Wednesday, November 7, 2012

~Mee Sup Untuk Dinner~

Dinner malam tadi kita orang makan mee sup.  Sejuk-sejuk sedap hirup sup.  So sebab malam tadi ada sedikit kerajinan nak masak dan malas nak buat yang remeh-temeh aku decide nak masak mee sup.  Mulanya asben aku tak nak.  Dia mana reti nak makan sup.  Tapi yang aku pelik sup mamak dia makan pulak.  Nak-nak kalau sup kambing.  Aku nie memang suka masakan ala-ala chinese style.  Memang feveret.  

Bila masak mee sup boleh anak-anak aku sekali makan.  Tak payahlah nak masak benda lain kan.  Selalunya kalau malam aku gorengkan dia orang nugget ke, kentang ke, sosej ke etc sebab sebelum balik anak-anak aku memang dah makan kat rumah mak aku.  Tapi malam tadi saje nak suruh dia orang makan heavy sebab hujan-hujan nie memang lapar memanjang.  Ke aku sorang yang rasa lapar erk?Saat menaip entry nie yang diautopublished pagi nie aku sedang mengunyah makanan yea.  Lapar giler. 

So inilah hidangan kami malam tadi.  Untuk asben sebab tak boleh nak makan sup gitu jea dia request so aku buatkan cili kicap.

Close up sikit.  Inilah mee sup versi aku main campak-campak.  Janji masuk mulut dan kenyang.  Tapi aku masih lapar nie.  Apa kes?Lepas makan kenyanglah.  Nak kata tak baca bismillah baca yea.

Inilah cili kicap yang aku buat.  Versi hentam jugak tapi aku ada rujuk resepi kat SINI.  Aku copy paste kat sini kot-kot ada yang nak buat kan.  Aku rasa ini yang senang dan mudah jea.  Bahan-bahan aku sukat ikut aku jea.

RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan ( satu balang )

  • 200g cili api hijau
  • 1 botol kicap manis cap kipas udang
  • 2 labu bawang putih
  • 4 senduk minyak
  • 1/2 st garam
  • gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1. Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
  3. Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
  4. Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
  5. Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.
Sekian saje entry untuk pagi ini.  Selamat mencuba dan selamat membuat kerja!!!Bersambung nanti.







                                                                                         

Tuesday, November 6, 2012

~Android Tablet PC Untuk Adriana~

Akhirnya tercapai hajat nak belikan adriana tablet untuk dirinya sendiri.  Sebab beli??Sebabnya untuk mengelakkan tab aku dan ipad asben yang aku menang tue dikacau olehnya.  Nak jugak mention yea ipad tue aku yang menang.  Bini baik hati bagi laki guna.  Huahuahua.  Sila muntah ijo.  Taklah.  Asben guna ipad sebab aku sudah ada tab.  Takkan nak beripad dan bertab pulak.  Versi tamak pulak nampaknya.  Bersyukur dengan apa yang ada.  Dah nak merapu nie.  Berbalik kepada tajuk yea alfidah!!!

Oklah, straight to the point aku dengan asben decide nak belikan untuk adriana tablet nie.  Selalunya menjadi mangsa tab aku.  Habis dia sms ntah sape2lah.  Memang habislah bil telefon aku.  Mula-mula aku suruh asben belikan yang ala-ala tab yang harga RM25.  Tapi asben kata memang dia orang takkan heran.  Yelah sebab dah biasa tengok kita punya bergambar nak ke dia main benda tue.  Bukanlah tak nak belikan yang murah tapi itulah sebabnya.  Tapi sebab tak nak anak-anak aku ketinggalan zaman aku kata oklah tapi boleh pegang tab masa asben dengan aku jea ada. 


Tadaa..Tunjuk kotaknya dulu.  Beli pun guna duit raya adriana.  Bagi dia rasa barang-barang.  As long bukan mak apaknya yang guna duit raya itu.  Kenalah jaga jugak duit anak-anak nie.  Ada rezeki nak beli bolehlah beli.  Kalau tak memang tak adalah.  Gunalah ipad papa tue tapi bukan tab mama.  Hehehe.  Mama kedekut.

