Tuesday, April 12, 2016

Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Bersambung lagi dengan kisah 2 April 2016. Masih belum tamat lagi ceritanya. Mabuk juga mahu menulis dengan beberapa bahagian. Kena juga dibahagi-bahagikan entri sebab terlalu banyak gambar. Mahu muntah hijau kalau cerita satu entri. Orang yang menulis pening, orang yang membaca pun lagi bertambah pening.

Dalam jam 2.00 petang, selepas Zohor orang surau pun sudah tiba. Asben jemput sekali orang surau cuma baca doa saja kali ini kami jemput pakcik aku untuk mengendalikan majlis tersebut.

Orang surau sudah pun tiba. Masa ini pakcik dan makcik aku dalam perjalanan. Berhenti solat. Dalam sepuluh minit juga menunggu mereka pun tiba.


Menunggu apa lagi masa ni aku pun tak pasti. Tahu ada je gambar dalam kamera. Adik aku yang tukang tangkap gambar.

Majlis doa selamat pun bermula.

Inilah pakcik aku.

Kaum hawa di luar. Aku masih lagi ke hulu ke hilir memastikan semuanya sudah siap.

Biras-biras dan sepupu.

Setelah di dalam, tetamu dijemput makan di khemah. Kena pasang khemah sebab kalau semua di dalam memang tidak muat. Kalau ada khemah tetamu agak selesa. Separuh boleh makan di khemah, separuh boleh makan di dalam. Tidaklah terlampau sesak.

Ok, entri seterusnya dengan majlis hari jadi pula. Next....

Salam pena,



Monday, April 11, 2016

Beberapa Jam Sebelum Majlis

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat petang semua. Ini semua adalah entri autopublised ye. Dari entri pagi tadi. Semalam gigih menulis menyiapkan kesemua entri. Tak nak bertangguh. Kalau bertangguh lagi memang sampai sudah tak akan ada entri ini.

Gambar memang banyak. Nak muntah dibuatnya. Gambar dalam handphone lain, gambar dalam kamera lain, gambar dari event planner lain. Itu belum diambil kira daripada handphone masing-masing. Mahu tak termuntah. Pening mak nak.

Ini cerita pada hari kejadian.

Sabtu, 2 April 2016.

Beberapa jam sebelum majlis bermula. Persiapan demi persiapan memang tak henti-henti. Selagi belum bermula memang ada aje kerjanya.

Wanita yang ayu bertudung hitam itu adalah biras aku. Dia yang banyak membantu aku dari awalan lagi. Dia buat topper cake, buat prop, brownies dan juga makanan.

Kanak-kanak ribena yang sibuk ke hulu ke hilir dengan belon minionnya.

Nayli anak buahku.

Kanak-kanak yang ada di rumah aku sejak jumaat. Empat orang ni pun sudah kecoh.

Emak ramai anak gitulah. Hehehe...

Birthday boy dan birthday girl.

Entah apa lagi yang dibuat birasku ini.

Aku pula membantu apa yang patut.

Susun candy booth tak habis-habis. Projek kita orang bersama.

Ini anak-anak buah aku. Dia orang mesti ada sebab dia orang banyak menolong aku jugak. Kalau dia orang tak ada memang tak cukup korum.

Dua jenis air yang boleh menjadi pilihan. Sirap dan air oren. Nama pun tema minion. Dengan bekas-bekas air aku tampal gambar.

Meja goodies. Goodies untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Bersungguh mak aku bercerita. Dengan tangan-tangan lagi. Berjubah merah tu kakak sepupu aku.

Masa ni sepupu yang bertudung merah pun dah tiba. Nenek saudara pun dah sampai. Nak tunggu pakcik aku dan orang masjid untuk baca doa.

 Apa lagi yang dia betulkan belon tu. Pagi tu dah satu belon pecah.

Adik ipar aku menyusun cupcakes sampil mengkelek anaknya.

Nasiblah ada mereka.

Awatlah adik ipar aku kenyit-kenyit mata? Hehehe..Adriana tu sibuk dengan kotak cupcakes. Dia handle part tu. Hehehe. Yelah, pagi tu peti ais tak muat, Adriana yang pergi hantar letak rumah sebelah. Begitu kisahnya sebelum majlis bermula. Terpaksa diasingkan beberapa entri sebab gambar terlalu banyak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Candy Booth Hasil Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Sejak terjebak dengan candy booth, setiap majlis yang kita orang buat mesti nak ada candy booth jugak. Masuk ini dah tiga kali juga candy booth yang aku buat untuk diri sendiri. Nak upah orang mahal makanya kita buat sendiri.

Lagi pun aku suka bab-bab begini. Memang suka nak buat. Untuk diri sendiri saja. Seronok. Sekarang kan memang trend mana-mana majlis mesti ada candy booth ni. Yang simple, yang meriah pilih aje. Macam-macam pakej ada disediakan. Ada juga candy booth disediakan dengan coklat fountain tu.

Aku tak buat pun yang coklat fountain tu. Tak nak berkecah. Yelah, budak-budak kan. Biasalah. Nanti lagi huru-hara. Jadi aku memang tak letak.

Pandangan sisi. Masa ni belum siap sepenuhnya.

Dua biji kek yang sudah mengambil tempat.

Pandangan dari arah depan.

Pandangan sisi dari arah sini pula.

Belum siap sepenuhnya disusun. Maaflah, gambar agak tunggang-langgang. Pening kepala memilih.

