Monday, April 18, 2016

Aktiviti Sepanjang Tiga Hari

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Malam tadi sukar mahu melelapkan mata. Aku cuba melelapkan mata sedari namun tidak berjaya. Dalam kepala fikir macam-macam. Entah jam berapa aku terlelap. Yang pasti waktu jam menunjukkan 1.00 pagi aku masih lagi terkebil-kebil seorang diri. Anak-anak di sebelah aku sudah lama beradu.

Walhal cuti tiga hari sebab jumaat cuti umum untuk Melaka. Itu pun ada lagi kerja yang tidak dihabiskan.

Nak kejar untuk cookies, nak kejar due date 25 April ini. Baru dapat pelawaan untuk menyiapkan sesuatu. Entah berjaya atau pun tidak. Sekurang-kurangnya aku mencuba kan.

Ini rupa emak beranak empat. Hihihi...

Khamis mal jumast ksmi ke dataran MBMB sempena malam Melaka Berselawat.

Sebelum tu singgah makan di Subway. Pertama kali mencuba. Hari jumaat tidak ke mana-mana. Aku sibuk dengan kerja rumah. Asben masak mee goreng. Malamnya ke rumah mertua.

Menu sabtu. Chicken chop dan adik beradiknya. Hihihi...😝😝

Memasak sambil menjaga budak empat orang tu. Sabtu tu kedai adik aku ada event. Itu dia minta tolong aku jagakan anak-anaknya.

Kemudian dalam 6.30 petang keluar. Nak hantar anak-anak buah aku.

Lepak Little Nana Cafe.

Melayan tekak. Big cup yang boleh disapati di Little Nana.

Pencuci mulut.

Dalam perjalanan pulang kereta buat hal. Mereput tunggu bantuan.

Anak dara berdua yang membantu aku siang tadi. Yang sorang tu ala-ala diva. Siap berspec bagai.

Makan dalam dulang. Menunya nasi tomato serta adik-beradiknya.

Keluar jenjalan setelah seharian mereput kat rumah. Kereta sudah dibetulkan. Habis melayang ringgit malaysia.

Singgah sini. Dah janji dengan anak-anak.

Kemudian pergi rimah mak. Bawakkan nasi tomato. Masa ni sedang duduk bersama ayahanda sambil tengok dia makan dan aku ikut makan sekali. Itu sahaja aktiviti sepanjang tiga hari. Sekian. 

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, April 14, 2016

Petang Ini

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Lagi beberapa minit mahu menghampiri ke jam lima. Tidak sabar mahu pulang. Hari ini khamis seperti biasa asben pulang ke Melaka. seja selasa si Ammar bertanya hari apa. Sebab malam ni sudah berjanji dengan dia orang nak keluar. Kalau berpeluang mahu lepak di depan MBMB.

Sewaktu pulang anak-anak sudah nampak khemah-khemah didirikan di depan MBMB. Memandangkan esok adalah sambutan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kami warga Melaka cuti. Itu yang seronok jatuhnya pada hari jumaat. Sebab asben pun memang cutinya hari jumaat. Sangat sesuai untuk aku dan anak-anak.

Itu yang dari isnin anak-anak menghitung hari. Masing-masing dah set mind jumaat cuti. Jangan kata anak-anak aje, maknya pun sama. Sampai pagi tadi ketika bangun, dalam hati bercakap sendiri.

"Yeah, hari ni hari khamis. Esok cuti."

Gitulah. Bila duduk berasingan, waktu-waktu begini adalah yang paling berharga. Ammar pun mesti ingat bila khamis je papa balik. itu saja entri ringkas untuk petang ini.

Cantik sungguh bunga tulip ini.

Berhenti di sini dulu. Sebenarnya tak ada idea untuk menulis tapi hati tu kuat suruh menulis entri di sini. Jadi keluarlah entri yang ringkas ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, April 13, 2016

Maskot Minion Di Majlis Hari Jadi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari. Bersambung lagi dengan entri Majlis Kenduri Kesyukuran dan Majlis Hari Lahir. Entri ini adalah kesinambungan dari entri INI. Sesiapa yang belum baca bolehlah ke entri tersebut. Entri ini agak panjang berjela. Berjela satu hal, gambar banyak pun satu hal. Jenuh nak menyiapkan entri yang satu ini.

Memandangkan gambar sudah dipilih dan dimuatnaik, maka aku gigihkan diri juga untuk menceritakan sepanjang majlis yang aku adakan tempoh hari. Bolehlah dijadikan sebagai kenangan buat kami sekeluarga.

Kenangan manis. Bukan mudah nak adakan majlis sebegini.

Untuk pengetahuan majlis hari jadi ini aku buatkan untuk Ammar dan anak buah aku, Nayli. Adriana dulu biras aku dah buatkan di KFC. Jadinya aku buatkan sekali dengan Nayli. Berkenaan maskot, permintaan Ammar. Sebab masa si kakak buat kat KFC ada chicky. Serba salah dibuatnya. Masa aku dilanda perasaan itu, terbaca komen kak Zakiepurvit. Kena adil katanya. Fikir punya fikir aku pun terus hubungi event planner, Fifi dari FK Kreatif. Sesekali untuk anak-anak kecil.

Mari aku mulakan cerita.

Sebaik habis sahaja majlis bacaan doa selamat, orang surau dah ke khemah. Maskot Minion pun tiba.

