Friday, April 4, 2014

~Entri Malam Hari~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua.  Malam ni ada entri malam hari.  Saje nak menanti mata mengantuk.  Nak tidurkan ammar, capai ipad dulu.  Kakak nana tak ada malam ni.  Tidur rumah nenek.  Dari malam kelmarin minta nak tidur rumah nenek sebab nak ikut mak dan ayah aku pi kat masjid al-azim.  Tak apalah, bagi lepas satu malam je.  Ini punasyik-asyik aku telefon rumah mak.  Aku macam ni, kalau anak tak ada depan mata mula tak senang duduk.  Semua mak pun macam tu kan.

Okey, tak nak bebel panjang-panjang.  Marilah kita rehatkan diri dan minda setelah penat seharian bekerja.  Fikirkan untuk esok.  Banyak kerja yang menanti.  Lipat baju, basuh baju, kemas rumah.  Macam-macam.  Belum lagi termasuk kerja sampingan.  Ermmm...

Sebelum tidur jangan lupa baca doa tidur.  Itu sahaja untuk malam ini.  In sha Allah esok entri lain akan menyusul.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

~Terlalu Percaya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari.  Jumaat tiba lagi.  Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai kehidupan.  Tengahari ni rehat panjang.  Hari ini bercadang tidak ke mana-mana.  Tadi keluar kejap beli makanan je.  Keluar selalu nanti duit habis, ada misi lagi yang perlu diteruskan.  Jadi misi berjimat-cermat perlu ada.

Sedang melayari internet terjumpa kata-kata ini.  Kita menyimpan kepercayaan pada seseorang tetapi sudahnya apabila kepercayaan itu tidak digunakan sebaik mungkin maka kepercayaan itu kelak akan hilang.  Itulah lumrah kehidupan.  Kerana terlalu percaya diri umpama lurus bendul.  Kerana terlalu lurus menjadi mangsa jenaka manusa.  Itulah manusia.

Semoga kita sentiasa dilindungiNya.  Buat baik dibalas baik.  Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan seseorang kelak tidak akan ada kepercayaan itu lagi.  Renung-renungkanlah.  Sekian.

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         


Thursday, April 3, 2014

~Menerjah IKEA~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Update blog dari ipad setelah diaktifkan semula internetnya.  Malas mahu transfer gambar ke komputer.  Dasar pemalas! Kat hp pulak screennya alahai.  Kecil.  Banyaknya rungutan.  Bersyukurlah...

Okeylah, teruskan cerita dengan hari kedua kami di Kuala Lumpur semasa cuti sekolah lepas.  Pagi itu kami rancang ke Ikea terlebih dahulu memandangkan tiket masuk ke Kidzania dibeli sesi petang.  Kenalah isi masa pagi itu dengan mencuci mata di IKEA.  Itu tempat kegemaran aku.  

Jomlah tengok gambar.  Aku ceritakan melalui gambar satu persatu...

Suasana pagi itu.  Bangun pagi jengah ke luar dulu.  Ammar yang selalu duduk tepi tingkap tengok keretapi lalu.  Katanya 'thomas and friend...tut..tut..'.

Sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan.  Sarapan di hotel je.

Ini aku punya.  Makan ni je sebab tak selera lagi masa ni.

Usai sarapan naik ke bilik nak bersiap. Apa kena anak dara ni? Kerjanya merajuk je.

Ini sudah siap.  Bergambarlah kami berdua sementara tunggu lif.

Perjalanan dimulakan.  Ikea, aku datang!

Lalu bawah terowong.  Dekat mana jangan ditanya.

Nampak tak? Aku teruja nampak signboard ni.  Hehe...Macam tak pernah pergi pulak.

Nana ditugaskan bawa begnya sendiri.  Pampers botol susu dia bawakan.

Ammar juga yang free.

Ini sudah ada dalam Ikea.

Cuci mata terapi minda.

Tertarik dengan benda ni.

Cantikkan???

Anak-anak dah yang versi jakun.com alangkah bestnya dapat bilik cantik macam ni.  Pasang angan-angan sudah.

Selesai di Ikea kami terus jalan ke Kidzania.  Park kereta kat Ikea je.  Adalah beli barang sikit kat Ikea.  Tapi yang barang aku capai dulu adalah benda ni.  Tengok...

Warna warni uolls.  Serba lengkap aku beli.  Pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garpu.  Bolehlah bagi anak-anak guna.  Itu jelah dulu entri untuk cerita di Ikea.  Nanti bersambung dengan cerita di Kidzania.  Memang syok.  Aku yang tua ni pun teruja apa ntah lagi anak-anak.  Lebih-lebih lagi nana.  Sekian.

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

~Selamat Pagi Khamis~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Sudah berada di hari khamis.  Sekejap je kan.  Pejam celik sahaja sekarang ni.  Rasa tak terkejar.  Banyak lagi perkara yang belum dapat dilaksanakan.  dalm fikiran, semua nak buat dalam satu masa.  Mana nak uruskan rumah, di tempat kerja, suami, anak-anak.  Sudahnya diri sendiri entah ke mana.

Semalam aku ke kerja seperti biasa.  Disebabkan bibir kering aku calitkan sedikit pelembab bibir.  Nampaklah bibir aku yang tak berapa mungil ni kemerahan sedikit.  Adalah seseorang menegur aku.  Siapalah lagi kalo bukan dik non Mira Mokhtar.  Nasiblah dia yang menegur.  "Eh, hari ni akak pakai lipstick."  Lebih kurang macam gitulah dialog dia.  Hehehe...Sudahnya aku capai tisu dan lap.  Dia marah.  Nasiblah kawan sendiri tegur.  Kalau orang lain sentap kut.  Hehehe...

