Friday, March 30, 2012

~Anak Dara Saya~

Assalamualaikum pada semua...

Saje nak update mengenai Adriana bergaya dengan uniformnya yang pinky itu.  Mamanya dahler suka warna pink. : D Budak-budak lain dah lama pakai uniform sekolah tapi adriana baru jea dapat.  Seronok masa dapat uniform dia.  'Mama, nana dah dapat baju sekolah warna pink.  Cikgu kata pakai esok.'  Apa-apalah nana oi.

Ini gambarnya minggu lepas.  Sehari lepas dapat uniformnya.  Pagi-pagi sebelum ke sekolah mama suruh posing dulu yea.  Haruslah kan.  Kalau tak ada gambar apa mau cite di blog.  Tak berupdate blog aku. ;D

Posing cam gini pulak yea.  Inilah adriana puteri sulung aku yang kuat merajuk.  Ikut perangai sape??Tak mau jawablah.  Hihihik..Sekian.






                                                                                                                       

Thursday, March 29, 2012

~2 Tahun Di Kastam~

Hari ini genap asben aku 2 tahun bertugas di Kastam Melaka.  Semua benda aku ingatkan.  Aku memang jenis yang ingat pada tarikh-tarikh penting.  Asben aku sendiri pun belum tentu dia ingat tarikh dia lapor diri hari nie 2 tahun yang lepas.  Pagi tadi aku yang bagitahu pada dia ingatkan tarikh hari ini. :-)  Ada perkara yang tidak dapat aku lupakan semasa menunggu asben dapatkan kerja nie.  Memang sangat-sangat mengharap, akhirnya doa kami dimakbulkan bila asben menerima surat tawaran.  Happy sangat-sangat!!!

Sekejap jea dah 2 tahun asben di Kastam.  How time flies so fast!!!Sekarang asben tidak lagi bertugas di Wisma Kastam, sekarang di Pelabuhan Kuala Linggi.  Alhamdulillah, rezeki kami bila asben dapat kerja ini kami dapat membeli rumah kami sendiri.  Apa-apa pun semoga asben dapat memberi komitmen yang baik terhadap kerjayanya.






                                                                                                                        

Wednesday, March 28, 2012

~Wordless Wednesday - Baweanese~











                                                                                                                        

Tuesday, March 27, 2012

~6 Tahun Sebagai Government Servant~

Hari ini 27 Mac 2012 genap 6 tahun aku berkhidmat sebagai gomen servant.  Baru 6 tahun kan, lama lagi perkhidmatan aku.  Masih jauh lagi.  Banyak lagi target yang hendak disasarkan.  Kalau panjang umur dapatlah berkhidmat sampai umur 56 tahun as a government servant.  Perjalanan sepanjang 6 tahun nie banyak suka, duka, pengetahuan yang dapat aku amik.  Terpulang pada kita untuk handle jika ada sesuatu masalah yang datang pada diri kita.  Tempat pertama aku lapor diri adalah pada 27 Mac 2006 di Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).

 
Inilah tempat pertama kali aku menjejakkan kaki untuk lapor diri.  Masa tue beratnya rasa hati sebab dapat penempatan di Putrajaya.  Baru abis belajar di Perak, lepas tue kena merantau lagi.  Ada masa seronok jugak merantau tapi ada masa tak seronok.  Masa aku dapat kerja di sini aku telah pun bertunang.  Jadi dalam masa yang sama aku cuba mintak tukar ke Melaka.  Mari kita tengok gambar-gambar yang ada dalam koleksi aku semasa aku bekerja di KKLW.  Tidaklah aku upload semua cuma sedikit aje.  Malas haku nak edit-edit picture yang ada.

Inilah tempat aku masa di tempat lama.

Nampak sangat kerendahan aku yea.  Masa nie aku sedang menghadiri Kursus Induksi Khusus di PD.

