Thursday, December 12, 2013

~Makan-makan Di Restoran Seafood Gayang~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Entri ketiga untuk hari ini.  Ini pun sementara mahu menunggu waktu balik.  Tengok dalam draf adalah gambar-gambar ni.  Berkurun kut nak ceritakan kisah Sabah.  Dah sebulan balik tapi ceritanya tak habis jugak.  Banyak sangat kekangan dan nak pilih gambar yang paling aku lemah.  Jadi perlahan-lahanlah aku cerita di sini.  tak cerita sayang pula sebab ini kenangan kami sekeluarga.  Harus juga ditulis dan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Ini kesinambungan cerita daripada entri INI.  Masih lagi di hari kedua di Sabah.  Selepas mengambil udara segar di tepi Pantai Tanjung Aru, kami bergegas pulang ke AKMAL sebab sebelah malam mahu makan bersama kawan asben di Restoran Gayang.  Aku memang tak tahu apa-apa.  Ikut je mana asben bawak.  Tapi aku kenal kawan asben aku ni.  Kawan masa dia study di UMS.  Aku pernah jumpa masa dia datang Melaka.  Masa kawan asben, Helen ni datang aku tengah berpantang bersalinkan adriana.  

Oklah, panjangnya mukadimah entri.  Jomlah tengok gambar kita orang menghabiskan masa di restoran ini menikmati makanan laut yang enak belaka.


Ini masa baru sampai.  Mahu pilih-pilih dulu.  Teruja tengok udang besar-besar.  Memang jakun habis aku di situ.  Anak-anak jangan ceritalah.  

Tengok tu.  Memang segar-segar makanan lautnya.

Udang yang telah dimasak butter.


Aku dan anak-anak.  Tengok ammar yang tak reti duduk diam.  Aku risau dia tertonggen kat ketam tu.  Risau-risau mak poyo bergambar.


Oleh sebab asben tahu aku peminat tegar pada mr crab ini memang haruslah dia belikan untuk aku.  Kalau tak aku nyanyi batu belah batu bertangkup..


Lihatlah makanan kami malam itu.  Syurga makanan, makan sampai termengah-mengah.


Sekali lagi aku dan anak-anak bergambar.  Gambar ketika kami makan memang tak sempatlah nak diambilnya.  Masing-masing sedang menikmati dengan penuh seleranya.


Sebelum pulang bergambar dulu dengan Helen.  Itu sahaja ceritanya untuk kisah aku di Sabah untuk hari kedua.  Ada tiga hari lagi punya cerita yang masih lagi di dalam draf.  Mampukah aku meneruskan cerita itu.  In sha Allah akan aku habiskan juga.  Tunggu...Sekian dulu bersambung lagi...

Wasssalam...







                                                                                                          

~Hari Berpuasa~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Korang dah makan ke?Aku baru aje berjaga dari beradu.  Tengahari ini tak ke mana-mana sebab aku berpuasa.  Setelah beberapa kali tangguh untuk puasa hari ini aku puasa jugak.  Yang best asben pun puasa sekali.  Itu yang bersemangat sikit.  Ngada-ngadalah hai.  Hehehe.  Bukan ngada-ngada tapi sekurang-kurangnya nak berbuka nanti aku punya teman.  Tidaklah berbuka seorang diri.  Nasiblah asben mahu join puasa sekali.  Aku dah tentu puasa ganti dia bolehlah buat puasa sunat kan.

Aduh, kebas tangan akibat tidur selama lebih kurang sejam di atas meja ni.  Jadi tangan ini dijadikan mangsa seperti bantal.  Sakit tengkuk.

Oklah, marilah sambung buat kerja.  Gambar diambil daripada ehsan encik google.  Sambil buat kerja sambil fikir buka nanti nak makan apa.  Boleh gitu?  Oklah sekian dulu entri kedua hari ini.  Kalau ada mood aku tulis lagi ye.  Sekian..

Wassalam...








                                                                                                      

~Selamat Hari Lahir Buat Mak & Kak Nisah~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam hari khamis.  Hari ini terasa lemahnya nak ke kerja.  Pagi-pagi dapat mesej daripada Kak Nisah kata dia cuti membuatkan aku terasa malas.  Tapi dikuatkan juga diri bersiap dan kerja.  Huh...Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini.  Sebelum memulakan kerja mahu aku titipkan entri pertama untuk hari ini.