Pelbagai jenis makanan sudah disusun di atas meja.

Cupcakes ni aku buat sendiri. Coklat cupcakes. Cake topper tu biras aku yang buat.

Muffin dan apam polkadt tu aku order dari SINI.

Brownies ni pula biras aku yang buat. Sedap sangat. Orang melaka kalau mahu mencuba boleh roger aku. Dia ada amik order.


Inilah rupa candy booth yang aku deko bersama biras dan adik ipar. Sekian laporan daripada aku untuk entri ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Kek Hari Jadi Anak-anak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Setelah lama tidak membaking sendiri kek, kali ini untuk majlis Ammar dan Nayli aku menanam azam untuk buat sendiri. Menanam azam berbulan-bulan ye. Dua biji kek tapi berbulan juga cuba mengumpul semangat dan kerajinan dalam diri.

Teruk betul bunyinya.

Memang dah lama aku tak bake sendiri kek. Yang lepas-lepas aku order je. Malas punya hal. Jangan marahkan aku, marah malas. Hahaha...

Jadi awal-awal lagi aku sudah mencari edible image minion. Maklumlah temanya minion. Jadi semuanya minion. Beberapa bulan memang minion bergentayangan dalam rumah. Pergi dapur nampak minion, pergi ruang tamu nampak minion. Nasiblah muka laki aku tak nampak macam minion. Huhuhu...

Inilah edible image yang aku beli secara online. Semuanya RM20 termasuk pos. Pagi sabtu tu memang lepas subuh aku terus ke dapur. Kek sudah siap tinggal nak deko. Wah, risau jugak takut entah apa-apa jadinya.

Ini hasil kek yang sudah siap dideko. Dekonya yang simple oleh pembuat kek amatur. Ini saja yang termampu. Ini kek butter dalamnya. Khas untuk anak teruna.

Ini pula kek untuk Nayli. Dalamnya kek coklat. Berposak jugak aku menyiapkan dua biji kek. Bila dah siap gembiranya bukan main. Seronok dapat siapkan kek untuk anak-anak. Kali ini berjaya tidak membeli. Semoga lepas ini dapat hasilkan kek lagi untuk yang lain. Lepas ni hari jadi siapa pulak?

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Sunday, April 10, 2016

Malam Sabtu dan Malam Ahad

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat petang semua. Kembali dengan entri kedua. Banyak nak kena kejar. Tadi berhenti kejap pergi masak dan makan. Menulis, menulis jugak. Perut kena jugak diisi. Hari minggu memang hari bersantai di rumah. Kerja berlambak. Baju bertimbun nak kena lipat. Siapkan dulu tulis segala entri dalam blog baru boleh sambung buat kerja lain.

Malam sabtu lepas seperti biasa balik rumah mak mertua. Kebiasaannya kalau tidak ada aktiviti lain memang situ saja destinasi kami empat beranak. Malam itu ajak asben bawak mak dia makan luar. Dah jemu balik rumah mak tak ke mana. Terperap aje dalam rumah.

Kami makan di sini. Menunya yong taufu.

Kami malam itu.

Ini cerita sabtu pula. Asben suruh aku masak. Katanya sudah lama tidak makan masakan aku. Hahaha..Poyo je. Ini makan tengahari kami. Kemudian asben hantar Adriana ke kelas taekwando manakala aku dan Ammar melepak di rumah. Aku lebihkan tidur. Ganti waktu tidur.

Petang jam 5.30 kita orang keluar lagi. Kami ke Aeon dan melepak di Old Town sambil menikmati roti bakar saja.

Cik kak ni sibuk membeli buku cerita. Menurun perangai maknya. Nanti dah kena tambah rak buku. Mak punya dah penuh. Kena kumpul koleksi buku cerita dia pulak lepas ni.

Salam pena,



Ulangtahun Blog Yang Ketujuh

Assalamualaikum dan salam seha sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi ahad!Hari ini barulah terasa kembali seperti biasa. Beberapa minggu lepas sibuk dengan persiapan kenduri dan minggu lepas telah selesai pun kendurinya. Kepenatannya jangan dicakap tapi keseronokannya itu yang penting.

Seronok?

Memang seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga. Keluarga sebelah aku dan keluarga sebelah suami. Memang seronok tak terhingga. Gitu sekali perasaannya.

Bila tengok orang lain seronok aku cukup puas hati. Niat untuk menggembirakan anak-anak dan anak-anak buah. Selesai sudah satu bahagian. Nanti aku tulis entrinya. sedang gigih memilih gamang beratus-ratus. Naik juling mata aku. Punya banyak.

Kembali pada tajuk entri.

Bulan April adalah bulan ulangtahun untuk blog. Tahun ini adalah tahun ketujuh aku menceburi diri dalam dunia blog. Sudah tujuh tahun rupanya aku menulis di sini. Penulisnya dari usia 20an sudah melangkah ke 30an. Dari anak sorang sudah bertambah dua. Baru dua orang. Hahaha...

Akhir kata untuk blog yang tersayang, selamat ulangtahun untuk blog. Ucapan untuk diri sendiri, semoga semangat untuk menulis masih bersisa. Jangan asyik ke laut aje. Sudahnya memang berminggu blog terbiar. Tapi setakat ini masih belum mahu berhenti menulis kerana menulis adalah terapi untuk diri sendiri.

"Pengalaman lalu mengajar diri kita agar lebih kuat."

Sekian dan wassalam.

Salam pena,