Wednesday, August 8, 2012

~Iftar With My Lovely 3A~


Isnin lepas, kami berempat berbuka di luar.  Sebab aku malas nak masak.  Penat rasanya dan badan sakit-sakit.  Kaki kejung.  Semua dirasanya.  Letih masak masa hari ahad tue tak hilang lagi.  Itulah sebabnya hari isnin aku ajak asben makan kat luar.

Jadi balik kerja tak adalah aku kelam-kabut nak balik amik anak-anak aku then rushing balik rumah sebab nak masak.  Petang tue boleh balik secara bersantai-santai.  Aku siapkan anak-anak aku kat rumah mak aku.  Balik rumah aku sorang jea yang nak bersiap.  Tunggu asben balik dalam pukul 7 malam baru keluar rumah tapi kita orang berbuka dekat kedai berhampiran dengan rumah.  Malas nak pi jauh-jauh.  Kita orang makan dekat Restoran Berkat Salam Bukit Katil.  Korang tahu tak??Ada sesiapa pernah makan??Orang Melaka mesti ada yang pernah kot.

Ammar macam biasa kena duduk dalam baby chair.  Ini pun tak reti dah nak dok diam.  Pening kepala mama.  Bagi makanan baru diam yea.  Mulut sentiasa nak mengunyah.   Kuat makan mamat sorang nie.  Masa pregnantkan ammar memang aku kuat makan. 

Inilah tempat kami menjamu selera untuk iftar isnin yang lalu.

Minum susu pulak budak nie.

Mama dan kakak nana. 

Inilah set yang kami order.  Ikan siakap sweet sour.

Tom Yam.

Kerang rebus kegemaran adriana.

Sayur kailan.  Ada lagi telur dadar untuk set ini dan jugak air apple asam boi.  Set yang kami order untuk 2 orang berharga RM38.00.  Tak habis bungkus bawak balik untuk makan sahur.  Hari itu memang hari cuti aku untuk memasak.  Aweesome!!!:D






                                                                                                                      

~Setelah Sekian Lama Mencari Mood~

Nak buat kuih raya, akhirnya malam tadi berjaya jugak aku buat sejenis kuih untuk raya.  Simple jea pun kuih raya aku.  Bukan simple jea tapi senang jea.  Tapi bila tahap kemalasan melampau-lampau ada dalam diri memang tak jadi apalah.

Butter aku dalam peti ais tue dah berapa kali aku keluarkan dan masukkan balik.  Kalau boleh bercakap butter tue mesti dia tanya aku kenapalah aku nie kuar masuk peti ais.  Hihihi..Malam tadi datang rajin boleh tidur dulu yea lepas tue aku bangun dalam pukul 10 lebih sebab nak tengok drama Keluarga Iskandar.  Butter memang aku standby letak kat luar.  Kang tetiba datang mood rajin boleh buat jea kalau datang malas aku masukkan balik.

So, malam tadi aku just buat Cornflakes Madu versi aku yang simple yea.  Ringkas!!!Jangan nak cerewet-cerewet.  Janji ada kuih raya.  Oh yea...Lepas dah settle buat cornflakes aku boleh update blog lagi.  Rajin kan???Baik update kat rumah dan autopublished aje.  Kang update kat opis ada saje mata memandang.  Berbalik pada tajuk jom tengok hasil aku malam tadi.

Sekotak cornflakes

Cornflakes yang telah diramas-ramas.

Sebuku butter

5 sudu madu.  Aku lebihkan sebab aku guna sekotak cornflakes.

Akhir sekali 4oz gula kastor.

Cara-cara penyediaannya :

1.  Ramas dulu cornflakes sehingga hancur.
2.  Kemudian cairkan butter, gula dan juga madu.  Setelah cair, tuangkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes.
3.  Gaulkan supaya sebati.  Setelah sebati boleh dimasukkan ke dalam cup.
4.  Bakar dalam masa 10 minit atau cornflakes bertukar keemasan.  Aku letak suhu dalam 160 darjah celcius.  Jaga-jaga jangan sampai hangus pulak.

Inilah hasilnya.  Dapatlah dalam 3 botol.  Malam nie nak buat lagi tapi kuih lain pulak.  Kalau buat time malam boleh buat yang simple saje.  Sekian untuk entry pagi nie.





                                                                                                                      

Tuesday, August 7, 2012

~Iftar Beramai-Ramai Di Rumah Aku~

Ahad lepas, 16 Ramadhan family asben aku datang berbuka di rumah kami.  Kalau sebelah asben adik-beradik dia jea sudah ramai.  Maklumlah adik-beradik 5 orang berbanding dengan aku yang 2 ketul nie.  Aku dan adik aku jea.  Hehehe..Macam adriana dan ammar sekarang.  Tapi insyaAllah aku akan buat penambahan ahli keluarga.  Hihihi..

