Tuesday, March 30, 2010

Tag dari Jue & Alyyani

Tag nie aku terima daripada dua orang rakan bloggers aku iaitu Jue ibu iman dan Alyyani mama nia&adel
Sebelum nie aku pernah buat tag nie daripada Lya mama asya

1. adakah anda rasa HOT?
tak HOT lah..aku dok betul2 bawah air cond nie..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang

nie wallpaper pc kat opis

3. cerita pasal gambar ni
suka gambar nie sebab kami ber3...masa nie gambar nie diambil di dewan UTM Jalan Semarak...my cousin's wedding

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
last week masa dapat gaji

5. lagu terakhir anda dengar?
tgh dengar lagu NOKTAH CINTA..minat sangat lagu nie

6. apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
sedang makan keropok ikan..sebab skrg lunch time..

7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
along, fida, al, mama

8. tag lagi 8 orang?
sape lagi yang aku nak tag nie..
1. Izan
2. Firzara
3. Ieda
4. hanisah
5. Linda
6. Mai
7. Suhida
8. Ibu Ayu

9. siapakah orang no. 1 kepada anda?
kenal masa dia masuk contest SweetLovelyShoppe

10. katakan sesuatu kepada orang no. 5?
updateler blog tue kak oi..sudah bersawang

11. no. 3 ada hubungan kepada siapa?
rakan blogger

12. bagaimana pula dengan no 4?
rakan sepejabat

13. pesanan kepada orang no. 6?
tahniah sudah pregnant dan jaga diri elok2.

14. kata- kata cinta kepada orang no. 6?
take care...

15. adakah no.7 & no. 8 mempunyai persamaan?
seorang ibu

16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
~JUE~
- masih muda
- mempunyai seorang anak lelaki
- ada butik online jugak.
- seorang yang peramah...1st kenal masa beli barang dgn dia..
- rajin mengupdate blognya...hehehe

~ALLYANI~
-masih muda
-sudah mempunyai dua orang anak..kedua2nya puteri
-seorang yang sangat ceria..pdhal tak jumpa lg..
-parentsnya berada di Perak..rindunya dengan Perak...
-nama anaknya bermula dgn R.A...

17. persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
dagingnya boleh dimakan

18. perasaan anda wat tag ni?
buntu jap..sb da pnh bt..tak tahu nak jwb nie...

19. adakah anda tahu si Razman itu sengal?
siapa razman?

20. GAY or LES?
aku seorang yang NORMAL yea...
tq yea sb tag..lambat sikit buat sebab aku nie pemalas nak update blog..hehehe..nantikan tag-tag yang akan aku langsaikan..

Note: Alya..banyaklah pulak awak tag saya...itu tandanya awak ingat saya..hehehe...

Monday, March 29, 2010

~Percubaan Yang Tidak Menjadi~

Minggu lepas kan da gaji..seperti biasa kami akan bershopping barang-barang keperluan...yang paling penting adalah susu adriana..aku bercadang nak selang-selikan adriana dgn susu lain..kalau adriana ok bolehler tukar...



sekarang adriana minum susu Progress Gold...memang dari dulu adriana minum brand Wyeth...setakat nie belum tukar lagi..mak aku bising kalau aku nak tukar susu..hehehe...katanya budak da serasi nak tukar2 susu..lagi pun aku nak cari susu yang murah kosnya..hehehe...adriana nie kuat minum susu...kalau beli 900gram tue boleh abis dalam masa seminggu jea...jenuhler aku nak membelinya...jadi, aku ingat nak selang-selikan adriana dengan Sustagen..
sebab adriana nie susah sikit kalo nak makan..dia banyak main-main kalo nak makan nasi..kalau time mood dia elok abis pulak nasi yang adriana makan...so, cubaan pertama sabtu lepas bangun pagi aku buatkanlah susu SUSTAGEN nie..aku belikan adriana yang perisa vanila..mula-mula adriana hisap..pas tue adriana tengok jea susu tue..pas tue adriana letak kat tepi botolnya then dia hisap air putihnya..

aku pun tanyalah "adriana, kenapa tak minum"

adriana "tak nak"

aku pun biarkanler dulu...mungkin adriana belum nak minum susu lagi...pas tue sampai tengahari susu tue tak diusik pun...tengok adriana tak minum susu aku pun buatkan susu PROGRESS dia tue...aku bagi dekat adriana..aku kata "adriana minum susu nie..mama buat baru"
adriana amik then dia rasa dulu..pas tue baru adriana minum sampai abis...

