Monday, October 28, 2013

~Sabtu Penuh Dengan Aktiviti~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Entri kedua untuk hari isnin yang sedikit menerujakan aku.  Minggu akhir untuk bulan oktober.  Menanti kedatangan november memang suatu penyeksaan.  Oleh itu, dua minggu akhir ini aku penuhkan hari hujung minggu dengan aktiviti buat diri sendiri dan anak-anak supaya tak terasa sangat.

Hari sabtu awal pagi aku sudah bangun.  Sebab nak hantar my mom ke klinik sebab nak cek darah.  Untuk rawatan bulanan.  Ayah aku temankan mak aku.  Aku balik rumah dulu selepas hantar mak dan ayah ke klinik.  Nak amik adik ipar and kids.  Dalam 8.30 ayah aku call kata dah selesai.  Kita orang terus keluar dengan ammar dan nayli tak mandi.  Tukar pampers je sebab nanti atok dengan nenek tunggu lama pulak.  Lepas je amik paretns aku kita orang ke pasar sebab aku nak beli sesuatu di sana.

Jom tengok gambar...

Sarapan terus di Pasar Besar Melaka.


Ammar dan Nana.

Sarapan untuk aku hari itu.

Ammar usik Nayli.

Inilah suasana di kedai makan dalam pasar.

Selesai makan kami turun ke tingkat bawah sebab aku nak beli sesuatu.

Nanammar tunggu nenek beli sayur.

Duduklah kat sini sementara nak tunggu atok dan nenek beli barang.

Tension ummi nayli.

Balik dari pasar hantar mak ayah aku ke rumah pakcik sebab ada majlis pernikahan sepupu.  Kita orang balik dulu sebab ammar dan nayli tak mandi lagi.  Hihihi.  Siap-siap baru pergi balik.  Dah settle nikah balik rumah dulu.  Malamnya nak tengok pengantin berarak.  Masing-masing keletihan dan cas tenaga untuk malamnya.

Bersambung lagi...






                                                                                                         

No comments: