Sunday, October 19, 2014

~Payung Ungu Untuk Adriana~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Baru sempat nak menjengah blog kesayangan. Biasalah bila sudah duduk di rumah memang sibuk dengan kerja rumahlah. Dua malam tak berjaga sangat untuk menulis blog. Mood swing. Malam ini barulah datang mood. Itu pun sekejap je boleh menulis memandangkan esok kerja.

Minggu lepas aku dapat ole-ole dari seorang kawan opis. Ole-ole dari Cameron. Mula-mula aku kirim tapi bila nak bayar dia tak mahu. Terima kasihlah banyak-banyak. Murah rezeki awak. :D

Ini dia payung yang aku dapat. Memang nak belikan untuk kakak nana. Payung yang ada sudah jahanam.

Bila dapat masa tu juga digunakannya. Renyai-renyai masa nak pergi mengaji itu yang dia berposak nak guna payung baru. Suruh guna payung kat rumah nenek tak mahu. Ikutkan ajelah. Sekian sahaja entri pendek untuk malam ini. Wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Saturday, October 18, 2014

~34 Tahun Usianya~

Teks : Fyda Adim
Foto : FK Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Sudah menjengah ke hari sabtu. Sekejap sahaja masa berlalu. Beberapa hari lagi kita akan menghabiskan bulan oktober. Entri ini sepatutnya ditulis semalam namun mood mahu menulis tidak sampai. Itu yang tertangguh.

Semalam, tanggal 17 Oktober adalah ulangtahun kelahiran suami tercinta. 34 tahun genap usianya semalam. Alhamdulillah. Semoga suamiku sentiasa di bawah lindunganNya. Memandangkan semalam dia tiada kerana bekerja di luar Melaka makanya tiada sambutan. Cuma aku ada buat kejutan untuk dia awal sehari. Nanti aku ceritakan di sini.

Buat suamiku, selamat hari lahir. Semoga dalam peningkatan usia ini akan mematangkan diri abang. Semoga abang akan menjadi lebih baik dan sentiasa diberkati Allah. Itu sahaja ucapan ringkas daripadaku buat suami. :D

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Friday, October 17, 2014

~Makan Malam @ Old Town~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Asben

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam jumaat. Pagi ini dari rumah mak. Perjalanan lancar sekali tanpa ada tekanan perasaan. Terasa tenang sangat pagi ni. Alhamdulillah. Seronok bila dikurniakan perasaan sebegini. Moga berkekalan buat hari ini dan juga pada masa akan datang.

Hari rabu malam, bawa mak ke Aeon Ayer Keroh sebab mak nak beli barang. Keluar lepas maghrib, tunggu asben balik main tenis. Kemudian siap-siap keluar. Usai membeli barang, mak kata lapar. Jadinya, kita orang bawa mak makan sekali. Malas nak ke tempat lain memandangkan jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Maka ke Old Town sahaja.

Anak-anak aku kalau nenek ada mesti nak mengendeng dengan nenek je.

Ammar nak nenek suap.

Menu untuk aku. Apa ke namanya aku tak tahu. Masa tu sudah kelaparan.

 Roti bakar ni kegemaran kami. Sedap pulak. Walhal boleh buat kat rumah je. Sesekali tak apa.

Mee kari pilihan bonda. Itu sahaja kisahnya. Semalam nak menulis di blog tapi akibat keterujaan yang melampau maka dimatikan sahaja hasrat itu. Itu sahaja entri pendek untuk pagi ini. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Wednesday, October 15, 2014

~Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Baru berkesempatan mahu menitipkan sesuatu di sini. Isnin hari tu walaupun cuti tapi terlampau sibuk. Sebelah pagi hantar adriana, uruskan kat rumah mak, masak kemudian sebelah petang menerima kedatangan tetamu istimewa. Tetamu jauh.

Tergamam. Sewaktu menatap wajahnya aku sememangnya terkedu. Macam-macam perasaan waktu itu. Sudahlah waktu itu mamai-mamai bangun dari tidur. Siapa? Sepupu aku. Pangkat adiklah memandangkan aku beza 10 tahun dengannya. Kali terakhir kami bersua dia masih kecil dan waktu itu aku masih bersekolah rendah. Kemudian atas sebab-sebab tertentu dia ke Batu Pahat dan kami terus terputus hubungan.

Ayahnya adalah adik angkat pada mak dan mak long. Arwah nenek dulu mahukan anak lelaki jadi diambil anak angkat. Daripada saudaranya juga. Kemudian pakcik berkahwin dan tetapi perkahwinan pakcik tidak berpanjangan. Dipendekkan cerita adik sepupu datang ke Melaka kerana mahu mencari ayahnya.

Sebelum pulang kami sempat bergambar. Dapatlah berjumpa dengan ayahnya dengan bantuan kakak sepupu aku (sebelah kanan).

 Dari kiri : Zuhaira, aku, mak dan kakak wati.

 Budak perempuan itu adalah Zuhaira bergambar bersama arwah nenek, mak dan adiknya.

Akhirnya bertemua juga dengan ayahnya setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Jangan ditanya kenapa. Memang masa menuju ke ayahnya perasaan sedih menerpa dalam diriku. Sedih melihat mereka. Dia beberapa kali mengutarakan padaku nak cakap apa bila jumpa ayah? sebab dah lama tak jumpa. Hari itu, kami semua berjumpa setelah sekian lama...

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Monday, October 13, 2014

~Masih Bercuti~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam isnin permulaan hari untuk minggu ini. Semoga permulaan yang baik untuk hari ini.  InshaAllah. Tiga malam bersengkang mata menyiapkan sesuatu. Semoga dipermudahkan dan ada perkhabaran yang baik. Andai tiada, anggaplah bukan rezeki.

Hari ini, aku masih bercuti kerana bonda ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Seperti biasa aku perlu menjaga budak yang dalam gambar ni dan ditugaskan untuk menjaga ayah. Memandangkan aku bercuti, pagi tadi aku hantar nana ke sekolah ditemani ammar. Jenuh bawak si budak lasak ni.

Ini gambar masa aku melepak kat hospital. Sudah kepenatan melayan ammar yang tak reti duduk diam. Jadi aku ajak dia bergambar. Salah satu gambar kami daripada banyak gambar yang aku ambil tempohari sewaktu melawat ayah di hospital. Okeylah, itu sahaja kisah untuk hari ini. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan hari ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Sunday, October 12, 2014

~Setengah Bulan Gaji~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam ahad. Seronok tiga hari di rumah dan esok aku masih lagi bercuti. Guna cuti rehat yang berbaki nyawa-nyawa ikan. Nak tak nak kena juga luakkan cuti rehat yang ada sebab ada urusan keluarga.

Seperti yang sedia maklum, jumaat lepas adalah hari pembentangan bajet 2015. Seronoklah sebab boleh fokus tengok kononnya. Maklumlah cuti. Selalunya tidak berkesempatan sebab hari bekerja. Pada awalnya berguling depan televisyen usai membedal pisang goreng cheese. Empat beranak makan hingga licin.

Pada awalnya, mataku galak lagi tapi entah bila boleh terlena. Sedar-sedar sesi pembentangan pun sudah habis. Berapa lama aku lena tu? Nikmat sungguh bila dapat melelapkan mata sebentar. Bukan senang nak dapat masa-masa macam itu. Sebaik aku jaga, tanya suami apa cerita. Jawabnya setengah bulan gaji je. Okeylah tu, daripada tak ada kan. Alhamdulillah. Bersyukurlah dan jangan sesekali merungut. Takut lupa diri. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,