pas tue aku cite dgn asben malamnya, asben kata try buat pekat2..esoknya aku trylah buat mcm mana yang asben aku ajar..hehehe...macam biasa adriana menolak..pas tue aku trylah minum skit..

aku cakap dgn adriana "adriana sedaplah susu nie"
adriana jwbnya " tak dap"
terkedu jea aku dgr apa yang adriana jawab...

so, kesimpulannya aku tak jadiler nak campur susu adriana tue..aku cite kat mak aku..mak aku kata tak payah tukar2 susu adriana tue..bagi jea dia makan...
nasib ada kwn dekat ofis yang anaknya minum susu SUSTAGEN..jadi aku bagi dekat dia jealah...
adriana...adriana...

SEKIAN!!

Husband Lapor Diri...

Kesinambungan daripada cerita Inilah Yang Ditunggu-tunggu...mengenai asben yang dapat tawaran kerja di Kastam..apa yang merisaukan aku adalah mengenai penempatan asben..tapi asben telah pun mendapat surat penempatannya dua minggu lepas...Penempatannya adalah di

*
*
*
*
*
~Kastam MELAKA~

aku dengan perasaan gumbira yang amat sangat tentang berita penempatan ini..maknanya kami tak payahler berpindah ke mana-mana...

Hari ini 29 Mac 2010 bersamaan hari isnin asben telah pun melaporkan diri...nasiblah dapat dekat Melaka..terfikir gak kalau asben dapat penempatan dekat luar Melaka..apa-apa pun semua telah berjalan dengan lancar..termakbul jugak akhirnya doa aku....

*keluarga kecil kami*

Wednesday, March 24, 2010

Adik nak tanye je......

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb


















Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?














Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?














Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?












Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?













Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



















Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?













Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?














adik cuma nak tanya je bu.....














Note : Post nie berdasarkan kiriman email daripada seorang teman aku..sedih bila bacakan mengenai cerita ini..kesian pada baby yang tidak berdosa ini..kenapa sungguh kejam mereka ini??adakah mereka sudah tidak mempunyai hati perut untuk menyayangi bayi ini??tidak kasihan kah mereka pada anak2 ini??

Jawapan Teka-Teki Part II

Sorry..lambat sangat aku postkan entry nie..sebab terlampau bz sgt lately nie...So aku nak umumkan apa jawapan untuk teka-teki tempoh hari...

Jawapannya adalah :

RM650

dan pemenangnya adalah :

IBU AYU



Note : Ibu Ayu boleh emailkan saya nama, alamat dan num hp...

Tuesday, March 16, 2010

~Inilah Yang Ditunggu-tunggu~

Inilah yang kami nanti-nantikan selama nie..lebih-lebih lagi asben aku..Surat tawaran perlantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)...memang dia sangat menanti-nantikan surat nie..asben aku terima surat nie pada jumaat lepas..memang happy sangat..benda yang kami tunggu2kan selama nie telah menjadi kenyataan.akhirnya, termakbul juga doa kami selama ini...asben aku da lama pi interview nie..asben aku pi interview nie bulan Ogos tahun lepas..rezeki anak2 kelak..tapi dalam calon simpanan.


happy..happy jugak..tapi tuelah debaran untuk menanti surat penempatan pulak..adakah kami kena keluar dari Melaka..gembira untuk asben dapat job baru..tapi aku sedih pulak kalau asben aku dapat penempatan bukan dekat Melaka..sedihnya nak tinggalkan Melaka nie..nak tinggalkan parents aku..oh..tak dapat nak melaluinya..nak kena pindah tempat keje baru..nak kena dapat kawan2 baru..macam serik jea pindah tempat baru..serik dulu masa aku tukar dari Melaka ke Putrajaya..:-(

apa-apa pun tunggu dan lihat jealah..asben kena tunggu surat daripada Kastam pulak untuk penempatannya..bila da dapat surat penempatan baru boleh fikir itu semua..sekarang aku tak nak fikir2..:-) cuma aku berdoa biarlah dapat yang dekat2 jea..jangan jauh2..

Note : Abg, jangan lupa belanja kami makan..da dpt job baru nie..hehehe