Macam biasalah kalau ada tetamu nak datang rumah terpaksalah aku memikirkan idea untuk menu berbuka.  Macam-macam nak buat tapi ini sahaja yang termampu.  Seharian di dapur memang menyeronokkan dan memenatkan.  Tapi tak apa aku ada pembantu.  Asben tolong aku potong sayur-sayur.  Macam masuk pertandingan masterchef versi laki bini.  Kahhhhh

Oklah berbalik kepada menu hari tue aku masak nasi limau purut, kari daging dan sayur campur.  Ini smeua tiada gambar sebab aku tak sempat nak amik gambar mereka semua.  Selain itu menu terbaru aku cuba buat ayam panggang rosemary, lasagna dan juga oreo cheesecake.  Jom layan gambar kami semua.

Ini dia ayam panggang rosemary.

Lasagna.  Asben suka makan.

Oreo cheesecake.  1st time try buat.  Sedap jugak.  Nanti nak buat lagi.

Semasa masing-masing sedang menikmati makanan.

Makan yea.  Jangan tak makan.

Anak dara bertiga nie dok depan makan.  Kat dining tak muat.  Masing-masing makan kat bawah.  Kena beli meja makan besar nie.  :D

Sekian.






                                                                                                                    

Monday, August 6, 2012

~Menu Berbuka Untuk 13 Ramadhan~

Nak update laju-laju sebab banyak cite yang tertinggal.  Kalau tak update rasa ada sesuatu yang kurang.  Kuranglah sangat.  Oklah short entry.  Nak cerita mengenai menu berbuka khamis lepas yang aku cuti.  Aku dapatlah prepare something untuk berbuka tapi simple aje menunya.

Mee Hun Tom Yam.  Tapi tak pekat sangat sebab kiub tom yam dah habis.  Letak daun sup gara-gara tengok dekat blog Asfaliza.

Bur Cha-Cha versi aku.  Aku letak sagu biji warna hijau dan pink.  :D

Serta mee goreng.  Sekian entry pendek.










                                                                                                                    

~Ending Dejavu Di Kinabalu Versi Ammar~

Penangan drama dejavu belum habis-habis lagi.  Tak habis-habis lagi emosi pasal citer nie.  Sebab aku emosi endingnya bukan seperti yang aku nak.  Hukhukhuk..Aku pilih ammar tapi aku tak vote pun.  Kalau aku vote mesti naik undian dia kan.  Hahaha..

Tapi drama nie banyak yang tergantung.  Apa-apa pun ia hanyalah sebuah drama.  Aku dapat jugak tengok ending drama yang versi ammar kahwin dengan Nadira.  Aku tengok dekat tonton.  Sedih jugak ending ammar nie yang mana Bazli mengalah dan Ammar yang kawin dengan Nadirah.  Tapi akhirnya Nadirah meninggal.  Endingnya sedih sangat.  Sob sob sob..

Ammar!!Hensem kan dia??Ahaks.

Ketika ini dia sudah bernikah dengan Nadirah.

Scene yang sama macam ending Bazli tue.

Semasa nak sarungkan cincin kepada Nadira.

Akhirnya mereka bersatu.

Inilah scene yang Nadira meninggal di suite honeymoon.  Sedih jugak endingnya.

Gara-gara nak tengok drama ending versi Ammar berebut Ipad dengan adriana.  Dia sibuk nak jugak dengan Ipad.  Nak main kaler-kaler.  Aku sendiri pun tak arif dengan Ipad dia lagi tahu daripada aku.  Anak oh anak..











                                                                                                                    

~Iftar 10 & 12 Ramadhan~

Untuk hari isnin lepas, aku cadang nak masak western untuk makan berbuka puasa.  Jemu dah makan nasi hari-hari.  Time lunch hour tue aku dan officemate ke Mydin untuk beli barang basah untuk masak.  Beli daging dan lain-lain keperluan yang diperlukan.  Petang tue aku terus balik rumah dan asben yang amik anak-anak kat rumah mak aku.  Kalau aku yang amik memang tak sempat aku nak balik masak.

Untuk berbuka  10 Ramadhan aku masakkan beef steak untuk asben aku.  Selain itu aku buat coleslaw dan kentang putar.
 
Lepas tue tangok ada balace roti aku pun buatlah sosej roll lagi.  Kali nie guna bread crumbs yang warna kuning,  Cantik skit.

Untuk 12 Ramadhan pulak kita orang berbuka di luar.  Cerita untuk 11 Ramadhan tak ada yang menarik sebab asben berbuka di luar.  Aku bertiga di rumah bersama anak-anak.  Kita orang berbuka di D'Nangka Bukit Katil.  Area rumah kita orang.  Keluar rumah pun dah lewat.  Sampai jea orang sudah azan.

Tenguklah dulu air kosong.

Ammar sedia menanti untuk disuap.

Permandangan tempat makan kami.  1st time makan kat sini.

Mama dan Ammar.  Mama aje yang tengok kamera.

Lambat sangat tunggu makanan.  Baik minum susu dulu.

Aku order air tembikai laici.

Aku order nasi goreng paprik.

Mee sup untuk adrianammar.

Dan ini makanan untuk asben aku nasi goreng tom yam.

Kalau berbuka kat luar dapatlah rest sikit daripada masak.  Dasar pemalas aku nie kan.  Rasanya hari ini pun macam nak ajak asben berbuka kat luar sebab penat semalam tak hilang lagi. :D