (MGTO) laman web rasminya. Anda boleh mendapatkan banyak informasi di situ. Pada blogger yang mahu menyertai peraduan ini bolehlah ke laman web Nuffnang di SINI. Masih ada masa sehingga jam 11.59 malam ini. Selamat berjaya semua!

#MYMacau

Sekian, terima kasih. 

Aku Penulisnya,






                                                                                                                   



Thursday, November 20, 2014

~Surat Orientasi Sudah Diterima~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Kembali bekerja setelah sehari bercuti. Cuti pun tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Perlu disimpan untuk sebulan lagi sebelum ke tahun baru. Takut ada kecemasan lain yang memerlukan cuti.

Nak bercerita kisah adriana yang akan melangkah ke tahun satu tahun hadapan. Sekejap aje rasanya dia nak masuk darjah satu. Emaknya, teruja yang amat. Terasa diri dah tua pun iye bila anak dah sekolah rendah. Hehehe...

Jadi minggu lepas, aku telefon sekolah yang aku daftar untuk darjah satu. Mahu bertanyakan tentang perkara-perkara lanjut. Pihak sekolah kata surat baru sahaja diposkan. Sehari selepas aku telefon pihak sekolah, surat pun aku terima yang menggunakan alamat rumah mak.

Jadi, hari orientasi untuk adriana seperti yang tertera di dalam gambar.

Bayaran untuk murid tahun satu.

Dan ini adalah senarai buku-buku sekolah adriana. Bahasa cina pulaknya. Sepatah haram aku tak tahu apa yang ditulis. Itu sahaja cerita adriana yang bakal memasuki ke tahun satu. Emaknya sangat teruja. Nervous pun ada gak. Cerita perihal si kakak aje, selit sedikit kisah adik. Adik pun akan mula bersekolah tahun depan. Ada sedikit kerisauan pada si adik tu. Nanti aku ceritakan. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                         

Wednesday, November 19, 2014

~Si Pipi Merah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Hari ini aku EL. Terpaksa EL akibat malam tadi telan ubat. Pagi ini sungguh tidak larat. Petang semalam Kak Nisah tegur "awat pipi merah?" Aku tercengang. Sepantas kilat ke tandas mahu menatap wajah.

Baru terperasan yang kedua belah pipi kelihatan merah. Serupa orang pakai blusher. Bertambah merah sebab malu. Hahaha...Sejurus selepas itu terasa gatal-gatal pula kat pipi aku. Ah, sudah! Salah makan ke apa aku ni.

Balik terasa badan panas aje. Panas dalam badan agaknya. Macam-macam dah tua-tua ni. Tetiba sedar diri. Jadi malam tadi nak lelap daku telan panadol. Lena hingga ke pagi. Sebab tak mahu ditegur orang aku EL aje. Dok bertapa kat rumah. Ini kejap-kejap dok belek muka. Dah kurang sikit. Harap-harap cepat eloknya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Tuesday, November 18, 2014

~Dari Air Tanganku~

Teks : Fyda Adim
Foo : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Hampir masuk waktu makan tengahari. Hari ini Mira Mokhtar bercuti. seronok kawan saya seorang tu. Mesti sedang bermain masak-masak. Semalam angan-angannya tinggi menggunung. Macam-macam semalam yang dia cerita mahu masak. Tapi saya cuma jawab kalau masak tu masak lebih boleh bawak rabu nanti.

Entri kali ini memang mengenai masak-masak. Hasil dari air tanganku yang tidak berapa mulus. Masak pun kadang ikut peraturan sendiri aje. Main campak-campak aje. Bukan chef katakan. Nak masak yang pelik-pelik sedikit macam biasa aku gunakan khidmat encik google. Walhal majalah masakan punyalah berlambak. Malas nak menyelak satu persatu. Hah!

Daging masak lada hitam. Dah separuh makan baru teringat nak ambil gambar. Hentam aje.

Masak asam pedas, kacang panjang goreng bersama telur dan daging pekasam.

Nasi ayam ringkas. Masa tu bawa sekali bekal ke kerja.

Lauk paprik campur. Konsepnya gunakan bahan apa yang ada dalam peti.

