Monday, January 31, 2011

~Hari Ini Hari Malas Aku~

Oleh kerana hari ini hujan dan mendung saje maka mood aku pun mengikut cuaca.  datang ofis pun dalam keadaan yang malas dan sama mendung dengan cuaca diluar sana.  pagi tadi pun rasa malas jea nak bangun pi keje...bestnya kalau dapat tido...dengan badan yang tak larat oleh kerana dek perut yang semakin membesar menambahkan lagi kemalasan aku...

hari nie da masuk 3 hari hujan tanpa henti.  risau jugak takut umah mak aku naik air macam kejadian sebelum2 ini.  kat tempat lain dengar kata naik air dan salah sorang ofismate aku telah berpindah ke pusat pemindahan banjir sebab rumahnya teruk jugak naik air.  ofis aku ler tempat paling sibuk kalau berlakunya banjir sebab kena turun padang mengulurkan bantuan yea...jiwa KEBAJIKAN....

pic credit to google

Aku rasa ari nie aku mahu duduk menyandar di tempat saje tanpa berbuat apa-apa...huhuhu
Hari ini hari MALAS ku....

Note>>Nak update blog jea ari nie...boleh tak??sejuk2 nie ada ilham pulak nak menulis

~Persiapan Untuk Baby~

Rasanya tinggal sebulan jea lagi aku akan bersalin..kalau ikut tarikh due aku 7 Mac 2011...Mana tahu kan terbersalin awal kan..sape tahu???Persiapan baby??aku pun tak tahu da siap sepenuhnya atau tidak..kali nie tidaklah membeli-belah sangat. ada jugak baju-baju adriana yang masih boleh dipakai..ada jugak beberapa helai baju yang aku beli baru dan diambil dari stor SweetLovelyShoppe jea...

Ini recycle jea...adriana punya nie..masih elok lagi barut nie
Yang ini baru..ada yang dibeli masa JCard dan ada yang diambil dari stor SweetLovelyShoppe
Yang nie pun recycle...kepunyaan adriana...
Inilah sebahagian barang-barang yang aku da siapkan
Kena letak dalam box nie dulu...nnti ada orang tukang kemas2 kan...sape lagi kalau bukan adriana...

Note>>Aku rasa aku da dapat keputusan nak guna set bersalin apa...

~40 Mingguku Yang Indah~

Ini adalah jadual 40 minggu ku...Bila tengok balik aku da masuk 35 minggu..kejap jea masa berlalu...pelbagai perasaan sekarang nie..teruja nak smabut orang baru...takut pun ada..berdebar-debar pun ada...Ini aku amik dari majalah PAMA...
sumber diketahui dari JUE


Inilah hari-hari yang aku lalui sepanjang tempoh kehamilanku...Due date aku kat sini 5/3/2011..Kat buku merah aku due date 7/3/2011..

Note>>Sangat kelam-kabut menguruskan hal rumah..harap settle sebelum aku bersalin..huhuhu


~Hadiah ApenIdariana Anniversary GA Telah Dipos~

Salam semua....Hari nie nak update pasal hadiah ApenIdariana Anniversary GA pulak...Hadiahnya telah selamat aku poskan hari sabtu lepas...Sorrylah kepada pemenang sebab lambat poskan hadiahnya.  Biasalah kekangan masa yang amat sangat.  Hadiahnya da lama aku bungkus tapi orang yang nak mengeposnya a.k.a my asben bz bebenor..hari sabtulah yang dia free untuk ke post office.


Oklah...kepada 3 pemenang GA aku tue harap korang sukalah dengan hadiah aku yang tak seberapa tue yea...Kalau da terima nanti inform aku yea..

Friday, January 28, 2011

~Jom Singgah SweetLovely Shoppe~


Salam semua...

Jom singgah my BLOGSHOP....
Ada pelbagai koleksi pakaian untuk bayi dan kanak-kanak.. Terdapat banyak barangan baru yang baru tiba.  Anda bolehlah menjamu mata.  Jika berkenan bolehlah membeli-belah pakaian untuk anak anda dengan saya.  Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan murah..

Memang berbaloi-baloi...Anda juga boleh membeli dengan harga borong.  Sangat menjimatkan..Apa tunggu lagi jom ke

Note>>Kunjungan anda amat dialu-alukan...TQ


Thursday, January 27, 2011

~Survey Sebelum Memasuki Rumah Baru~


Akhirnya penantian aku menanti kunci rumah telah pun berakhir..:-) Memang aku menantikan untuk mendapatkan kunci rumah sebelum aku bersalin.  Bolehlah aku buat apa yang patut kan??Siapa yang tak excited kan nak masuk rumah baru.  Memasuki rumah baru adalah perkara yang paling kita excited.  Nak2 rumah yang kita nak masuk itu dibeli berbanding dengan rumah yang disewa. Betul tak..?

Sebelum memasuki rumah baru, ada pelbagai perkara yang perlu dibuat dan dilakukan.  Banyak perkara yang perlu kita buat dan memerlukan kos perbelanjaan yang besar untuk kita menyediakan benda-benda penting untuk rumah baru kita itu. 

Alangkah bagusnya kalau punyai kos yang banyak untuk melengkapkan kelengkapan rumah sepenuhnya.  Siapa yang tak nak duduk rumah yang serba lengkap.  Oleh kerana kos kami agak terhad buat masa ini, jadi kami buat apa yang penting terlebih dahulu.

Jadi, last weekend aku dan asben memang sibuklah membeli barang-barang rumah.  Mencari orang nak pasang grill.  Isnin lepas oleh kerana kepenatan kami bercuti.  Lagipun aku ada checkup untuk 34 minggu dan asben aku nak ke TNB dan SAMB untuk hantar permohonan masuk bekalan letrik dan air.

Kami telah membuat survey dan checklist untuk mencari budget yang bersesuaian dengan kami.  Jadi kami telah mendahulukan perkara-perkara penting terlebih dahulu.

Antara checklist yang telah dibuat :

1) Wiring - ( org kedai jea tempat kami beli lampu )
2) Grill - ( member kawan aku )
3) Kitchen Kabinet ( belum ada )
4) Langsir ( buat dkt kota fesyen jea )
5) renovation - tiling ( mungkin tak buat dulu )

Apa lagi erk??aku rasa ini dulu yang penting kot.  ini pun kami telah mencari suplier yang harganya yang paling berpatutan.

Kalau ada sesiapa yang boleh bantu untuk memberi pendapat dipersilakan...

Note>>Alhamdulillah..checkup aku isnin lepas sangat memuaskan hati..Nanti akan aku ceritakan.