Monday, May 16, 2011

~Kami Sudah Pindah~


Salam semua...

Alhamdulillah, bersyukur ke atas rezeki yang telah diberi olehNya kami sekeluarga dapat membeli rumah sendiri.  akhirnya dapat jua kami duduk di rumah kami sendiri.

Hampir sebulan aku dan suami serta anak-anak telah duduk di rumah ini.  tercapai jugak impian aku dan suami untuk membeli rumah sendiri.  memang seronoklah bila kita dapat duduk di rumah kita sendiri.

tapi sedihnya untuk meninggalkan rumah mak.  walaupun tak jauh mana pun.  tapi yelah rumah mak banyak kenangan.  dari kecik sampai da beranak pun berkepit dengan mak.

masa mula-mula pindah asyik emo jea.  malu nak cite.  hihihi.  belum kena pindah keluar melaka.  padahal bukan tak pernah berjauhan dengan mak masa belajar.

biasalah nak serasi dengan tempat baru mungkin amik masa.  asben aku dok perli-perli aku.  asben kata belum kuar melaka dok emo..uhuk uhuk


Inilah rumah kami.  di sinilah tempat kami berteduh anak beranak.  gambar nie diambil masa belum dapat kunci lagi.  masih banyak lagi peralatan rumah yang belum dibeli.  maklumlah baru pindah kan..lagipun nanti kenduri kawin adik aku akan diadakan di sini.

Nota Mama>>Seronok tinggal di rumah sendiri...

~Selamat Hari Guru~


Tanggal 16 Mei pada tiap-tiap tahun seluruh Malaysia akan sambut Hari Guru. Begitulah situasi yang menggambarkan jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak muridnya dikenang, dihargai dan diberi penghormatan.

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Happy Teachers Day kepada semua guru di seluruh Malaysia, guru-guru yang pernah mengajar aku.  Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan semasa aku belajar di Politeknik.  Tanpa mereka siapalah aku.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan aku (Aida, Norni, Maya) yang kini bergelar pendidik.  Selamat Hari Guru Korang!!!

Nota Mama>>Diharap aku tidak terlambat mengucapkan Selamat Hari Ibu..Maklumler rumah aku belum ada internet jadi tak dapat nak buat ucapan...uhuk uhuk

Sunday, May 15, 2011

~Kembali Bersiaran~

Assalamualaikum semua

Kembali bersiaran..sudah agak lama saya tidak menulis di sini.  ada ke orang yang tertanya2 ke manakah aku??macam glamer pulak orang nak tanya aku...terasa rindu untuk mencatatkan kisah kehidupan saya semenjak saya bergelar mama kepada dua orang anak.  kesibukan aku nie macam anak 10 orang pulak.

Aku sibuk pelbagai benda menguruskan anak-anak, suami dan rumah.  Almaklumlah baru pindah rumah.  so kat umah aku tue belum ada line telefon, maka streamyx pun idakler ada..uhuk uhuk..sedih kan...bila balik rumah mak aku barulah aku dapat berhubung dengan dunia luar.  macam kuar dari gua pulak.

bulan 5 nie bulan yang amat sibuk sebab tak lama lagi akan berlangsunglah perkahwinan adik aku.  sibuk dengan pelbagai hal yang harus diuruskan.  adik aku akan bernikah 27hb nie,  resepsi rumah perempuan 28hb dan majlis di rumah aku 29hb mei ini...

majlis akan diadakan di rumah aku.  majlis cukur jambul ammar juga akan diadakan di sebelah pagi.  harap semua berjalan dengan lancar.  AMIN...

Inilah dua permata hati saya adrianammar...Kakak dan adik..

Mama sayang kalian berdua..


Nota Mama>>Banyak yang ingin dituliskan tapi saya tidak punya idea untuk menulis...

Thursday, April 21, 2011

~Ammar Qayyum Sudah 2 Bulan~

Salam semua..

Sudah lama tidak berbicara di sini. last aku tulis di blog ini masa aku habis pantang.  fyi, aku sudah pun berpindah ke rumah aku.  so buat masa ini kat umah kami tiada line internet.  non ado steamyx buat masa ini.  ini yang membuatkan aku seperti duduk di tempat jin bertendang.  oh bilalah nak ada line internet nie.  bila balik umah mak aku barulah boleh aku update blog ini..

berbalik kepada tajuk di atas, hari ini 21 April 2011 genaplah anak teruna aku Muhammad Ammar Qayyum 2 bulan.  Nampaknya lagi sebulan aku nak masuk keje.  cuti 3 bulan apalah jadi dengan keje2 yang aku tinggalkan. mahu aku stress naik keje nanti.  tak apalah demi mencari rezeki untuk anak2 dan membantu suami hadap jealah yea. hehehe...

Inilah gambar ammar 2 bulan.  berat sudah pun 4.8 kg...hari ini dapat suntikan 5 serangkai..harap2 ammar taklah demam yea..anak mama kuat yea..Insyallah..

update pun nak cepat jea...ringkas2 jea ayat aku..jap lagi mau pulang sementara menunggu mr affendy datang...

Sekian...

Wednesday, April 6, 2011

~Selamat Tinggal Kain Batik dan Stokin~


Salam Rabu...
Hari ini, hari yang ke-45...Bermakna aku telah berjaya menghabiskan tempoh berpantang aku selama 44 hari.  Yahoo....

Jadi, selama 44 hari jugaklah aku berkain batik dan berstokin.  Jadi, mari kita ucapkan selamat tinggal kepada kain batik dan stokin.  tak sabar aku nak tengok dunia luar.  wah, dah macam orang kuar penjara pulak.

Ke manakah destinasi aku untuk mencemar duli selepas 44 hari berpantang?
nak pi jusco untuk shopping!!!
aku nak bawak adriana..sudah lama tak spend time dengan dia.  adik ammar tinggal umah yea.  nanti mama bawak ammar bila kita keluar dengan papa.

Nota Mama>>Dah boleh keluar rumah banyaklah duit aku habis sebab nak berjalan jea kejenya..cuti kan 90 hari...

Friday, April 1, 2011

~Ammar Genap 40 Hari~

Salam kepada semua.
Entry untuk pembukaan bulan baru hari ini 1 April 2011.  Bulan April telah tiba.  Kejap jea dah masuk bulan April.  Bulan depan kenduri kawen adik aku bakal berlangsung.  Sangat teruja yea.

Berbalik kepada tajuk di atas, hari ini genap Muhammad Ammar Qayyum berusia 40 hari.  Orang kata kejap jea.  Pada aku yang dalam pantang nie punyalah lambat masa bergerak. hehehe..

Inilah gambar terbaru ammar masa genap 40 hari.  Muka sapelah si ammar ikut nie??

Sepanjang dalam pantang nie, ammar memang sangat behave.  Ammar cuma nangis bila nak susu dan waktu nak mandi jea.  sangat takut pada air.  memang susah nak mandikan dia.  Setakat nie tak adalah meragam sangat.  Just kadang nak kita pegang dia jea.  Itu pun kadang ammar boleh tidur sendiri.

Nota Mama>>Lepas nie sibuk dengan persiapan kenduri kawin adik aku pulak....