Menu minggu lepas. Asam pedas ikan pari, sayur campur, telur dadar dan timun buat ulam. Itu ajelah ceritanya. Pada yang tak ada idea nak masak apa bolehlah cari idea. Tapi resepinya non ado. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

~Hasil Gubahan Dan Berkemas~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Baru berkesempatan nak menitipkan sesuatu di blog ini. Dari semalam sibuk dengan kerja. Asyiklah sibuk aku ni. Macam aku sorang aje yang bekerja. Itu sahaja cara untuk melepaskan lelahan.

Tengahari semalam sewaktu rehat kononnya nak menulis tetapi mata bukan main memberat membuatkan aku melayan kehendak mata. Dapatlah melelapkan mata sebarang dua. Sekarang ni waktu rehat memang untuk merehatkan mata aje. Kepenatan yang ketara.

Okey, entri ini kesinambungan daripada entri INI. Hasil daripada aku mengubah bunga yang tidak seberapa yang dibeli di kedai kegemaran. Mana lagi kalau tidak di Romantika. Kebanyakkan perhiasan rumah memang aku beli dari situ. Murah! Tak mampu nak masuk kedai mahal-mahal. Janji perhiasan tu sedap mata aku memandang sudah memadai.

Warna pink adalah warna kegemaran. Bunga ni aku gubah beberapa bulan yang lepas.

Ini hasil gubahan sabtu lepas. Kena gubah balik nanti. Nak gubah bunga tu dalam pasu. Baru nampak cantik.

Rak buku aku yang sudah selesai disusun. Lega hati bila dapat memenuhi misi menyusun segala buku-buku dan majalah-majalah.

Majalah-majalah masakan. Antaranya majalah Saji, Aroma, Rasa dan sebagainya. Kebanyakkan majalah ni mak aku punya.

Rak ini pula campuran majalah pelbagai versi. Impiana, Anjung Seri, Seri Dewi & Remaja, Jelita dan dan lain-lain.

Ini majalah kegemaran yang tak pernah ketinggalan setiap minggu. Memang selalu beli sejak minat baca di ruang cerpen. Ini baru sikit. Dekat rak ruang tamu ada lagi. Ruang sudah padat.

Koleksi novel aku masa kini. Seronok tengok koleksi yang ada. Ada gak yang belum terusik. Kalau dah terbiasa beli mesti setiap bulan terbeli satu. Ada lagi rak lain yang dipenuhi dengan buku-buku ilmiah. Kamus ada, panduan solat, buku motivasi dan sebagainya.

Okey, tidak lupa ruang untuk anak-anak. Masih dalam proses membeli buku-buku cerita untuk adriana. Cuti sekolah nanti adriana boleh baca untuk mengisi masa lapangnya. Itu sahaja perkongsian pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

Monday, November 17, 2014

~Terima Kasih Pada Pengomen Tegar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bismillah.

Selamat petang semua. Sudah mahu pulang. Lagi satu jam sahaja lagi. Waktu balik adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Hehehe. Entri petang ini berkisahkan mengenai pengomen tegar di blog picisanku ini.

Terima kasih semua. Terharu kerana selalu meninggalkan jejak korang di blogku ini. Terima kasih kerana sudi membaca atau menyinggah di blog yang tidak seberapa ini. Semoga apa yang aku tulis di blog ini memberi manfaat dan sekadar berkongsi bersama kalian.


Saja aku simpan komen banyak-banyak cam tu. Nampak banyak sikit orang yang komen. :D

 Antara blogger-blogger yang selalu tinggalkan komen di blog. Mereka adalah Aida, Kak Monalita, Kak Amiza, Kak Ayu Ismail, Kak Zakie, Kak Zura dll. Pada yang tak disebut jangan pula kecil hati. Dah ramai-ramai tak ingat nama. Jangan serik singgah di blog aku ni lagi. Oh ye pada dua orang sahabat aku Kak Nisah dan Mira Mokhtar. Kami bertiga bersaing secara sihat mengumpul duit tabung dari nuffnang. :D

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Sunday, November 16, 2014

~Contest : Dream Trip To Macau~

Teks : Fyda Adim / Nuffnang
Foto : Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Siapa yang dapat jemputan di emel daripada pihak Nuffnang untuk menyertai peraduan ini? Aku salah seorang yang menerima kiriman emel daripada pihak Nuffnang. Jadi aku mahu kongsikan serba sedikit tentang peraduan ini. Pada sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya. Mana tahu jika rezeki menyebelahi kalian.

