Wednesday, January 8, 2014

~Melangkah Dengan Satu Harapan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari rabu!!Kejap je dah 8 Januari 2014.  Ok, hari ini adalah hari lahir dua orang sahabat aku iaitu Firzara dan Zila.  Selamat hari lahir buat korang berdua.  Sudah meningkat umur ke satu lagi angka.  Semoga dengan penambahan umur akan lebih mematangkan diri.

Melangkah ke angka baru mesti dnegan satu pengharapan.  Mengharap akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.  Mengharap akan lebih kuat ketika diuji dan mengharap sentiasa dibekalkan dengan kesabaran dalam diri.  Itu adalah kuncinya.

Gambar ini diambil ketika aku dan anak-anak mahu memulakan langkah ke seberang laut.  Dengan suatu pengharapan juga kami ke sana.  Mahu berjumpa seseorang yang sudah lama tidak bersua muka.  Itu antara kenangan yang tidak akan dilupakan.  Detik-detik pertemuan setelah lama berpisah.

Motif entri pagi ini?Entah..aku sendiri tidak pasti.  Tadi terjumpa gambar di di dalam draft jadi terhasil entri serupa ini.  Entri entah apa-apa.  Janji aku menulis dan ada entri untuk hari ini.  Sekian..

Wassalam...






                                                                                                          

Tuesday, January 7, 2014

~Bukan Kerana Aku Tak Cinta~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Alhamdulillah selesai makan tengahari yang ditajakan sepenuhnya oleh opis.  Patutnya ada mesyuarat tapi oleh sebab pengarah cuti sakit, terbatal mesyuarat yang patut diadakan hari ini.  Jadi makanan itu dimakanlah oleh kita orang di opis termasuklah aku.  Bila sudah kenyang mata pun mengantuk ni.  Menguap sudah beberapa kali ni.  

Siapa tengok drama bersiri ini?Aku memang mengikuti setiap episodnya.  Wah sangat tertarik dengan pasangan hero dan heroinnya.  Pertama kali tengok heroinnya gedik-gedik nakkan hero.  Gedik macam ni tak apalah.  Jangan yang dah kawin nak gedik macam ni memang not nice!!

Aku sampai beli novelnya tapi sampai sekarang belum habis lagi.  Mood membaca, menulis sangat-sangat menjunam.  Tiap kali buka novel tu aku dah ke alam mimpi dulu.  Huh!!!Tengok drama dapat tengok Abang Jebat. :D

Suka lakonan Sharnaaz Ahmad.  Aku suka sejak dia berlakon drama Ruby.  Tak kisahlah kat luar dia macam mana.  Aku suka lakonan dia sahaja.

Bila dia orang nak kawin.  Berjanggut tunggu episod si Jebat kawin dengan Mastura.  Ini sinopsis untuk drama bersiri yang sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.


“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


Itu sahaja entri untuk hari ini.  Bersambung lagi.






                                                                                                          

Monday, January 6, 2014

~Selamat Pagi Isnin~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat hari isnin.  Pengharapan hari ini semoga menjadi lebih baik daripada semalam.  Itu pengharapan bagi setiap manusia di muka bumi ini.  Hari ini sudah tiga hari tanpanya.  Terpaksa juga melalui hari-hari ini.  Nanti aku ceritakan kemudian siapa gerangannya.  Episod sedih berlaku sejak hujung tahun lepas.  Jangan sedih itu datang bertimpa-timpa.

Walau apa pun perlu sentiasa senyum untuk membuat diri ini sentiasa ceria.  Senyum itu terapi untuk diri sendiri.

Sentiasa amalkan doa ini ketika diri rungsing, susah hati dan sebagainya.  Pengalaman mematangkan diri kita.  Jadi berfikir secara matang dan rasional.  Sekian dulu entri pagi ini...Bersambung lagi..

Wassalam...






                                                                                                          

Sunday, January 5, 2014

~Hari Kelima Tahun Baru~

Assalamualaikum...

Selamat malam semua dan juga salam ahad.  Sudah hari kelima kita di tahun baru.  Pejam celik pejam celik tahu-tahu habis bulan Januari.  Inilah pertama kali mengupdate blog dari rumah setelah sekian lama tidak berbuat sedemikian.  Bila dekat rumah mood malas datang bertimpa-timpa.  Apalah nak jadi.  So azam tahun baru ini baru menjadi rajin.  Boleh ke?Mampu ke?Akan kucuba untuk menjadi rajin.  Rajin update blog, rajin nak lipat baju.  Oh ni memang berat.  Kalau tak datang seru nak lipat memang tak jalan.  Kena cari jalan.  Kadang berbakul-bakul barulah seru sampai itu pun terpaksa sebab dah dapat bebelan daripada asben.