Tanggal 12.12.13 hari ini adalah hari lahir buat dua orang yang aku sayang.  Seorang adalah insan yang paling aku sayang adalah emak aku.  Hari ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke 68 tahun.  Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih kerana banyak membantu along, memberi kasih sayang, menjaga along.  Tidak lupa juga sepanjang tempoh tiga bulan kerana ketiadaan suami di sisi, terima kasih kerana menjaga along dan anak-anak.

Dan seorang lagi adalah kawan yang paling aku sayang selain si mira mokhtar adalah Kak Nisah.  Selamat hari lahir kak!!Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya sepanjang tempoh tujuh tahun kita di sini.  Terima kasih kerana sudi menjadi teman gembira dan sedih saya.  Selalu meminjam bahu tatkala saya bersedih.

Ini dia saya dan emak saya.

Dan ini pula bersama teman saya Kak Nisah.  Itu sahaja entri utnuk pagi ini.  Di harap kedua-dua insan ini bergembira dan tenang sahaja hari ini dan hari-hari seterusnya.  Sekian...

Wassalam...







                                                                                                        

Wednesday, December 11, 2013

~Entri 111213~

Assalamualaikum...

Selamat pagi rabu buat semua pembaca di blog picisan aku ini.  Cantik tarikh hari ini.  Takkan dapat jumpa lagi ini lagi akan datang.  Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam.  Semoga hari-hari akan datang dapat memberikan ketenangan pada diri ini.  Itu yang sering diharap-harap.  Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.  Kadang masalah datang tanpa diduga akibat kelalaian kita sebagai manusia.

Pagi ini aku keluar ke kerja seperti biasa.  Asben menghantar nana ke tuisyen.  Nanti aku ceritakan aktiviti nana semasa cuti sekolah ini.  Dah lama kisah anak-anak aku tidak dikongsikan di sini.  Asyik entri bercuti dan entri berperasaan.  Sesekali kena jugak berperasaan baru ambil mood untuk menulis.  Hehehe...

Ini gambar kiriman asben pagi tadi di whatsapp.  Mereka berdua bersarapan pagi bersama.  Berdating ye.  Mama jeles!Sarapan pagi tanpa mama dan ammar.  Tak pe, petang nanti kita jalan-jalan ye.  Okeylah, mahu menyambung kerja-kerja yang tak habis-habis ni.  Bersambung lagi di lain entri..Sekian..

Wassalam...






                                                                                                          

Tuesday, December 10, 2013

~Mulakan Hari Dengan Senyuman~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Hari ini sudah menginjak ke hari selasa.  Tinggal beberapa hari lagi mahu ke penutup tahun dan lagi 11 hari sahaja lagi mahu sampai ke ulangtahun perkahwinan aku dan suami.  Sangat teruja uolls.  Tidak ada apa yang dirancang pun.  Harap yang baik-baik sahaja untuk perkahwinan ini.  Mungkin akan difikirkan kemudian tentang hari istimewa itu untuk kami berdua.

Pagi ini marilah kita mulakan hari ini dengan senyuman yang paling manis.  Senyumlah dengan ikhlas walaupun di dalam hati terselit kedukaan.  Semoga senyuman itu mampu mengubat segalanya.

Marilah kita mulakan kerja juga sambil tersenyum.  Jangan pula senyum tanpa sebab nanti ada pula dikatakan tidak betul.  Hehehe...Okeylah, bersambung lagi.  Sebentar lagi akan ada entri untuk mencari sesuatu.  Tunggguuu...Sekian.

Wassalam...






                                                                                                         

Monday, December 9, 2013

~Berdating Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Korang dah makan ke?Aku baru lepas makan nasi goreng tapi tak habis sebab dah kekenyangan makan kek.  Dalam pada berdebar habis aku bedal kek.  Aku beli dua box kecil tapi satu sudah aku hadamkan sebaik mungkin.  Hehehe...Alhamdulillah, kenyang sekali.

Okey, nak cerita jumaat lepas.  Balik kerja sempat keluar berdua dengan asben.  Anak-anak masih di rumah mak.  Dapatlah aku dan asben berdating.  Kebetulan aku nak ke Aeon Bandaraya beli barang itu yang tak jemput anak-anak dulu.

Aku dan dia.  Sewaktu ni bergambar di Aeon Bandaraya.

Dari Aeon kita orang ke Old Town.  Dah tahu OT ni asyik ke sini je.  Try makan yang ini pula.  Entah apa namanya.  Panjang sangat sampai terlupa.

Dan air ini yang sebelah kiri aku punya dan sebelah kanan asben punya.  Sedap air coklatnya.  Rasa tak cukup je.  Segelas tu harganya RM4.90 kalau tak silap.  Sekian...

Wassalam...