Mari aku titipkan serba sedikit latar belakang berkenaan peraduan ini. Jangan ada yang terlepas pandang pada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

api (2)The Blog Contest
1)       Write a blog post with the title – Dream Trip to Macau
2)      In your blog post, let us know the Three Most Amazing Things that makes you want to visit Macau and why we should send you for this superb opportunity
3)      Check out Macau Government Tourist Office’s official website and official Facebook page for more information. Don’t forget to place interesting visuals to describe your love for Macau, you are also welcomed to utilize pictures from your past visits to Macau in your write up too!
4)      Include a shout out and link back to Macau Government Tourist Office (MGTO) and Nuffnang Malaysia
5)      Post your published blog post URL in the comment section of this blog post once you are done with your masterpiece by 23rd November 2014 (Sunday) 11:59PM
6)      Feel free to share your blog post on social media and tag #MYMacau, @NuffnangMY (Twitter), @Nuffnang (Instagram/Facebook)
All glory to Macau Government Tourist Office (MGTO), the 3 Nuffnangers with the Most Interesting Blog Postswill be flying to Macau to experience a 3D2N all expenses paid holiday (including return air ticket and 2 nights accommodation at a 4-star hotel).
What are you waiting for Nuffnangers, we are all set to read what you have to say about Macau!
Contest Terms & Conditions
  1. This blog contest is open to participation from Nuffnang Malaysia bloggers only
  1. Bloggers are welcomed to
    • Write the blog post in English OR Malay language
    • Submit as many entries as they like by writing unique blog posts; however, a blogger is only eligible to win 1 prize
  2. Contest Entries will be disqualified in any of the following cases
    • Blog Post URL is not valid and accessible by public
    • Blogger removes contest entry from the blog
    • Blogger fails to follow contest criteria
    • Content of blog post are plagiarised
  3. To complete the contest submission, Nuffnangers need to publish their blog post and comment their Blog URL in this blog announcement. Deadline for publishing of blog post and comment on this blog post is 23rd November 2014 (Sunday) 11:59PM.
  4. Winners are required to:
    • Share their experiences on social media platform (Facebook, Twitter and Instagram) during the trip
    • Blog about your travelogue in Macau
    • Travel during stipulated period determined by organizer of the contest
  5. This contest is hosted by Macau Government Tourism Office (MGTO), judges’ decisions are final and organizer reserves the right to alter contest mechanics without prior notice.
  6. Winners will be announced on 1st December 2014 (Monday) on Nuffnang’s official blog and social media, winners will be contacted via email.
  7. Winners to make the booking by 15th December 2014. Travel period last until 31st March 2015.
Pada sesiapa yang minat untuk melancong jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan ini. InsyaAllah aku pun mungkin akan menyertai. Sekadar mencuba nasib. Selamat berjaya!

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

~Melakukan Kerja Di Rumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi ahad. Sekejap sudah hari ahad. Dua hari duduk di rumah tak terasa apa. Buat kerja rumah tak habis-habis. Lepas satu kerja, alih ke satu kerja yang lain. Semalam seharian suntuk dari pagi bawak ke malam dok berkemas. Semalam misi nak kemas bilik bacaan. Alhamdulillah tercapai walaupun makan masa. Banyak sangat berhenti untuk iklan. Jadi dari petang bawak ke malam dan tengahmalam.

Awal pagi kemas ruang tamu. Tapi biasalah kejap aje nampak kemas, bangun askar-askar aku yang dua orang tu memang berselerak balik.

Kemudian siapkan sarapan. Ringkas aje. Usai sarapan terus masak untuk tengahari. Masak asam pedas ikan pari, sayur dan telur masin.

Tekak teringin nak makan mangga asam boi. Kebetulan sepupu ada bagi sebiji mangga tapi sudah masak. Bolehlah. Minta tolong asben belikan asam boi.

Dalam jam tiga hujan turun selebat-lebatnya. Lepas makan takkan nak tidur pula. sambung buat kerja lagi. Kemudian terpandang pada bunga yang aku beli dua minggu lepas kat Romantika.

Aku gubahlah sendiri. Main cucuk je. Bak kata kawan aku nak buat konsep rimba.

Ini adalah ruang yang sudah beberapa kali aku tertangguh untuk kemas. Memang sakit mata. Hari ini dah tak boleh tahan.

Dua buah almari yang dipenuhi buku-buku dan majalah-majalah perlu dikemas. Sampah sarap bolehlah dibuang. Buat semak aje mata memandang. Jadi aku berjayalah mengemasnya semalam. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,