Yang ini pun sama.  Masa induksi khusus.  L-R : Kak Zu, Aku, Encik Afnan our PTD, Is dan Yana.

Ini pulak time perhimpunan.  Yana dan yong.

Aku dan yana.  Time perhimpunan kena pakai tudung KKLW.  Tengoklah muka aku yang tembam itu.  Salahkan tudung yea.

Aku dan Kak Linda.  Masa nie kita orang keluar bertiga dengan Yana sekali.  Makan di Chicken Rice Shop.

Aku, Am dan Yana.  Kami bertiga memang rapat waktu tue.  Akhirnya sekarang semua berpisah.  Antara 3 tue aku paling tua.  Jadi mereka berdua tue adik-adik aku.

Ini gambar masa raya.  Masa nie aku ikut officemate pi beraya ke rumah SUB kami.

Dan yang paling aku rindu adalah pada BFF aku sewaktu aku di KKLW, Azliyana.  Masa aku dapat tukar memang sedih.  Memang kami selalu berdua-duaan aje ke mana-mana.  Tapi kami masih contact lagi.  Sekarang yana dalam confinement selepas bersalin anak keduanya.

Inilah kisahnya tempat pertama aku mula-mula berkhidmat dan aku dapat bertukar ke Melaka sebulan sebelum aku melangsungkan perkahwinan.  Sekarang aku masih di jabatan yang sama selepas bertukar dari Putrajaya iaitu di JKMN Melaka.







                                                                                                                     

Monday, March 26, 2012

~Aktiviti Hari Ahad~

Semalam, hari ahad aktiviti aku sangat penuh.  Maksudnya seharian tidak berada di rumah.  Penat jugak walaupun dok melanguk tak buat apa tapi dia punya letih mak ai macam jadi buruh kasar.  Balik tue memang aku tidoler.  Oklah ceritanya begini.  

Semalam pagi aku kena bertugas di Dataran Ayer Keroh sempena Sambutan Hari Keluarga 1 Malaysia Peringat Negeri Melaka.  Pukul 8 pagi sudah keluar rumah.  Aku tumpang Rak Rehan.  Nama dah naik kan, nak tak nak dengan memaksa diri untuk menjadi rela aku pun pegilah.  Nasib ada kak rehan, ada gak member.  Kalau tak ada member tak ada haku ingin nak pegi.  Sampai-sampai tak buat apa pun.  Aku dan Kak Rehan ditugaskan untuk jaga khemah VIP tapi entahlah datang macam saje-saje jea.  Pendek kata datang macam nak tunjuk muka aje.  Janji ada kan.  Kang nama kena blacklist. ;) Oklah, mari lihat gambar utnuk menceritakan segalanya.  Check it out!!!

Suasana pagi di dataran.  Aku duduk di bawah khemah aje.  Malas nak kemana-mana.

Tempat lepaking kami.  Masa nie aku dan kak rehan baru settle makan nasi lemak.  Sampai-sampai kelaparan jadi makan dulu.

Menunggu apa aku pun tak tahu.Kak rehan bertudung coklat.  Dan yang bertudung hijau adalah Mira.

 
Kami semua yang diarahkan untuk bertugas semalam.

Aku dan Kak Tinah.

Sibuknya Pn Sya itu.  Aku duduk sambil snap pic.  Itu ajelah kerjaan aku.

Masing-masing sedang sibuk mengangkat makanan dan minuman.

Kat padang sedang diadakan acara tarik tali.

Aku dan mira lagi.  Tak habis-habis dok bergambar.  

Pukul 11.30 pagi aku dan Kak Rehan sudah berangkat pulang.  Kahhhhh.  Lambat sangat programnya.  Nama jea aku ada kat dataran tapi hati ada kat rumah.  Aku memikirkan anak-anak aku.  Asben aku jaga pagi tue.  Kebetulan hari tue asben cuti sebab petangnya asben aku kena lapor diri untuk berkursus.

