Wednesday, June 19, 2013

~Si Comel Meragam~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Comel mana pula yang dimaksudkan aku?  Hehehe..Ini bukan baby ye.  Baby yang ada pun dah 2 tahun lebih.  Kejap je kan masa berlalu.  Tapi dia still aku anggap baby di hati mama.  Gelagat dia masih mencuit hati mama.  Dah tentu-tentu semua tahu siapa yang aku maksudkan.  Siapa lagi kalau bukan my lil boy, Muhammad Ammar Qayyum.

Tapi entri kali ini aku bukan nak cerita mengenai lil boy aku tu, tapi nak cerita baby aku yang satu lagi.  Kereta comelku yang telah setahun bersama denganku.  Ke hulu ke hilir dengannya.  Tanpanya aku rasa patah kaki.  Tak mampu nak ke mana-mana.  Ngada-ngadakan sekarang?Dulu boleh je naik turun bas.  Sekarang dah ngada-ngada.  Yelah, tak ada kereta orang tak kawan.  Hikhikhik...Sila jangan merepek alfidah adim!!

Okey, marilah tengok apa masalahnya.  Sempat aku ambil gambar masa berhenti kat traffic lite.  Jangan tak tahu, aku drive jugak masa kereta ni meragam.  Tersengguk-sengguk aku bawak.  Kalau nak rosak pun biarlah aku sampai ofis dulu.  Tengahari tu, asben aku amik kereta untuk dibetulkan.

Nampak tak benda yang bernyala tu. 

Close up skit.

Sudah dibetulkan si comel aku tu.  Fuh!!Lap peluh tengok harganya.  Masalah plug apa entahlah.  Aku bukannya tahu pun.  Sedangkan isi minyak pun asben yang buatkan.  Yang aku tahu bila minyak penuh, start enjin dan bawak.  Bila minyak dah tinggal sikit, aku sound kat asben.  Hihihi...







                                                                                                       

~Maggi Cawan~

Assalamualaikum....

Selamat pagi.  Rabu yang berjerebu.  Pagi ni keluar pergi kerja dengan cuaca yang tidak elok.  Jerebu di sana sini.  Sakit mata, sakit hidung.  Huh!!!Memang teruk jerebu pagi tadi.  Okey, tajuk maggi cawan tapi mukadimahnya mengenai jerebu. Hihihi

Semalam ubah selera waktu lunch.  Makan maggi cawan perisa tom yam.  Entah kenapa hilang selera dan tak lalu makan nasi.  Huhuhu. Mira mokhtar pula moodnya hilang jauh.  Memang tak patut orang orang yang buat kawan saya semalam. Awak buat dia hilang mood dan saya terpaksa cari moodnya kembali.  Tahu tak????

Tengahari ni tak tahu nak makan apa.  Boring dah tengok lauk kat kafe.  Nak keluar tengahari malas pulak.  So makan je apa yang ada kat kafe tu.  Itulah kesimpulannya. :D

Sekian entri pagi ini.  Bersambung lagi.

Love,
A.A

Tuesday, June 18, 2013

~"Segment Mencari Pemenang My Followers"~

Assalamualaikum...

Tengahari ni mari kita join segmen ini.  Dah lama aku tak join segmen-segmen cenggini kat blog.  Hari ni tetibe mood elok nak join.

Syarat2nya :

1st, korang kena buat entry "Segment Mencari Pemenang My Followers" then tampal banner kat atas ni & link kan entry ini. Pastu letak link penyertaan di komen entry ini sahaja. - DONE

 
2nd, Korang tangkap sekeping gambar korang, atau dgn kawan-kawan pun tak apa. Buat gaya candid. Sertakan gambar itu pd entry korang. - DONE

Gambar ni memang diambil secara spontan.  Hihihi :D


Tag minimum 2 kawan korang & pastikan diorang tahu. - DONE
Kawan yang ditag adalah Myra Mokhtar dan Deq Nor

And the last is, Follow blog Pretty Lady. - DONE

Sesiapa yang berminat nak sertai sila ke link INI.
 
     


                    

~Layan Nasi Arab Pulak~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Pagi ni bersantai sikit ke kerja.  Tak adalah keluar awal pagi seperti semalam.  Semalam jam 6.30 pagi sudah berada di atas jalan raya.  Aku kena hantar anak-anak sebab asben keje malam.  Hari ni offdaynya aku boleh bersenang-lenang sikit.  Hihihi...

Nak cerita jumaat lepas, first time asben bawak kami makan nasi arab.  Kebetulan jumaat lepas besday MIL aku.  Itu yang keluar makan.  Akhirnya kami membuat keputusan untuk mencuba nasi arab.  Ala-ala abang rahman gitu.  Kan Mira Mokhtar?Bila sebut arab teringat telemovie Cinta Di Menara Al-Burj.  Betul ke tajuknya?Lakonan Cik Ta, Tasha Shilla, Norkhiriah dan yang paling penting ada Fahrin.

Okey, dah melalut pulak.  nak cerita pasal makanan arab nanti termasuk cerita lain pulak.  Berbalik kepada tajuk.  Mari kita bercerita berdasarkan pada gambar rajah.

Kami sampai di depan Restoran Makanan Arab yang terletak di Bukit Beruang.  Apa gambar ni tak clear.  Kamera tak bagus.  Hihihi.  Aku guna kamera digital je.