Modus operandi cerita di atas, sendiri fikirlah.  Kalau kita tak pernah buat tiba-tiba je berubah mesti ada orang perasan.  Kalau yang memberi sokongan tak apa dapatlah orang sekeliling yang kuat mengutuk.  Pekakkan telinga.  Itu baru pakai pelembab bibir.  Ini contoh ye Mira Mokhtar.  Kang si dik non pula yang sentap dengan aku.  Hehehe...

Okeylah, itu sahaja entri pagi ini.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam.  Itu harapan untuk semua orang.  Menjadi seorang yang tabah dan insan yang redha dengan ujian daripadaNya.  In sha Allah...Sekian.

Wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          


Wednesday, April 2, 2014

~Menikmati Malam Di Ibu Kota~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua.  Kembali dengan entri ketiga di waktu ini.  Ini adalah entri berjadual yang aku sempat taip malam tadi sebelum tidur menggunakan ipad.  Mata tak mahu lelap lantas ipad dicapai.  Maka terhasil entri ini.

Bersambung entri percutian cuti sekolah kami ke Kuala Lumpur.  Usai solat maghrib, bersiap mahu keluar untuk melihat permandangan malam di ibukota.  Kami keluar bukan menaiki kereta.   Asben ajak naik tren, kereta ditinggalkan di hotel sahaja.

Mulakan di stesen bandaraya.  Turun di stesen hang tuah.  Pergi ke Berjaya Times Square.

Aku bab naik tren ni memang tak berapa arif.  Asben pandai.  Nasib ada download map transit Kuala Lumpur di ipad.  Berpandukan itu aje.

Itu dia.  Menanti kedatangannya.

Kali kedua ammar naik tren.  Dia yang paling teruja.  

Tukar tren untuk ke Berjaya.

Tengoklah anak-anak aku.  Macam-macam gaya bergambar.

Ini sudah sampai di Berjaya Times Square.

Puas berjalan singgah makan di Texas Chicken.

Sedang memesan makanan.

Inilah yang dimakan malam itu.

Selfie tiga beranak.

Siapa yang paling comel?

Inilah tempatnya.

Selesai makan meneruskan perjalanan pulang.

Menunggu tren.  Waktu ini kaki sudah sakit sebab pakai kasut.  Jalan jauh pula.  Sudahlah salah turun stesen.  Menapaklah jauh balik ke hotel.  Aku dengan memikul beg.  Macam hulk hogan.

Akhirnya tiba juga di hotel.  Memang lenguh ototlah.  Balik masing-masing pengsan.  Mahu mengumpul tenaga untuk keesokan hari pula.  Memang sangat menyeronokkan...  Itu sahaja kisah malam itu.  Bersambung kisah keesokan hari ke Ikea dan Kidzania.  Sekian.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim



~Percutian Cuti Sekolah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Entri kedua untuk hari ini.  Baru sempat mahu menceritakan mengenai kisah cuti sekolah yang lepas.  Ke manakah destinasi kami empat beranak.  Iye, dalam pada tidak sihat hari itu terpaksa kuatkan diri melawan segalanya sebab dah janji dengan anak-anak mahu bawa jalan.  Lebih lagi pada adriana.  Lepas tahu je cuti sekolah akan dibawa berjalan, setiap hari bersyair kat telinga aku.

Percutian kali ini tidak jauh mana pun dari bandar Melaka.  Hanya ke Kuala Lumpur.  Asben sudah tempah hotel dan segala bagai dia yang uruskan.  Aku? Tahu semuanya sudah disediakan.  Hehehe...Sesekali manja dengan laki.  Ini kategori manja ke mengada-ngada? Fikirlah sendiri.  Tak kisahlah apa pun tanggapan korang.  Hihihi...

Okey, sebelum melalut lebih jauh.  Hari rabu lepas aku cuti kecemasan.  Sepatutnya kerja sebab sebelah petang baru nak bertolak ke KL.  Tapi sebab pagi itu kepala berat nak bangun pun macam malas akibat menelan ubat.  Memang sahlah kena cuti.  Mula-mula asben tanya juga larat ke tidak.  Akhirnya kita orang bertolak selepas zuhur sebab fikir perjalanan tak jauh.  Kalau jauh mahu jugak rancangan dibatalkan.  Tapi sayang...


 Perjalanan dimulakan dengan lancar.  Alhamdulillah.  Trafik juga bergerak lancar.


Reaksi anak-anak.  Ini masa belum nak tidur.  Kejap-kejap ada je makanan yang dikunyah.  Lebih-lebih Ammar.  Tengok tu dia konker makanan.  Lepas dah makan mata pun mengantuk.  Maklumlah kereta bukan MPV masing-masing nak tidur siap nak bergolek macam atas katil.  Bergaduhlah budak berdua ni.  Sudahnya kakak mengalah tidur menyandar.


Kemudian singgah di RnR Seremban.  Makan tengahari sebab kelaparan.  Aku makan mee sup memandangkan selsema.

 Ammar kalau makan macam-macam gaya.  Berdiri pun ada.


Setelah dua jam perjalanan, kami sampai juga di hotel berpandukan GPS.  Kami menginap di Quality Hotel di Jalan Raja Laut.  Ini permandangan dari atas bilik.  

 Sebelah hotel kami menginap terletaknya bangunan LPPKN.


 Ammar penuh teruja.  Kejap menjengah luar tingkap tengok keretapi.  Anak siapalah tu.


Aku merehat-rehatkan diri sebab lepas maghrib nak keluar.  Naik tren.  Memang perlukan tenaga yang banyak.  Mana nak pikul beg, nak bawa diri sendiri lagi.  Itu sahaja entri untuk permulaannya.  Nanti bersambung lagi di entri yang lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,