Ok, walaupun terkadang rasa malas itu datang menerpa diri tetapi memasak itu aku tak boleh nak tinggalkan.  Kadang teringin nak makan masakan sendiri.  Nak cerita kisah dua hari di rumah.  Nak tahu aku masak apa semalam dan hari ini.  


Semalam asben request nak makan nasi lemak.  Dengan semangat waja aku bangun seawal 5.45 pagi sebab asben balik kerja malam jadi kenalah siap sebelum asben balik.  Faham tak apa yang aku tulis sebab aku rasa tak berapa nak faham apa yang aku tulis.

Buat sambal daging petai, aam goreng, telur rebus, timun dan ikan bilis.  Pinggan lagi satu tu balance beli ayam mas malam kelmarin.

Hari ini pula tinggalkan nasi.  Say no to rice!!Aku masak sizzling yee mee untuk hari ini.  Asben pula keje petang.  Kalau lapar kang buatlah cekodok.  Itu pun kalau rajin.  Eh, kalau rajin tu lebih kurang malas kan?Ah, apa-apa jelah.

Sekian dulu entri hari ini.  Entri untuk hari kelima tahun baru dan entri ketiga tahun baru ini.  Macam merundum je entri aku kan.  Ahaks...

Wassalam...






                                                                                                                        

Friday, January 3, 2014

~Senyum Dan Alhamdulillah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Barulah berkesempatan nak update blog ini.  Ini adalah hari jumaat yang pertama untuk permulaan tahun baru ini.  Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNya.  Sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkahlaku kita supaya tidak disalahertikan.  Ambil iktibar di atas setiap apa yang berlaku pada kita.

Sentiasa senyum walau dilanda dugaan besar.  Tapi kalau aku kelemahan aku memang tak boleh nak sorok-sorok muka aku ni kalau ada masalah memang ketara.  Kena belajar lebih untuk bersikap berpura-pura.  Bak kata seorang teman baik hidup ini kadang kena banyak berpura-pura.  Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati.  Di mohon sentiasa diberi ketenangan dalam hati kita ini dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Selagi kita masih bersama yang tersayang dan sentiasa disayangi itulah yang paling bermakna.  Tak perlukan benda lain untuk membuatkan diri kita sentiasa tersenyum...Sekian sahaja entri untuk hari ini..Ini adalah entri kedua untuk tahun baru ini...Mood masih lagi hilang entah ke mana-mana.  Nantilah akan dicari.

Sekian....







                                                                                                        

Thursday, January 2, 2014

~Selamat Tahun Baru 2014~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Rasanya masih tidak terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 2014 buat semua.  Ini adalah entri pertama aku untuk tahun baru ini.  Penghujung 2013 tidak sempat mahu menghabiskan cerita kerana kekangan masa yang amat sangat.  Sibuk menguruskan macam-macam hal.  Keluar tengok wayang dengan asben, bawa anak-anak jalan macam-macam halnya.

So, 2013 telah pun melabuhkan tirainya.  Apa yang berlaku di tahun lepas banyak yang manis mahupun yang pahit.  Biarlah yang pahit itu memberi pengajaran kepada aku.  Apa yang berlaku semoga dijadikan satu pengajaran dan iktibar.  Setiap yang berlaku pasti terselit hikmahnya.  Dugaan perlu ditempuh dengan penuh kesabaran.


Apa-apa pun selamat datang 2014 dan selamat tinggal 2013.  Terima kasih 2013 yang banyak meninggalkan kenangan manis buatku, yang menghiasi hari-hariku dengan warna-warni bersama suami, anak-anak, keluarga serta kawan-kawan rapatku.  Terima kasih semua.  Tanpa kalian hari-hari aku pasti membosankan.

Azam untuk tahun ini rasanya tak ada.  Cuma mahu memperbaiki diri yang mana terkurang mahu dibetulkan.  Akan cuba untuk mengubah diri ini ke arah kebaikan.  Semoga dipermudahkan urusan aku, suami dan anak-anak untuk tahun ini.  Amin...Yang manis jangan terus ditelan yang pahit jangan terus dibuang.

Sekian...