Sebab adriana yang pilih memang dia akan pilih warna PINK!!Hah.  Ikut sapelah suka warna pink.  Haruslah ikut mama.  Nak-nak asben tanya aku.  Memang aku jawab PINK!!


Cover pun pink yea.  Hehehe.  Pinky pinky.  Adriana kata tab nie share dengan adik ammar.  Tapi dia sorang jea yang konker.  Adik memang tak pernah pegang.  Dok menempel jea dengan si kakak.  Kalau kakak dah boring barulah dia bagi pada ammar.  Kadang adik sampai nangis-nangislah.  Nanti nana bagi pada ammar.  'Ammar mainlah pulak, kakak tak nak dah.'  Itu jealah gadget terbaru untuk adrianammar selain basikal pinky ari tue yang aku cerita.  Btw, ada kawan-kawan yang tanya harga basikal tue terutama pada blogger fyzz.  Harga sebenar tak silap RM160 dapat tawar RM150.  Itu jealah yang dapat kami belikan untuk anak-anak.  Masih mengamalkan sikap bersederhana dan berbelanja secara berhemah serta ikut kemampuan.  Sekian entry untuk tengahari ini. 







                                                                                                                     

~Selasa Yang Tenang & Hari Gaji~

Pagi selasa yang mendamaikan dan menenangkan.  Sejuk jea pagi nie setelah semalam seharian hujan.  Nie dok kat opis pun sejuk.  Nak-nak duduk bawah aircond.  Dah rasa seram sejuk pun ada.  Boleh jadi beku macam nie.  Sejuk-sejuk nie kalau tidur di atas tilam yang empuk dan berselimut tanpa sebarang gangguan adalah sangat best!!Kira hibernasi gitu.  Banyaklah ko punya nak berhibernasi.  Sejak ada anak mana boleh ko nak berhibernasi bagai.  Baru dok dalam bilik sorang-sorang lepas solat ke sementara papa jaga anak-anak di luar sudah diketuk pintunya.  Kenalah gilir-gilir jaga anak.  Kalau tak apaknya yang ketuk, anak-anaknya pulak.  Macam mana maknya nak hibernate!!!Jangan mimpi yea. 


Hari ini cuba sedaya upaya fokus kepada kerja!!!Semalam mood memang menjunam habis hingga ke petang iaitu balik.  Buat kerja tue buat tapi tak sepenuh hati.  Boleh gitu??Entahlah.  Hari ini aku cuba mencari kembali mood itu dan kini masih dalam mood yang stabil.  Huahuahua...

Seperkara lagi yang membuatkan mood aku stabil adalah sebab hari ini adalah ari gaji.  Awalnya!!!Tak ada makna pun.  Gaji nie bukan boleh diusik sebab nak tunggu sebulan lebih nak dapat gaji lain.  So kita buat tak tahu jea terhadap duit itu.  Boleh ke???;D







                                                                                                                 

Monday, November 5, 2012

~Isnin Datang Lagi & Today Birthday Adik Aku!!!

Isnin muncul kembali.  Kadang membosankan dan kadang tidak sama sekali.  Maka hari ini seperti biasa aktiviti aku setiap malam isnin iaitu Adam dan Hawa.  Ngeee..Asyik-asyiklah Adam & Hawa.  Tadi dah tengok sorotan untuk episod malam nie.  Memang tak sabar menanti.  Episod-episod akan datang mesti best sebab Am dan Ain akan berbaik.  So sweettt..Memang tak sabar nak tunggu scene berbaik-baik itu. :D

Hari nie aku lambat nak update blog ini.  Hari yang lemau selemau-lemaunya.  Banyak sungguh lemaunya.  Mood ke laut atas sebab-sebab tertentu di opis.  Malas bila kenangkan.  Bila sudah menanam azam di rumah bersemangat nak kerja sampai jea opis mesti semangatku hilang.  Mendung di hati sama mendung di luar yang sedang hujan.  Hujan yang turun..bagaikan mutiara...Nyanyi yea.  Tahu kan lagu siapa.  Biar lagi hujan lagi kat luar tue.  Uwahhhhh.  Sedih, kecewa.   Ya Allah tabahkanlah hatiku dan berikan aku kesabaran di dalam diri.
 
