Pages

Friday, July 17, 2009

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?‏

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?
Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. Memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam Yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak Masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut,


ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9..00 pagi.


Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.
Hukumnya adalah berdosa.


Sebagaimana firman-Nya
"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)

Ingatan untuk diriku sendiri....
Note : Kadang-kadang kita leka akan hal-hal sebegini...


No comments: