Monday, February 20, 2012

~Cerita Hari Sabtu Kami~

Hari sabtu lepas, sebelah malam kami ke Jusco Bandaraya.  Aku yang ajak asben ke Jusco.  Motif paling utama nak beli puting botol susu AdrianAmmar.  Kat jusco bandaraya jea yang ada jual puting botol avent.  So, kami terjahlah ke jusco sebelah malam sebab asben aku keje siangnya.  hanya waktu malam jea masa untuk kami outing berempat. 

Keluar lepas maghrib, sampai jusco punyalah banyak kereta.  Kena parking sebelah atas.  Rupanya ada sales yang untuk member Jcard dari 18 Februari hingga 28 Februari nie kalau tak silap aku.  Aku nie teruja sikit kalau bab-bab shopping. :-)  Lupa diri kejap yea.  Aku dok angkat barang letak dalam troli.  Amik puting botol avent untuk adriana, puting y cut pigeon untuk ammar, amik baju basahan dia orang t-shirt RM4.90 dan adalah barangan lain.  Sampai asben aku tanya aku 'Dah gaji ke?' Hehehehe...Aku hanya mampu tersenyum aje.  Hikhikhik..

Ini kat atas lagi.  Nak turun.  Tunggu pintu lif tak bukak2!!!

Adriana tengah merengek nak pi tempat mainan.

Tengoklah dalam troli.  Memandangkan hari sabtu tak ada beg plastik, maka campakkan aje dalam troli.
Apa yang dipandang oleh budak berdua nie??

Akhirnya, layankan jugak sebab dok merengek aje.  Nak main ketuk-ketuk..Nak main ketuk-ketuk..

Permainan keduanya ketuk-ketuk.  Ketuk puas-puas. :-)

Last sekali, ntah apa mainan nie.  Suka hatilah anak oi.  Janji bahagia.  Cukup 3 jea sebab mama tukar coin RM3.  Cukup yea.  Belum gaji lagi nie..Hehehe




                                                                                                                    



Sunday, February 19, 2012

~Dua Beradik~

Salam...

Baru habis mendobi, mengemas dan membuat segala kerja sambil melayan karenah 2 beradik di atas nie. Memang memerlukan tenaga yang sangat banyak.

Gambar di atas adalah gambar malam tadi sebelum kami keluar ke jusco. Dua beradik nie sudah siap dan tunggu papa bersiap pula. Masing-masing buat hal sendiri yea.

Oklah kita bersambung lagi. Budak dua orang nie dah buat macam-macam perangai. Sekian.

Friday, February 17, 2012

~Bila Sudah Pandai Menulis~

Semalam cite pasal rambut dia.  Hari nie cite pasal dia lagi.  Siapa lagi kalau bukan Adriana.  Bila dah ke tadika mestilah pandai menulis, membaca, mengira, mewarna dan sebagainya.

Bila malam inilah aktiviti aku mengajar adriana.  Fokus ok.  Masalahnya kalau mengajar dia kena fokus pada dia.  Tak boleh nak layan adik dia.  Silap haribulan dia merajuk.  Memang kuat merajuk adriana nie.  Kadang sampai aku hilang sabar.  Ikut perangai sapelah kuat merajuk nie.  Masa mengandungkan adriana aku suka merajuk kot.  Hikhikhik..  Time nie tak nak mengaku kuat merajuk yea.  Iye ke bang??

Oklah, berbalik kepada tajuk di atas inilah hasilnya bila adriana sudah mula kenal huruf.  Nak tulis nama mama.  Mama sebut huruf adriana tulis.  Inilah hasilnya.  Dia tahu tulis huruf besar jea.  Percubaan pertamanya.  Yang bawah tue sebenarnya adriana nak tulis nama Ammar tapi sebab dia tak reti tulis huruf 'M' itulah sekerat jalan.  Amik dulu gambar nama mama.  Semoga adriana dapat menjadi seorang yang cerdik.  Sekian untuk entry petang nie.  Mungkin tidak dapat update blog untuk 2 hari nie sebab charger laptop rosak. :-(








Thursday, February 16, 2012

~Rambut Adriana~

Pasal rambut pun nak ceritakan.  Tak ada apa pun yang menarik tentang rambut anak aku nie.  Rambut adriana nie barulah nampak panjang dan boleh diikat-ikat dengan pelbagai gaya.  Aku tak rajin nak nak ikat-ikat yang macam-macam.  Kalau mama yang ikat very simple.  Ikat satu udahler janji kemas.  Dasar mama pemalas!!!