Sampai rumah tengok 3A aku tak ada.  Rupanya dia orang pi breakfast kat kedai.  Aku pun amik kesempatan untuk lena beberapa minit sebelum askar-askarku pulang.  Memang tak larat betul.  Masak pun asben.  Padahal takler buat kerja berat pun.  

Petangnya pula kami ikut asben pi lapor diri.  Di mana?
 
Kat sini jea pun.  Jaraknya yang sekangkang dari rumah.  Hehehe.  Dapatlah tengok permandangan di dalam AKMAL nie. 

Inilah bilik asben untuk menginap.  Tapi tak tidur sini pun.  Balik rumah yea.  Atenya, takkan aku nak dok bertiga.
 
 Ammar yang baru bangun dari tidonya.  Apa yang disengihnya?

Tengok tv rupanya.

Tengoklah dua beradik nie.  Empuk ke tilam kat AKMAL nie.  Bergolek-golek sakan macam kat rumah tak dak tilam.  Nanti kita suruh papa beli tilam baru yea.

Lepas dah settle di AKMAL, kami ke jusco pulak.  Saje cuci-cuci mata kat jusco tue.  Port kami anak-beranak ke jusco ajelah.  Mana lagi nak pi melepak.  Dari jusco kami ke durian tunggal pulak ke rumah along, abg asben aku sebab Mil aku ada di sana.  Bual-bual, makan-makan pukul 9.30 malam kami meminta izin untuk pulang.  Itulah cerita aku untuk semalam yang sangat meletihkan.  Minggu nie tidak ada operasi masak-masak di rumah.  Makan kat luar atau makan di rumah mak.  Asyik tak dak kat rumah jea kan.  Sekian..






                                                                                                                    

~Nayli Firzanah InDHouse!!!!~

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

Entry sebelum ini mengenai adik ipar aku yang telah admit wad rabu lepas untuk diinduce hari khamis lepas telah selamat melahirkan seorang puteri secara normal seberat 2.2kg di Hospital Besar Melaka pada jam 4.21am.  Puteri ini diberi nama NAYLI FIRZANAH yang bermaksud Nayli = Pencapaianku, Firzanah = Pintar, bijak.

Dengan ini 3 orang sudah cucu buat Hj Adim dan Hjh Saedah.  Aku sudah pun menjadi mak long.  Tapi dalam family aku Nayli akan panggil aku Obek sebab kami orang bawean.  Ada tak korang yang datang dari keturunan bawean?Sape yang pernah dengar mesti sudah maklum akan panggilan dalam family bawean.  Macam jawa kan pun ada panggilannya kan.  Bahasanya pun lain samalah jugak dengan kami.  :-)  Let's check it out!!!

Presenting Nayli Firzanah.  Selepas beberapa jam dilahirkan.

Gambar ini diambil pada hari kedua Nayli.  Masa nie dah balik rumah neneknya aka mak aku.  Jumaat petang adik ipar aku sudah boleh discharge.  Welcome home to both of u.  Bertambah lagi ahli keluarga kami.

Sabtu petang adik ipar aku sudah balik ke rumah maknya untuk berpantang.  Rindulah nanammar pada adik nayli.  Obek pun dah rasa rindu.  Nanti obek datang jengah nayli di kampung yea bawak nenek dengan atok.  Tunggguuuu..;)





                                                                                                                     

Thursday, March 22, 2012

~Kisah Adik Ipar Aku~

Inilah debaran yang kedua.  Hari ini my SIL kena induce.  Ini gambar semalam.  Kakak iparnya yang snap.  Hehehe.  Tak abis-abis nak bergambar.  Sampai kat hospital pun nak amik.  Yelah, kamera ada jea dalam handbeg haruslah snap picture kan.  Dulu masa aku tak ada orang layan nak bergambar bagai.  Tak adalah kenangan aku berbaju pink ini.  Hehehe.