And today is my brother's birthday.  Satu-satunya adik aku.  Hari ini genap umurnya 27 tahun.  Beza dengan kakaknya 2 tahun jea.  Comel tak?Bukan adik aku yea. Aku tanya anak dia comel tak?Ini gambar yang aku ada dalam koleksi aku dia bergambar bersama anaknya.  Ucapan dari seorang kakak buat adik.  Happy besday yang ke 27 tahun.  Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan apa yang dihajati dan diimpikan menjadi kenyataan.  Any request??Kalau nak request pun dapat buatkan kek saje yea.







                                                                                                                     

Sunday, November 4, 2012

~Lain Yang Dirancang~

Lain yang jadi. Sob sob sob. Tadi rancang semua nak ikut ke opis papa. So tadi kuar rumah pukul 12 tengahari. Papa kata dia ada keje skit nak buat. So kami ikutlah sekali sebab dari opis kononnya nak terus beli pampers dan sebagainya.

Sebelum ke opis aku ajak asben singgah kenduri kawin pegawai kat opis jemput. Dah alang2 keluar dapatlah singgah. Inilah goodies kamu dapat. Lagi 2 bungkus dah abis dikerjakan adriana masa tunggu kat bengkel kete. Sebab ketelah apa yang dirancangkan tidak menjadi. Dari kenduri kawin nak ke opis papa tetibe kete asben problem brek. Brek apalah aku pun tak tahu. Sudahnya asben kata kena pi bengkel betulkan dulu. Dalam minggu nie da brp kali kete nie meragam. Merajuk kot kete nie dengan asben sebab asben kata nak tukar kete.

Sudahnya asben dropkan aku dgn ammar di Tesco. Dia suruh aku beli barang2 dulu. Adriana ikut papa sebab aku memang tak larat nak handle budak berdua tue. Tunggu punya tunggu asben tak call. Rupanya lama lagi. Adoilah ammar sudah meragam. Ada asben suruh aku buat apa yang patut. Aku try sms biras aku sebab rumah dia dekat tesco. Aku memang dah tak blh tunggu. Ammar merengek nak susu. Nasiblah dia pun otw nak balik rumah. Sedikit kelegaan di situ. Pi dekat bengkel asben then duduklah rumah biras aku sampai asben amik. Jam pun dah pukul 7 malam. Balik singgah umah mil itu pun tunggu lagi sebab mil aku balik kampung. Ari nie memang aku kena tunggu jea. Itulah kisahnya. Apa yang dirancang tidak menjadi. Hohohoho

Saturday, November 3, 2012

~Bila Sabtu~

Bila datangnya sabtu adalah hari yang sangat-sangat heaven.  Heavenlah sangat kan.  Lepas subuh boleh tidur balik.  Zzzzzz..Kadang tak buat sarapan memang doklah terbongkang.  Dasar pemalas betul.  Bila datang rajin teramatlah rajin.  Bila datang penyakit M jangan banyak cakap.  Satu benda takkan dan tak terbuat.  Bila tak buat sarapan senang jea aku.  Sejak berkenderaan sendiri, pagi-pagi aku keluarlah beli sarapan kat gerai depan tue.  Senang keje.  Hihihi.  Tengahari baru aku masak untuk lunch dan dinner sekali.

Bila dah sarapan, asben dah pi kerja barulah aku boleh buat kerja-kerja rumah sambil melayan anak-anak aku.  Banyak layan dia orang sebenarnya daripada membuat kerja rumah.  Aku kemas depan dia orang sepahkan kat bilik, kemas bilik disepah pulak kat depan.  Sudahnya biarkan jea.  Mama tengok jea.  Petang-petang bila asben nak balik kerja barulah aku kemas.  Nanti asben aku kata aku tak kemas rumah.  Ada ke patut??Kikiki.  Dia tak tahu aku sampai dah hilang tenaga.  Hilang tenagalah sangat.  Itu jealah yang mampu aku buat.  Masak, jemur baju, layankan si anak-anak kecil aku ini, dan macam-macam.  Kadang bawak ke malam.  Tapi tidak lupa jugak bila anak-anak sudah tidur dan masa untuk mamanya pulak untuk berblogging!!!Oklah sekian dulu.  Pagi-pagi dah buat entry ke laut.