Masing-masing teruja. Bukan kata anak-anak saja yang teruja, mak apak pun turut sama sekali.

Ini Nayli, anak buah aku. Menangis nampak Minion. Walhal sebulan sebelum majlis hampir setiap masa jumpa dia pesan jangan takut. Jangan nangis. Dalam tu orang. Sudahnya dia kejung bila nampak benda kuning ni bergentayangan depan dia.

Minion yang senang hati.

Masing-masing mahu bergambar dengan Minion.

Kemudian, kami sudah standby untuk menyanyi lagu happy birthday buat budak berdua ni.

Minion dok tepi tu. Budak dua orang ni beria masing-masing kejung tu. Ammar boleh tahan lagi. Cuma Nayli jelah. Lagipun minggu tu dia tak sihat. Ada paginya hidung dia berdarah. Saje bikin mak-mak hati tak tenang. Janganlah ada apa-apa. Sudahlah buatkan majlis untuk dia.

Ini selesai potong kek. Meriah masa potong kek sebab siap muzik bagai. Bergambar dengan Minion. Risau pulak aku tengok Minion ni. Masa tu hari memang berdekang panas. Aku siap berjubah bagai masa tu. Tapi untuk beberapa jam yang pertama. Latihan akhirat di dunia sudah tak tahan. Apalah kan.

Kemudian tetamu mula menjamu selera. Ini kawan kelas Adriana. Ingat tak entri yang sebelum-sebelum ni besdaynya di hotel. Inilah family tu. Aku jemput jugak mereka.

Tetamu-tetamu yang berada di khemah.

Ada yang makan di dalam sebab kat khemah dah penuh.

Kemudian, aktiviti bermula. Aktiviti pertama adalah chicken dance. Seronok tengok budak-budak ni menari.

Permainan pun bermula. Ada lima permainan semuanya. Ini pertandingan tiup belon sampai pecah. Tengoklah si Ammar tu. Tak reti pun nak meniup belon.

Ini permainan kedua. Muzikal chair.

Budak berdua ni yangbertahan. Akhirnya yang perempuan menang.

Kemudian Minion datang balik. Budak-budak menerpa Minion untuk bergambar.

Ini baru nampak bergambarnya. Anak buah aku yang tua bangka tu pun mahu bergambar. Hehehe...

Permainan ketiga adalah suap kek. Patut si anak suap mak. Muda betul mak si Adriana. Hehehe..

Kemudian permainan keempat. Cari benda tersembunyi. Adriana salah satu pemenangnya. Ada yang kena cari tali pingganglah, jamlah, gelanglah dan macam-macam lagi.

Akhir sekali permainan mumia. Mumia ke namanya. Hentam saja.

Tuan rumah yang berjubah biru tu kena jadi juri. Pilih pemenang.

Makanya, budak kecik ni sebagai pemenang. Diam je budak ni mak dia membungkus dia.

Selesai semuanya aku dan adik ipar di suruh buat review berkaitan dengan dia orang. Untuk event ini aku dapatkan khidmat dari FK Kreatif. Ini facebooknya. Klik SINI. Berialah aku bercakap tu. Poyo je lebih tu.

Selesai semuanya kami bergambar beramai-ramai. Ini pun tak cukup korum. Ada yang beradu kat dalam rumah. Tidurkan anak dengan dia sekali hanyut.

Kami lagi sebelum masing-masing pulang meninggalkan rumah aku. Seronok bila ada majlis begini dapat berkumpul. Secara tak langsung macam buat gathering kan. Itu sahaja kisah di majlis hari jadi anak-anak tempoh hari.

Kenangan terindah buat aku.

Kenangan manis buat anak-anak.

Apa-apa pun apa yang telah aku niatkan dan teringin untuk buat telah dapat dilaksanakan. Kali ini aku cukup puas hati dengan apa yang telah dirancang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Tetamu Dari Negeri Di Bawah Bayu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Dua minggu lepas aku menerima kehadiran tetamu dari 'Negeri Di Bawah Bayu." Kawan aku ni aku kenal masa aku kerja di Putrajaya. Kami pernah dua kali pegi kursus bersama. Dia pun pernahlah ikut balik tidur rumah aku di Melaka. Masa tu rumah mak akulah.

Seminggu sebelum dia ke Melaka dia whatsapp aku. Tanya pasal hotel. Adalah beritahu hotel yang berkenaan. Dia nak duduk hotel berdekatan dengan Banda Hilir. Dia sampai hari jumaat. Jadi aku whatsapp dia. Nak ke tidak aku bawak dia pusing-pusing Melaka. Taklah pusing sangat pun sebab dah malam kan.

Jumpa dia dan terus bawak makan malam di kedai asam pedas.

Kami dengan keluarga masing-masing.

Selepas makan kami ke Melaka River Cruise.

Bergambar dulu sebelum naik cruise. Asben aku tak ikut dia tunggu di jeti hujung sana.

Kami sudah menaiki cruise. Aku pun fefeling pelancong.

Suka budak berdua ni. Tapi muka Ammar tak nampak pun macam suka. Hahaha...

Permandangan di Sungai Melaka.

Ini di penghujung sungai. Kemudian bot akan pusing semula. Kami turun di jeti di sini.

Kemudian ke Jonker Walk. Tak pernah pergi pun. Inilah pertama kali kami orang Melaka menjejakkan kaki ke sini.

Salah satu tempat yang ada di Jonker Walk. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Bersambung dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,