Aksi ammar di dalam restoran.  Ramai jugak orang yang datang makan di sini.

Bertudung oren itulah my mom in law.  Sebelahnya sudah tentu semua orang mengenalinya.

Ammar yang suka bergambar juga.

Tadaaa...Inilah yang kami order.  Aku tak ingat namanya apa.  Ini size small ye.  Ini untuk asben aku.  Tak silap dia order kambing sama dengan adik iparku.

Ini untuk mil aku.

Ini aku punya.  Aku ingat mandi chicken.  Banyak gila!!Aku tak terhabis.  Makan sikit dah muak kut.

Adriana buat style gyiyomi.

Ammar pun nak jugak.  Nanti nana kata "kenapa adik suka ikut apa nana buat?"  Jawapan aku sebab "Nana kakak dia."  Nana pun diam dan dia akan bertanya lagi bila ammar ikut perbuatannya.

Mama dan papa nak juga enterframe..

Selesai makan kami bersantai-santai.  Total makan di restoran itu je dah RM70 lebih.

Tengok gaya mereka.  Apa kakak buat, adik nak buat juga.  Nanti next entri ke manakah kami bersantai selepas makan.  Jam 12 malam baru pulang ke rumah.  Pada sesiapa yang nak rasa nasi arab bolehlah mencubanya!!!






                                                                                                        

Monday, June 17, 2013

~Gambar Kenangan Bersama Pengarah~

Assalamualaikum semua...^___^

Selamat pagi.  Hari ini mungkin akan disajikan dengan beberapa entri buat tatapan semua.  Malam tadi gigih buat entri untuk hari ini.  Kalau kat opis mungkin tak ada masa dan takkan sempat untuk luahkan idea untuk menulis.

Ini adalah entri kenangan bersama pengarah jabatan aku yang sudah bertukar ke negeri Johor minggu lepas.  Pengarah aku bernama Datuk Daud bin Arbah.  Kenal dengan beliau dari tahun 2008 semasa beliau menjadi timbalan pengarah.  Tak nak cakap lebih-lebih mengenai beliau, nanti dikatakan apa pulak.  Takut nanti ada opismate yang baca.  Huhuhu.  Mulut orangkan, nanti timbul spekulasi pulak.  Apa yang penting, beliau memang seorang pengarah yang baik.

Doa aku untuk beliau semoga datuk cepat sembuh dan boleh berjalan kembali seperti dulu.  Semoga datuk dapat menjalani tugas harian dengan baik dan dipermudahkan hari-hari datuk.  Hari terakhir beliau di JKM, aku memang sedih. Sob..sob..sob..

Aku, Mira Mokhtar dan Datuk Daud.

Bergambar beramai-ramai.  Ini group perempuan saja.

Gambar candid.

Kali ni termasuk sekali dengan kaum lelaki di opis.  Beberapa kerat je lelakinya.  Ramai yang tak ada.  Yang penting kami ada gambar kenangan bersama bekas pengarah JKM. 

Sekian entri keduaku pada hari ini.






                                                                                                                       

~Selesai Misi Mencari Langsir~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Isnin sudah menjelma lagi dan lagi.  Diharap mood masing-masing baik-baik saja di hari permulaan bekerja ini.  Aku seperti biasa. Mood sedang-sedang saja.  Tidak bad mood dan juga good mood.

Nak cerita perihal hari jumaat.  Misi aku bersama teman, Mira Mokhtar mencari langsir.  Fuh!!Cari langsir pun boleh stress.  Kak Nisah, Kak Rehan dan CC pula ke arah lain.  Keluar jam 12.15 setelah jam punch card berbunyi mengeluarkan lagu menandakan waktu rehat.  Dengan sepantas kilat aku dan Mira keluar.  Tak kejar masa.  Yelah, nak pilih-pilih kain dah makan masa.  Aku pula jenis rambang mata.  Itu cantik, ini cantik.  Wah!!!Ada $ semua boleh.

Misi mencari langsir bukan sebab nak raya.  Yelah, belum puasa dah bersemangat cari langsir bagai.  Tapi mengenangkan langsir kat rumah sedang nyawa-nyawa ikan itu yang buat time raya.










Stress cari langsir mari bergambar.

Macam-macam corak langsir yang menarik mataku ini.  Sediakan wangnya saja.

 
Sambil cari kain langsir, cari juga kain pasang.  Banyak-banyak kain boleh tak ada yang berkenan.  Berkenan kat yang mahal pula tu.  Harus lupakan.

 Harus bergambar ye Mira Mokhtar.

Okey, aku sudah jumpa kain yang aku berkenan.  Sedang membincangkan dengan orang kedai dan kira harga.

 
Lega...Sangat-sangat lega bila langsir sudah ditempah.  Resit untuk aku simpan.

Selepas penat berjalan menyelesaikan misi, misi lain pula.  Misi untuk mengisi perut yang sudah berbunyi.  Mira makan nasi ayam.

Aku makan mee sup.  Tak lalu nak makan nasi hari tu.  Makanlah mee sup yang penuh dengan paru-paruan.  Selesai makan kita orang pun pulang ke opis.

Sekian sahaja entri untuk pagi ini.  Selamat bekerja uolls!