Yang rajin membelek rambut adriana nie adik ipar aku.  Ada jea pattern ikatan yang dia suka buat.  Tunggulah bibik dah kuar baby tue, tak ada masa nak membelek adriana lagi.  Hehehe..Ok yea..Dalam family kita orang nie untuk mak cik memang panggil bibik.  So, adriana panggil adik ipar aku bibik!!!

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya rambut adriana nie sangat-sangat nipis.  Sudahlah nipis lambat nak panjang.  Memang belum pernah lagi pi gunting rambut adriana nie.  Dulu rambut dia memanglah tersangat-sangat pendek.  Jadi memang aku tak bagi sesiapa gunting rambut adriana.

Adriana berposing dengan gaya rambutnya yang baru.  :-)

Sebenarnya rambut adriana nie baru dibukakan ikatannya.  Terus jadi macam nie.  Curly gitu.  Suka pulak aku tengok rambut adriana cam gini.  :-)













~Kisah Aku Tahun Lepas~

Ini gambar tahun lepas.  Perkara yang tidak dapat aku lupakan.  Ceritanya ada di SINI.  Kenangan duduk di hospital.  Tak pernah terfikir yang aku akan masuk hospital lebih awal.  Ingat masuk hospital untuk terus bersalin aje tapi sebaliknya.  Hari aku checkup di Klinik O&G doktor suruh aku admit petang tue sebab doktor takut aku sakit di rumah memandangkan keadaan baby yang melintang dan tali pusat di bawah.

Perkara pertama bila aku dapat tahu yang aku kena masuk wad adalah menangis!!!Bak kata asben aku masuk wad nangis, tengok cite nangis, itu nangis, ini nangis.  Biasalah aku nie ala-ala neng yatimah kan.  Jiwa sensitif gitu.  Kahhh..Aku nangis bukan sebab apa pun.  Masa tue terfikirkan Adriana.  Kesian dia.  Macam mana keadaan dia bila aku tak ada.  Selalukan berkepit dengan aku aje.

Aku admit wad 14 Februari 2011.  Dapat keluar wad 18 Februari 2011 setelah doktor scan baby telah pusing ke bawah.  Bila dapat tahu baby aku dah pusing.  Doktor kata berdoa supaya baby tak pusing lagi.  Kalau dalam masa 2 hari baby di kedudukan asal aku sudah boleh balik.  Yeahhhhh...

Hari-hari nangis ok masa duduk kat hospital.  Nak-nak bila asben mms gambar adriana bila kat rumah.  Tengok gambar adriana pun aku nangis.  Bila adriana telefon aku, letak aje telefon aku nangis.  Bila petang time asben datang bawak adriana aku seronok.  Tapi bila time dia orang nak balik tue nangis lagi.  Tapi bila orang dah baliklah yea.  Nasib ada kakak sebelah katil tue.  Dia lagi lama kena dok hospital sebab uri bawah.  Duduk bilik 2 orang jea.  Dia pandang aku, aku pandang dia.  Itulah kerjaan aku sepanjang 5 hari di wad.  Menangis, menangis dan menangis.  

Hari-hari cakap dengan baby suruh dia pusing.  Mama tak mau duduk hospital lama-lama.  Mama nak balik.  Kesian kakak kat rumah.  Doktor kata kalau baby tak pusing jugak kena cari alternatif lain pulak.  Aku cuma memikirkan pasal operate jea.  Kadang hati kata nak operate, operate ajelah.  Lepas tue lain pulak fikiran yang datang.  Harap-harap jangan operatelah nak bersalin normal.  Habis semua orang aku sms tanya pasal operate.  Sakit ke tak?Macam mana gambarannya?

5 hari duduk di hospital aku dah boleh hafal rutin harian doktor dan nurse datang merawat pesakit.  Itulah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.  Sangat-sangat boring.  Orang sihat pun boleh jadi sakit bila duduk hospital.  Itu ajelah kisah aku pada tahun lepas.  Tinggal lagi beberapa hari jea lagi Ammar akan melangkah ke 1 tahun.









Wednesday, February 15, 2012

~Rahsia 5 Jari Anda~

gambar dari google

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.