Pukul 11am tadi adik ipar aku dah masuk ubat.  Sekarang masih menanti khabar daripadanya.  Haruslah orang yang kat rumah dok susah hati.  Sudah sakit ke belum?Sudah bukak ke belum?Tahun lepas aku, orang kat rumah susah hati sampai maklong aku tak lalu makan bila aku kata sudah turun tanda.  Sekarang aku pulak.  Barulah dapat rasa kerisauan yang sangat memuncak ketika ini.  Memang tak senang duduk.  Sesiapa yang sudah pernah melaluinya pasti paham.  Adik aku pulak dah macam-macam loyalah, mabuklah, anginlah dan macam-macam.  Pada mulanya nak masuk teman isterinya, pi kursus meneman.  Bila dah pi kursus meneman dah ubah fikiran tak mau masuk.  Hikhikhik...

Apa-apa pun semoga adik ipar aku selamat melahirkan anak sulung, dipermudahkan segalanya dan selamat semuanya.  Petang kang akan masuk ubat kedua.  Balik keje nie aku terus ke hospital.  Ok babai...





                                                                                                                      

~Debaran Pertama Sudah Lepas~

photo courtesy of Wreckful Oh Dibah

Entry aku 2 hari lepas yang di SINI mengenai debaran yang bakal dilalui, satunya telah pun ditempuh.  Semalam anak buah aku Miss Dibah telah pun mengambil keputusan SPMnya.  Alhamdulillah anak buah aku dapat keputusan 7A 2B.  Tahniah buat dibah!!!!Gambar di atas diambil dari blognya sendiri.  Dibah, bibik cilok gambar ko.  Yang bertudung biru tue anak buah aku.  Dah request kat aku suruh buatkan kek dan spageti untuknya.  No hal yea..Tunggu erk kek dan spageti untukmu...:-)
Sekarang sedang menunggu debaran yang kedua.  Selagi tak selesai, memang tak senang duduk.  Nak buat apa pun tak boleh.  Apa pun tak boleh!!!Nak tahu pasal apa tunggu next entry ok.  Rasa-rasanya korang baca tak??Baca tau!!!:-)





                                                                                                                          

Wednesday, March 21, 2012

~Rabu Yang Indah~

Hari rabu yang indah buatku..  Mood yang ceria tapi terselit jugak keresahan di hati selagi penantian belum berakhir.  Penantian itu suatu penyeksaan.  Apa-apa pun selamat pagi buat semua.  Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik buat anda semua dan juga aku. 






                                                                                                                          

Tuesday, March 20, 2012

~Esok Adalah Hari Penuh Debaran~

Esok 21 Mac penuh debaran buat kami sekeluarga.  Over pulak aku nie.  Hihihi.  Hari perjuangan dan penantian daripada dua orang dalam family aku.  Sememangnya kini aku resah menantikan hari esok.  Nak buat keje pun tak ada mood.  Mood tak sabar, berdebar, takut, risau dan gembira.

Apa yang pasti mungkin salah satunya debaran yang aku lalui semua orang sudah tahu esok apa yang berlaku?Esok keputusan SPM akan keluar.  Macam aku pulak kan nak amik resultnya.  Kisah aku sudah lama berlalu 12 tahun yang lalu.  Rupanya dah lama aku tinggalkan zaman sekolah aku kan.  Oklah sebelum merepek ke lain berbalik kepada tajuk.  

Debaran pertama sebab esok anak buah aku akan amik result SPM di Sek Men Sains Rembau.  Bibiknya iaitu aku lebih over yea.  Berdebar,debar jantungku berdebar...Hehehe...Harap keputusannya success!!!!

Inilah dia orangnya, Miss ADibah.  Memang rapat dengan aku sejak kecil lagi.  Sejak mula merangkak sudah rapat.  Hehehe.  Suka berangan, melukis, suka makan spageti (nak yang western aje), menyanyi tapi mesti lagu omputih, gila-gila apa lagi dibah????.  Yang penting kami sejiwa dalam menjadi blogger!!!Blogger ke aku??Heheheh..Sudah request sesuatu dengan aku.  Kalau result success suruh aku masakkan spageti untuk dia.  Kan dah bagitau.  Nak yang western aje.  Ok2, kalau result ok bibik buatkan apa yang ko request.  Hehehehe..Jangan mintak yang bukan-bukan udahler.

Oklah untuk debaran yang kedua pulak kisah adik ipar aku.  Why with my sis in law?Esok my sis in law kena admitted.  Aku lagi yang berdebar.  Tarikh due dia 22 Mac nie.  Tapi sebab dia ada diabetic doktor suruh admit esok untuk induce.  Haruslah kami berdebar.  Apa-apa pun yang penting semuanya selamat.

Aku dengan adik ipar aku, Nor Faezah.  Dia pun sedang dalam susah hati tue.  Paham bebenorler kan.  Kita yang dah pernah melaluinya pasti paham perasaannya.  Waktu-waktu macam nie semua susah hati kan selagi tak bersalin.  Macam-macam dalam benak nie dok pikir macam manalah saat-saat bersalin nanti.  Sudah pesan jangan susah hati sangat kang darah pulak naik.  InsyaAllah semuanya dipermudahkan.  Apa yang penting sentiasa dengar apa yang nurse atau doktor suruh kita buat.  Aku dah kecut perut.  Hehehe...

Oklah kengkawan, doakan buat anak buah aku dan adik ipar aku yea.  Semoga anak buah aku akan mendapat keputusan yang cemerlang dan buat adik ipar aku semoga selamat melahirkan anak sulung dan selamat semuanya.  InsyaAllah, tak lama lagi dapatler aku anak buah yea.  Sayang korang!!!!






                                                                                                                      

~Tukar Selera~

Malam tadi akibat malas nak ke dapur kekononnya tak mahu makan.  Nak berdiet.  Kemudian asben kata dia nak masak.  On jealah tapi asben aku suruh aku uli tepung.  Ntah nak buat apa katanya.  Mak ai..Mintak ampunler bang.  Semalam rasa letih sangat badan.  Macam nak demam.  Kena selsema pulak tue.  Itulah tak larat.  Nak pegang periuk kuali semua tak dak mood.

Sudahnya??Asben kata 'jom makan luar.'  Wah aku yang dengar kata nak makan luar dengan pantas bersiap yea.  Pantang diajak makan luar.  Boring gak makan kat rumah.  Apa salahnya sesekali tukar selera.  Tapi aku bukan berselera sangat pun.  Saat aku menaip ini pun selsema sedang melanda diri.  Kat opis aku nie ramai yang mengandung.  Orang lain mengandung aku pulak yang tak sihat melebih-lebih.  Belum sendiri yang mengandung.  Kahhhhhh....

Semalam cadang nak makan roti nan tapi tengah jalan tertinggal botol susu ammar.  So cancel aje makan kat kedai berdekatan dengan rumah.  Kami makan di Restoran Berkat Salam Bukit Katil.  Tak dan nak snap gambar kedai.  Kempunan aku roti nan.  Lain kalilah ajak asben.

Adik ammar sedang menikmati french fries.  Yummy.  Ammar memang suka makan.

Ini dia french fries.

Adriana fokus kepada kerangnya.  Masa tengah amik order siap dia kata kat orang amik order tue 'nak kerang.'  Dia memang minat makan kerang.

Aku pulak makan mee sup.  Selsema eloklah makan sup.  Asben makan mee bandung.  Dah lama katanya tak makan.

Dan akhir sekali kena order otak-otak.  Aku suka makan.  Belajar makan daripada asben.  Dulu tak reti makan.  Dengar namanya kot geli.  Sekarang!!!Akulah hantunya.  Itulah kisah makan malam kami untuk malam tadi.  Saje ubah selera kan.